MAY DAH ADA PENGGANTI MUSS, PERKENAL VOKALIS BARU, KELVIN THEIN BERKETURUNAN PERANAKAN BABA NYONYA

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • Teka-teki siapakah penyanyi utama kumpulan rock legenda, May bagi menggantikan Muss selepas pengundurannya pada 2020 terjawab apabila mengumumkan jejaka berketurunan peranakan Baba Nyonya, Kelvin Thein, 29, sebagai vokalis baharu.
    Mengulas lanjut pemilihan penyanyi yang berasal dari Melaka itu, pemain bass May, Yus berkata pemilihan Kelvin disebabkan bakat luar biasa dan kemampuan mencipta keserasian bersama anggota May.
    "Banyak orang tanya kenapa pilih penyanyi bukan Melayu, sebaliknya pilih penyanyi Cina.
    "Bagi saya, itu bukan persoalannya. Apa yang penting, Kelvin boleh menyanyi, komited, berkarisma dan mempunyai karakter.
    "Kelvin juga boleh membawa lagu-lagu May mengikut kemampuannya dan dengan cara tersendiri.
    "Selain itu, Kelvin juga diperkenalkan kepada kami oleh seorang legenda rock," katanya pada sidang media Konsert Lagenda Rock Vol 1 di sebuah hotel, di sini, semalam.
    Selain May, konsert anjuran Mutiara Optimum Sdn Bhd itu turut menampilkan kumpulan rock era 1980an dan 1990-an seperti XPDC, Rusty Blade dan Babylon.
    Dalam pada itu, Yus atau nama sebenarnya, Mohd Mohtar Mohd Madin menafikan kononnya pemilihan Kelvin dibuat pad saat akhir berikutan May bakal menjayakan konsert mega itu.
    "Sebenarnya, Kelvin bersama kami sejak enam bulan lalu. Cuma, kami tidak berkongsi berita lebih awal.
    "Kami nak rahsiakan dahulu perkara ini. Kalau boleh biarlah Kelvin sudah benar-benar bersedia, selain perancangan merakamkan single dan tampil dalam konsert besar.
    "Jadi, kami rasa sekarang adalah masa tepat untuk mengumumkan berita ini kepada peminat May," jelasnya.
    Sementara itu, Kelvin mengakui, pendedahan terhadap muzik rock terutama lagu kumpulan May ketika masih kanak-kanak menyebabkannya berminat menyertai kumpulan itu.
    "Bapa saya juga mempunyai latar belakang dalam bidang muzik. Biasanya, bapa akan putarkan lagu rock ketika memandu dan dari situ, saya mula mengenali lagu May seperti Sendiri.
    "Saya menghormati anggota May kerana mereka sangat baik. Saya harap dapat membuat persembahan terbaik pada konsert itu nanti," kata bekas pelajar jurusan muzik dari Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) ini.
    Meskipun terdapat jurang dari segi usia, namun perkara itu bukanlah satu halangan untuk Kelvin mencipta keserasian bersama band otai itu.
    "Sejak sesi uji bakat lagi, saya sudah rasa selesa dengan anggota May, sekali gus menjadikan semua berjalan lancar.
    "Sekarang, sudah 50 peratus lagu May saya sudah hafal," katanya yang turut mendapat sokongan padu daripada keluarga berhubung minatnya itu.
    Konsert Lagenda Rock Vol 1 akan berlangsung di di Megastar Arena Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 16 Julai depan.
    Maklumat pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web, www.myticket.asia.
    Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!
    💯 ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
    □ Portal: www.budiey.com
    □ Instagram: / budiey
    □ Twitter: / budiey
    □ Facebook: / budieydotcom
    □ RUclips: / budieychannel
    □ Podcast:: anchor.fm/budi...
    □ Vlog: cutt.ly/HnAOWsZ
    ❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
    □ / budiey
    MUSIC FOR RUclips:
    □ Music Epidermic: cutt.ly/ynFRaYe
    EMAIL & CONTACT :
    □ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
    budiey.isma@gmail.com
    MERCHANDISE BUDIEY:
    □ Baju T: cutt.ly/9nAOnlc

Комментарии • 82

  • @satriabajakumar6288
    @satriabajakumar6288 Год назад +23

    Dlm industri tk perlu membezakan bangsa...muzik menyatu padukan....

    • @juprimuhammad3666
      @juprimuhammad3666 Год назад

      dlm beragama pon diajarkan x lebih org arab dgn yg lain selain siapa yg lebih bertakwa...

    • @mustirasa
      @mustirasa 4 месяца назад

      Erm

  • @yourdailydoseofstupidity4801
    @yourdailydoseofstupidity4801 Год назад +19

    tak kisah lah keturunan mana..lu rock..kitorang xde hal....support MAY...👍👍👍

    • @shahrinsarali7968
      @shahrinsarali7968 Год назад

      X rock pun suara biasa2 jer dah tgok kat RUclips

    • @PENCINTASENI
      @PENCINTASENI Год назад

      @@shahrinsarali7968 golongan kaki kondem..suport tu tiada..

  • @adiladil4718
    @adiladil4718 Год назад +10

    MAY ni lagu2nya kuat...kalau penyanyi baru leh bawak lagu2 may ni 70 ke 80% dah cukup power dah...kekuatan may ni riff dlm lagu power...ala2 loudness..

  • @HezraSolo
    @HezraSolo Год назад +6

    tetap sokong kumpulan MAY 🤘🤘

  • @mantap2203
    @mantap2203 Год назад +1

    Awwieee yang rekomen la

  • @mohdyusri2175
    @mohdyusri2175 Год назад +2

    Vocalist Loudness.. mantap MAY

  • @yunu_siqmo
    @yunu_siqmo 6 месяцев назад

    Lets Go!

  • @Zulqarnain_3399
    @Zulqarnain_3399 Год назад +1

    We're looking foward May's performances

  • @matlan9996
    @matlan9996 Год назад +7

    Wa sokong. Satu kelainan. Kalau Hillary (wlpun gitaris) boleh kenapa tidak Kelvin mulakan balik. Malaysia pun dh lama tiada bangsa lain join band rock. Tak sabar nak tengok mereka perform.

    • @nazarinawawi1933
      @nazarinawawi1933 Год назад +1

      boleh sehebat t-rex kamikaze ok la😁😁

    • @matlan9996
      @matlan9996 Год назад

      Kita bg peluang k.. since tgk si Kelvin ni pun jenis yg selamba & jenis happg go lucky mintak2 blh mixed up dgn otai2 May.

  • @mohamadanuarariffin8294
    @mohamadanuarariffin8294 Год назад +3

    Tak sabar nak dengar suara Kelvin ni. Steady Bro Kelvin.....👍👍👍👍👍

  • @misterpotato8707
    @misterpotato8707 Год назад +2

    Igtkn bruce lee td bang.. mantappp.. semoga may terus success..

  • @mohammadalimuddin7406
    @mohammadalimuddin7406 Год назад +1

    Slmt maju jaya MAY

  • @samadx1309
    @samadx1309 Год назад +6

    Nampak mcm abg yus n abu dh serik dgn kejadian lepas,promo kemain lg last2 xjd..siap berlaku perpecahan lg dlm band..harap kali ni may berjaya membuat kemunculan kembali dan terus menyumbang karya2 mereka utk peminat2 setia may.

    • @shahrinsarali7968
      @shahrinsarali7968 Год назад

      Salah buat pemilihan vokalis lagi vokal Kelvin ni x boleh pergi jauh nyanyi dalam tandas jer boleh

    • @hamdanosman1463
      @hamdanosman1463 Год назад +1

      @@shahrinsarali7968 ko je la nyanyi sng

    • @shahrinsarali7968
      @shahrinsarali7968 Год назад

      Dah tgok dia nyanyi x boleh pergi jauh apa pun kita tgok jer lah nanti 😂

    • @suhaimimd668
      @suhaimimd668 Год назад

      @@shahrinsarali7968 untung laaa dah tengok.. Kita tertungu2 nak tengok

    • @abdrahman7443
      @abdrahman7443 Год назад

      ​@@shahrinsarali7968dh tgk blum konsert baru2 ni

  • @Banunami80
    @Banunami80 Год назад +1

    Terbaik MAY 👍👍👍💪💪

  • @orangeng4269
    @orangeng4269 Год назад +8

    Selepas Muss keluar, Kumpulan MAY masih tercari-cari penggantinya...Rasanya dah 4 penyanyi bertukar ganti....

    • @rennie2003
      @rennie2003 Год назад +1

      AG paling sesuai utk MAY dlu. suara iras2 mus,showmanship ats stage pn ok. tapi dia undur diri pulak dri MAY pastu. apa2 pn hrp kelvin dpt menerajui MAY kembali ke zmn kgemilangan nya🤘

  • @hairulnizam7642
    @hairulnizam7642 Год назад +3

    Kelvin ni dulu pernah masuk 3 juara tv3

  • @ishaq86
    @ishaq86 Год назад +3

    sokong legend 4 band may xpdc rusty blade babylon ,,,

  • @daniell_inman
    @daniell_inman Год назад +2

    Nampak macam anggota band T'Koes. Apapun memang stylo singer ni

  • @purnama13_penditagila
    @purnama13_penditagila Год назад +2

    Terbaik May..pilihan yg padu..

  • @lifeinpark2426
    @lifeinpark2426 Год назад

    Terbaik...may...❤

  • @PAPERCUT212
    @PAPERCUT212 Год назад +3

    Melayu ka cina ka yg penting boleh nyanyi lau nk puaskn hati tiap2 org smpai bila pn xkn puas

  • @arapaimaarmadilo3421
    @arapaimaarmadilo3421 Год назад

    Mantap background Kelvin ni...go May go..

  • @SubZero-qi9hk
    @SubZero-qi9hk Год назад +1

    Penyanyi baru rupa ala - ala John Lenon pada Tahun 70an. Peace No War ☮

  • @suhaimimd668
    @suhaimimd668 Год назад +1

    Loudness

  • @Alibota_km
    @Alibota_km Год назад +1

    May akan meletop...x sabar nak dengar

  • @joeleviackerman4124
    @joeleviackerman4124 3 месяца назад

    Original may

  • @jemin75-travel
    @jemin75-travel Год назад +1

    wow nk dengar sgt kelvin ni. dia boleh nyanyi lagu omputeh dan lagu rendah dgn baik.

  • @kadinfina8793
    @kadinfina8793 Год назад +2

    Tp masa may brsama yantzen mmg nmpak mcm band english ,lagu padu2..harap2 kelvin pun blh

  • @muhammadfirdausazri3781
    @muhammadfirdausazri3781 Год назад +2

    Dlm bnyak² Vokalis kumpulan M.A.Y silih berganti,,tp sy berkenan ahcai dgn kelvin,,,yg ganti muss mula² AG Aku tk berkenan hancur suara sbb dia nk ikut vokal mcm mus tp tk sampai,,,

  • @gdjfhdc4587
    @gdjfhdc4587 Год назад +2

    May kna cari penyanyi yg mantap segera... May hampir tenggelam

  • @benkraze3103
    @benkraze3103 Год назад

    Bah, cepatlah buat album baru dgn lagu baru. Test power vokalis baru.

  • @asyrafyap110
    @asyrafyap110 Год назад

    Mantap maju terus geng² rock support you🤘

  • @CosaNostra786
    @CosaNostra786 Год назад +1

    Yus paling hensem dlu²

  • @mohdmuhamad5375
    @mohdmuhamad5375 Год назад +1

    Metallica pun boleh buat muzik baru...MAY pasti boleh...keep on rockin

  • @jacksofinaatim7892
    @jacksofinaatim7892 Год назад

    Tbaik

  • @nuralianoorazizi2131
    @nuralianoorazizi2131 Год назад

    Wuish sbelum ni kita ada gitaris cina mcm hillary ang & Tham ex Wings..klu vokalis band kita ada Terrence Law@T-rex vokalis Kamikaze..ni vokalis baru kumpulan rock May pulak

  • @badrulzaman3918
    @badrulzaman3918 Час назад

    Mus juga yg terbaik

  • @CikLi6996
    @CikLi6996 Год назад +1

    Banyak lagi band rock yang vokalnya bukan Melayu seperti Thana dari Metallian

  • @fiqzhafiqz9345
    @fiqzhafiqz9345 Год назад +2

    vokalist kamekaze pn cina tak ada isu pancing memancing pn

  • @raidenmetalmuff
    @raidenmetalmuff Год назад +1

    Pandai ckp melayu maa..

  • @mohdzamrimohdtamin6694
    @mohdzamrimohdtamin6694 Год назад +1

    Ankk.. Kenny remy martin... Nii yop.. Atau penyanyi kembara a. Ali kot.. Kenygoh

  • @benholly7194
    @benholly7194 Год назад +1

    Ok tu ok jugalah tpi, boleh ke dia bawa lagu² May? terpaksa turun key lahh..kira tak maksimumlah kan?

  • @masriembing70
    @masriembing70 Год назад

    Peminat muzik saja faham

  • @mohdzariff86
    @mohdzariff86 Год назад +1

    Muka macam..Jason Lee..Pelakon filem..Legend of Bruce Lee..apapun salute May..Terbaikk!!

  • @hafizizaid9540
    @hafizizaid9540 Год назад +1

    Kenapa abg Mus kluar.😔

  • @azliwinchester2100
    @azliwinchester2100 Год назад +4

    takde persoalan sebenarnya penglibatan bkn melayu dlm muzik rock ni....dulu hillary dgn Search, Vocalis Metallian, ...dan skrg ni kumpulan Rock India, Kashmir Stone punya ada pemuzik Melayu.

  • @Alibota_km
    @Alibota_km Год назад

    Somebody tu...Adrie Hashim

  • @trisshousten3298
    @trisshousten3298 Год назад

    Mcm muka bruce lee je..apa pun tetap rock bro kelvin👍👍

  • @amiii4847
    @amiii4847 Год назад

    pengganti ag 😅

  • @user-ws9sc9vv9c
    @user-ws9sc9vv9c Год назад +2

    Suara Mus tiada penggantinya

    • @yakuzasjapana541
      @yakuzasjapana541 Год назад +4

      mmg la takde, sbb tu suara mus. Tak kan kita panggil suara mustapa. Kau pun, org komen nak komen jugak. move on la berooo

    • @alshuk_alikram5899
      @alshuk_alikram5899 Год назад +1

      Betul tu, legasi perlu diteruskan, Band boy yang lain perlukan pengganti untuk teruskan Show

  • @geraldjr2644
    @geraldjr2644 Год назад

    Awie tu yg offer kelvin kt may

  • @haiqalina
    @haiqalina Год назад

    Kevin my frend

  • @elcid8943
    @elcid8943 Год назад

    Bangyus steady

  • @satriapower8409
    @satriapower8409 Год назад +1

    Ok ke suare nye..x pnah dgar la.

  • @Mizie
    @Mizie Год назад +2

    Ada kaitan dengan Hillary Ang ka?

    • @jokhannazsify
      @jokhannazsify Год назад +4

      rasanya recommendation dr edry hashim ni

    • @faizaljay5298
      @faizaljay5298 Год назад +1

      Mungkin sbb ada lagu kolaborasi edry hashim Dan kelvin

  • @yakuzasjapana541
    @yakuzasjapana541 Год назад

    mmg nampak brader kelvin ni mmg rock n roll abis. srius aku tak sabor nk tgk.

  • @raffaeldelavega2459
    @raffaeldelavega2459 Год назад +1

    Hillary Ng kut.....

  • @cpawunnie0810
    @cpawunnie0810 Год назад

    Ganti mus ke AG?

  • @loveredmi9028
    @loveredmi9028 Год назад +1

    May tetap legend. Pak abu dan Pak Yus tetap 👍👍👍

  • @mrjoy1205
    @mrjoy1205 Год назад

    Kami dahulukan beli produk melayu..😆

  • @areloharel
    @areloharel Год назад

    ko simpan rambut macam dulu balik kelvin... ini dah macam glamrock

  • @raffaeldelavega2459
    @raffaeldelavega2459 Год назад

    Ala2 Bruce Lee....

  • @shahrinsarali7968
    @shahrinsarali7968 Год назад

    Saya komen jujur ya kalau ini vokalisnya May lebih baik tukar ke June😂 dah tgok vokal nya x sesuai bawa lagu rock.. dangdut atau jaz jer kot boleh 🤣🤣🤣

  • @rijarrijar7623
    @rijarrijar7623 10 месяцев назад

    Klau bukan Mus tidak cocok