Tadabbur Surah al-Ahzab

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • Terdapat banyak kisah dan pengajaran yang boleh kita ambil dari surah ini, antaranya:
    1) hukum nasab anak angkat
    2) perintah menutup aurat
    3) perintah beradab dengan Rasulullah SAW dengan para isteri Baginda
    4) peristiwa perang Ahzab
    Jemput tonton, like, share dan subscribe channel saya. Moga bermanfaat.

Комментарии • 19

  • @asmaazman4639
    @asmaazman4639 2 года назад +1

    ASMA' BINTI MOHAMMAD AZMAN (1201164)
    Surah Al - Ahzab ni, menceritakan mengenai peperangan ahzab, atau lebih dikenali sebagai perang khandak. Dalam perang tersebut, banyak pengajaran yang boleh diambil. Antaranya ialah, Allah berkuasa memberi pertolongan jika Dia kehendaki. Kaum musyrikin jauh lebih ramai dari kaum muslimin, namun Allah memberi pertolongan kepada kaum muslimin, dan akhirnya kaum muslimin berjaya menang perang tersebut. Selain itu, perang ini juga menunjukkan bahawa pentingnya sesuatu syura dan perbincangan diadakan sebelum melakukan apa2 keputusan.
    Akhir sekali, kita patut 'reflect' balik diri kita. Sekiranya kita dipanggil untuk berjihad, adakah kita akan menjadi orang yang menyahut seruan tersebut atau kita akan lari seperti golongan munafiq?

  • @anuarabdulwahab9147
    @anuarabdulwahab9147 2 года назад

    syukran ustaz

  • @ainisuhaila8591
    @ainisuhaila8591 2 года назад

    Aini Suhaila binti Mohd Rajali (1202029)
    - Al Ahzab ialah golongan bersekutu dan kaitan dgn peperangan Ahzab
    - Perkataan Ahzab disebut dalam ayat 20
    - Perang Ahzab juga dikenali perang khandak
    - Dalam peperangan memberi pengajaran tentang ujian sama ada kita terus tetap atau pun lari daripada peperangan
    - Sahabat nabi selalu panggil Zaid bin Muhammad, lalu Allah turunkan ayat 4-6 untuk menerangkan hukum panggil anak angkat dgn nama ayah sebenar
    - Ayat 9-27 menceritakan pertolongan Allah dalam perang Ahzab.

  • @hazwaniiffah09
    @hazwaniiffah09 2 года назад

    NUR HAZWANI IFFAH BINTI SYAARI 1201707
    Peristiwa perang ahzab dlm surah ini memberi pengajaran kpd kita (sebagai umat islam), walaupun dalam keadaan cemas dan getir tetaplah berpegang teguh dan yakin terhadap janji Allah dan Rasul, kerana hanya Allah SWT Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Malah sebagai hambaNya, hendaklah kita berusaha dengan sepenuh kemampuan dan seterusnya bertawakal kepada Allah.

  • @khalisasyaza1899
    @khalisasyaza1899 2 года назад

    Khalisa Syaza binti Mohd Jamil 1201922
    Antara intipati surah al-Ahzab ialah menceritakan tentang peristiwa peperangan al-Ahzab. Pada waktu itu, jumlah tentera Islam sangat sedikit daripada jumlah tentera bersekutu. Allah telah membantu tentera Islam dengan menghantar angin taufan dan tentera yang tidak dapat dilihat dengan mata untuk mengalahkan tentera bersekutu.

  • @sarahmahmud1634
    @sarahmahmud1634 2 года назад

    Siti Sarah Binti Mahmud (1201485)
    Maksud Al-Ahzab adalah golongan bersekutu . Hal ini kerana sewaktu perang ahzab berlaku, tentera musyrikin telah mengumpulkan beberapa kaum/bani daripada mereka sendiri untuk memerangi kaum muslimin dalam peperangan khandaq tersebut.
    Kita haruslah sentiasa meletakkan Rasulullah S.A.W beserta isteri baginda yang utama sepertimana yang diperintahkan dalam ayat 6 dalam surah Al-Ahzab ini

  • @rayyanrosdin5793
    @rayyanrosdin5793 2 года назад

    Rayyan Binti Rosdin (1201658)
    Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil dalam Surah Al-Ahzab ini sebagai nasihat dan teguran yang baik dari Allah kepada wanita. Antaranya:
    -Ayat 31: Agar sentiasa mentaati Allah
    -Ayat 32: Jangan melembutkan suara dalam berkomunikasi sehingga bangkit nafsu orang mendengarnya.Berkata-kata dengan perkataan yang baik.
    -Ayat 33: Jangan berhias dan bertingkah laku spt orang jahiliah dulu kala.
    -Ayat 59: Perintah menutup aurat dengan memakai tudung dengan menutup seluruh tubuh badan bagi mengelakkan daripada diganggu.
    Sesungguhnya telah banyak cara yang terbaik Allah ajarkan dalam Quran untuk menjaga kesucian dan darjat wanita. Moga kita menjadi wanita yang terpelihara di dunia dan akhirat. Aamiin. Wallahu'alam.

  • @nursyahirah3693
    @nursyahirah3693 2 года назад

    NUR SYAHIRAH BINTI SULAIMAN (1201177)
    - Nama lain bagi perang Ahzab ialah perang Khandak.
    - Anak angkat perlulah dinasabkan (dibinkan) kepada ayah kandungnya sendiri.
    - Sekiranya kita melakukan perkara yang diperintahkan Allah atau perkara yang baik mengikut syariat Islam, janganlah kita takut kerana Allah sentiasa menolong hamba-Nya yang berbuat kebaikan.
    - Kepada para isteri, mintalah daripada suami mengikut kemampuan suami. Lebihkan hal agama dan akhirat berbanding dengan keduniaan semata-mata.
    - Tutuplah aurat sebagaimana perintah Allah kepada kaum perempuan. Ini merupakan salah satu cara untuk mengelakkan kita daripada diganggu.

  • @izzatijamahari1445
    @izzatijamahari1445 2 года назад

    Ummi Izzati binti Mohamad Jamahari 1200320
    Setiap peperangan mengajarkan kepada kita bahawa kita perlu yakin bahawa pertolongan Allah itu dekat dan kita tidak perlu gentar dengan musuh Islam kerana sesungguhnya Allah pasti akan memberi pertolongan dalam pelbagai bentuk kepada orang yang beriman dan mentaatiNya dalam mengalahkan tentera-tentera kafir. Contohnya, seperti peperangan Ahzab ini yang mana Allah menjadikan taufan yang besar melanda dan menghancurkan tentera kafir dan penempatan sementara mereka manakala tentera muslim selamat kerana dipisahkan dengan parit besar yang mereka gali dan juga dengan izin Allah.

  • @wansafinahwanibrahim5021
    @wansafinahwanibrahim5021 9 месяцев назад +1

    Terima kasih ustaz..mudah difahami walau pun rengkas Assalamualaikum....

  • @ainulmardhiahbintizulkipli9032
    @ainulmardhiahbintizulkipli9032 2 года назад

    Ainul Mardhiah Zulkipli 1201705
    Ujian ketaatan dan keimanan kepada orang yang beriman. Ujian kelaparan sewaktu perlu menggali parit. Rasulullah juga turut diuji dengan kelaparan.

  • @ainulmardhiahka8086
    @ainulmardhiahka8086 2 года назад

    'Ainul Mardhiah binti Khairul Azhar 1191326
    Kisah perang ahzab. Nabi n sahabat gali parit besarrr hingga ikat perut.
    Malam tu waktu dikepung oleh tentera2 genesari elit, para shbt sangat gerun bila diarah oleh rasul untuk intip pihak lawan. Akhirnya yang berani ialah huzaifah alyamani...

  • @nikazian6278
    @nikazian6278 2 года назад

    Nik Faizatul Azian Bt Jamil(1200427)
    -turut dinamakan sebagai perang khandak
    -Allah sentiasa berada disisi orang2 islam walau dlam keadaan susah dan senang
    -menunjukkan sifat munafik di kalangan org muslimin

  • @izzatizamanhuri4025
    @izzatizamanhuri4025 2 года назад

    Nurul Izzati binti Zamanhuri (1201195)
    Salah satu intipati dalam surah ini ialah Baginda saw diarahkan oleh Allah swt untuk mengahwini Zainab binti Jahsy yang merupakan bekas isteri kepada anak angkat baginda saw iaitu Zaid.
    Perkahwinan tersebut telah memecahkan/menghentikan stigma masyarakat yang salah pada waktu itu yang menyangka bahawa haram untuk menikahi bekas isteri kepada anak angkat .

  • @nurulizzahbintiyussof3047
    @nurulizzahbintiyussof3047 2 года назад

    Nurul I’zzah binti Yussof (1201682)
    -sebagai seorang isteri, hendaklah tahu kemampuan suami dan janganlah minta sesuatu yang melampau yakni melebihi kemampuan suami
    -bagi perempuan, tutuplah aurat dengan sempurna agar tidak diganggu

  • @arinawazirah3887
    @arinawazirah3887 2 года назад

    Arina wazirah bt azanol 1201377
    - surah al ahzab adalah surah yang ke33 dalam al quran yang bermaksud golongan yang bersekitu
    -perang al-ahzab juga dikenali sebagai perang khandak
    - surah ini menceritakan tentang ujian ketaatan yang paling berat kerana peperangan mempunyai 2 pilihan sahaja iaitu antara hidup atau mati sahaja
    -anak angkat wajib berbinkan ayah kandung supaya tidak tercemarnya nasab keturunan
    -setiap wanita yang beragama islam perlu menutup aurat dengan seeloknya sesuai dengan syariat islam

  • @umairatulezzah7429
    @umairatulezzah7429 2 года назад

    UMAIRATUL EZZAH BINTI MD ARIFF MARICAR
    1201329
    1. Orang munafik meminta izin untuk pulang ke rumah bagi melarikan diri dari perang
    2. Terdapat ayat yang meminta isteri2 nabi untuk komited terhadap kehidupan akhirat dan tidak terikut dengan hal-hal keduniaan
    3. Terdapat kisah yang mana nabi Muhammad S.A.W diarahkan untuk mengahwini Zainab yang merupakan bekas isteri kepada anak angkatnya. Namun, Allah menjelaskan sebab mengenai arahannya

  • @naeimah8053
    @naeimah8053 2 года назад

    Naeimah binti Mohamad 1201965
    Surah Al-Ahzab sebagai simbolik ujian keimanan orang mukmin khususnya ketika berada dalam medan perang, kerana ianya soal hidup dan mati.
    Dalam pada kita berada dalam jalan kebenaran, janganlah kita risau dan gentar kerana Allah bersama dan sentiasa membantu orang yg sentiasa dalam jalan kebenaran.