Salam tuan,soalan 1:makna nye baja npk berbuah tu perlu ditabur sehingga habis usia pokok ke? Soalan ke-2:boleh ke tabur baja npk sekali dgn baja sembur,contoh nya hari ni letak baja npk,dan hari ni jgk sembur baja foliar dan lain2 contoh nye sembur ezigrow dan fish amino?adakah ade kesan dia?
Waalaikumsalam 1. Ya betul perlu ditabur baja NPK buah bermula hari pertama berbunga sehingga habis musim penanamannya. 2. Boleh, yang penting ikut sukatan bagi baja yang lain juga. Jangan sengaja melebih-lebihkan. Sebab baja NPK jrnis granule ini adalah slow release fertilizer. Dilepaskan berperingkat, jadi perlu ikut sukatan dan tempohnya.
i know Im randomly asking but does anyone know of a tool to log back into an Instagram account? I was stupid forgot the password. I love any assistance you can give me.
Salam tuan, mohon pencerahan mengenai soalan saya: Bolehkah saya gunakan baja penggalak akar sebelum pokok cili dipindah tanam(polibeg@batas) bagi mempercepatkan proses pertumbuhannya? Jawapan segera tuan amat dihargai🙂
Saya nak tahu tentang perbezaan baja NPK 15.15.15 utk permulaan tanam. Dan NPK 16.16.16 untuk buah dan NPK 17.17.17 untuk waktu bila. Saya keliru. Terima kasih
Maaf atas kelewatan membalas. NPK 12.12.17 bermula pada peringkat pokok sudah mula mengeluarkan bunga pertama. Hanya dua jenis baja yang kami gunakan, 15.15.15 dan 12.12.17.
Bos.. saya tanam pokok cili dalam polybag dengan sabut kelapa.. saya tak cukup duit untuk pasang pipe nak bagi baja A/B. Boleh tak saya letak baja ini bos. Dah siap tanam, tapi tak tau nak letak baja mana satu pasal sabut kelapa. Tolong saya encik...
Jika gunakan sabut/cocopeat, sebaiknya baja AB. Namun ada juga baja NPK yang jenis larut air(water soluble). Itu juga boleh digunakan. Namun, jika buat perbandingan kandungan nutrien, baja AB lebih kandungan nutrien dari npk larut air.
Salam tuan saya ada soalan saya tanam lada tp tanah bekas padi bole ka tu tuan xda masalah juga bh tu sory la tuan saya bru masuk dalam bidang pertanian saya nak belajar
Sebaiknya perlu rujuk pada label yang diberikan di botol baja. Biasanya jika ditanam di dalam polibag sekali pun, kami akan lakukan pembajaan NPK ini setiap 2 minggu sekali.
Asalam tuan.. Sy ada beberapa soalan nk tnya, 1. Bolehkah saya gunakan baja AB untuk medium 100% tanah = teknik semburan guna botol spray ? 2. Sekiranya saya mengunakan medium cocopeat/sekam padi sebagai media tanaman tetapi tanpa menggunakan system fetergasi, bolehkah saya bancuh baja AB dalam botol spray dan spray ke media ? Dan sekiranya boleh berapa kekerapan siraman dalam satu hari ?
Waalaikumussalam, maaf atas kelewatan membalas. 1. Boleh. Semburan boleh guna kaedah biasa dengan drip atau gayungan bersukat. Untuk jadual kepekatan baja boleh rujuk di dalam artikel berikut: www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/ 2. Boleh tetapi kerja akan menjadi renyah dan leceh terutama melibatkan urusan kerja pembancuhan baja AB tersebut. Kekerapan semburan, minima 5 kali sehari atau setiap dua jam.
Kalau guna baja npk, boleh sahaja guna baja AB. Cuma kita akan pening masa nak bagi baja AB ni berapa banyak nak bagi sebab baja NPK ni dilepaskan perlahan-lahan melalui proses penguraian. Baja AB pula terus diserap oleh akar pokok tanpa perlu diproses.
Waalaikumussalam. Anak pokok cili setelah dipindahkan ke dalam polibag, jika guna baja AB dan medium sabut, pada hari pertama sudah boleh diberikan. Jika guna tanah campuran dan baja NPK, boleh mula pembajaan pada 1 minggu selepas pindah tanam dilakukan.
Untuk pokok yang terlebih baja NPK, buang saki baki baja yang ada di permukaan tanah, gemburkan tanah dan siram air biasa tanpa baja selama seminggu. Jika terlebih baja AB, tuan boleh siram air tanpa baja selama 2-3 hari. Kemudian, sukat baja mengikut keperluan dan usia pokok sebenar.
Tuan,,nak tanye sikit..kalau baja daun/buah kite bagi lebih tak boleh ke.?.contoh dlm vid tuan bgtau letak setengah sudu ikut instruction baja Tu..tapi Kita bagi lebih..adakah datang mudarat pada tanama .?.ade org ckp lebih banyak baja lebih bagus..maaf bru belajar menanam tuan..
Kalau lebih sikit tidak mengapa, jika terlampau lebih ia mendatangkan lebih banyak mudarat dari kebaikan. Jika baja banyak, biasanya medium akan cepat kering, pokok juga akan terkesan dengan keadaan tersebut
Sebaiknya pada peringkat awal sahaja kita campurkan tinja ayam bersama tanah yang kita gunakan sebagai medium penanaman. Manakala baja berulangnya adalah NPK. Jika dicampur sekali dikhuatiri menyebabkan berlakunya terlebih dos dan merosakkan pokok. Jika digilirkan barangkali boleh.
Saya menggunakan baja AB....boleh saya bertanya knape pokok lada cili saya daun nyer menjadi kuning....adakh terlebih penggunaan baja atau kurang baja... Usia 2 bln stgh
Daun kuning biasanya disebabkan kurang baja. Masalah penyerapan baja berlaku ada kaitan dengan pH air dan medium tanaman. Jika terlebih baja, biasanya daun akan seakan terbakar.
Waalaikumussalam. Tidak sesuai puan, keana NPK yang jenis granule atau yang saya tunjukkan di atas bukan jenis larut air (water soluble). Jadi jika mahu larutkan di dalam air, cari baja NPK yang water soluble seperti YARA.
Klu anak pokok cili tinggi 4inci. Boleh ke letak Baja npk hijau 15-15-15....anak pokok cili saya Lambat Sangat besar... Dh 2 bulan Tinggainya mcm tu saja
Nak tanya.... Usia cili baru start berbunga...kita kehabisan baja AB.. kita hanya ada Baja NPK buah dlm bentuk bijian... Boleh tak kita bancuh baja NPK tu dlm tong sebagai penganti baja AB.?? Dan di pam seperti baja AB juga..tq..
Tak boleh puan. Baja NPK sifatnya slow release fertilizer, ada pengurai yang akan melepaskan nutrien secara berperingkat untuk diserap oleh pokok. Manakala baja AB adalah water soluble, baja yang larut di dalam air.
hello bos...baja npk warna biru 12-12-24 untuk baja buah...boleh pakai ke??...sebab saya tanya penjual tu,,katanya boleh...saya kurang yakin dengan kadar kalium yg tinggi...
Seawal usia pokok mencecah 28-30 hari di dalam tray semain sudah boleh pindah ke dalam polibag. Boleh rujuk artikel berikut untuk penerangan lebih lanjut: kua.la/panduan-tanam-cili
Salam tuan, boleh ke baja NPK 12 12 17 ni dicampur sekali dengan baja Yara Liva Nitrabor Calcium + Boron? kalau boleh, mcm mana sukatan kalau dgn menggunakan sudu? TQ
Untuk campuran Yara Liva dan baja NPK ni boleh, cuma sukatan saya tak pasti yang tepat sebab kalau lihat pada description produk 2-5g per pokok, anggaran suku sudu kalau menggunakan baja Yara.
Waalaikumsalam. 1. Untuk sekam saya tidak galakkan guna NPK jenis granule. Biasanya mereka akan guna baja AB atau baja NPK yang water soluble. Jenis granul dalam video ni hanya sesuai untuk medium tanah sahaja. 2. Saya lupa nak sebut nisbah baja buah, dalam video seterusnya saya akan betulkan. NPK Buah 12:12:17.
1) ade kesan ke kat pokok klu sukatan baja AB tu salah ? 2) kalau dah letak baja AB tp still letak baja NPK..ape kesan kat pokok cili ? 3)ape gabungan baja yg sesuai sekiranya letak baja NPK ? 4)boleh tak 2 minggu lepas letak baja NPK..kite tukar baja AB plak..pastu selang 2minggu lepastu letak baja NPK blk..?
1. Ada kesan pada pokok, jelas kelihatan pada daunnya akan seperti hangus terbakar. 2. Boleh, tapi dos baja AB boleh dikurangkan. 3. Baja NPK boleh digabungkan dengan baja foliar yang disembur pada permukaan daun. 4. Terus terang saya tak pernah cuba, tapi dari segi konsep tiada masalah, cuma kena ada rekod supaya kita tidak terlupa.
Tiada masalah. Cuma jika ada yang nak berjimat guna dua jenis baja sahaja sudah cukup. Sebab cili at the end of the day kita nak tuai cili. Baja bunga formulasi khusus untuk banyakkan bunga sahaja.
Waalaikumsalam. Tak boleh tuan. Sabut kelapa memang kena guna baja AB. Melainkan tuan campurkan sabut kelapa tu dengan tanah. Yang dominan tanah, baru boleh guna NPK.
Salam tuan.. Tak kira tanah apa boleh ke tuan.. Mcm sy ada guna tanah sabut 100% pastu ada guna tanah pembakaran(abu) di gaul dgn tanah sabut kelapa penggunaan dan cara Membaja sama jer ke mcm mana?
Waalaikumsalam. Maaf tuan, baja NPK ini hanya untuk pokok yang ditanam di dalam medium tanah campuran sahaja. Tidak boleh digunapakai pada medium sabut 100%. Baja AB sahaja yang kita gunakan sekiranya medium tersebut adalah sabut kelapa.
Buah masih menjadi tuan. Cuma tujuan kita guna 12:12:17 untuk menggalakkan pertumbuhan bunga dan buah. Manakala 15:15:15 pula menggalakkan daun. Kelihatan seperti "mabuk daun" kata orang kebanyakan.
Selalu saya dengar yg guna baja AB musim hujan kerap baja habis kena basuh keluar dgn air hujan. Kalau musim hujan stop guna baja AB dan guna NPK, ada kesan tak pada tanaman bila bercampur jenis baja? Kalau boleh, selang masa guna tunggu seminggu dari masa letak mcm sebut dlm video ataupun hujan boleh buat baja NPK lebih cepat larut?
Biasanya tidak perlu gilirkan begitu. Kebiasaan pemberian baja AB ini diberi setiap hari menggunakan sistem timer dan teknologi fertigasi. Jika kita siram manual kita agak ralat atau culas sikit. Jika sudah menggunakan sistem fertigasi, jika musim hujan, contoh hujan kerap pada waktu petang, biasanya kita akan tutup fungsi pemberian baja pada waktu petang. Pagi kita siram. Dan selebihnya kita topup dengan semburan baja foliar (baja yang larut air dan sesuai untuk penyerapan melalui liang-liang daun).
Dalam tempoh semaian 30 hari kami beri baja bermula hari ke-15 selepas percambahan. Boleh rujuk artikel berikut: www.cilibangi.com/blog/teknik-pemberian-baja-ab-pada-anak-pokok-cili/
Kalau guna baja npk dgn baja AB lg ok ke untuk pokok cili?.. Ataupon baja AB je dh ckup?.lg 1 klau time pkok dh tngh brbunga boley x tmbh bja organik lg dkt pokok cili?..
Baja AB sudah mencukupi tuan. Jika nak boost pembungaan boleh guna baja foliar. Ada banyak yang dijual di pasaran. Kami gunakan bio-booster cilibangi, dalam channel ni pun kami ada tunjukkan cara buat sendiri. Tuan boleh google buat bio-booster cilibangi sendiri.
Sifu saya nk tanya nie...contohnye mcm saya skrng nie baru nk start tanam cili kecil pakai batas@semua buat kerja manual xpkai enjin baja npk bgus ke atau baja ab..tlong jelaskan tuan sya baru nk blaja
Pastikan siraman air mencukupi. Jika pokok terdedah kepada cahaya matahari yang terik, hanya air yang mencukupi sahaja dapat memastikan pokok cili survive. Sekiranya menggunakan medium tanah, sebaiknya tanah dipermukaan kita gemburkan.
Assalamualaikum . Sy ada 2 soalan. 1) Baja NPK subur berapa kali diguna dalam sebulan ? 2) Setelah pokok berbunga adakah kita masi perlu menggunakan baja NPK subur ?
Untuk fasa pertumbuhan selagi x menghasilkan buah..NPK subur tetap diberi..tetapi jika sudah tahap berbunga bole bertukar kepada baja buah sehingga tempoh hayat pokok..kekerapan 2 kali seminggu..
Untuk bunga ada banyak nisbah yang boleh guna, contoh nak bunga besar ada nisbah dia, nak bunga banyak ada nisbah dia. Kalau nak galakkan bunga boleh guna NPK 13:13:21
Dalam video sebelum ni saya pernah sebut kalau dah pakai baja AB, tak perlu guna baja NPK dah sebab dalam baja AB ada lebih dari 3 unsur yang ada dalam baja NPK. Baja AB adalah baja yang lengkap.
Berbeza pada nisbah nutrien N:P:K nya encik, kalau encik perhatikan pada karung atau plastik baja, encik akan perasan nisbas N:P:K ada beza contohnya NPK daun nisbahnya 15:15:15, dan NPK buah akan lebih nisbah K (kalium nya) iaitu 12:12:17. Sekian harap membantu Boleh tekan minit ke 1:21 ini utk lebih penerangan dalam video .
Salam bos, saya guna media campuran dgn tanah bakar, cocopeat dan baja tinja ayam, sukatan 1:1:1/3(untuk tinja ayam) adakah media ni sudah bersesuaian utk guna baja npk?
Maaf terlepas komen ini. 1. Kekerapan air siraman 2 kali sehari, pagi dan petang. 2. Sukatan baja NPK ini mengikut label di paket baja, mengikut gram dan usia pokok. Biasanya sambil setengah sudu besar setiap dua minggu. Tabur jauh sikit dari pangkal pokok.
Jika kita gunakan medium tanah, semasa campuran nisbah tanah tu kita memang guna najis haiwan. Nisbah 3:2:1. Kita boleh guna najis kambing, lembu, atau kuda yang sudah kering. 3: top soil, 2: najis haiwan, 1: pasir.
NPK yang berbentuk granule tidak larut dalam air tuan, kerana baja tersebut bukan baja larut air (non water soluble) tetapi slow release fertilizer. Kena cari yang dalam bentuk serbuk dan ditulis di paketnya water soluble.
Salam tuan,soalan 1:makna nye baja npk berbuah tu perlu ditabur sehingga habis usia pokok ke?
Soalan ke-2:boleh ke tabur baja npk sekali dgn baja sembur,contoh nya hari ni letak baja npk,dan hari ni jgk sembur baja foliar dan lain2 contoh nye sembur ezigrow dan fish amino?adakah ade kesan dia?
Waalaikumsalam
1. Ya betul perlu ditabur baja NPK buah bermula hari pertama berbunga sehingga habis musim penanamannya.
2. Boleh, yang penting ikut sukatan bagi baja yang lain juga. Jangan sengaja melebih-lebihkan. Sebab baja NPK jrnis granule ini adalah slow release fertilizer. Dilepaskan berperingkat, jadi perlu ikut sukatan dan tempohnya.
@@CilibangiTV oke2,sngt jelas tuan,terima kasih,dan tidak keterlaluan kalau sy kata channel cili bangi ni "sifu" sy dlm bidang perkebunan ni hahaha
@@mohdaiman3101 Terima kasih tuan support Cilibangi. Kami kongsikan pengetahuan yang kami tahu kepada semua insyaAllah.
@@CilibangiTV sama2 tuan👍
i know Im randomly asking but does anyone know of a tool to log back into an Instagram account?
I was stupid forgot the password. I love any assistance you can give me.
Alhamdulillah...
T,kasih perkongsian info..👍😊
Salam tuan, mohon pencerahan mengenai soalan saya: Bolehkah saya gunakan baja penggalak akar sebelum pokok cili dipindah tanam(polibeg@batas) bagi mempercepatkan proses pertumbuhannya? Jawapan segera tuan amat dihargai🙂
Terima kasih encik atas ilmunya
Sama-sama
Nice sharing kwn 👍
Saya nak tahu tentang perbezaan baja NPK 15.15.15 utk permulaan tanam. Dan NPK 16.16.16 untuk buah dan NPK 17.17.17 untuk waktu bila. Saya keliru. Terima kasih
Maaf atas kelewatan membalas. NPK 12.12.17 bermula pada peringkat pokok sudah mula mengeluarkan bunga pertama. Hanya dua jenis baja yang kami gunakan, 15.15.15 dan 12.12.17.
Tuan boleh ke smpn Baja tu d tengah pokok cili tu?? Sbb sy punya tnm d batas lebih 10 pokok..
Tuan.. apa beza baja 15 15 15 jenis Nitrophoska dengan YaraMila
. Mna yg terbaik tuan..
Tq sharing
anak pokok cili layu/lecur bila tabur baja dekat pangkal pokok boleh lagi ke diselamatkan
Salam tuan..nk tanya..boleh ke baja 15 15 15 saya larut kan dengan air kemudian siram seliling pokok?
Assalam tn..kalau 15:15:15 utk daun/pertumbuhan awal..npk utk bunga pulak berapa nisbahnya.?
Untuk buah 12:12:17
@@CilibangiTV tuan nak tanya nisbah generatif, sama dengan bunga?
Good information thank you
Terima kasih follow kami.
Bos.. saya tanam pokok cili dalam polybag dengan sabut kelapa.. saya tak cukup duit untuk pasang pipe nak bagi baja A/B. Boleh tak saya letak baja ini bos. Dah siap tanam, tapi tak tau nak letak baja mana satu pasal sabut kelapa. Tolong saya encik...
Nak tnye.... Kadar pembajaan NPK15:15:15 setiap 2 minggu tu sama ke? Begitu juga kadar pembajaan NPK 12:12:17.. Sama juga setiap 2 minggu ke??
Ya sama untuk setiap 2 minggu.
Assalamualaikum abang
ada jual pokok cili ke vietnam ke ? yg sdh berbuah?
Sekiranya guna cocopeat sebagai media tanaman .mana yg lebih sesuai baja npk atau ab? Tkasih
Jika gunakan sabut/cocopeat, sebaiknya baja AB. Namun ada juga baja NPK yang jenis larut air(water soluble). Itu juga boleh digunakan. Namun, jika buat perbandingan kandungan nutrien, baja AB lebih kandungan nutrien dari npk larut air.
Salam tuan saya ada soalan saya tanam lada tp tanah bekas padi bole ka tu tuan xda masalah juga bh tu sory la tuan saya bru masuk dalam bidang pertanian saya nak belajar
Waalaikumsalam. Maksud tuan tanah bekas padi tu tanah yang sebelum ni buat penanaman padi?
Yaa sblm ny ny tanah bekas penanam padi
Yaa tuan
Salam tuan.Boleh sy tahu kenapa kalau kita guna sekam padi bakar 100% sebagai media,tidak boleh guna baja biji npk atau baja biji yg lain yer?
Kalau sekam padi bakar 💯, kene pakai baja AB saja.
Nampaknya, N P K adalah Trade Mark baja2 pertaniaan ....
Terima kasih ilmunya rezeki Allah
salam tuan, bagaiman pula jadual pembajaan NPK dlm pb..kalau setengah sudu sekali letak, brp kali kekerapan utk setiap kali ltk?atau tgk kpd larutan baja yg dibeli?
Sebaiknya perlu rujuk pada label yang diberikan di botol baja. Biasanya jika ditanam di dalam polibag sekali pun, kami akan lakukan pembajaan NPK ini setiap 2 minggu sekali.
Salam tuan bolehke saya gunakan baja yaramila untuk penanaman chili
Asalam tuan.. Sy ada beberapa soalan nk tnya,
1. Bolehkah saya gunakan baja AB untuk medium 100% tanah = teknik semburan guna botol spray ?
2. Sekiranya saya mengunakan medium cocopeat/sekam padi sebagai media tanaman tetapi tanpa menggunakan system fetergasi, bolehkah saya bancuh baja AB dalam botol spray dan spray ke media ? Dan sekiranya boleh berapa kekerapan siraman dalam satu hari ?
Waalaikumussalam, maaf atas kelewatan membalas.
1. Boleh. Semburan boleh guna kaedah biasa dengan drip atau gayungan bersukat. Untuk jadual kepekatan baja boleh rujuk di dalam artikel berikut: www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/
2. Boleh tetapi kerja akan menjadi renyah dan leceh terutama melibatkan urusan kerja pembancuhan baja AB tersebut. Kekerapan semburan, minima 5 kali sehari atau setiap dua jam.
Sy nk tanya Baja 16:16:16 utk apa yea?
Subur
Selamat sejahtera tuan ..saya nak Tanya kalau Kita guna npk tak boleh guna Baja ab ke ..atau membuat masalah ke
Kalau guna baja npk, boleh sahaja guna baja AB. Cuma kita akan pening masa nak bagi baja AB ni berapa banyak nak bagi sebab baja NPK ni dilepaskan perlahan-lahan melalui proses penguraian. Baja AB pula terus diserap oleh akar pokok tanpa perlu diproses.
Media cocopeat 100 peratus boleh ke guna Baja npk tanpa Baja ab
Dekat mana kita nk dapat baja n.p.k?.
Salam bang... Nak tanya ni.. Klau bajah tu kena di pokok... Adakah ada kesan buruk kpda pokok?
Boleh oan baja npk di bancuh guna air
Salam tuan...pada usia berapa anak cili perlu dibaja?
Waalaikumussalam. Anak pokok cili setelah dipindahkan ke dalam polibag, jika guna baja AB dan medium sabut, pada hari pertama sudah boleh diberikan.
Jika guna tanah campuran dan baja NPK, boleh mula pembajaan pada 1 minggu selepas pindah tanam dilakukan.
Macam mana nk merawat pokok yg melecuh disebabkan terlebih baja
Ya. Nak tahu jgak
Untuk pokok yang terlebih baja NPK, buang saki baki baja yang ada di permukaan tanah, gemburkan tanah dan siram air biasa tanpa baja selama seminggu.
Jika terlebih baja AB, tuan boleh siram air tanpa baja selama 2-3 hari. Kemudian, sukat baja mengikut keperluan dan usia pokok sebenar.
salam tuan, klau pkok sdh berbunga npk 15-15-15 tidak payah letak lgi?baja buah ja la?
Waalaikumussalam. Ya betul tuan. Tepat sekali. Selang 2 minggu ya kekerapan pembajaannya.
Lepas guna npk 15 15 15 pokok mula bunga kemudian guna npk ( ?+?+? ) untok berbuah
NPK 12 12 17 Tuan
Tuan,,nak tanye sikit..kalau baja daun/buah kite bagi lebih tak boleh ke.?.contoh dlm vid tuan bgtau letak setengah sudu ikut instruction baja Tu..tapi Kita bagi lebih..adakah datang mudarat pada tanama .?.ade org ckp lebih banyak baja lebih bagus..maaf bru belajar menanam tuan..
Kalau lebih sikit tidak mengapa, jika terlampau lebih ia mendatangkan lebih banyak mudarat dari kebaikan. Jika baja banyak, biasanya medium akan cepat kering, pokok juga akan terkesan dengan keadaan tersebut
Bos..kalau Pakai baja Npk Hijau...Boleh ke campur dengan Baja Kotoran Ayam??..dalam Masa Yg sama dan Jadual pembajaan yang sama....2 kali seminggu
Sebaiknya pada peringkat awal sahaja kita campurkan tinja ayam bersama tanah yang kita gunakan sebagai medium penanaman. Manakala baja berulangnya adalah NPK.
Jika dicampur sekali dikhuatiri menyebabkan berlakunya terlebih dos dan merosakkan pokok. Jika digilirkan barangkali boleh.
@@CilibangiTV Okok.Tq Bos
Salam boss itu Baja APA?
Saya menggunakan baja AB....boleh saya bertanya knape pokok lada cili saya daun nyer menjadi kuning....adakh terlebih penggunaan baja atau kurang baja... Usia 2 bln stgh
Daun kuning biasanya disebabkan kurang baja. Masalah penyerapan baja berlaku ada kaitan dengan pH air dan medium tanaman. Jika terlebih baja, biasanya daun akan seakan terbakar.
Assalamualaikum , nak tnye kalau letak baja NPK tu dlam air. Lepastu sembur macam biasa kat pokok, boleh tak?
Waalaikumussalam. Tidak sesuai puan, keana NPK yang jenis granule atau yang saya tunjukkan di atas bukan jenis larut air (water soluble). Jadi jika mahu larutkan di dalam air, cari baja NPK yang water soluble seperti YARA.
salam nok tanya untuk buah kena guna mpk berapa t kasih
Rasanya npk 12 12 17
Cara boss terangkan berpusing2
utk tray semaian, bleh x guna baja jenis ni? kalau bleh brpa sukatan setiap lubang anak pokok cili?
Tidak sesuai tuan. Tray semaian, biasanya kita guna peatmoss atau campuran sabut kelapa, jadi sebaiknya baja AB digunakan.
Kalau semaian guna peatmoss boleh guna baja npk ke?
semua jenis baja boleh guna ke Tuan untuk pokok cili ni ..
Boleh, cuma pastikan sukatan sahaja yang tepat.
Klu anak pokok cili tinggi 4inci. Boleh ke letak Baja npk hijau 15-15-15....anak pokok cili saya Lambat Sangat besar... Dh 2 bulan Tinggainya mcm tu saja
Boleh puan. Dah dua bulan lebih tu umur pokoknya.
Ok2..terima kasih
Salam tuan, NPK buah 16 16 16 ka tuan?
Nak tanya.... Usia cili baru start berbunga...kita kehabisan baja AB.. kita hanya ada Baja NPK buah dlm bentuk bijian... Boleh tak kita bancuh baja NPK tu dlm tong sebagai penganti baja AB.?? Dan di pam seperti baja AB juga..tq..
Tak boleh puan. Baja NPK sifatnya slow release fertilizer, ada pengurai yang akan melepaskan nutrien secara berperingkat untuk diserap oleh pokok. Manakala baja AB adalah water soluble, baja yang larut di dalam air.
hello bos...baja npk warna biru 12-12-24 untuk baja buah...boleh pakai ke??...sebab saya tanya penjual tu,,katanya boleh...saya kurang yakin dengan kadar kalium yg tinggi...
Jika untuk cili, boleh tuan, cuma ikut sukatan yang diberitahu dan tertulis pada label sahaja.
Bila saya boleh pindah kan anak pokok ke polibag.. dan seberapa kerap perlu saya siram anak pokok semasa masih di tapak semaian?
Seawal usia pokok mencecah 28-30 hari di dalam tray semain sudah boleh pindah ke dalam polibag.
Boleh rujuk artikel berikut untuk penerangan lebih lanjut: kua.la/panduan-tanam-cili
Salam tuan, boleh ke baja NPK 12 12 17 ni dicampur sekali dengan baja Yara Liva Nitrabor Calcium + Boron? kalau boleh, mcm mana sukatan kalau dgn menggunakan sudu? TQ
Untuk campuran Yara Liva dan baja NPK ni boleh, cuma sukatan saya tak pasti yang tepat sebab kalau lihat pada description produk 2-5g per pokok, anggaran suku sudu kalau menggunakan baja Yara.
Salam tuan.. Kalau penanaman mggunakan sekam kekerapan baja NPK ni adakah sama? .. NPK (pertumbuhan) 2 minggu sekali.. NPK (penghasilan) 2 Minggu sekali sehingga habis musim? Dan kalau nisbah utk NPK (pertumbuhan 15:15:15) , kalau utk NPK(penghasilan) berapa nisbah nya?
Waalaikumsalam.
1. Untuk sekam saya tidak galakkan guna NPK jenis granule. Biasanya mereka akan guna baja AB atau baja NPK yang water soluble.
Jenis granul dalam video ni hanya sesuai untuk medium tanah sahaja.
2. Saya lupa nak sebut nisbah baja buah, dalam video seterusnya saya akan betulkan. NPK Buah 12:12:17.
Terima kasih tuan perkongsian ilmu.. Mudahan murah rezeki selalu🙏😊
Asalamualaikum akk nk tye nk buah lada byak baja apa yg bgus
1) ade kesan ke kat pokok klu sukatan baja AB tu salah ?
2) kalau dah letak baja AB tp still letak baja NPK..ape kesan kat pokok cili ?
3)ape gabungan baja yg sesuai sekiranya letak baja NPK ?
4)boleh tak 2 minggu lepas letak baja NPK..kite tukar baja AB plak..pastu selang 2minggu lepastu letak baja NPK blk..?
1. Ada kesan pada pokok, jelas kelihatan pada daunnya akan seperti hangus terbakar.
2. Boleh, tapi dos baja AB boleh dikurangkan.
3. Baja NPK boleh digabungkan dengan baja foliar yang disembur pada permukaan daun.
4. Terus terang saya tak pernah cuba, tapi dari segi konsep tiada masalah, cuma kena ada rekod supaya kita tidak terlupa.
Saya pkai baja npk buah n daun n bunga mcm mna tu
Tiada masalah. Cuma jika ada yang nak berjimat guna dua jenis baja sahaja sudah cukup. Sebab cili at the end of the day kita nak tuai cili.
Baja bunga formulasi khusus untuk banyakkan bunga sahaja.
kalau saya tanam serai, pakai baja npk apa? cara letak pun sama ke?
18-18-18 kot
Salam tuan saya ingin tanya dari umor berapa kah pokok cabai boleh di buboh baja .terima kaseh
Seawal seminggu selepas pindah tanam boleh ditabur baja NPK. Atau hari pertama selepas tanam jika menggunakan baja AB.
salam tuan
kalau guna cocopeat mcm mna nak guna baja npk ni
Waalaikumsalam. Tak boleh tuan. Sabut kelapa memang kena guna baja AB. Melainkan tuan campurkan sabut kelapa tu dengan tanah. Yang dominan tanah, baru boleh guna NPK.
Salam tuan.. Tak kira tanah apa boleh ke tuan.. Mcm sy ada guna tanah sabut 100% pastu ada guna tanah pembakaran(abu) di gaul dgn tanah sabut kelapa penggunaan dan cara Membaja sama jer ke mcm mana?
Waalaikumsalam.
Maaf tuan, baja NPK ini hanya untuk pokok yang ditanam di dalam medium tanah campuran sahaja. Tidak boleh digunapakai pada medium sabut 100%.
Baja AB sahaja yang kita gunakan sekiranya medium tersebut adalah sabut kelapa.
klau baja npk 15 15 15 msih digunakan semasa pokok lada sdh mngeluarkan buah apa yg akan jd ya?
Buah masih menjadi tuan. Cuma tujuan kita guna 12:12:17 untuk menggalakkan pertumbuhan bunga dan buah. Manakala 15:15:15 pula menggalakkan daun. Kelihatan seperti "mabuk daun" kata orang kebanyakan.
Npk daun 15:15:15
Npk buah brapa ye tuan nisbah?
Tq
Maaf saya lupa nak sebut. Dalam video berikutnya saya akan betulkan.
NPK Buah 12:12:17.
Klau anak cili bawah 2minggu , sukatan baja separuh sudu jgk ke ?
Kalau bawah dua minggu, 1 sudu teh Tuan.
Selalu saya dengar yg guna baja AB musim hujan kerap baja habis kena basuh keluar dgn air hujan. Kalau musim hujan stop guna baja AB dan guna NPK, ada kesan tak pada tanaman bila bercampur jenis baja? Kalau boleh, selang masa guna tunggu seminggu dari masa letak mcm sebut dlm video ataupun hujan boleh buat baja NPK lebih cepat larut?
Biasanya tidak perlu gilirkan begitu. Kebiasaan pemberian baja AB ini diberi setiap hari menggunakan sistem timer dan teknologi fertigasi. Jika kita siram manual kita agak ralat atau culas sikit.
Jika sudah menggunakan sistem fertigasi, jika musim hujan, contoh hujan kerap pada waktu petang, biasanya kita akan tutup fungsi pemberian baja pada waktu petang. Pagi kita siram. Dan selebihnya kita topup dengan semburan baja foliar (baja yang larut air dan sesuai untuk penyerapan melalui liang-liang daun).
Saya nak tanya kalau campuran tanah saya guna cocopeat dan tanah organik boleh guna baja NPK tak?
Boleh, yang penting medium utamanya adalah tanah. Jika sabut yang utama, sebaiknya gunakan baja AB.
Bang kalau anak pokok cili berusia dalam 22 hari
Terlebih baja sehingga daun jadi hangus
Ada kha tunas baru akan keluar?
Maaf atas kelewatan membalas. Boleh, kena pastikan kita buang baja yang berlebihan tersebut dan pastikan air disiram secukupnya pada pokok.
Salam. Bila nk beli baja npk tu dia dh ada label utk daun atau buah ke..?
Waalaikumussalam. Biasanya ada, siap gambar pokok.
Kalau baja boleh terus siram tak
Maaf baja apa ya? Kalau tuan maksudkan lepas bagi baja ni kita terus siram air, tiada masalah. Boleh je.
Masa dalam semaiyan nak baja atau tak
Dalam tempoh semaian 30 hari kami beri baja bermula hari ke-15 selepas percambahan. Boleh rujuk artikel berikut: www.cilibangi.com/blog/teknik-pemberian-baja-ab-pada-anak-pokok-cili/
Salam tuan. Nk tanye kenapa pokok cili sye hujung daunnye bewarna kuning??
Waalaikumsalam, itu simptom kekurangan baja. Boleh saya tahu kekerapan pembajaan?
@@CilibangiTV baja sebulan sekali..gune npk 151515. Tp pelik pokok dh 3bln tp xberbunga.
Kurang baja tu. Biasanya baja npk kita akan tabur 2 minggu sekali. Bermakna dalam sebulan 2 kali kita baja.
@@CilibangiTV baikla nnti sye wat sistem 2minggu sekali.
Kalau guna baja npk dgn baja AB lg ok ke untuk pokok cili?.. Ataupon baja AB je dh ckup?.lg 1 klau time pkok dh tngh brbunga boley x tmbh bja organik lg dkt pokok cili?..
Baja AB sudah mencukupi tuan. Jika nak boost pembungaan boleh guna baja foliar. Ada banyak yang dijual di pasaran. Kami gunakan bio-booster cilibangi, dalam channel ni pun kami ada tunjukkan cara buat sendiri. Tuan boleh google buat bio-booster cilibangi sendiri.
Sifu saya nk tanya nie...contohnye mcm saya skrng nie baru nk start tanam cili kecil pakai batas@semua buat kerja manual xpkai enjin baja npk bgus ke atau baja ab..tlong jelaskan tuan sya baru nk blaja
untuk mencegah pokok cili daripada layu , apa yg sepatutnya kita buad sebelum menabur baja ke tanah?
Pastikan siraman air mencukupi. Jika pokok terdedah kepada cahaya matahari yang terik, hanya air yang mencukupi sahaja dapat memastikan pokok cili survive.
Sekiranya menggunakan medium tanah, sebaiknya tanah dipermukaan kita gemburkan.
Salam....mn boleh sy dptkan baja "NPK"
Waalaikumsalam. Tuan boleh dapatkan di shop.cilibangi.com/search?q=Npk
@@CilibangiTV terima kaseh sedara
Di mana mau dapat baja ini..
Tuan boleh dapatkan melalui link berikut:
Shopee: shopee.com.my/shop/53491201/search?shopCollection=8024043
Kedai online: shop.cilibangi.com
Assalamualaikum . Sy ada 2 soalan.
1) Baja NPK subur berapa kali diguna dalam sebulan ?
2) Setelah pokok berbunga adakah kita masi perlu menggunakan baja NPK subur ?
Waalaikumussalam.
1. 2 minggu sekali
2. Ya. Kekalkan kekerapan yang sama.
Untuk fasa pertumbuhan selagi x menghasilkan buah..NPK subur tetap diberi..tetapi jika sudah tahap berbunga bole bertukar kepada baja buah sehingga tempoh hayat pokok..kekerapan 2 kali seminggu..
cek baja biji tu boleh pakai utk cocopeat?
Cocoapeat hanya boleh bersama baja AB sahaja.
untuk pokok bunga yang masih belum berbunga perlu guna baja NPK daun atau buah?
NPK daun tuan. Cuma kalau pokok bunga tak perlu baja buah, dia ada npk khas untuk bunga.
@@CilibangiTV NPK untuk bunga berapa?
Untuk bunga ada banyak nisbah yang boleh guna, contoh nak bunga besar ada nisbah dia, nak bunga banyak ada nisbah dia.
Kalau nak galakkan bunga boleh guna NPK 13:13:21
Lps letak baja boleh siram terus tak?
Ya, boleh.
untuk lobak putih guna baja npk yg mane? berapa kali?
Untuk lobak putih boleh guna baja NPK biru atau baja AB. Kekerapan pembajaan sama seperti yang disebut di dalam video.
Nak tanya...kalau kita pakai Baja AB..boleh ke Kita pakai Baja npk?
Dalam video sebelum ni saya pernah sebut kalau dah pakai baja AB, tak perlu guna baja NPK dah sebab dalam baja AB ada lebih dari 3 unsur yang ada dalam baja NPK. Baja AB adalah baja yang lengkap.
Apa beza baja npk buah @ daun?
Berbeza pada nisbah nutrien N:P:K nya encik, kalau encik perhatikan pada karung atau plastik baja, encik akan perasan nisbas N:P:K ada beza contohnya NPK daun nisbahnya 15:15:15, dan NPK buah akan lebih nisbah K (kalium nya) iaitu 12:12:17. Sekian harap membantu
Boleh tekan minit ke 1:21 ini utk lebih penerangan dalam video .
Kalau pokok dh lecur terkena baja lebih ada harapan tak nk hidup semuala
Ada harapan tuan. Buang baja yang berlebih, hanya siram air untuk seminggu.
Saya
@@CilibangiTV ft Hu ft
Salam bos, saya guna media campuran dgn tanah bakar, cocopeat dan baja tinja ayam, sukatan 1:1:1/3(untuk tinja ayam) adakah media ni sudah bersesuaian utk guna baja npk?
Waalaikumsalam, sesuai tuan. Pastikan masa tabur baja npk jangan terlalu dekat dengan pangkal pokok.
Salam Tuan, kebiasaannya brp nisbah bagi baja NPK buah?
Soalan: npk smggu brpa kli utk pokok?
Jawapan: 2 minggu sekali.
@@CilibangiTV ok tuan.. Tq
salam tuan . ingin bertanya,, (1) utk pgunaan baja npk. brpakah kekerapan air utk disiram . dan pada waktu mana utk siram?? (2) . mcm mna sukatan utk baja npk?? .
Maaf terlepas komen ini.
1. Kekerapan air siraman 2 kali sehari, pagi dan petang.
2. Sukatan baja NPK ini mengikut label di paket baja, mengikut gram dan usia pokok. Biasanya sambil setengah sudu besar setiap dua minggu. Tabur jauh sikit dari pangkal pokok.
Kalo pokok dah lecuh boleh hidup balik tak?
Bergantung pada kesan kerosakan tu. Jika masih awal, boleh diselamatkan.
@@CilibangiTV lagi satu perkara baja tahi lembu boleh tak digunakan utk pokok cili
Jika kita gunakan medium tanah, semasa campuran nisbah tanah tu kita memang guna najis haiwan. Nisbah 3:2:1. Kita boleh guna najis kambing, lembu, atau kuda yang sudah kering.
3: top soil, 2: najis haiwan, 1: pasir.
Npk buah tu nombor apa ye
12:12:17 Tuan.
Pokok sy bantut nak buat mcm mana
Umur pokok sekarang berapa? Ada guna baja atau kawalan serangga lain sebelum ini?
@@CilibangiTV umur dia dah 18 hari.. Racun 1 mggu 3kali
Baja dah Mcm2 saya pakai..
Kalau pakai baja npk, boleh tak kita sembur baja boron dan kalsium nitrahkh tuan?
Untuk calcium boron boleh, untuk calcium nitrate cari label "Mikronutrien".
cakap banyak.....isi tak der pun...
Ada beza tak baja NPK butir kita larutkan dlm air dulu sblm siraman dgn yg ditabur begitu shj?