saya dah cuba teknik tuan buang tunas air...mmg cili besar dan cantik...dulu tanam koboi je..alhamdulillah tgk video tuan pokok saya makin hensem dan bergaya.
Terima kasih utk video ini. Saya dapati saya terpaksa tinggi kan volume ke max utk dengan suara saudara dan apabila hampir tamat, saya dapati lagu penyudah nya amat kuat, terpaksa cepat turunkan volume. Suara video agak rendah kalau dibandingkan dengan video orang lain. Harap dapat selaraskan volume suara dengan video lain. Maaf jika menyinggung.
Terbaikss Dan Mantap..teknik Dan pencerahan..dari.bro...teruskan..Videooo..tuan.hingga 1J...follower..yer.pastu..infaq pada.asnaf...saya doakan.berjaya...
Tuan, saya nak tanya... Jika kita dah buang tunas air pada pokok cili padi, tapi belum lagi pindah ke dalam polibeg (masih di tapak semaian), ada apa2 effect tak pada pokok nanti? Waktu buang tunas saya tak kira berapa daun yang ada.
As"kum tuan.. nk tnye sikit brkenaan pemangkasan pokok cili 508,461..sy ade video dr seberang cara pemangkasan pokok cili ditanam kat lahan tanah, teknik potong dahan utama cabang Y dan biarkan 4,5 daun dibawah cbg Y yg dipotg td utk dijadikan batang utama.. jd mcm janggal pulak teknik dr seberang, boleh tuan kongsikan kelebihan dan tujuan kedua2 teknik ni, sy tanam guna cocopeat dipolybag... tq tuan
Maaf lambat membalas komen tuan. Untuk teknik di seberang, bergantung pada varieti yang ditanam dan pengurusan penanaman. Pada kami, pemangkasan tunas air dan biarkan batang tunggal sangat memudahkan pengurusan petik buah dan buah yang dihasilkan berjaya bertumpu di kanopi atas pokok. Kedua, saiz buah tidak terganggu kerana pembahagian nutrien sekata.
Tidak, kami tidak memotong pucuk pokok, kami hanya trim tunas air, fisiologi pokok cili memang begitu struktur pertumbuhannya akan mengeluarkan cabang Y.
Assalamualaikum tuan..sy nk tny lgi..prlu kh buat pembersihan rumput d sekitar pokok pada bara sbb ada yg ckp klw kita bersih kn rumput2 jd lada akan mudah di serang oleh serangga..mhon penjelasan
Pembersihan rumput rumpai disekitar polibag adalah perlu. Ini memastikan selepas semburan kawalan serangga dilakukan, serangga yang boleh terbang tidak akan mencari 'rumah alternatif' iaitu rumput. Jika tuan sudah membuang rumput, seharusnya aktiviti kawalan serangga perlu dibuat juga secara berjadual.
Kena tuan, walaupun tak buat kawalan serangga. Ia adalah amalan pertanian yang baik. Untuk menjawab persoalan ni, ia bergantung kepada sistem yang tuan gunakan. Sama ada kaedah konvensional atau fertigasi. Untuk fertigasi, kena beri mengikut usia pokok boleh rujuk artikel kami di link berikut: www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/ Jika cuaca terlampau panas, biasanya kami akan tambah beberapa minit siraman air pada waktu tengah hari.
Tuan boleh rujuk dalam artikel kami di link berikut: www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/ Pemberian baja AB perlu diberikan secara berjadual.
Salam cilibangi.. Tkasih perkongsian ilmu. Sy nk tanya..pokok cili yg sy tanam tumbuh subur dn tunas2 air dh di buang. Berbunga bnyak tetapi semua gugur.. Satu buah cili pon xde.. Mohon bantuan!!!
Waalaikumussalam. Maaf atas kelewatan membalas komen. Jika bunga banyak yang gugur, itu tanda kebiasannya melibatkan asid amino yang kurang. Boleh sembur produk berasaskan mikrob (organik) untuk tujuan mengatasi dan pemulihan. Rujuk artikel berikut untuk bacaan lanjut: www.cilibangi.com/blog/bunga-cili-gugur-pokok-kurang-asid-amino/
Jika berkaitan dengan serangga memang kena buat kawalan serangga berjadual. Minimum semburan 2 kali seminggu. Boleh guna produk Cilibangi Repellente, rujuk link berikut: shop.cilibangi.com/search?q=repellente
Soalan: Kalau Cili api bara / Cili padi perlu buang tunas air juga? Jawapan: Untuk jenis cili padi, tak perlu. Namun, bagi kami, untuk nampak kemas dan teratur kami biasa buang untuk jenis cili tersebut. Tujuan kita buang tunas air untuk pastikan buah cili besar mengikut saiznya yang sebenar. Dapatkan produk Cilibangi: Shopee: kua.la/cilibangi-shopee e-Shop: kua.la/cilibangi-shop
Jika Tuan menggunakan baja AB sebaiknya perlu ada sistem fertigasi supaya pembajaan automatik setiap hari. Boleh rujuk dalam artikel berikut untuk jadual penyiraman: www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/
Cabang Y tu tumbuh semula jadi tuan. Memang morfologi pokok cili begitu. Cuma kita buang tunas air di bawah cabang tersebut dengan tujuan supaya penghasilan dan pembesaran buah berfokus di kanopi atas.
Sy ni baru jak menanam cili, sbb slalunya tanam tomato, kobis dn brokoli jak.... jadi mw mencuba tanamam cili... Harap tuan blh bantu dlm perawatanya ya.... dn klu tuan x kbratan, blh bagi sy nombor watsap tuan ka
Tuan cilibangi, kenapa latihan 1 stem pokok tidak terus dibuat selepas membuang tunas air? Kenapa nak simpan dulu daun yang dibawah cabang y? Tidak boleh terus buat 2 perkara dlm satu hari? Terima kasih.
Tuan Henry, tujuan aktiviti ini dilakukan berasingan supaya memastikan pokok cili tidak stress dan terbantut pertumbuhannya. Pada usia 14 hari, cabang Y masih baru terbentuk, daun di bahagian kanopi baru beberapa helai. Dalam masa yang sama tunas air juga tumbuh di celahan ketiak daun. Jika kita buang semua daun yang berada di bawah cabang Y pada hari 14 tersebut, pokok akan kehilangan organ yang paling penting dalam proses fotosintesis, iaitu daun. Manakala, jika tuan mahu tunggu sehingga pokok mencapai usia 40 hari, tunas air tersebut akan tumbuh lebih besar daripada cabang Y pokok cili, atas sebab dia sebagai 'sucker', menyedut lebih banyak air baja yang sepatutnya dibekalkan pada bahagian tumbuhan yang lain (pucuk muda).
@@CilibangiTV thanks, cantik info dari tuan cilibangi. 1 lagi soalan, tunas air selepas cabang Y tidak perlu dibuang @ masihkah tunas tu disebut tunas air yang selepas cabang Y. Terima kasih.
Selepas cabang Y kita tak perlu usik, sebab tunas tersebut akan membentuk kanopi di bahagian atas pokok cili. Tujuan kita buang daun yang berada di bawah cabang Y untuk memastikan pokok tumbuh 1 batang tunggal. Hanya kanopi yang tinggal di bahagian atas. Ideal dan optimum penghasilan buah cili.
Tidak digalakkan. Contoh jika tunas air baru muncul pada hari 14 selepas pindah tanam, cabang Y baru muncul, dan hanya kecil lagi daun-daun yang ada di bahagian atas. Jika kita buang, pokok akan stress. Jika kita kumpul atau lewatkan masa pembuangan tunas air, tunas ini akan membesar lebih cepat dari cabang-cabang yang lain. Ini memang ciri-ciri 'sucker', penghisap baja paling pantas. Jadi sebaiknya kita buat berjadual, biar ada aktiviti di kebun kita. Tidak semestinya kita tanam 1000 polibag, mesti kena habiskan 1 hari tersebut. Kita boleh sambung pada hari yang berikutnya.
Tuan boleh ke sy sembur baja ab tu 2hari sekali di batang dan daun cili atau sembur di tanah? Dan dalam masa yg sama sy tabur 1sudu baja taik ayam sebulan sekali? Sebab org jual baja tu yg ajar.. Maaf tuan,sy baru blaja tanam cili dlm pasu..
Jika tuan gunakan medium tanah, boleh. Jika guna medium sabut, baja taik ayam tu tak ada fungsi. Baja AB jangan sembur pada daun atau batang, hanya siram sahaja pada medium tanaman. Jika disembur pada kadar kepekatan tinggi (walaupun sudah dilarutkan ikut sukatan), ada kemungkinan untuk daun tersebut lecuh terbakar. Ada baja foliar lain yang khusus untuk daun dan batang.
Jika ditanam dengan teknik 2 pokok 1 polibag, 4-5 bulan boleh disimpan untuk skala komersial. Jika sebagai hobi, selagi keluar buah selagi tu kita simpan pokok.
Sebelum ni kami guna 18 inci x 14 inci. Tapi sebab saiz tersebut kena custom dari kilang dan agak sukar didapati di sesetengah tempat, saiz 16 x 16 sudah mencukupi.
Maaf atas kelewatan membalas, tunas air tumbuh di celahan ketiak daun asal yang berada di bawah cabang Y. Jadi dalam tempoh pertumbuhan cabang Y tersebut, kita tidak digalakkan membuang daun di bawah cabang, kerana ia akan menyebabkan pokok menjadi stress. Salah satu organ pada pokok adalah daun, jadi tiada daun, tiada makanan yang dapat dihasilkan kepada pokok. Dalam tempoh tersebut, hanya tunas air yang baru muncul di celah ketiak daun sahaja yang kita buang, bukan daun asal.
Latihan batang tunggal ni adakah perlu dilakukan, sebab daun dibawah memyimpan bnyak nutrisi dan canopy diatas memerlukan nutrisi incase emergency berlaku dan daun dibwh blh supply kpd keseluruhan canopy, mohon pencerahan
Soalan: Klu tunas air yg besar yg cam you petik mula2 tu blh x kite cucuk kt tanah dlm pasu lain dan akan tumbuk pokok baru ke? Mohon bantuan jike pk bayam brazil sya daun nye x lebar2 tp kecil2 je nk buat cara ape ye ...Maaf soalan ni kluar tajuk sikit.
Maaf terlepas komen ini. 1. Daun tu bila kita cucuk pada tanah, dia akan layu. Tak akan tumbuh. Kecuali pucuk tomato. Boleh cuba. 2. Daun bayam brazil kecil² ni boleh cuba siram air baja AB. InsyaAllah padu meletup besar² subur daunnya.
@@wadadiah7653 Kami menggunakan baja AB untuk baja asas pokok cili. Manakala semburan baja foliar, ini tambahan, biasanya kami akan sembur dengan Bio-Booster.
Bagaimana perlakuan polybag untuk penanaman cili di musim ke 2? Apakah boleh langsung ditanami bibit cili atau ada perlakuan spesial? Banyak akar serabut dalam polybag tersebut. Trims
salam tuan ,macam mana kalau kita simpan sedikit tunas air tu ,sbb ada org kata tunas air tu pon akan keluar buah .boleh ke tuan ,ke lebih elok xpyah simpan langsung tunas air ni
Untuk cili api tiada masalah, ada pilihan untuk simpan atau buang tunas air. Tetapi untuk cili besar, kami galakkan buang, kerana tunas tersebut akan mengacau pembesaran saiz buah cili besar.
Tak perlu di di cantas tunas air kemudian hari aku keras jgk tu...gandakan pupuk nya...atau keras pupuk...agar tdk ter bantut banyak dahan banyak ranting...apabila banyak ranting banyak buahnya tuhan sdh cipta dgn baik...
saya dah cuba teknik tuan buang tunas air...mmg cili besar dan cantik...dulu tanam koboi je..alhamdulillah tgk video tuan pokok saya makin hensem dan bergaya.
Terbaik! Moga pokok terus membesar bagai jaguh.
Terima kasih utk video ini. Saya dapati saya terpaksa tinggi kan volume ke max utk dengan suara saudara dan apabila hampir tamat, saya dapati lagu penyudah nya amat kuat, terpaksa cepat turunkan volume. Suara video agak rendah kalau dibandingkan dengan video orang lain. Harap dapat selaraskan volume suara dengan video lain. Maaf jika menyinggung.
Baik tuan. Terima kasih atas maklum balas.
Thank you for your videos. Your explanation on daun kerinting and the need to perform single stem training is very helpful. Thank you for your sharing
Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Sangat berfaedah
Terbaikss Dan Mantap..teknik Dan pencerahan..dari.bro...teruskan..Videooo..tuan.hingga 1J...follower..yer.pastu..infaq pada.asnaf...saya doakan.berjaya...
Terima kasih atas perkongsian nya..
Nice share kwn 👍
Sama-sama.
Terima kasih infonya..saya brlum mula tanam baru belajar
Tuan, saya nak tanya... Jika kita dah buang tunas air pada pokok cili padi, tapi belum lagi pindah ke dalam polibeg (masih di tapak semaian), ada apa2 effect tak pada pokok nanti? Waktu buang tunas saya tak kira berapa daun yang ada.
Bang... video dah ok tp klau boleh lain kali rapatkan camera untuk nampak lg jelas.. tq 😊
Ilmu bermanfaat💖👍
nak tanya, baja apa yg digunakan untuk pokok cili nie yee
😂ok baru sy faham terima kasih...
T.ksh ilmunya
Trima ksh byk cilibangi...panduan yg amat bguna bgi sy yg bru bmula dgn tnaman cili besar
Sama-sama Tuan/Puan.
Hi sampai bila kita kenak buat buang tunas air ni? Adakah kita berhenti bila buah mulai tumbuh atau bagai mana
Suara bro kurang kuat la. Mungkin lepas ni boleh dicadangkan agar guna mic ke video ya. Thanks 😊
Ini video tahun lepas. Kami dah perbaiki semula dalam video terkini.
ilmu baru,tq boss
Saya nak tanya tunas air tu cam ne ye
Apa fungsi rentangan tali tu boss
nak tny cabang Y tu mmg auto akan jadi ke?
Salam tuan. Bila usia pokok cili boleh buang Tunas Air ni ya?
Good info
Mantap masta😘😘😘
As"kum tuan.. nk tnye sikit brkenaan pemangkasan pokok cili 508,461..sy ade video dr seberang cara pemangkasan pokok cili ditanam kat lahan tanah, teknik potong dahan utama cabang Y dan biarkan 4,5 daun dibawah cbg Y yg dipotg td utk dijadikan batang utama.. jd mcm janggal pulak teknik dr seberang, boleh tuan kongsikan kelebihan dan tujuan kedua2 teknik ni, sy tanam guna cocopeat dipolybag... tq tuan
Maaf lambat membalas komen tuan. Untuk teknik di seberang, bergantung pada varieti yang ditanam dan pengurusan penanaman. Pada kami, pemangkasan tunas air dan biarkan batang tunggal sangat memudahkan pengurusan petik buah dan buah yang dihasilkan berjaya bertumpu di kanopi atas pokok. Kedua, saiz buah tidak terganggu kerana pembahagian nutrien sekata.
Trima kasih tuan ats prkongsian ilmu
Thanks
Satu poli bag boleh taman ke dua anak benih. Tengok tuan punya cili ada dua batang pokok cili
Boleh tuan.
Tuan tngok pokok tinggi dan daun besar. Jenis cili apa yg tuan tanam
Ini cilibangi 3 tuan.
Ada tips (tips dari youtube indon) utk bagi cili berbuah lebat dgn memotong pucuk.
Adakah cilibangi buat atau bagi pendapat mengenai tips ini..
Tidak, kami tidak memotong pucuk pokok, kami hanya trim tunas air, fisiologi pokok cili memang begitu struktur pertumbuhannya akan mengeluarkan cabang Y.
Mantap tuan
Tuan, dalam satu polibeg ade 2 pokok cili ke?
Daun bawah cabang Y tak buang ker
Assalamualaikum tuan..sy nk tny lgi..prlu kh buat pembersihan rumput d sekitar pokok pada bara sbb ada yg ckp klw kita bersih kn rumput2 jd lada akan mudah di serang oleh serangga..mhon penjelasan
Pembersihan rumput rumpai disekitar polibag adalah perlu. Ini memastikan selepas semburan kawalan serangga dilakukan, serangga yang boleh terbang tidak akan mencari 'rumah alternatif' iaitu rumput.
Jika tuan sudah membuang rumput, seharusnya aktiviti kawalan serangga perlu dibuat juga secara berjadual.
Sy tkde semburan kawalan serangga..jd kena bersihkan jg kh tuan
Kadar penyiraman klw msim kemarau brp kli dlm sehari dn nak bagi lada bara brbuah lebat semula..mhon penjelasan
Kena tuan, walaupun tak buat kawalan serangga. Ia adalah amalan pertanian yang baik.
Untuk menjawab persoalan ni, ia bergantung kepada sistem yang tuan gunakan. Sama ada kaedah konvensional atau fertigasi. Untuk fertigasi, kena beri mengikut usia pokok boleh rujuk artikel kami di link berikut: www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/
Jika cuaca terlampau panas, biasanya kami akan tambah beberapa minit siraman air pada waktu tengah hari.
Terima kasih tuan infonya
tk ats maklumat yg berguna
Saya berminat nak belajar....ada cita cita nak petani .... boleh saya belajar di tempat tuan
Buat masa ini kami masih belum buka kepada umum, namun, tuan boleh lihat koleksi rakaman kelas kami melalui link kelas berikut: kua.la/kelas-fertigasi
Tq, mmg bermanfaat....
Tuan nak tanya, brp ya bacaan ec yg sesuai utk pokok cili besar? Ada yg ckp jgn lebih 2.5. TQ
Tuan boleh rujuk dalam artikel kami di link berikut: www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/
Pemberian baja AB perlu diberikan secara berjadual.
Salam cilibangi..
Tkasih perkongsian ilmu.
Sy nk tanya..pokok cili yg sy tanam tumbuh subur dn tunas2 air dh di buang.
Berbunga bnyak tetapi semua gugur..
Satu buah cili pon xde..
Mohon bantuan!!!
Waalaikumussalam. Maaf atas kelewatan membalas komen.
Jika bunga banyak yang gugur, itu tanda kebiasannya melibatkan asid amino yang kurang. Boleh sembur produk berasaskan mikrob (organik) untuk tujuan mengatasi dan pemulihan. Rujuk artikel berikut untuk bacaan lanjut: www.cilibangi.com/blog/bunga-cili-gugur-pokok-kurang-asid-amino/
Berapa kali dispray dgn racun serangga seminggu utk cili padi dan apa jenis racun serangga yg sesuai?
Good information tq
Mantap
Boss tanam 2 pokok ke dalam 1 beg?
terima kasih bnyk saudara
Sangat bermanfaat...terima kasih...
Sama-sama Tuan.
Macamna nak elak jangkitan serangan serangga putih2 sama ada yg hitam2 d batang tu
Jika berkaitan dengan serangga memang kena buat kawalan serangga berjadual. Minimum semburan 2 kali seminggu. Boleh guna produk Cilibangi Repellente, rujuk link berikut: shop.cilibangi.com/search?q=repellente
Soalan: Kalau Cili api bara / Cili padi perlu buang tunas air juga?
Jawapan: Untuk jenis cili padi, tak perlu. Namun, bagi kami, untuk nampak kemas dan teratur kami biasa buang untuk jenis cili tersebut. Tujuan kita buang tunas air untuk pastikan buah cili besar mengikut saiznya yang sebenar.
Dapatkan produk Cilibangi:
Shopee: kua.la/cilibangi-shopee
e-Shop: kua.la/cilibangi-shop
Owh..baru saya tau..bkn main tnam je kn.ada caranya untuk jdi elok.terima kasih ya tuan..
Kalau cili 461 brand sakata pun sama ka kna buang tunas air tu??mohon diajar..👍
Ya, cili besar dari mana² syarikat pengeluar sekalipun tetap perlu buat aktiviti ini
@@CilibangiTV terima kasih tuan...kalau kyta guna baja A B tu.wktu bila sesuai untuk siram baja tu..dan prlu setiap hari ka atau sebaliknya. 👍
Jika Tuan menggunakan baja AB sebaiknya perlu ada sistem fertigasi supaya pembajaan automatik setiap hari. Boleh rujuk dalam artikel berikut untuk jadual penyiraman: www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/
Tuan cabang Y tu semulajadi atau tumbuh lepas potong pucuk?
Cabang Y tu tumbuh semula jadi tuan. Memang morfologi pokok cili begitu. Cuma kita buang tunas air di bawah cabang tersebut dengan tujuan supaya penghasilan dan pembesaran buah berfokus di kanopi atas.
Tq tuan for ilmu .
Nk tye lada nk lebat buah ny pkai baja apa
Boleh guna baja NPK buah 12:12:17 atau baja AB.
Tuan kalau dah telambat buang tunas air smpai dh klua buah tp belum merah..boleh buang teruske sume daun or btg bawah dahan y tu
Boleh cuma kemungkinan besar untuk pokok tersebut terluka akan terjadi. Tidak digalakkan.
Terima kasih......
Sama-sama tuan. Moga bermanfaat
Sy ni baru jak menanam cili, sbb slalunya tanam tomato, kobis dn brokoli jak.... jadi mw mencuba tanamam cili...
Harap tuan blh bantu dlm perawatanya ya.... dn klu tuan x kbratan, blh bagi sy nombor watsap tuan ka
Untuk group support kami aktif di group FB kua.la/group-tanam-cilibangi
Terbaik Dan Mantap .atas pencerahan dari..broooo.
kenapa daun pokok cili saya kerinting...bagaimana hendak mengatasi nya?
Tuan cilibangi, kenapa latihan 1 stem pokok tidak terus dibuat selepas membuang tunas air? Kenapa nak simpan dulu daun yang dibawah cabang y? Tidak boleh terus buat 2 perkara dlm satu hari? Terima kasih.
Tuan Henry, tujuan aktiviti ini dilakukan berasingan supaya memastikan pokok cili tidak stress dan terbantut pertumbuhannya. Pada usia 14 hari, cabang Y masih baru terbentuk, daun di bahagian kanopi baru beberapa helai. Dalam masa yang sama tunas air juga tumbuh di celahan ketiak daun.
Jika kita buang semua daun yang berada di bawah cabang Y pada hari 14 tersebut, pokok akan kehilangan organ yang paling penting dalam proses fotosintesis, iaitu daun.
Manakala, jika tuan mahu tunggu sehingga pokok mencapai usia 40 hari, tunas air tersebut akan tumbuh lebih besar daripada cabang Y pokok cili, atas sebab dia sebagai 'sucker', menyedut lebih banyak air baja yang sepatutnya dibekalkan pada bahagian tumbuhan yang lain (pucuk muda).
@@CilibangiTV thanks, cantik info dari tuan cilibangi. 1 lagi soalan, tunas air selepas cabang Y tidak perlu dibuang @ masihkah tunas tu disebut tunas air yang selepas cabang Y. Terima kasih.
Selepas cabang Y kita tak perlu usik, sebab tunas tersebut akan membentuk kanopi di bahagian atas pokok cili. Tujuan kita buang daun yang berada di bawah cabang Y untuk memastikan pokok tumbuh 1 batang tunggal. Hanya kanopi yang tinggal di bahagian atas. Ideal dan optimum penghasilan buah cili.
Kalau ada buah dkt cabang Y pertama perlu buang jugak ke? Ke buang daunnya sahaja?
Tunas air ni kena buang dan tinggal kan y pencabang saja ke?
Tq infonya bosku
Assalamualaikum..nak tnya.pokok tu usai xsmpai 1bulan lagi ka.besar ja nmpak
Waalaikumsalam, sudah lebih satu bulan Tuan.
Thank u for the video Tuan.
Sama-sama Tuan.
Adakah penanaman pokok lada putih sama juga kaedahnya?
Digalakkan untuk nampak lebih kemas dan teratur.
waktu sesuai menyiram pokok cili..
Pagi dan petang.
6 - 8 pagi. 4 - 7 petang
Buang tunas air .patutnya. Kita biarkn pokok bnyk cabang .nya
Kalau cili merah pun kena buat camni jugak ke..?
Cili merah/besar yang perlu. Cili api digalakkan, tak nak buat pun tak apa, hukumnya harus. 😁
@@CilibangiTV asalkan cili..buat lg bagus kan..tksh
Ya betul.
blh x daun pd single stem tu dibuang sekali semasa buang tunas air?
Jika buang terlalu awal, pokok akan stress. Daun ni ibarat organ mereka.
Maaf brtanya, umur brpkah sekiranya utk pemangkasan cabang Y ?
Umur 40+ ke atas tuan.
Batang tunggal Dan buang tunas air boleh buat skali ka??
Tidak digalakkan. Contoh jika tunas air baru muncul pada hari 14 selepas pindah tanam, cabang Y baru muncul, dan hanya kecil lagi daun-daun yang ada di bahagian atas. Jika kita buang, pokok akan stress.
Jika kita kumpul atau lewatkan masa pembuangan tunas air, tunas ini akan membesar lebih cepat dari cabang-cabang yang lain. Ini memang ciri-ciri 'sucker', penghisap baja paling pantas.
Jadi sebaiknya kita buat berjadual, biar ada aktiviti di kebun kita. Tidak semestinya kita tanam 1000 polibag, mesti kena habiskan 1 hari tersebut. Kita boleh sambung pada hari yang berikutnya.
Saya ada tanam cili bara...perlu ke saya buat???
Boleh baca pin komen kami di komen pertama. Tidak wajib bagi yang pokok cili padi bara.
Bolih saya tahu ank cili bara umul berapa hari perlu saya bagi racun kawalan..contoh racun hama dan ulat buah???
Satu lagi saya degar org bagitahu cili bara perlu guting pucuk..untuk menjadi lagi lebat...betul atau tidak???
Mgapa cili bara x perlu
Daun besar tu kalau nak buang boleh ke
Ya boleh tuan.
Bunga cili lebat dan luruh, kenapa ya ?
Alhamdulillah
Tuan boleh ke sy sembur baja ab tu 2hari sekali di batang dan daun cili atau sembur di tanah?
Dan dalam masa yg sama sy tabur 1sudu baja taik ayam sebulan sekali? Sebab org jual baja tu yg ajar..
Maaf tuan,sy baru blaja tanam cili dlm pasu..
Jika tuan gunakan medium tanah, boleh. Jika guna medium sabut, baja taik ayam tu tak ada fungsi.
Baja AB jangan sembur pada daun atau batang, hanya siram sahaja pada medium tanaman. Jika disembur pada kadar kepekatan tinggi (walaupun sudah dilarutkan ikut sukatan), ada kemungkinan untuk daun tersebut lecuh terbakar. Ada baja foliar lain yang khusus untuk daun dan batang.
@@CilibangiTV ok untuk jadual siraman baja ab tu sesuai tak kalau sy siram 2 hari sekali tuan?
Sesuai tuan. Sebab kepekatan baja AB ini diberikan mengikut usia pokok.
@@CilibangiTV ok terima kasih tuan bagi ilmu..semoga tuan murah rezeki amin..
Good information thank you
Niceee.
Cili sudah 40 hr..tp tunas air blum d buang..adakah tunas air dan daun yg d bawah cabang y tu bleh d buang sekali..
Berapa lama pokok cili ni boleh bertahan dan petik hasil kalau jaga dengan baik tuan ?
Jika ditanam dengan teknik 2 pokok 1 polibag, 4-5 bulan boleh disimpan untuk skala komersial. Jika sebagai hobi, selagi keluar buah selagi tu kita simpan pokok.
Polibeg tu saiz brp ya boss
Sebelum ni kami guna 18 inci x 14 inci. Tapi sebab saiz tersebut kena custom dari kilang dan agak sukar didapati di sesetengah tempat, saiz 16 x 16 sudah mencukupi.
Walaupun pokok cili masih kecil tapi dia sudah ada cabang y bolehkah kita buang daun bawahnya
Maaf atas kelewatan membalas, tunas air tumbuh di celahan ketiak daun asal yang berada di bawah cabang Y. Jadi dalam tempoh pertumbuhan cabang Y tersebut, kita tidak digalakkan membuang daun di bawah cabang, kerana ia akan menyebabkan pokok menjadi stress. Salah satu organ pada pokok adalah daun, jadi tiada daun, tiada makanan yang dapat dihasilkan kepada pokok.
Dalam tempoh tersebut, hanya tunas air yang baru muncul di celah ketiak daun sahaja yang kita buang, bukan daun asal.
menjadi pokok cili sy tuan. dh berbunga.
@@noorichannel6632 Alhamdulillah. Moga pokok puan membesar bagai jaguh dan berbuah dengan meriah.
Terbaikss atas pencerahan..brooo
Pokok berapa besar kena buang tunas air,, sbab pokok saya baru 3 minggu,, kena buang jugak ke?
Bermula 2 minggu selepas pindah tanam sehingga pokok mencecah 45 hari di dalam polibag boleh buat aktiviti buang tunas air tuan.
Saya buang pucuk masa pokok kecil. Perlu ke?
Umur berapa tu? Dan pucuk mana yang tuan buang?
@@CilibangiTV pucuk atas la. Bg dia brcabang
Tak perlu tuan. Pokok cili secara asasnya akan tumbuh cabang Y tu. Tuan hanya perlu trim tunas air sahaja.
@@CilibangiTV lah dh trpotong. Xpe la nnti try lain
Latihan batang tunggal ni adakah perlu dilakukan, sebab daun dibawah memyimpan bnyak nutrisi dan canopy diatas memerlukan nutrisi incase emergency berlaku dan daun dibwh blh supply kpd keseluruhan canopy, mohon pencerahan
Latihan batang tunggal ini dilakukan selepas 40 hari pindah tanam. Pada peringkat ini sudah banyak daun dan cabang tumbuh pada peringkat kanopi pokok.
Soalan: Klu tunas air yg besar yg cam you petik mula2 tu blh x kite cucuk kt tanah dlm pasu lain dan akan tumbuk pokok baru ke? Mohon bantuan jike pk bayam brazil sya daun nye x lebar2 tp kecil2 je nk buat cara ape ye ...Maaf soalan ni kluar tajuk sikit.
Maaf terlepas komen ini.
1. Daun tu bila kita cucuk pada tanah, dia akan layu. Tak akan tumbuh. Kecuali pucuk tomato. Boleh cuba.
2. Daun bayam brazil kecil² ni boleh cuba siram air baja AB. InsyaAllah padu meletup besar² subur daunnya.
Buang semua tunas air mengelakkan ia menyerap air dan baja dengan banyak
Bila boleh mula buang tunas air ni..sihatnya pokok cili smpai tunas air besar besar pn pokok tak terbantut
Kalau pokok anak cili tu nk buang jgk x daun bwah ketiak tu?
Pokok ank cili sy bru tggi 10inci gitu la
Umur pokok selepas 2 minggu pindah tanam sahaja kami buang tunas air.
Cili bara pun sama ke tuan? Tq
Cili bara tidak perlu, baca pin komen saya.
Baik tuan, difahami..terima kasih
Nk pki baja apa tu gemok kn pokok lada
@@wadadiah7653 Kami menggunakan baja AB untuk baja asas pokok cili. Manakala semburan baja foliar, ini tambahan, biasanya kami akan sembur dengan Bio-Booster.
Salam bang , kalo kita tinggalkan 2 je tunas air dan yg lain kita buang ok ke mcm tu ?
2 tunas air tu di bahagian atas atau di bawah?
@@CilibangiTV bahagian tgh tak smpai cabang Y tak smpai cocopeat
Kalau cili api sesuai, cili besar kami tak galakkan.
Owh ok trima kasih bang
Camera jauh dari pokok tak berapa nampak tunas air
Kami akan cuba baiki dalam video akan datang.
hari ke 14 buang tunas air
hari ke 40 buang daun di bawah cabang Y..betul ke tuan?
Ya betul Tuan.
Kalau buang serentak ....bole ke
ভাই আপনার বন্ধু হলাম আপনি আমার বন্ধু হয়ে যাবেন
Bagaimana perlakuan polybag untuk penanaman cili di musim ke 2? Apakah boleh langsung ditanami bibit cili atau ada perlakuan spesial? Banyak akar serabut dalam polybag tersebut. Trims
Kami akan bahaskan dalam video akan datang. Ada kaedah rawatan yang perlu dilakukan sebelum musim penanaman baru dimulakan.
Ditunggu :) Kalau bisa, video dimulai dari cara pencabutan pokok lama sampai dengan polybag tersebut siap digunakan kembali. Terima kasih.
@@fendytan Baik Tuan.
salam tuan ,macam mana kalau kita simpan sedikit tunas air tu ,sbb ada org kata tunas air tu pon akan keluar buah .boleh ke tuan ,ke lebih elok xpyah simpan langsung tunas air ni
Untuk cili api tiada masalah, ada pilihan untuk simpan atau buang tunas air. Tetapi untuk cili besar, kami galakkan buang, kerana tunas tersebut akan mengacau pembesaran saiz buah cili besar.
@@CilibangiTV n
Biasanya berapa lama cili akn berbuah selepas di tanam?
Maaf atas kelewatan membalas komen. Jika kiraan hari bermula di dalam polibag/tanah, dalam 75 hari, 2 bula setengah.
Gbr jauh c jelas.
Cara tanam terung
Cara tanamnya sama seperti cili. Kami akan cuba buat video lain untuk tanaman terung juga.
Ganda kn lh baja nya
Ganda baja untuk apa ya tuan?