Penyakit Hati, Suka Berdebat | Habib Umar Bin Hafidz

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 18 окт 2024
  • Suka debat tentang agama kadang adalah penyakit hati yang sangat bahaya.
    Setengah Ulama berkata Hukum berdebat berkaitan agama, di antara sesama para Ulama adalah Makruh, dan jika debat tentang agama itu adalah sesama orang awam maka Haram.
    Ini dikeranakan jika sesama Ulama (yang benar2 berilmu) yang berdebat, mereka akan berhujjah atas sandaran ilmu yang luas & hati yang lapang, serta tujuan utamanya adalah ingin menegakkan yang hak atau ingin sama-sama mencapai kebenaran kerana Allah (tidak kisah kalau kebenaran itu datang dari pihak yang sedang ia debat).
    Maka dengan itu orang seumpama imam Syafie (ulama yang sangat berilmu) pernah berkata;
    “Tidaklah aku berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menzahirkan kebenaran di atas lidahnya dan bukan daripadaku”
    Beliau juga pernah berkata: “Aku tidak pernah berdebat untuk mencari kemenangan”.
    Itu adalah contoh dari ulama yang sangat wara', zuhud & berilmu sangat tinggi.
    Tetapi perlu diketahui, bukan semua ulama adalah imam syafie.
    Bukanlah perkara yang mudah, untuk boleh menerima kebenaran datang dari pihak lawan, kerana manusia mempunyai hati & nafsu, sifat kecewa, sifat ingin untuk dikenal & ingin menang, tidak mahu kalah, dendam dan sebagainya kadang ada dalam diri.
    Perkara itu menyebabkan banyak ulama yang wara' meninggalkan perdebatan demi menjaga hati mereka.
    Jika itu adalah contoh untuk keadaan para Ulama yang soleh, apatah lagi kita yang awam ini, ilmu pun masih kebanyakannya copy & paste, tujuan debat pun selalunya kerana ingin menang, ingin menjatuhkan orang lain, ingin dikenal dan sebagainya daripada penyakit-penyakit hati yang merbahaya.
    Maka hukumnya adalah haram debat berkaitan agama bagi yang tidak berilmu.
    Keterbatasan ilmu, serta niat yang tidak jelas, sama sekali tidak akan menjadi sebab dapat menyatukan ummat, bahkan sebaliknya iaitu menjadi sebab semakin menyebarkan permusuhan, kebencian, ta'assub dan sebagainya dari penyakit hati.
    Salafussoleh pernah berkata : " Banyak berdebat menyebabkan kesia-siaan, dapat memutuskan hubungan serta mewariskan permusuhan." Wallahu'alam
    Alfaqeer Nael Ben Taher
    #habibnaelbentaher
    #majelisrasulullahmalaysia #habibumarbinhafidz #habibomar #tarim

Комментарии • 2

  • @ucuptepong6204
    @ucuptepong6204 Год назад

    🤲❤❤❤❤اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ

  • @arjheymahajaya5510
    @arjheymahajaya5510 Год назад

    Bagaimana mengobatinya? 🙏