Dalam video lawatan di Port Dickson, Mr Aziz ada mengungkapkan kata² nasihat yg amat bijaksana buat para netizen yg toxic..." Buku yg di baca kurang tebal dan mainnya belum cukup jauh "...!! Terkesima aku mendengarnya...wallawehhh
Dia asal sumatera jadi lebih mudah faham dan rapat dengan tanah melayu. Bahkan sejak zaman almarhum buya hamka sumatera dan tanah melayu sudah saling berhubung. Namun kerana tragedi pemb4ntaian kesultanan melayu di sumatera dan kegan4san k0munis di tanah melayu, masing masing jadi fokus keselamatan dalam negeri
Budaya orang melayu di Malaysia dipengaruhi ugama Islam rata2. Jesteru dari itu memberi makan dan memastikan tetamu pulang dengan perut yang kenyang adalah kewajipan. Semoga Allah swt terus merahmati persaudaraan di antara Malaysia dan Indonesia...aamiin.❤
Alhamdulillah, benar sekali sifat rakyat Malaysia memang seperti itu.. Bab suka bersedekah rakyat Malaysia 🇲🇾 memang top 1 bukan nak bangga tapi itu memang kenyataan 🇲🇾 👍
Tapau. Meaning: Tapau comes from the Chinese word 打包 (da bao) which means take away (food). Tapau” is Malaysian slang. This term is used to greet us when we want to pack food to take home. This word is synonymous with "take-away" and "take-out". So, the meaning of "tapau" is taking food.
Mendengar kata2 Mister Sastra mengulas kembali kenangan ke Malaysia & reaksi Miss Tika yg menyokong serta melihat Mister Azis menitis airmata sudah cukup menjadi saksi kpd kami, bahawa kelian bertiga adalah sangat ikhlas dalam memperjuangkan siratulrahim yg baik antara Malaysia & Indonesia dgn cara kelian. Ayuh saudara ku semua...jgn melihat channel ini condong ke Malaysia semata2, tapi lihat lah kemanisan perpaduan ummah sekiranya kita bersatu & menyokong antara sama lain... InshaAllah, Aaminn 🤲
Mereka bertiga berkunjung bkn hanya utk melihat², tetapi berkunjung dgn jiwa & raganya sekali. Tu sbb ckg Aziz berlinang airmatanya merasa terharu apabila mengenang kembali moment yg indah semasa berada di Malaysia.
Terharu sekali dengan usaha kalian bertiga.Iya benar walaupun ada yg cuba provokasi antara dua negara tapi kita tau bukan semua.buktinya brother yang membawa kalian jalan2 sampai ke penang ke johor melaka itu bukan mudah orang asing untuk berbuat demikian.kami juga berterima kasih kepada mereka kerana menyantuni kalian sehabis baik.Shout out untuk abg Don dan family menyantuni kalian.Bukan mudah untuk dia bawa kalian jalan2 jauh tapi kerana atas dasar memuliakan tetamu dan menghargau usaha kalian bertiga jangankan abg Don mana2 followers dan subscribers kalian sanggup untuk bawa kalian ke manapun.Teruskan usaha murni semuanya.Malaysia sayangkan kalian.Datang lagi ke rumah kedua kalian.Keluarga besar kalian sentiasa menunggu kedatangan dan membahagiakan kalian bertiga.Indonesia Malaysia kita ini bukan tetangga tetapi adik beradik.Terpisah dengan Selat Melaka itu aja.Budaya dan bahasanya persis.Yang ada rasa benci terhadap Malaysia ayo datang biar kami padamkan api kebencian itu dengan kasih sayang dan makanan2 kami.kami janji kami gak akan claim.makan aja.udah enak makan tidur mimpi yang bahagia2❤
Gais, make reservation untuk datang ke Malaysia bulan Ramadhan yang bakal mendatang ini. Nikmati pengalaman dan event kuliner extraordinaire setahun sekali yang ditunggu seluruh masyarakat Malaysia. Pasti tidak akan mengecewakan kalian. InsyaAllah.
Sedih gak la... Ramadhan jadi bulan fiesta makanan... Kalolah ramadhan diibaratkan 1 sosok manusia, nescaya ianya akan menangis akan gagalnya ia membendung nafsu lidah para muslimin tatkala ramadhan
@@periuktembaga6436jika niat puasa kita sudah mantap, berbuka puasa nanti makan sikit sudah jadi kenyang. Boleh dicuba berbagai jenis makanan tapi berpada2 😅 yg penting ibadahnya.
@@periuktembaga6436 Kalau dilihat dari sisi lain pula, ramai non-Muslim yang kaget melihat betapa cekalnya hati orang Muslim menahan lapar dan dahaga tatkala di sekelilingnya penuh dengan juadah yang beranika rasa. Ramai juga non-Muslim yang berusaha berpuasa semata-mata kerana mereka ingin bersama kita dan kebanjiran para wisata atau tourist asing juga menambahkan limpah ruah rezeki para peniaga kita. Kita usaha sebaiknya. Apa yang kita nampak tidak elok itu mungkin Allah sudah menyusun seribu kebaikannya dan apa yang kita nampak baik itu mungkin tidak elok buat kita. Kita ambil jalan tengah... insha Allah.
@@periuktembaga6436 tak boleh juga berpandangan seperti itu. Lihat saja pelancong non Muslim yang datang ke Malaysia hanya untuk merasai suasana Ramadhan, berbuka di masjid², ada yang cuba berpuasa juga. Kadang, dakwah dan hidayah tu datangnya dalam keadaan yang tidak disangka.
Jualan makan tak mengapa, yang salah adalah individu yang tidak dapat menahan nafsu, dari satu sisi dapat menambah pendapatan bagi peniaga, mereka juga orang islam, jadi Allah dah mengatur sebaik-baiknya. @@periuktembaga6436
Andai roboh Kota Melaka, Papan di Jawa hamba sorongkan, Andai sungguh bagai di kata, Nyawa dan badan hamba serahkan.. Ini salah satu pantun lama yg menunjukkan betapa akrabnya kita sebangsa di dalam nusantara, walau terpisah di beribu kepulauan Melayu. Suku-suku Jawa, Minang, Bugis, Mandaeleng, Rawa, Patanni, Riau, Palembang, Batak, Asli.. semuanya dirangkum di bawah satu bangsa dipanggil Bangsa Melayu. Geografi itu adalah satu ilmu mengenal mukabumi, bagi memberitahu bahwa kedudukan bangsa kita tersebar luas dengan makmur ke serata pelosok dunia. Bukan sebagai alat untuk membahagi, memusuhi sesama bangsa. Islam dan ajaran leluhur sendiri mengajar bersatu teguh, bercerai roboh.
@@hazlinahakim5517 Kann...betul tu. Aku suka dgn pantun ni....malah byk lagi pantun2 lama yg menunjukkan kita 🇲🇾🇮🇩 sangat sangat rapat sebenarnya. Malah nenek moyang kita saling membantu bila diserang oleh "orang luar" eg. dari negara barat. Spttnya tak perlu bergaduh spt yg kita tengok hari ini. Pasal budaya, pakaian, makanan pun nk gaduh....padahal benda tu wujud sejak sekian lama sblm ada 🇲🇾🇮🇩
"Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa hamba dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, Nyawa dan badan hamba serahkan." Jawa di sini bukan bermaksud Kepulauan Jawa atau orang Jawa semata2, sebaliknya mewakili segenap kepulauan Indonesia moden hari ini. Malaysia dan Indonesia memang sudah berkawan rapat sejak dari dahulu lagi dan tiada permusuhan di antara kedua-dua Negara..😊
Mr Aziz well said.... Utk berjaya kita belajar dari kesilapan. Utk maju kehadapan kita belajar dari org yg berjaya. Spt pepatah melayu pernah berkata.... "Kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut" memberi maksud "Sekiranya tidak mengetahui akan sesuatu maka hendaklah kita bertanya orang yang lebih mengetahuinya" Ramai antara kita meletakkan ego dari segala2nya Maka Oleh kerana itu individu atau komuniti tersebut sukar utk mengubah kpd kehidupan yg lebih baik dan sempurna. Malangnya mereka2 ini tidak sedar Bukan lahir mereka didunia ini terus berlari Mereka harus merangkak, berdiri, jatuh bangun, jatuh bangun utk memulakan langkah pertama. Sbb manusia sentiasa menganggap diri mereka lebih hebat dari individu yg lain. Kami rakyat Malaysia tidak segan utk belajar Menuntut ilmu supaya dpt mengubah diri, keluarga dan komuniti sehingga negara dari persepsi dan pandangan buruk org lain. Jika kita mahu dihormati Belajar dahulu menghormati org lain Tahniah Mr Sastra, Mr Aziz serta Mis Tika Ps : Selagi kamu bertiga masih muat dlm kamera kamu belum cukup gemuk lagi.... 🤣🤣🤣
Congrats buat kamu bertiga. Teruskan usaha murni kamu menyatukan saudara serumpun. Hilangkan 😢kebencian Dan permusuhan. Gantikan dengan kasih sayang. Saling membantu saling berkongsi. Agar umat Di nusantara menjadi pemerintah didunia Dan disegani oleh semua bangsa didunia Satu saat nanti
Sungguh mempersonakan kata2 kamu bertiga. Terima kasih kerana telah berkunjung ke Malaysia terutamanya diNegeri Sembilan. Ramai sekali Pelancung2 dari Luar Negara yang jarang berwisata di N9. Sebenarnya N9 adalah negeri yang paling indah dengan budaya adat yang berasal dari Indonesia. Makanannya yang enak2. Lihat saja kampung2 nya berteraskan bentuk Minangkabau. Sebab itu sejarah telah membuktikan Aceh, Bugis dan Jawa telah datang ke Malaysia berkurun2 lamanya. Moga Azis, Sastra dan Tika akan berkunjung lagi ke Malaysia. Salam kasih sayang buat kamu bertiga💗🇲🇾🇲🇨
Sentiasa dinanti-nantikan jam 7 pagi setiap 2 hari sekali...esok kemurungan...lusa kembali ceria...kemudian kemurungan kembali...begitulah kehidupan seharian peminat About Sastra 🤣
Masyallah tengok Mr Aziz menangis hiba rasa hati rasa terharu sgt🐦menangis kerena bahagia 😊kami di🇲🇾 pun berbahagia menghargi kalian ber3 kerena video2 dr kalian telah merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia 💕❤️ Alhamdulillah🐦trkasih mr Aziz mr Sastra ms Tika 🐦 sayang kalian semua 💕❤️🐦 mr Aziz jgn menangis lagi ya😊nak peluk jauh🤭😁😄😆
Hati yang bersih akan mengungkapkan kata² yang indah ...anda bertiga telah membuktikan bahawa inilah hati anda yang sebenarnya ... alhamdulillah...semoga kita semua berada dalam rahmat Allah SWT
Betul bang..ramai sangat youtuber dan netizen2 dari indonesia yg tidak menyukai Malaysia..malah mengutuk2 Malaysia..di media sosial..padahal dia sama sekali tidak pernah datang ke Malaysia...poyo..
malaysia indonesia singapura Brunei kita serumpun berkongsi adat yang diwarisi dari nenek moyang.. mungkin bahasa kita ada sedikit perbezaan tapi tetap membawa makna yang sama.. kita di ajar bersopan santun tolong menolong dan bersatu padu sesama manusia lagi2 ugama kita tidak mengajar untuk membenci sesama makhluk.. salam silaturahim dari saya rakyat malaysia
lain kali jemput dtg ke negeri² pantai timur,(Kelantan, Terengganu & Pahang) pula.Kalian akan jatuh cinta dengan nasi dagang & nasi kerabu yg asli punya, ikan patin masak lemak tempoyak & sambal hitam ciri khas negeri Pahang.Semoga kalian bertiga selalu sihat sejahtera selalu..Aameen❤🎉
berbelas tahun dahulu, saya sekeluarga pernah menerima dan menganggap 8-9 org bibik bibik yg datang untuk bekerja dan menetap dgn saya sekeluarga sebagai family. Sy berikan segalanya layanan profesional dan kekeluargaan yg terbaik sepetti yg anda bertiga katakan dr org malaysia tetapi tetap mereka mengecewakan saya dgn berbuat pelbagai masalah 😔😔 terutama masalah mahu lari dr rumah dan menabur segala macam fitnah tentang kami pd org lain 😖 Oleh sebab pengalaman ini sy masih serik dan sgt berhati hati utk membuka hati sy pd warga seberang 😔 maafkan sy 😣 tetapi usaha cikgu bertiga sedikit sebanyak mengubat hati saya, kalaulah bibik bibik sy itu ada sedetik perasaan menyesal krn pernah menolak kemesraan kami sekeluarga 💔
Mereka yg spt itu sebenarnya hanya mahu lepas dr kekangan suami /keluarga yg tinggal jauh di pendalaman. Mrk mengambil keputusan utk menjadi pekerja di sini dgn alasan itu. Mau lebih bebas n bersosial. Mrk lebih pandai plan dr kita. Nowadays kan zmn TT phone sentiasa di tangan. Itu antara sbbnya. Seorg wanita ada suami n 3 anak sampai sini, digaji diberi kasih sayang spt keluarga akhirnya kabur sm lelaki asal kampungnya yg dduk di Johor. Dan dpt ditangkap semula. Tp lelaki itu dtg tuntut wanita itu dgn jumlah bayaran 8k bayaran ambil dia dr agent. Lalu diputuskan tdk mahu lg tanggung dia dgn degilnya ingin bsama lelaki itu. Taknak tggunggjawab lg. Tp suaminya cl nangis bila isterinya berubah spt itu disini. PENGAJARAN UTK SEMUA.
Tapau Meaning: Tapau comes from the Chinese word (da bao) which means take away food.. Perkataan ini lama kelamaan mnjadi perkataan slang buat warga malaysia..
@@AboutSastrabegitulah bahasa pasar mana pun akan dipengaruhi asal suku dan bangsa masyarakat. Jika di semenanjung bahasa pasar dari melayu, cina, india..jika ke borneo tambah lagi perkataan dayak
Assalamualaikum n Salam Ukhuwah Fillah dari kejauhan to Trios Sastra ; Pantun ini dituju khas buat kalian bertiga n Pantunnya;~ Tuai padi antara masak. Esok jangan layu-layuan. 💗💗💗💗💗💗💗💗💗 Intai kami di🇲🇾 antara nampak. Esok jangan Rindu-rinduan. Salam Syg dari Saef @ Ampang Jaya, Selangor Darul Ehsan🇲🇾💗🇮🇩
Budaya makan bukan sekadar orang melayu sahaja tetapi orang cina dan india juga sama. Ianya sudah menjadi budaya orang Malaysia sebagai menyembut tetamu.
Miss Tika sesekali mencelah Tapau ke Aziz ni lembut hati orangnya sering nampak dia menangis dan baru tahu ada susur alur darah melayu rupanya Satu-satunya RUclipsr yang terbaik Keselangan waktu kita berjumpa lagi 🇲🇾❤ 🇮🇩
Next trip jgn lupa datang ke pantai timur Semenanjung Malaysia... disana kalian nyobain nasi dagang, nasi kerabu, sattar & segala macam makanan orang pantai timur..
Assalamualaikum cikgu bertiga...... Saya ucap kan ber banyak banyak terima kasih pada cikgu bertiga...kenapa cikgu Aziz menangis? Terharu ya.....jangan serik serik dan jangan bosan bosan datang lagi ya .. ...salam serumpun dari ❤KL MALAYSIA.....
Teringat satu pantun lama yg membayangkan persaudaraan:. Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa kami dirikan, Kalau benar bagai dikata,. Nyawa dan badan kami serahkan.... .
Menjamu hidangan kpd tetamu adalah budaya Rakyat Malaysia! Alhamdulillah pipi tembam2 semuanya!!!😁😁😁Nanti ptg2 boleh joging ya....bukan selalu merasai kenikmatan Citarasa Malaysia.Yg penting Cikgu2 semua bahagia dan pulang bersama seribu kenangan bahagia.😁😊👋👍👍👍👌👌👌❤❤❤
Tq team sastra sbb kamu brtiga brjuang utk mnyatukan Malaysia dgn indonesia, buka mata org yg msih di bwh tempurung.. smoga kamu brtiga sntiasa dlm rahmat dan lindungn ALLAH SWT, nti dtg lagi ke malaysia jemput mai kedah pula
Terima Kasih buat cikgu bertiga memberi fakta serta kebenaran dan bukan auta atau tipu berkenaan Malaysia terutama masa penjajahan malaysia di zaman nenek moyang kami. Thank You so much.
Hehe...nampak diwajah masing2 "KG' yang menaik!. Apapun, saya doakan ketiga-tiga kalian sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Saya buat kerja sambil mendengar celoteh kalian, tersenyum sendiri.
Cikgu2 semua sudah mahir dan masak dgn cara org sini....bab belanja makan ialah "love language" org malaysia...dan tak cukup makan di rumah atau kedai mesti ada pelawaan utk "ta pau" ...bermakna "bungkus" dalam bahasa kantonis... Pasti cikgu2 di sayangi....Alhamdulilah
Kalau makanan indonesia byk didapati di malaysia , kan bagus jgk makanan malaysia di indonesia.....saling merasa. Akan terasa 🇲🇾🇮🇩 sangat akrab sekali.
Alhamdulillah, maka teruslah kita Malaysia dan Indonesia bersatu sebagai satu ummah seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Semoga dengan segala usaha bagi menyatukan ini diberkati dan dibalas oleh Allah diakhirat nanti. Akhirnya nanti bila di padang mahsyar semua akan berkumpul sebagai satu iaitu hamba kepada Allah. Saya juga doakan kesihatan dan rezeki cikgu bertiga baik-baik sahaja. Salam kasih sayang dari Malaysia untuk semua rakyat Indonesia ❤
This is such an awesome, insightful, honest vlog! It has everything -information, love, observation, interesting anecdotes, food, travel, people, culture, politics, humour, laughter, tears.....the list goes on. Congratulations to the three awesome, crazy ambassadors from Indonesia. Much ❤ from Malaysia.
Bila hati dah sayang.. Tak siapa yang boleh larang.. Bila sedang dipunya.. Siang malam ingatkannya... Bila rindu melanda dijiwa.. Tidak ada yang lain darinya....❤😘
Di Malaysia orang2 disini percaya kerana kalau kita memberi makan pada tetamu maka rezeki akan banyak datang berlipat ganda pada mereka dan apabila mereka pulang, mereka membawa sekali pulang masalah/beban yang ditanggung oleh keluarga itu.
Malaysia syurga makanan 🤭 Teringat waktu saya tinggal di Labuan, stahun atau 2tahun sekali br balik semenanjung. Bila balik kg cuti seminggu terus naik berat 3kg sebab bila balik sana semua makanan yg tiada di Labuan semua nak makan 😅😅 Lepaskan rindu makanan semenanjung 🤭
cikgu2 azis tika sastera ruangkn masa sehari dua dtg ke malaysia di bln ramdhan tahun ini utk melihat2 bazar ramadhan yg ada di malaysia. sure tak tahu nk pilih n mkn apa kerana byk menu n sedap2....salam dr 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾😍😍😍😍😍😍😍
Salam kasih sayang buat Cikgu ber3... Açik tengok video kamu. MasyaAllah begitu baiknya kamu menghargai kami org Malaysia. Açik teringin nk jumpa kamu tp Açik tak sehat. Cuma mampu menonton disini. Awal pagi tadi (0330am) Acik tonton vodeo kamu mkn mee bandung 5 udang.. Allahu lapar deh 😂 Dan video yg ini mengenai adab org melayu Malaysia mmg betul. Keramahan melayan tamu adalah sesuatu yg diterapkan oleh ibubapa kami. Harap akan datang kamu ke Sabah Serawak pula. Barulah complete 😊
Alhamdulillah...salam dari Malaysia Johor buat kalian bertiga. Tak sabar nak lihat video review tentang Taiping my hometown. Terbaik buat Sastra Channel.
Sebenar nya...ajakan makan itu adalah cara kita berekspresi ketika meraikan dan menyantuni tetamu. Belanja makan itu adalah acara yg paling affordable dan tidak membebankan orang yg membelanja dan org yg nak dibelanja pun rasa tidak membebani. Win-win!
AllahuAkbar.. rezeki nya berkat ya Miss tika sempat tak makan cendol durian?? Buat pengetahuan kalian ya.. tapau itu berasal dr bahasa Cina. Membungkus lebihan makanan utk di bawa pulang. Salah satu cara mengelakkan pembaziran Tentang kuliner atau budaya makanan.., Saya rasa ini lah nikmat Covid .., kerana ketika covid.. banyak RUclipsr Indonesia buat reaction ttng Malaysia… dan menerangkan Malaysia tidak pernah bermusuhan dgn Indonesia walaupun hal ini berlaku di Indonesia. Terutama daripada TKI di Malaysia. Alhamdulillah Sesungguh nya Allah itu Maha Perancang Yg Terbaik bagi menyatukan Hamba nya
Tapao itu bahasa Chinese Malaysia/Singapore yg slalu digunakan apabila mahu bungkus. Tapi saya rasa asal perkataan tapao tu dari Singapore mmbiak sampai ke Malaysia. Saya senang bila melihat orang Indonesia mahu berubah. Kami di Malaysia support 100% dengan kemajuan Indonesia di Puncak Asean.
Harap mr berdua juga ms tika datang lagi kembali ketika Bulan Ramadhan…Lebih banyak pilihan kulinari yg belum dirasa di Bazaar ramadan (pasar jualan makanan)
Terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih pada anda bertiga sudah mempromosikan negara Malaysia anda lah saudara kami satu Malaysia ❤anda bertiga Wasallam
Terbaik utk anda bertiga.. trm ksh videonya cikgu buat contoh bg lihat adap cara2 org malaysia, utk anak2 Indonesia kita yg belum pernah ke Malaysia👍😍🇲🇾🇮🇩
Tahniah buat cikgu2. Lawatan kali ni semakin melewati kawasan2 lain selain ibukota. Selain masakan melayu setiap negeri, masakan masyarakat cina (seafood), india (daun pisang) juga memberi kesan besar dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia. Semoga utk lawatan akan datang, dapatlah cikgu2 berpeluang merasai nya. InsyaAllah
Aamiin...semoga hubungan kekeluargaan terus terjalin antara kedua2 begara....semoga kenari kita yg sama2. Memperbaiki kekurangan dalam hubungan jauhi pergaduhan dan salah sangka sesama kita....bak pepatah didalam kekeluargaan ada masam manis nya kita sama2 perbaikinya ....terima kasih kerana menjadi duta kecil' negara kami menerangkan sedikit sebanyak perihal Malaysia kepada saudara kita disana....dan terima kasih pada semua saudara2 kita yg telah meraikan tetamu kita dari seberang semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati kita semua....aamiin
Moga usaha kalian cikgu bertiga menyatukan & mengeratkan malaysia 🇲🇾 & 🇮🇩 indonesia Allah balas berlipat kali ganda, jika bukan di dunia dalam bentuk kekayaan, tapi di akhirat itu pasti..
Terbaik, bagus usaha dari Indonesia utk buka Premis nasi kandar atau lain lain nya. Kami org Malaysia tetap merestuinya. Saya pun ada anak sahabat yg ada 8 outlet meniaga Di Indonesia.. Katanya amat bagus, jualan amat laris. Kenapa dia pilih niaga Di Indonesia itu x kisah.Asalkan mereka maju dan bahagia.
i am so happy to watch this video, rasa kebersamaan, rasa gembira, rasa teruja cikgu bertiga dapat kami rasai. nati update video kalau dah merasai nasi kandar di indonesia ya. bukan untuk membanding sekadar mahu enjoy moment lihat cikgu2 makan dan happy2.
Dalam video lawatan di Port Dickson, Mr Aziz ada mengungkapkan kata² nasihat yg amat bijaksana buat para netizen yg toxic..." Buku yg di baca kurang tebal dan mainnya belum cukup jauh "...!! Terkesima aku mendengarnya...wallawehhh
Dia asal sumatera jadi lebih mudah faham dan rapat dengan tanah melayu. Bahkan sejak zaman almarhum buya hamka sumatera dan tanah melayu sudah saling berhubung. Namun kerana tragedi pemb4ntaian kesultanan melayu di sumatera dan kegan4san k0munis di tanah melayu, masing masing jadi fokus keselamatan dalam negeri
Yes. Benar sekali. Kata2nya bernas!!
That's why education is important, they are teachers. Sangat2 educated dan full of knowledge 🎉🎉❤
Mmg patut bhs Indonesia jd bhs nusantara...bhs nya puitis2...kadang2 aku pun rasa mcm tk trfikir boleh ada ayat2 tu😅
@@hatiemas5309 lain padang, lain le belalangnya bro...
Anda bertiga adalah duta kasih sayang sirahturahmi nusantara Indonesia & Msia..
Semoga succes hidup kalian sampai bila2...
Amin
Budaya orang melayu di Malaysia dipengaruhi ugama Islam rata2. Jesteru dari itu memberi makan dan memastikan tetamu pulang dengan perut yang kenyang adalah kewajipan. Semoga Allah swt terus merahmati persaudaraan di antara Malaysia dan Indonesia...aamiin.❤
Alhamdulillah, benar sekali sifat rakyat Malaysia memang seperti itu.. Bab suka bersedekah rakyat Malaysia 🇲🇾 memang top 1 bukan nak bangga tapi itu memang kenyataan 🇲🇾 👍
Dh jdik tabiat org kita mcm tu lah😂kadang tak sedar..dah jadik darah daging..raya sebulan full😂 kerja jamu org mkn je..
Benar.. bila datang sebagai tetamu.. makan boar kenyang.. baru bisa pulang
Tapau. Meaning: Tapau comes from the Chinese word 打包 (da bao) which means take away (food).
Tapau” is Malaysian slang. This term is used to greet us when we want to pack food to take home. This word is synonymous with "take-away" and "take-out". So, the meaning of "tapau" is taking food.
Mendengar kata2 Mister Sastra mengulas kembali kenangan ke Malaysia & reaksi Miss Tika yg menyokong serta melihat Mister Azis menitis airmata sudah cukup menjadi saksi kpd kami, bahawa kelian bertiga adalah sangat ikhlas dalam memperjuangkan siratulrahim yg baik antara Malaysia & Indonesia dgn cara kelian.
Ayuh saudara ku semua...jgn melihat channel ini condong ke Malaysia semata2, tapi lihat lah kemanisan perpaduan ummah sekiranya kita bersatu & menyokong antara sama lain... InshaAllah, Aaminn 🤲
Terbaik bang..terima kasih💕
Kagum dgn Cikgu2 Indonesia ini.Umpama duta kecil Indonesia yg open minded.Hope satu hari diinterview olh media Malaysia.
Bila hati dah sayang.... pastinya sukar dilepaskan...Malaysia tiada kebencian.... Malaysia boleh.🎉🎉
Cikgu Bertiga ini amat menginspirasikan perpaduan antara Indonesia dan Malaysia 🎉
Actly bkn pejajah... Tp president pertama diorg... X puas hati.. wujud ganyang malaysia.. pastu kalah plak tu... 😅😅😅
Mereka bertiga berkunjung bkn hanya utk melihat², tetapi berkunjung dgn jiwa & raganya sekali. Tu sbb ckg Aziz berlinang airmatanya merasa terharu apabila mengenang kembali moment yg indah semasa berada di Malaysia.
Terharu sekali dengan usaha kalian bertiga.Iya benar walaupun ada yg cuba provokasi antara dua negara tapi kita tau bukan semua.buktinya brother yang membawa kalian jalan2 sampai ke penang ke johor melaka itu bukan mudah orang asing untuk berbuat demikian.kami juga berterima kasih kepada mereka kerana menyantuni kalian sehabis baik.Shout out untuk abg Don dan family menyantuni kalian.Bukan mudah untuk dia bawa kalian jalan2 jauh tapi kerana atas dasar memuliakan tetamu dan menghargau usaha kalian bertiga jangankan abg Don mana2 followers dan subscribers kalian sanggup untuk bawa kalian ke manapun.Teruskan usaha murni semuanya.Malaysia sayangkan kalian.Datang lagi ke rumah kedua kalian.Keluarga besar kalian sentiasa menunggu kedatangan dan membahagiakan kalian bertiga.Indonesia Malaysia kita ini bukan tetangga tetapi adik beradik.Terpisah dengan Selat Melaka itu aja.Budaya dan bahasanya persis.Yang ada rasa benci terhadap Malaysia ayo datang biar kami padamkan api kebencian itu dengan kasih sayang dan makanan2 kami.kami janji kami gak akan claim.makan aja.udah enak makan tidur mimpi yang bahagia2❤
Terbaik abg flyguy8601...❤❤❤
Gais, make reservation untuk datang ke Malaysia bulan Ramadhan yang bakal mendatang ini. Nikmati pengalaman dan event kuliner extraordinaire setahun sekali yang ditunggu seluruh masyarakat Malaysia. Pasti tidak akan mengecewakan kalian. InsyaAllah.
Sedih gak la... Ramadhan jadi bulan fiesta makanan... Kalolah ramadhan diibaratkan 1 sosok manusia, nescaya ianya akan menangis akan gagalnya ia membendung nafsu lidah para muslimin tatkala ramadhan
@@periuktembaga6436jika niat puasa kita sudah mantap, berbuka puasa nanti makan sikit sudah jadi kenyang. Boleh dicuba berbagai jenis makanan tapi berpada2 😅 yg penting ibadahnya.
@@periuktembaga6436 Kalau dilihat dari sisi lain pula, ramai non-Muslim yang kaget melihat betapa cekalnya hati orang Muslim menahan lapar dan dahaga tatkala di sekelilingnya penuh dengan juadah yang beranika rasa. Ramai juga non-Muslim yang berusaha berpuasa semata-mata kerana mereka ingin bersama kita dan kebanjiran para wisata atau tourist asing juga menambahkan limpah ruah rezeki para peniaga kita.
Kita usaha sebaiknya. Apa yang kita nampak tidak elok itu mungkin Allah sudah menyusun seribu kebaikannya dan apa yang kita nampak baik itu mungkin tidak elok buat kita. Kita ambil jalan tengah... insha Allah.
@@periuktembaga6436 tak boleh juga berpandangan seperti itu. Lihat saja pelancong non Muslim yang datang ke Malaysia hanya untuk merasai suasana Ramadhan, berbuka di masjid², ada yang cuba berpuasa juga. Kadang, dakwah dan hidayah tu datangnya dalam keadaan yang tidak disangka.
Jualan makan tak mengapa, yang salah adalah individu yang tidak dapat menahan nafsu, dari satu sisi dapat menambah pendapatan bagi peniaga, mereka juga orang islam, jadi Allah dah mengatur sebaik-baiknya. @@periuktembaga6436
Andai roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba sorongkan,
Andai sungguh bagai di kata,
Nyawa dan badan hamba serahkan..
Ini salah satu pantun lama yg menunjukkan betapa akrabnya kita sebangsa di dalam nusantara, walau terpisah di beribu kepulauan Melayu. Suku-suku Jawa, Minang, Bugis, Mandaeleng, Rawa, Patanni, Riau, Palembang, Batak, Asli.. semuanya dirangkum di bawah satu bangsa dipanggil Bangsa Melayu. Geografi itu adalah satu ilmu mengenal mukabumi, bagi memberitahu bahwa kedudukan bangsa kita tersebar luas dengan makmur ke serata pelosok dunia. Bukan sebagai alat untuk membahagi, memusuhi sesama bangsa. Islam dan ajaran leluhur sendiri mengajar bersatu teguh, bercerai roboh.
@@hazlinahakim5517 Kann...betul tu. Aku suka dgn pantun ni....malah byk lagi pantun2 lama yg menunjukkan kita 🇲🇾🇮🇩 sangat sangat rapat sebenarnya. Malah nenek moyang kita saling membantu bila diserang oleh "orang luar" eg. dari negara barat. Spttnya tak perlu bergaduh spt yg kita tengok hari ini. Pasal budaya, pakaian, makanan pun nk gaduh....padahal benda tu wujud sejak sekian lama sblm ada 🇲🇾🇮🇩
Bila orang yang berilmu dan bijak berkata2,inilah hasilnya.'TERBAIK' About Sastera 👏🏻
Bila di ajak makan,
Kami sambil memberi sambil berbagi,sambil bersedekah juga...😊
TRUE ❤❤ Masya Allah :)
"Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa hamba dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, Nyawa dan badan hamba serahkan."
Jawa di sini bukan bermaksud Kepulauan Jawa atau orang Jawa semata2, sebaliknya mewakili segenap kepulauan Indonesia moden hari ini.
Malaysia dan Indonesia memang sudah berkawan rapat sejak dari dahulu lagi dan tiada permusuhan di antara kedua-dua Negara..😊
Anda bertiga adalah pahlawan tanpa tanda jasa yang sesungguhnya buat kami❤
Terbaik untuk anda bertiga. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik dan disayangi oleh semua orang.
MasyaAllah.. Aamiin Allaahumma Aamiin... Thank you so much Abang Erwan.. Doa yang sama untuk kita semua :)
@@AboutSastrabole tahuka Ms Aziz sama Mis Tika apa nama chanalnya tq..
@@AboutSastrajemput datang negeri kami pula negeri Terengganu😊
Kita hormati perbezaan, kita rai kan persamaan dan eratkan sillaturrahim..smoga kedua negara trus maju!!
Sejujurnya kalian bertiga udah berjaya menambah berat badan ketika di Malaysia... Tahniah.... 😂😂😂😂
Mr Aziz well said.... Utk berjaya kita belajar dari kesilapan. Utk maju kehadapan kita belajar dari org yg berjaya. Spt pepatah melayu pernah berkata.... "Kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut" memberi maksud "Sekiranya tidak mengetahui akan sesuatu maka hendaklah kita bertanya orang yang lebih mengetahuinya"
Ramai antara kita meletakkan ego dari segala2nya
Maka
Oleh kerana itu individu atau komuniti tersebut sukar utk mengubah kpd kehidupan yg lebih baik dan sempurna.
Malangnya mereka2 ini tidak sedar
Bukan lahir mereka didunia ini terus berlari
Mereka harus merangkak, berdiri, jatuh bangun, jatuh bangun utk memulakan langkah pertama.
Sbb manusia sentiasa menganggap diri mereka lebih hebat dari individu yg lain.
Kami rakyat Malaysia tidak segan utk belajar
Menuntut ilmu supaya dpt mengubah diri, keluarga dan komuniti sehingga negara dari persepsi dan pandangan buruk org lain.
Jika kita mahu dihormati
Belajar dahulu menghormati org lain
Tahniah Mr Sastra, Mr Aziz serta Mis Tika
Ps : Selagi kamu bertiga masih muat dlm kamera kamu belum cukup gemuk lagi.... 🤣🤣🤣
😂😂😂
Well said Mr Aziz..budaya Melayu penuh adab ramah & santun
Congrats buat kamu bertiga. Teruskan usaha murni kamu menyatukan saudara serumpun. Hilangkan 😢kebencian Dan permusuhan. Gantikan dengan kasih sayang. Saling membantu saling berkongsi. Agar umat Di nusantara menjadi pemerintah didunia Dan disegani oleh semua bangsa didunia Satu saat nanti
Sungguh mempersonakan kata2 kamu bertiga. Terima kasih kerana telah berkunjung ke Malaysia terutamanya diNegeri Sembilan. Ramai sekali Pelancung2 dari Luar Negara yang jarang berwisata di N9. Sebenarnya N9 adalah negeri yang paling indah dengan budaya adat yang berasal dari Indonesia. Makanannya yang enak2. Lihat saja kampung2 nya berteraskan bentuk Minangkabau. Sebab itu sejarah telah membuktikan Aceh, Bugis dan Jawa telah datang ke Malaysia berkurun2 lamanya.
Moga Azis, Sastra dan Tika akan berkunjung lagi ke Malaysia. Salam kasih sayang buat kamu bertiga💗🇲🇾🇲🇨
Sentiasa dinanti-nantikan jam 7 pagi setiap 2 hari sekali...esok kemurungan...lusa kembali ceria...kemudian kemurungan kembali...begitulah kehidupan seharian peminat About Sastra 🤣
Masyallah tengok Mr Aziz menangis hiba rasa hati rasa terharu sgt🐦menangis kerena bahagia 😊kami di🇲🇾 pun berbahagia menghargi kalian ber3 kerena video2 dr kalian telah merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia 💕❤️ Alhamdulillah🐦trkasih mr Aziz mr Sastra ms Tika 🐦 sayang kalian semua 💕❤️🐦 mr Aziz jgn menangis lagi ya😊nak peluk jauh🤭😁😄😆
Hati yang bersih akan mengungkapkan kata² yang indah ...anda bertiga telah membuktikan bahawa inilah hati anda yang sebenarnya ... alhamdulillah...semoga kita semua berada dalam rahmat Allah SWT
Betul bang..ramai sangat youtuber dan netizen2 dari indonesia yg tidak menyukai Malaysia..malah mengutuk2 Malaysia..di media sosial..padahal dia sama sekali tidak pernah datang ke Malaysia...poyo..
Perkataan klaim tu banyak sekali ditemui dlm channel2 hoax indonesia😪.
memang malon sia terkutuk kan???
Bahasa melambangkan peribadi.
@@rochmathidayat1101konoha² netizen toksik dah mai dah
Malaysia Indonesia negara terpisah namun hati harus bersatu
Kerana cgu bertiga ini lah hatiku kuat utk sentiasa positif pada masyarakat indonesia. Terima kasih cgu sastra, aziz dan tika!
malaysia indonesia singapura Brunei kita serumpun berkongsi adat yang diwarisi dari nenek moyang.. mungkin bahasa kita ada sedikit perbezaan tapi tetap membawa makna yang sama.. kita di ajar bersopan santun tolong menolong dan bersatu padu sesama manusia lagi2 ugama kita tidak mengajar untuk membenci sesama makhluk.. salam silaturahim dari saya rakyat malaysia
lain kali jemput dtg ke negeri² pantai timur,(Kelantan, Terengganu & Pahang) pula.Kalian akan jatuh cinta dengan nasi dagang & nasi kerabu yg asli punya, ikan patin masak lemak tempoyak & sambal hitam ciri khas negeri Pahang.Semoga kalian bertiga selalu sihat sejahtera selalu..Aameen❤🎉
berbelas tahun dahulu, saya sekeluarga pernah menerima dan menganggap 8-9 org bibik bibik yg datang untuk bekerja dan menetap dgn saya sekeluarga sebagai family. Sy berikan segalanya layanan profesional dan kekeluargaan yg terbaik sepetti yg anda bertiga katakan dr org malaysia tetapi tetap mereka mengecewakan saya dgn berbuat pelbagai masalah 😔😔 terutama masalah mahu lari dr rumah dan menabur segala macam fitnah tentang kami pd org lain 😖 Oleh sebab pengalaman ini sy masih serik dan sgt berhati hati utk membuka hati sy pd warga seberang 😔 maafkan sy 😣 tetapi usaha cikgu bertiga sedikit sebanyak mengubat hati saya, kalaulah bibik bibik sy itu ada sedetik perasaan menyesal krn pernah menolak kemesraan kami sekeluarga 💔
Itu bukan bibik tp itu Babi namanya.... Tp tak semua. Kakak dr seberang yg jaga nenek saya contohnya sgt2 baik.
Sabarlah kak, mereka hanyalah segelintir dari berjuta warga Indonesia yang baik seperti cikgu bertiga ni
Mereka yg spt itu sebenarnya hanya mahu lepas dr kekangan suami /keluarga yg tinggal jauh di pendalaman. Mrk mengambil keputusan utk menjadi pekerja di sini dgn alasan itu. Mau lebih bebas n bersosial. Mrk lebih pandai plan dr kita. Nowadays kan zmn TT phone sentiasa di tangan. Itu antara sbbnya. Seorg wanita ada suami n 3 anak sampai sini, digaji diberi kasih sayang spt keluarga akhirnya kabur sm lelaki asal kampungnya yg dduk di Johor. Dan dpt ditangkap semula. Tp lelaki itu dtg tuntut wanita itu dgn jumlah bayaran 8k bayaran ambil dia dr agent.
Lalu diputuskan tdk mahu lg tanggung dia dgn degilnya ingin bsama lelaki itu. Taknak tggunggjawab lg. Tp suaminya cl nangis bila isterinya berubah spt itu disini.
PENGAJARAN UTK SEMUA.
Kami rakyat malaysia,melayu,china,india dll,telah diajar kan dengan adab dan sopan sedari kecil.
Rakyat negara lain pon sama bang..cuma terserah pada individu itu sndri mahu mengamalkan atau tidak
Kurang sopan itu bagi ahli2 politik sebab tidak memertabatkan Bahasa Melayu dengan baik
Tapau Meaning: Tapau comes from the Chinese word (da bao) which means take away food.. Perkataan ini lama kelamaan mnjadi perkataan slang buat warga malaysia..
Ohh begitu asal muasal nya :) wow, interesting.. thank you Abang for the information
Tepat 👍
@@AboutSastrabegitulah bahasa pasar mana pun akan dipengaruhi asal suku dan bangsa masyarakat. Jika di semenanjung bahasa pasar dari melayu, cina, india..jika ke borneo tambah lagi perkataan dayak
Assalamualaikum n Salam Ukhuwah Fillah dari kejauhan to Trios Sastra ;
Pantun ini dituju khas buat kalian bertiga n Pantunnya;~
Tuai padi antara masak.
Esok jangan layu-layuan.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Intai kami di🇲🇾 antara nampak.
Esok jangan Rindu-rinduan.
Salam Syg dari Saef @ Ampang Jaya, Selangor Darul Ehsan🇲🇾💗🇮🇩
Budaya makan bukan sekadar orang melayu sahaja tetapi orang cina dan india juga sama. Ianya sudah menjadi budaya orang Malaysia sebagai menyembut tetamu.
Channel anda hebat.👍👍👍
Membawa penyatuan kedua negara yang ratusan tahun dahulu kita 1.
Penjajah memisah²kan.
Terbaik abang Sastra,abang Ajis & kak Tika....Damai itu indah!!
Miss Tika sesekali mencelah Tapau ke
Aziz ni lembut hati orangnya sering nampak dia menangis dan baru tahu ada susur alur darah melayu rupanya
Satu-satunya RUclipsr yang terbaik
Keselangan waktu kita berjumpa lagi 🇲🇾❤ 🇮🇩
Salam sayang dari Taiping 🫰#FromTaipingWithLove
Tak sabar nak tonton vlog melawat Taiping 🤗
Semoga cikgu bertiga sihat-sihat selalu ❤
Salam syg buat cikgu Sastra cikgu Aziz dan cikgu Tika...memberi makan kata kuncinya mengeratkan silatulrahim sesama insan❤
Aduh gmbira senang bangat liatin kalian happy selama d mlysia.. sy jg turut ktawa ni liat video ny
Patut di bangga usaha cikgu2 ....semoga terus di berkati dan di murah rezeki. Dtg malaysia lagi ye....byk yg belum di lawati...❤
Next trip jgn lupa datang ke pantai timur Semenanjung Malaysia... disana kalian nyobain nasi dagang, nasi kerabu, sattar & segala macam makanan orang pantai timur..
Assalamualaikum cikgu bertiga...... Saya ucap kan ber banyak banyak terima kasih pada cikgu bertiga...kenapa cikgu Aziz menangis? Terharu ya.....jangan serik serik dan jangan bosan bosan datang lagi ya .. ...salam serumpun dari ❤KL MALAYSIA.....
Salam mesra,,,,, cikgu2 semua,,, kenangan diMaaysia, indah kan❤😅💕💃
Kami sudah RINDU akan semua yang ada di Malaysia.. MasyaAllah:)
Teringat satu pantun lama yg membayangkan persaudaraan:. Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa kami dirikan, Kalau benar bagai dikata,. Nyawa dan badan kami serahkan....
.
Menjamu hidangan kpd tetamu adalah budaya Rakyat Malaysia! Alhamdulillah pipi tembam2 semuanya!!!😁😁😁Nanti ptg2 boleh joging ya....bukan selalu merasai kenikmatan Citarasa Malaysia.Yg penting Cikgu2 semua bahagia dan pulang bersama seribu kenangan bahagia.😁😊👋👍👍👍👌👌👌❤❤❤
Kebanyakan cara kami meraikan rakan atau tetamu adalah dgn makanan😅..Dan kami akan rasa sgt dihargai jika makanan yg disajikan dimakan habis😊..
Semuga persahabatan dua negara berkekallan sampai bila2 serta dillindungi Allah swt hendahnya
Tq team sastra sbb kamu brtiga brjuang utk mnyatukan Malaysia dgn indonesia, buka mata org yg msih di bwh tempurung.. smoga kamu brtiga sntiasa dlm rahmat dan lindungn ALLAH SWT, nti dtg lagi ke malaysia jemput mai kedah pula
Itu lah yang kami harapkan dengan adanya makanan yang popular dari Malaysia sudah ada di Indonesia dengan itu harapan persaudaraan akan terus kekal...
Harap kalian datang dalam bulan Ramadhan nanti, boleh ke Bazar Ramadhan, bisa jadi gila! 😂😂😂😂
Yaaa....pasti "Rambang mata" dgn pelbagai kuliner.
Terima Kasih buat cikgu bertiga memberi fakta serta kebenaran dan bukan auta atau tipu berkenaan Malaysia terutama masa penjajahan malaysia di zaman nenek moyang kami. Thank You so much.
Hehe...nampak diwajah masing2 "KG' yang menaik!.
Apapun, saya doakan ketiga-tiga kalian sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Saya buat kerja sambil mendengar celoteh kalian, tersenyum sendiri.
Bahaya jika Tika cinta pada orang Malaysia..nanti tak balik-balik.Azis dan Sastra juga boleh..kan masih bujangan..❤❤❤Jomblo.
Mr Sastra bukan jomblo ya. Please take note.
Oh, Mr sastra dah kawin??@@lanteracinta5751
Mr Azis bujang lagi ke? Umur berapa?
3org sahabat yg sgt dikagumi...syabasss..tq menghormati negara serumpun
Dimana-mana negara pun pasti ada orang yg mulia hatinya.."Berbuat baik pasti di balas baik".."orang berbudi kita berbahasa"..
Cikgu2 semua sudah mahir dan masak dgn cara org sini....bab belanja makan ialah "love language" org malaysia...dan tak cukup makan di rumah atau kedai mesti ada pelawaan utk "ta pau" ...bermakna "bungkus" dalam bahasa kantonis...
Pasti cikgu2 di sayangi....Alhamdulilah
Datang Lagi.. Ayuh ke bahagian utara malaysia pulak
Kalau makanan indonesia byk didapati di malaysia , kan bagus jgk makanan malaysia di indonesia.....saling merasa. Akan terasa 🇲🇾🇮🇩 sangat akrab sekali.
Syabas... Go Far.. ❤🇲🇾🇮🇩
Kamu dtg dgn betul,baik dan santun..kami rakyat Malaysia sambut kamu bagaikan saudara jauh,hormat dan ramah..
Alhamdulillah, maka teruslah kita Malaysia dan Indonesia bersatu sebagai satu ummah seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Semoga dengan segala usaha bagi menyatukan ini diberkati dan dibalas oleh Allah diakhirat nanti. Akhirnya nanti bila di padang mahsyar semua akan berkumpul sebagai satu iaitu hamba kepada Allah. Saya juga doakan kesihatan dan rezeki cikgu bertiga baik-baik sahaja. Salam kasih sayang dari Malaysia untuk semua rakyat Indonesia ❤
Amin..tapi itulah..bila adu domba, cerita hoax dan negatif yg lebih dominan dlm otak mereka melebihi agama,itu yg terlahir bibit² kebencian
This is such an awesome, insightful, honest vlog! It has everything -information, love, observation, interesting anecdotes, food, travel, people, culture, politics, humour, laughter, tears.....the list goes on. Congratulations to the three awesome, crazy ambassadors from Indonesia. Much ❤ from Malaysia.
Asalamualaikum cikgu serta rakan rakan semua.Semoga memori yang baik menjadi kenangan yang indah di Malaysia
Benar cikgu..Org bbudi kita berbahasa.. cikgu baik sekali.. saya ni kalau orang yg baik macam ni, pastinya saya layan dengan baik.. ❤❤❤
Bila hati dah sayang..
Tak siapa yang boleh larang..
Bila sedang dipunya..
Siang malam ingatkannya...
Bila rindu melanda dijiwa..
Tidak ada yang lain darinya....❤😘
Cuba kunjungi Malaysia pada musim bulan Syawal...rasai keindahannya..
Saya stay lama di jakarta, orang sana memang welcome banget, baik, takda toksid jikalau berkawan.. Love u all dears❤❤
Orang yang berkawan memang tidak komen toksik. Toksik itu di bawah tempurung yang tak tahu dunia luar
Di Malaysia orang2 disini percaya kerana kalau kita memberi makan pada tetamu maka rezeki akan banyak datang berlipat ganda pada mereka dan apabila mereka pulang, mereka membawa sekali pulang masalah/beban yang ditanggung oleh keluarga itu.
I love you guys infinity...❤❤❤ Kita saudara mesti bersatu..suatu hari nanti..inshaaALLAH..salam ukhuwah dari Terengganu..🫂
Malaysia syurga makanan 🤭
Teringat waktu saya tinggal di Labuan, stahun atau 2tahun sekali br balik semenanjung. Bila balik kg cuti seminggu terus naik berat 3kg sebab bila balik sana semua makanan yg tiada di Labuan semua nak makan 😅😅
Lepaskan rindu makanan semenanjung 🤭
Alhamdulillah semoga kamu bertiga dapat menyatukan kembali Ikatan persaudaraan antara kedua negara aamiin
terima kasih atas pandangan anda bertiga setelah datang ka malaysia, sastra 3 kali, aziz 2 kali dan tika kali pertama, syabas kapada anda bertiga.
cikgu2 azis tika sastera ruangkn masa sehari dua dtg ke malaysia di bln ramdhan tahun ini utk melihat2 bazar ramadhan yg ada di malaysia. sure tak tahu nk pilih n mkn apa kerana byk menu n sedap2....salam dr 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾😍😍😍😍😍😍😍
Salam kasih sayang buat Cikgu ber3... Açik tengok video kamu. MasyaAllah begitu baiknya kamu menghargai kami org Malaysia. Açik teringin nk jumpa kamu tp Açik tak sehat. Cuma mampu menonton disini. Awal pagi tadi (0330am) Acik tonton vodeo kamu mkn mee bandung 5 udang.. Allahu lapar deh 😂 Dan video yg ini mengenai adab org melayu Malaysia mmg betul. Keramahan melayan tamu adalah sesuatu yg diterapkan oleh ibubapa kami. Harap akan datang kamu ke Sabah Serawak pula. Barulah complete 😊
Alhamdulillah...salam dari Malaysia Johor buat kalian bertiga. Tak sabar nak lihat video review tentang Taiping my hometown. Terbaik buat Sastra Channel.
Mesej yg ABOUT SASTRA bawakan persaudaraan perpaduan antara 2 negara.❤❤❤
Sebenar nya...ajakan makan itu adalah cara kita berekspresi ketika meraikan dan menyantuni tetamu. Belanja makan itu adalah acara yg paling affordable dan tidak membebankan orang yg membelanja dan org yg nak dibelanja pun rasa tidak membebani. Win-win!
AllahuAkbar.. rezeki nya berkat ya
Miss tika sempat tak makan cendol durian??
Buat pengetahuan kalian ya.. tapau itu berasal dr bahasa Cina. Membungkus lebihan makanan utk di bawa pulang. Salah satu cara mengelakkan pembaziran
Tentang kuliner atau budaya makanan..,
Saya rasa ini lah nikmat Covid .., kerana ketika covid.. banyak RUclipsr Indonesia buat reaction ttng Malaysia… dan menerangkan Malaysia tidak pernah bermusuhan dgn Indonesia walaupun hal ini berlaku di Indonesia. Terutama daripada TKI di Malaysia.
Alhamdulillah
Sesungguh nya Allah itu Maha Perancang Yg Terbaik bagi menyatukan Hamba nya
Terima kasih kerana telus dalam berbicara dan ada ketikanya memberi nasihat2 yg berguna juga. Ungkapan ikhlas buat cikgu bertiga "Malaysia love U"
What an awesome morning video! Masya Allah!.. love you so much cikgu2.. moga erat silaturrahim kita forever ❤..
duta ke dua negara..tq bro
Tapao itu bahasa Chinese Malaysia/Singapore yg slalu digunakan apabila mahu bungkus. Tapi saya rasa asal perkataan tapao tu dari Singapore mmbiak sampai ke Malaysia. Saya senang bila melihat orang Indonesia mahu berubah. Kami di Malaysia support 100% dengan kemajuan Indonesia di Puncak Asean.
Alhamdulillah
Konten yg bagus sangat.
Menyatu padukn negara malaysia dn indonesia.
Alhamdulillah 🤲 Syukur pada Allah swt, Moga segalanya baik2 sahaja, Malaysia Indonesia sukses n sentiasa sukses selamanya ( berlandaskan Islam )
Alhamdulillah..orang yang suka berdamai itu pasti murah rezeki dan disayangi..Ada rezeki datang lagi❤️
Harap mr berdua juga ms tika datang lagi kembali ketika Bulan Ramadhan…Lebih banyak pilihan kulinari yg belum dirasa di Bazaar ramadan (pasar jualan makanan)
Baik2 saja kita ❤Malaysia & Indonesia❤. Amin Insya-Allah.
So proud with u all love u from Malaysia
Terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih pada anda bertiga sudah mempromosikan negara Malaysia anda lah saudara kami satu Malaysia ❤anda bertiga Wasallam
hahahha cikgu bertiga pn dah marah²..cikgu dh tau sendiri kn siapa yg suka klim klam klim klam tu kan..makanan pn nak klim klam klim klam..makan ja lh asalkn kenyang..😂😂😂
Terbaik utk anda bertiga.. trm ksh videonya cikgu buat contoh bg lihat adap cara2 org malaysia, utk anak2 Indonesia kita yg belum pernah ke Malaysia👍😍🇲🇾🇮🇩
Tahniah buat cikgu2. Lawatan kali ni semakin melewati kawasan2 lain selain ibukota. Selain masakan melayu setiap negeri, masakan masyarakat cina (seafood), india (daun pisang) juga memberi kesan besar dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia.
Semoga utk lawatan akan datang, dapatlah cikgu2 berpeluang merasai nya. InsyaAllah
Aamiin...semoga hubungan kekeluargaan terus terjalin antara kedua2 begara....semoga kenari kita yg sama2. Memperbaiki kekurangan dalam hubungan jauhi pergaduhan dan salah sangka sesama kita....bak pepatah didalam kekeluargaan ada masam manis nya kita sama2 perbaikinya ....terima kasih kerana menjadi duta kecil' negara kami menerangkan sedikit sebanyak perihal Malaysia kepada saudara kita disana....dan terima kasih pada semua saudara2 kita yg telah meraikan tetamu kita dari seberang semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati kita semua....aamiin
Moga usaha kalian cikgu bertiga menyatukan & mengeratkan malaysia 🇲🇾 & 🇮🇩 indonesia Allah balas berlipat kali ganda, jika bukan di dunia dalam bentuk kekayaan, tapi di akhirat itu pasti..
Kalau kalian wisata lagi ke Malaysia, kunjungi Canai Gear Box di Kelantan... Jossssa
Kalau pindah ke Rantau Abang,
Tanah Abang dalam ingatan,
Jika ada rasa sayang,
Abang dikenang dalam kasih pelukan.😂😂😂😂😂😂😂
Terbaik, bagus usaha dari Indonesia utk buka Premis nasi kandar atau lain lain nya. Kami org Malaysia tetap merestuinya.
Saya pun ada anak sahabat yg ada 8 outlet meniaga Di Indonesia.. Katanya amat bagus, jualan amat laris. Kenapa dia pilih niaga Di Indonesia itu x kisah.Asalkan mereka maju dan bahagia.
i am so happy to watch this video, rasa kebersamaan, rasa gembira, rasa teruja cikgu bertiga dapat kami rasai. nati update video kalau dah merasai nasi kandar di indonesia ya. bukan untuk membanding sekadar mahu enjoy moment lihat cikgu2 makan dan happy2.
Allahuakbar 😭
moga ukhuwah antara kita terus subur mewangi🥰..