Inilah CULTURE SHOCK PART 2 Selama Kami Di Malaysia 🇲🇾

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 18 янв 2025

Комментарии • 666

  • @retroXScram
    @retroXScram 11 месяцев назад +396

    Jangan terover pujian nya,sastera.......terlalu banyak pujian,kami bimbang,nanti kami hanyut dan leka dalam kehidupan...biar lah kami begini,biar tiada siapa yg excited mahu membuat kacau,biar lah org luar,tertanya tanya,biar mereka mendapat jawapan nya dengan bukti,dengan sendiri.....tak perlu terlalu menonjol,biar malaysia ini tersorok,tapi menjadi contoh yg baik pada nusantara ini....terima kasih sastra kerana menghargai,negara kecil kami.....kami senang kehadiran anda,kami juga senang dengan paparan ini....good luck and to be peacefull....thank

    • @kalamsurambp5901
      @kalamsurambp5901 11 месяцев назад +58

      setuju sangat²....sbb,pujian² trsbut bleh menyebabkn org terlena...sdngkn ianya indah khbar dri rupa..jgn pndang dri 1 sudut..tkutnya dimulakn dg pujian di akhiri dg kejian

    • @myfans3606
      @myfans3606 11 месяцев назад +22

      Setuju

    • @larahati7566
      @larahati7566 11 месяцев назад +46

      Setuju... negara comel kami ini biasa2 aje...itu pun banyak yg iri... ada2 aje isu untuk dipovokasi.. bukan puji2an yg diminta cukup sekadar dihormati tempat mereka mencari rezeki....✌️

    • @EngkuNasruddin
      @EngkuNasruddin 11 месяцев назад +41

      Pujian yang berlebihan sangat bahaya buat kami di Malaysia,kami di ajarkan tetap bersyukur walaupun tanpa pujian,just nikmati sahaja apa yang anda rasai di Malaysia. Cukup bersederhana memuji dan menghormati negara Malaysia,sudah memadai bagi kami. Alhamdulillah...

    • @METEORA_47
      @METEORA_47 11 месяцев назад +32

      kami tidak ingin kan pujian yang melambong tapi cukup dengan dihormati/menghormati negara kami

  • @hakimjamrus
    @hakimjamrus 11 месяцев назад +58

    Gentle aku cakap, banyak2 yg aku tgok video mengulas Malaysia, yg Japan, yg Korea, yg dia America dan China and also Africa, inilah pengulas yg Paling Baik, they talk about, budaya, agama,people, rezeki, creativity, differences, they cover all up, thanks you.

  • @paechannel
    @paechannel 11 месяцев назад +202

    14:00 Sebenarnya malaysia tidak sewenang wenangnya mengibar apa pun bendera di mana mana gedung, malah bendera mana mana negara hanya di benarkan si kibarkan di gedung kedutaan sahaja, tetapi untuk Palestine Kami menganggap Palestin itu sebahagian dari hati dan jiwa kami, sebab itu bendera Negara Palestine kami kibarkan untuk membuktikan pada dunia yang Palestin Adalah Sebuah Negara Berdaulat dan Berhak mempertahankan diri dari pembunuhan negara haram isXreal...

    • @TheNaimidris
      @TheNaimidris 11 месяцев назад +3

      Bukan isxreal tapi israhell

    • @abdulshukurbinsamadsamad4103
      @abdulshukurbinsamadsamad4103 8 месяцев назад

      Israel yg btl jgn tkt hbs kuat hilang acc saudara kita hilang Nyawa hilang keluarga keturunan tp hebatnya Islam mereka tidak hilang... negara mereka terjajah minda mereka merdeka..ada negara yg merdeka tp minda terjajah

  • @hawaandroid2786
    @hawaandroid2786 11 месяцев назад +191

    Malaysia benarkan warga asing datang bekerja asalkan masuk secara halal dan bukan secara illegal. Bagi yang mahu bekerja harus berpermit dan ikhlas bekerja. Bukan mengambil kesempatan memohon permit dan lari. Tidak adil jika warga asing masuk sebagai PATI sedangkan sebahagian warga negara mereka sendiri bersusah payah mengumpul wang memohon permit untuk masuk bekerja di Malaysia. Adilkah buat mereka yang masuk secara halal dan jujur begitu? Lagipun jika masuk secara halal, warga asing juga dilindungi undang undang Malaysia. Secara jujurnya lambakan pekerja asing bukanlah tidak membawa masalah bagi kami.Banyak masalah yang wujud seperti pengeluaran keluar wang oleh PATI , antara yang menyumbang kepada penyusutan nilai ringgit Contoh lain, barangan makanan bersubsidi tempatan bukan sahaja dinikmati warga asing tapi sebahagian mereka juga menyorok dan menyeludup keluar barangan bersubsidi ini menyebabkan warga tempatan sukar mendapat bekalan.!

    • @julianasalleh8215
      @julianasalleh8215 11 месяцев назад +33

      ye, buat perangai mcm di negara diorg yg buatkan org sini mrh..kalo keje elok2, hidup elok2 xde sapa yg nak mrh...

    • @Sosohere87
      @Sosohere87 11 месяцев назад +31

      Betul. Dtg negara orang ikut undang2 negara orang. Jangan buat mcm negara sendiri.

    • @TuN77
      @TuN77 11 месяцев назад +24

      Ni pernyataan yg fakta!

    • @auntree774
      @auntree774 11 месяцев назад +19

      Fakta benar dan jelas 👍👍👍

    • @one97three
      @one97three 11 месяцев назад

      Ramai PATI salah faham mereka anggap mereka bukan PATI sebab masuk dgn maskapai...masuk sebagai pelancong dan overstay justru bukan PATI...bebal

  • @khairulazlanabdullah8638
    @khairulazlanabdullah8638 11 месяцев назад +88

    Bila kamu bilang tentang keberkahan Malaysia kerana membantu orang2 yg mencari rezeki mengalir air mata aku...aku juga pernah pikir perkara ini...kenapa Malaysia suka ambil pekerja dari negara2 yang sgt2 memerlukan...bila dipikir ya doa dari mereka yang susah itu apabila mereka kembali ke negeri masing2 mengubah nasib dari ga punya kepada senang,doa mereka maka Allah memberkahi negeri ini...benar kata kamu negeri ini dari zaman dahulu direbuti...dijajah...kerna apa? Kerna keberkahan itu. How deep your tought about Malaysia are very appreciated.

  • @eijam_specky
    @eijam_specky 11 месяцев назад +166

    Nape org Malaysia suka About Sastra? Main reason is your positive attitude & mentality..

    • @durrahcooking6806
      @durrahcooking6806 11 месяцев назад +8

      Setuju 💯

    • @PakmanShah
      @PakmanShah 10 месяцев назад +4

      Bcouse it he say is truly..jujur dlm bercerita.

  • @chesoyah3970
    @chesoyah3970 11 месяцев назад +114

    Kami dah ada kempen geng subuh seperti solat jumaat, disamping berdoa qunut nazilah untuk saudara di Palestin. Dan warga asing yg nak mencari kehidupan perlu cara sah dan tahu dimana dibumi dipijak disitu langit dijunjung.

  • @BigDentVlogChannel
    @BigDentVlogChannel 11 месяцев назад +61

    Mr.Sastra.
    Kami rakyat Malaysia melihat warga asing yang bekerja ke Malaysia bukan semata² hanya datang bekerja.Tetapi lebih dari itu.Mereka ingin membina kehidupan yang baik juga buat keluarga mereka.Limpah rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada Malaysia serta kemakmuran kita kongsikan bersama bagi yang mencari nafkah di negara ini.Asalkan mereka tahu adab ketika berada di negara orang.Tidak membuat jenayah.Jaga kebersihan.Jangan ganggu anak isteri orang.Kalau datang dengan cara baik dan betul kami menerima dengan baik juga.Terima kasih Mr.Sastra dapat memerhatikan perkara sebegini.❤

  • @himynameisamir
    @himynameisamir 11 месяцев назад +29

    Gagak : tiada yg diciptakan Tuhan itu sia sia. Semua ada manfaat dan tugasnya.

    • @diniemustapa2286
      @diniemustapa2286 9 месяцев назад +1

      Pernah baca artikel tentang gagak ni yg di bawa oleh British untuk mengawal ulat pada pokok getah tapi tidak berjaya. Dan gagak terus membiak dengan jayanya Di Malaysia dan tidak ade kaitan dengan perkara mistik. Kalau terlalu banyak kerajaan jugak akan arahkan Majlis perbadaran untuk menembak burung2 gagak tu utk mengawal pembiakan.

  • @LanzFranchess
    @LanzFranchess 11 месяцев назад +41

    selain tiga bangsa utama di malaysia (melayu, cina, india), kami bangsa di sabah dan sarawak juga dikenali sebagai peribumi atau bumiputera yg terdiri daripada perbagai suku entik seperti kadazan-dusun, iban, murut, bidayuh, suluk, rungus, melanau dan banyak lagi...

    • @DanielR2E
      @DanielR2E 11 месяцев назад

      Orang Sabah Sarawak itu dikatakan orang asli

    • @LanzFranchess
      @LanzFranchess 8 месяцев назад

      @@DanielR2E salah bro... kami di sabah dan sarawak lebih dikenali sebagai etnik pribumi... ORANG ASLi pula panggilan utk org asli di semenanjung malaysia, dikategorikan kpd tiga kumpulan utama berdasarkan genetik dan asal usul iaitu negtiro (utara semenanjung), senoi (bahagian tengah) dan melayu proto (pantai barat dan selatan)... secara umumnya, YA semua itu memang orang asli, tapi secara khususnya, berbeza bro... terutama penggunaan istilah

  • @hermanyunus8191
    @hermanyunus8191 11 месяцев назад +65

    Your point about barkah really open my eyes about my country... Thanks Sastra.. May i use it to educate my people about immigrants

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  11 месяцев назад +9

      I will be happy if my videos can be useful for more people out there Abang Herman 🙏🏻😊✨

    • @bahloolstories5361
      @bahloolstories5361 11 месяцев назад +5

      Selain tanggungjawab sebagai warga, tuntutan kemanusiaan/agama juga harus diperhatikan❤

  • @nurhidayahabdullah1548
    @nurhidayahabdullah1548 11 месяцев назад +74

    I'm a 56 year old mom. I hardly completed my study back in those days due to poverty. I end up studying till form 1 and had to work at a young age to put food on the table for my family. I learned how to read, write through reading magazines and newspapers. There always a will if you don't give up in learning.

    • @kakamora8375
      @kakamora8375 11 месяцев назад +4

      Terbaik sis.usaha yg gigih demi ilmu

    • @alleymittanderson5799
      @alleymittanderson5799 11 месяцев назад +1

      Umur 56 sama usia dengan kakak saya no 6 😀 time tu penjawat awam kebanyakkannya SPM, STPM & Diploma. Degree amat jarang..

  • @ahmadnasrisham6560
    @ahmadnasrisham6560 11 месяцев назад +39

    Jangan lupa datang lagi ya..kumpul duit banyak2 kita celebrate bulan ramadan di Terengganu..Jom lepas ni datang ke Terengganu untuk merasakan kehangatan orang2 disini..Pantainya yang putih,makanannya yang sedap dan seafoodnya MasyaAllah fresh2 gitu..Datang ke Terengganu ya "TERENGGANU..NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK"..

  • @larahati7566
    @larahati7566 11 месяцев назад +46

    Kami sebenarnya juga banyak belajar secara langsung@ tidak langsung dari channel ini.. negara kami juga masih bnyk kekurangannya.. terima kasih sekali lagi buat cikgu bertiga..🥰

  • @anitayusof4903
    @anitayusof4903 11 месяцев назад +54

    Slogan pembebasan Palestine 'dari sungai ke segara' sentiasa dilaungkan di pengakhiran setiap siaran berita nasional di dlm tv. Alhamdulillah.

  • @explorewithmiah
    @explorewithmiah 10 месяцев назад +2

    pembetulan:bukan orang inggeris yang mendidik bahasa Inggeris spy bahasa mereka dipraktikkann di Malaysia tetapi atas kesedaran kementerian pendidikan menerusi kemahiran bersepadu sekolah2 Malaysia (KBSM) mulai 80-an yang menekankan para pelajar wajib menguasai kemahiran mendengar bertutur menulis dalam bahasa Inggeris

  • @nabilahwabisna9899
    @nabilahwabisna9899 11 месяцев назад +98

    Jemput datang malaysia sambut Ramadhan & Lebaran..pesta ibadah,food fiesta di bazaar² & massive buffet in hotels & kedai makan seluruh negara .u ll never experience it in other country ❤

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  11 месяцев назад +42

      We really would love to Kak NabilahWabisna ❤❤ Semoga ada rezeki kami ke Malaysia saat Ramadhan..Aamiin Yaa Allah..

    • @hidayahhehe
      @hidayahhehe 11 месяцев назад +18

      Pasar rmadhan jgn lupa... Datang ok🎉😮❤❤

    • @bahloolstories5361
      @bahloolstories5361 11 месяцев назад +10

      Bisa pengsan kekenyangan😂

    • @muhd7144
      @muhd7144 11 месяцев назад +14

      10:22 Soal "Malaysia never sleep" ini diungguli oleh restoran2 (rumah2 makan) terutama restoran2 "mamak" yg buka 24 jam. Sejarah permulaannya adalah untuk menyediakan makanan kpd pekerja2 kilang dll yg kerja shift malam tapi lama kelamaan menjadi satu budaya seperti sekarang.

    • @sukahatiakula3672
      @sukahatiakula3672 11 месяцев назад +2

      Pesta ibadah? 🤨🤨🤨🤔🤔🤔🤔

  • @masrimuhamad5064
    @masrimuhamad5064 11 месяцев назад +29

    Sy jg seorang youtuber kecil2 sj. Baru2 ni upload satu video berkenaan bilangan mobil yg byk di Malaysia, melebihi bil penduduk. Ramai netizen Indonesia tidak percaya.. Tk mengapa.. Cuma cara mereka berhujah sgt menyakitkan hati, mcm org tak sekolah..

    • @muhammadzulhilmi7837
      @muhammadzulhilmi7837 6 месяцев назад

      Sabar kawan. Sabar itu bukti kita lebih beradab dan berilmu.

  • @roziahahmad9297
    @roziahahmad9297 11 месяцев назад +90

    Pernah satu ketika dulu, zaman Tun Mahathir, perbelanjaan negara on education adalah yg tertinggi (1980's) kerana top priority was (and still is) on education. Ketika itu ramai anak-anak muda dihantar belajar ke luar negara utk menimba ilmu dlm bidang2 yg membangunkan negara & memenuhi keperluan negara seperti engineering, medical, bisnes & ekonomi , law sambil "buka mata, buka minda". Hasilnya ialah apa yg dilihat hari ini - kemajuan negara kami antara faktornya adalah rakyat yg berpelajaran dlm pelbagai bidang. Dgn ilmu & pendidikan, rakyat bisa keluar dari kemiskinan.

    • @FizoAziz-wm6im
      @FizoAziz-wm6im 11 месяцев назад

      Asa lagi ke sekarang...dap rasis dah jadi kerajaan sejarang

    • @Abe_tan
      @Abe_tan 11 месяцев назад +1

      Jgn banggangkan diri dgn komen² negatif yg nko sendiri xfhm​@@FizoAziz-wm6im

    • @salmaishaq9512
      @salmaishaq9512 11 месяцев назад +7

      Setuju. Polisi pandang ke timur adalah yg paling sy ingat. Ketika itu dr.M mnjadikan negara jepun sbg negara yg dijadikn cth dlm bidang perindustrian berat hingga lahirlah kereta kebangsaan negara iaitu proton dn diikuti perodua serta motosikal modenas dn kenderaan berat hicom. Pelaburan dr jepun juga dibawa ke Malaysia secara besar2an utk tujuan pemindahan teknologi dn peluang pekerjaan yg sgt pesat. Hasilnya pelbagai Produk berasaskn teknologi buatan Malaysia dpt dikeluarkn dn kompetitif dlm pasaran antarabangsa. Alhamdulillah tidak sia2 segala pelaburan yg dilakukn utk membangunkn Malaysia. Kini Malaysia adalah negara progresif brbanding 40thn lalu yg duduk dlm kategori negara ketiga.

    • @suhailasariff7081
      @suhailasariff7081 11 месяцев назад +4

      dan mngharapkan semoga generasi seterusnya sedar kepentingan utk terus menuntut ilmu wlaupun byk ujian dan risikonya

  • @hafizghazali6159
    @hafizghazali6159 11 месяцев назад +6

    Kami tak perlukan pujian setinggi gunung tp kami lakukan sesuatu perkara kerana Allah. Buat baik dibalas baik.

  • @azidinzidin9234
    @azidinzidin9234 11 месяцев назад +51

    Padaku, bahasa Inggeris bukan untuk dibanggakan, tetapi suatu keperluan untuk mendapat tiket global bila ke mana2. Khasnya, aku membenarkan anak2 ku yang dijangka akan memohon pekerjaan di oversea atau di gedung yang menuntut penggunaan BI untuk Customer/Client/Guest. Lantaran itu, ramai antara kami dari bayi lagi diterapkan BI. Aku sejak anak baru lahir menutur BI seharian, sebaliknya ibunya bertutur dengan anak2 dalam BM. Nah, seimbangkan bila mereka tahu dua bahasa sekali gus. Bila mereka berumur 16 tahun, baru aku bertutur dengan mereka dalam BM. Sekarang, tidak sukar lagi bila anak2 ku sedang menuntut ilmu di Universiti tidak kekok dengan silibus pengajian yang rata2 adalah English Medium yang diajar oleh Letcurernya... so, jelaslah ia bukan untuk dibangga, tetapi suatu keperluan mencedok teknologi negara maju ke arah Modal Insan Kelas Pertama❣👍

    • @h3ir.enfield
      @h3ir.enfield 11 месяцев назад +4

      Hal terbalik dengan saya.
      Ibu bertutur dalam English dan saya Bahasa Melayu walau pun kami suami isteri dulu belajar dii England. Obviously she did a better job than me as my children only began to become fluent in Melayu at 9 yrs old. But at an older age, due to assimilation with friends, their Bahasa is even more kampong and better than mine.

    • @azidinzidin9234
      @azidinzidin9234 11 месяцев назад

      @@h3ir.enfield 😁.. terbaiklh x mgapa..sama shja yg pnting mreka tahu lbih dr 2 bhsa. Kini ank kdua sy sdg brjinak2 pelajari Bhasa Arab dn Spain. Oa tgok mna yg lbih baik bru akn truskn semampu boleh..

  • @rashidhusain801
    @rashidhusain801 11 месяцев назад +34

    Malaysian always with Palestine.....now and forever........

  • @Maak-d7f
    @Maak-d7f 11 месяцев назад +23

    Non-Muslim selalu bertanya kenapa mereka boleh masuk mesjid di Malaysia, sedangkan dinegara mereka sendiri mereka tidak dibenarkan masuk.

    • @tuanyahya5441
      @tuanyahya5441 11 месяцев назад +1

      sentiasa berfikiran terbuka...

  • @awangleman3612
    @awangleman3612 11 месяцев назад +29

    Kami warga Malaysia tidak memblok rezeki orang dari warga2 asing yg ingin cari rezeki di Malaysia, tapi kami akan blok orang2 yg dari warga asing yg datang ke Malaysia yg tidak sah, tidak illligal yg tidak mempunyai dokumen. Selalunya saja Malaysia disalahin kerana oleh kebanyakan warga Bangladesh dan warga Indonesia kerana memblok rezki warga mereka, padahal mereka tidak tahu apa beda warga asing yg mempunyai dokumen yg sah dgn warga asing yg datang bekerja ke Malaysia tanpa mempunyai dokumen. Itu ibarat sama kesalahannya menceroboh negara Malaysia. Jadi ada sesetengah warga2 tersebut mencampur adukkan kononnya pendatang asing itu sama, samada mereka itu mempunyai dokumen yg sah dgn yg tidak punya dokumen. Kami menentang sekeras2nya warga2 asing yg tudak mempunyai dokumen yg sah yg datang ke Malaysia.

  • @hanimah1956
    @hanimah1956 11 месяцев назад +70

    I was educated from std 1 in an English school. I converse daily with my children in English including my grand children. I m 67 now

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  11 месяцев назад +11

      That's AMAZING ❤❤

    • @myramyra8638
      @myramyra8638 11 месяцев назад +20

      Amazing madam. I also try educate my children in English but at a same time use Bahasa Melayu especially in writing. Oh yes I'm a creative writer.

    • @hanimah1956
      @hanimah1956 11 месяцев назад +10

      @@myramyra8638 I envy you as you have a creative mind. I am always a factual person goods in numbers. My DIL is a science researcher yet she is creative too

    • @iapakda1888
      @iapakda1888 11 месяцев назад +1

      So what? Now your eyes already turn blue or green.. Anglophile of sort hehe😂

    • @myramyra8638
      @myramyra8638 11 месяцев назад +17

      @@hanimah1956 may be I'm talented but actually my late mother is the main reason I'm writing. She always read to me a book since I was young. Then reading became my habits. Through reading I got knowledge. And of course I love travelling. Fact + imagination = creative things burst from my mind. Gladly my novel is one of texts book using in Malaysian school right now.. So proud and also I've been paid by government. 😍

  • @fauziahpawan6605
    @fauziahpawan6605 11 месяцев назад +39

    Kami "look forward" kpd pandangan selanjut nye.....terima kasih atas perspektif yg bernas dan ikhlas...saya org malaysia byk menumpang Point of View (POV) kalian utk baiki diri dan menghargai negara dan budaya sendir....😊

  • @norhaffizahbintizakariya3568
    @norhaffizahbintizakariya3568 11 месяцев назад +39

    Di sekolah saya dulu, setiap minggu akan ada English day... So, on that day, sesiapa yang komunikasi dalam bahasa akan didenda.

    • @juanryansasaki5522
      @juanryansasaki5522 11 месяцев назад +3

      Ye betul semua murid takut nak berckp .. kang kena denda.. ialah lidah belacan ..hihi

    • @sharifahzatabdullah4090
      @sharifahzatabdullah4090 11 месяцев назад +1

      Semoga Presiden baru kamu membawa banyak perubahan yg baik2

    • @wahida32nasution
      @wahida32nasution 11 месяцев назад

      Seingat saya, di zaman sekolah menengah dulu ada seorang guru bahasa Inggeris yang letakkan syarat pada pelajarnya dimana jika pelajar ingin bertegur sapa dengannya di luar kelas perlu guna bahasa Inggeris. Tabiat tu terbawa sampai terjumpa cikgu yang sama selepas lebih 20 tahun tinggalkan sekolah.

    • @sitizaitonshikhomar8488
      @sitizaitonshikhomar8488 11 месяцев назад

      Sewaktu zaman persekolahan saya, kami ada lah kalangan last batch english medium. English day was not a problem to us but Bahasa day was. Bukan apa kadang2 tersasul.

  • @alimka71
    @alimka71 11 месяцев назад +6

    Syukur Education masih menjadi fokus utama Malaysia. Dari sebelum merdeka hingga kini rakyat yang berminat dan berkelayakan dapat belajar dan dibantu jika perlu untuk meneruskan pembelajaran. Memang bukan semua yang dapat bantuan tapi itu rezeki masing masing. Cuma sekarang yang merisaukan ialah trend baru ramai anak muda tak mahu melanjutkan pelajaran dan mahu jadi influencer. Mereka lihat wang ringgit sebagai ukuran kejayaan.

  • @fauziahpawan6605
    @fauziahpawan6605 11 месяцев назад +48

    Kami yg generasi mak2 dan bapak2 ni melalui sistem persekolahan dlm bahasa english sepenuh nye....dan dalam karier pun banyak guna bahasa inggeris ....dah jadi selesa dgn english....😊

    • @norhaffizahbintizakariya3568
      @norhaffizahbintizakariya3568 11 месяцев назад +15

      Betul... Di sekolah saya dulu, setiap minggu akan ada English day... So, on that day, sesiapa yang komunikasi dalam bahasa akan didenda.

    • @HambaAllah-rd4hh
      @HambaAllah-rd4hh 11 месяцев назад

      ​@@norhaffizahbintizakariya3568setuju

    • @hawasamin
      @hawasamin 11 месяцев назад +10

      @@norhaffizahbintizakariya3568🤭kenangan terindah. Guru bahasa Inggeris sangat rapat dgn murid2 dan murid sentiasa dengan kamus.😊

    • @rohanaahmad3175
      @rohanaahmad3175 11 месяцев назад +3

      Waktu saya masih bekerja staff saya tau saya betul2 marah bila marah dlm english😂

  • @AliasIbrahim-o4o
    @AliasIbrahim-o4o 11 месяцев назад +23

    ISLAM FIRST BEFORE EVERYTHING -- INSYALLAH KITA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT. HAL2 MISTIK ? BUANGLAH JAUH2 SEMUA KURAFAT . SUDAH BUKAN MASANYA KITA HIDUP KARUT MARUT & BERKASTA,2. INSYALLAH KITA DAPAT PERLINDUNGAN ALLAH.*** SERING DATANG KEMALAYSIA YAAA...THE 3 OF YOU ARE SO NICE.

  • @dianakuwa5179
    @dianakuwa5179 11 месяцев назад +65

    Please come to Sabah and Sarawak to experience a more diversity of Malaysia 😊

    • @pareh6951
      @pareh6951 11 месяцев назад +1

      👍

    • @FaridahMdYusof-om8hu
      @FaridahMdYusof-om8hu 11 месяцев назад

      👍👍👍

    • @bahloolstories5361
      @bahloolstories5361 11 месяцев назад

      Setuju. Simak dari Johor.

    • @ermar-shad8500
      @ermar-shad8500 11 месяцев назад +6

      Setuju..malaysia itu juga Ada di sabah dan Sarawak..jika mahu melihat keunikkan..sila cikgu bertiga ke sabah Sarawak..recommended from pahang

    • @usfarizahusaini585
      @usfarizahusaini585 11 месяцев назад +5

      Salam dari Tawau Sabah..ya..dtg la ke Sabah N Sarawak...Syurga makanan..Yg suka Makanan Seafood wajib cuba..harga pun berpatutan..❤❤

  • @fatihahmatdaud7786
    @fatihahmatdaud7786 11 месяцев назад +12

    Setahu saya,restoran yg beroperasi 24jam juga memudahkan sesiapa yg bertugas pada shift malam sehingga awal pagi.. kebanyakan pekerja yg bertugas menjaga kebersihan dan sebagainya boleh beli makanan atau minuman

  • @GameFreak-GF
    @GameFreak-GF 11 месяцев назад +15

    Kerajaan Malaysia memang sejak dari dahulu mempromosikan program destinasi persaraan golongan expatriat. Program ini namanya "Malaysia My 2nd Home" (MM2H). Kebanyakan expat ini harus memenuhi syarat atau peruntukan tertentu untuk mereka layak mengikuti program ini seperti kewangan, kefahaman kebudayaan, bahasa dan lain-lain. Ini komen saya kenapa kadang-kadang Malaysia nampak agak "international" 😂❤

  • @nadiafahmi5534
    @nadiafahmi5534 11 месяцев назад +15

    Jemput dtg lg ke Malaysia dihujung² ramadhan utk merasai suasana puasa (meriahnya bazar ramadhan) & raya (sebulan rmh terbuka) di Malaysia.. mesti berebut subscribers yg akan ajak kamu ber-3 dtg ke rmh utk berpuasa & raya bersama.. cikgu sastra & cikgu azis jgn lupa pakai bju melayu (teluk belanga/cekak musang), bersampin & bersongkok.. miss tika pulak pakai baju kurung.. msti handsome segak cantik bergaya.. dh blh bayangkan dh niiii.. 😍😍😍 mari laa dtg Malaysia lg! 😁😁😁

  • @makcikmakencik8473
    @makcikmakencik8473 11 месяцев назад +41

    Makcik kalau naik angin dgn anakcucu, automatic bahasa yg keluar dr mulut adalah bahasa inggeris😂😂😂ntah kenapa. Lepas tu ..." apa aku merepek ni..."😅

    • @bahloolstories5361
      @bahloolstories5361 11 месяцев назад +3

      Terkadang mimpi pun dalam bahasa Inggeris 😂

    • @anitamustafa3870
      @anitamustafa3870 11 месяцев назад +9

      Ye...betul2...saya pun kalau time bergaduh atau marah automatc keluar BI...laju je mcm ETS...

    • @arafiq5984
      @arafiq5984 11 месяцев назад +6

      sama. hahahaha.

    • @ezham5152
      @ezham5152 11 месяцев назад +7

      Saya pun maki guna bahasa inggeris dalam meeting 😂 atau sedang marahkan pekerja 😂

    • @mencintaimuseumurhidupku..9605
      @mencintaimuseumurhidupku..9605 11 месяцев назад +4

      Anak saye klu nk marah sgt lebih gune mandarin..bi dah terlalu ramai org fhm..nnti di jawabnya balik😂😂

  • @Maak-d7f
    @Maak-d7f 11 месяцев назад +14

    Air dlm plastik lebih byk dari air dlm gelas. Itu sbb pelanggan beli air dlm plastik waktu makan di Kedai. Kena letak dlm mangkuk

  • @dayikuluguk
    @dayikuluguk 11 месяцев назад +17

    Adapun di Malaysia memang ada pihak berkuasa kadang2 turun padang untuk membunuh gagak kerana mendatangkan kerusakkan dan kekotoran.. bukan kerana tahyul

  • @jasminjerry1277
    @jasminjerry1277 11 месяцев назад +26

    Mengapa cium/laga pipi di Malaysia 3 kali sbb bila bersalawat kita juga disarankan bersalawat sekurang2nya 3 kali tak pernah ada yg 2 kali. Selalunya disarankan melakukan sesuatu dgn menggunakan angka ganjil....

    • @yusofaziz4649
      @yusofaziz4649 День назад

      Itu disebut cipika cipiki😊
      = Cium pipi kanan, cium pipi kiri.😊

  • @andymr8123
    @andymr8123 11 месяцев назад +13

    Mr. Sastra mungkin dari catatan peribadi itu boleh dibikin Satu buku utk memberikan inspirasi & idea baru kepada warga Indonesia. 🥰

  • @ramlyabdrahim5002
    @ramlyabdrahim5002 11 месяцев назад +51

    Kepercayaan kepada mitos atau tahyul mesti dihindari kerana boleh menjejaskan akidah Islam.

  • @rodiahnoor5958
    @rodiahnoor5958 11 месяцев назад +18

    MasyaAllah....kupasan terbaik drp cikgu2 bertiga... Inilah contoh RUclipsr terunggul, punya jiwa yg besar, punya visi & misi utk membawa kebaikan kenegara tercinta mereka. Kami doakan agar segala usaha cikgu bertiga membuahkan hasil... slowly but surely... InshaAllah, Aaminn 🤲
    Malaysia BOLEH, Indonesia BISA ❤

  • @NurulHidayah-ub4fv
    @NurulHidayah-ub4fv 11 месяцев назад +18

    Ianya bukan sekadar memelihara bangunan2 lama demi untuk menjadi aset negara. Ianya lebih daripada itu. Memelihara bangunan2 tersebut adalah untuk menjadi warisan sejarah, untuk sentiasa mengingatkan generasi seterusnya tentang sejarah negara, sejarah kemerdekaan negara, sejarah perjuangan pahlawan2 dulu. Buktinya, segala yg Ada Di depan Mata. Bangunan2 lama, artifak & segalanya. So, sejarah tidak hanya menjadi seperti 'cerita warisan' atau 'penulisan novel' bahkan dapat dirasai & diakui melalui bukti2 peninggalan sejarah di depan Mata. Generasi seterusnya dapat melihat secara fizikal apa yg Di lalui oleh pejuang2 bangsa pada masa dulu. Ini meningkatkan semangat patrioratisme.

  • @wafee2001
    @wafee2001 11 месяцев назад +25

    Usah risau cikgu cikgu... usaha kalian untuk membawa nilai murni dari Malaysia adalah satu usaha yang mulia. Semoga hati yang suka berbuat baik lalu terpancar dari tutur kata dan perbuatan akan membuat kita lebih disayangi. Semoga semua, warga Nusantara akan dilimpahi dengan keberkahan yg tidak putus putus hasil kebaikan yang diterjemahkan dalam kehidupan sehari hari.

  • @rokiyahdarus2165
    @rokiyahdarus2165 11 месяцев назад +15

    Assalamualaikum Anankanda ber 3,
    Alhamdulillah. Tersentuh hati saya mendengar bicara tntg negara saya. Semoga Allah SWT terus memelihara & merahmati negara M'sia, rakyat & kedaulatannya. Betul, pelajaran adalah hal penting d dlm pembangunan sesebuah negara. Jika pentingkan pelajaran anda juga bangunkan insan (rakyat). Rakyat yg cemerlang akan mengemilangkan negara. Teruskan usaha2 anda utk membuka minda anak bangsa/warga Indonesia.

  • @nurdianaabdulrahman8881
    @nurdianaabdulrahman8881 11 месяцев назад +6

    Betul,kami bangga bukan besar atau byknya duit dibank atau byknya rmh atau byknya kereta tapi bangga jika anak-anak kami berjaya di menara gading,membawa balik segulung ijazah,kamu hdk tau,anak saya tiga orang dan seorang menantu semuanya ada ijazah ,dipolmah dan degree,dan juga yg baik dlm bidang agama tu sudah cukup bagi kami orang malaysia

    • @nurdianaabdulrahman8881
      @nurdianaabdulrahman8881 11 месяцев назад +1

      Saya hya seorang ibu tunggal yg hya bekerja sebagai clener,tapi alhmdulilah saya amat bersyukur kerana redha allah tu penting utk kejayaan kita

  • @ferraLadyBee
    @ferraLadyBee 11 месяцев назад +11

    Palestine itu adalah saudara dekat kita, bukan saja saudara seislam. Satu sejarah nusantara yg cuba di'hapus' / di'diam"kan oleh penjajah. Sama juga kita ini semua adalah bangsa serumpun yg dipecah-belahkan oleh mereka kerana mereka tahu benar klau kita mula bersatu, kita akan menjadi antara yg terkuat didunia.
    Justeru kerana itulah, kebanyakan Malaysian yg celik ilmu & faham sejarah tk pernah ambil pusing soal budaya ini, makanan itu, bahasa ini milik siapa? Ia milik KITA. TRIO about Sastra menjadi sangat dekat di hati Malaysia kerana cikgu2 mempunyai ketulusan hati yg sama, mau saling berbagi, merasa, menerima & belajar dr bangsa KITA.
    Kakak juga pernah ke Jogya bersama sahabat sy khusus utk menjejaki peradaban melayu nusantara & mengenali sejarah dgn lebih dekat. Kami sedih sekali bila menjejak cerita bagaimana runtuhnya institusi raja-raja di Indonesia.
    Bukan ke situ aja, sy ke Bali, Medan, even Bandung & Jakarta jg utk mempelajari ttg sejarah. Kita perlu explore utk membuka mata & minda. Jgn biarkan org luar cuba merosakkan kebersamaan yg leluhur kita bina berabad tahun. Generasi sekarang perlu cari tahu & 'bangkit' sama2 meraikan apa yg kita punya. 😍
    🙏🙏 Thank You for your effort Mr Sastra, Mr Azis & Ms Tika. Semoga terus berbagi aura positif utk merapatkan lagi jurang antara dua negara 🇲🇨🇲🇾

  • @kassimmohamad5954
    @kassimmohamad5954 11 месяцев назад +22

    Penyampaian anda tidak membosankan

  • @izaniismail540
    @izaniismail540 11 месяцев назад +6

    Aku terharu bila mister kata Malaysia negara berkah.. bersyukur sangat menjadi rakyat Malaysia...

  • @hasnahharon6514
    @hasnahharon6514 11 месяцев назад +14

    Untuk pengthuan anda brtiga..de kedai mkn 24 jam sprti kedai mamak..lbih2 lgi klau buln ramadhan..memudahkn mereka yg hndk brsahur!!...

  • @norziazwinmat4564
    @norziazwinmat4564 11 месяцев назад +12

    Terharu dan sebak melihat meet & greet utk cikgu2 bertiga, terasa seperti perjumpaan keluarga besar yg jarang berjumpa. Inilah yg dikatakan ukhwah kerana Allah. Semoga hubungan silaturahim antara umat Islam di kedua negara semakin erat asbab konten cikgu2 semua❤❤❤🎉🎉🎉😊

  • @fatihahmatdaud7786
    @fatihahmatdaud7786 11 месяцев назад +12

    Kalau datang ke Pantai Timur boleh berkunjung ke :
    Masjid Kampung Laut (Kelantan)
    Jambatan Guillemard ( Kelantan)
    Air Terjun Stong (Kelantan)
    Muzium Terengganu
    Jambatan Angkat Terengganu
    Taman Tamadun Islam Terengganu
    Muzium Diraja Pahang
    Pusat Songket Pahang
    Taman Negara Pahang

    • @mawarberduri8657
      @mawarberduri8657 11 месяцев назад

      Kalau istana pahang blh masuk mst miss tika happy..😂hehehhee

  • @saifulmusa6984
    @saifulmusa6984 11 месяцев назад +13

    Benar seperti malaysia dahulu membuat dasar pandang ke timur adalah untuk belajar daricara mereka membangun negara yang runtuh akibat perang

  • @jaimk9393
    @jaimk9393 11 месяцев назад +14

    Bahasa ingeris bahasa pengantara dan bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan di malaysia mr.

  • @aishahkamiso3357
    @aishahkamiso3357 11 месяцев назад +6

    Tentang orang asing yg mudah utk belajar tentang Islam datang kemasjid2 di Malaysia terutamanya dibandar2 besar.
    Apa yg saya ingat , bermula akhir thn 80an dan awal thn 90an di masjid negara kuala lumpur. Pengendalinya ialah Islamic Outreach ABIM. Tetamu2 masjid belum Islam diterangkan ttg falsafah seni bina masjid, dan serba sedikit ttg rukun islam dan rukun iman. Serta bertanyakan apa yg mereka ingin tahu tentang Islam.
    Program dakwah bil hal ini terus menyebar ke banyak masjid bandar2 di Malaysia. Alhamdulillah. Semoga terus menyebar kenegara guru2 bertiga. Aamiin.

  • @Mojito-pq3tk
    @Mojito-pq3tk 11 месяцев назад +6

    Aku setiap hari hanya menunggu reactions drp About Sastera sbg selingan dlm seharianku..🥰

  • @masanumnazhirahmad9457
    @masanumnazhirahmad9457 11 месяцев назад +46

    Mr Azis kami ada jabatan arkib negara dan jabatan pemeliharaan dan pembaikan muzium..

    • @bahloolstories5361
      @bahloolstories5361 11 месяцев назад +1

      Sungguhpun begitu, kami masih terkebelakang dari negara2 maju lainnya seperti UK, Rusia dan Japan.

    • @masanumnazhirahmad9457
      @masanumnazhirahmad9457 11 месяцев назад +10

      @@bahloolstories5361 itu cerita mereka ..saya bangga dengan negara comel saya..

    • @mencintaimuseumurhidupku..9605
      @mencintaimuseumurhidupku..9605 11 месяцев назад +4

      ​@@masanumnazhirahmad9457 betol 2 kite harus bersyukur sentiasa mencari kelebihan bkn kekurangan...❤

  • @rosmawatimohdali3112
    @rosmawatimohdali3112 11 месяцев назад +9

    Cikgu-cikgu tersayang alhamdulillah orang Malaysia sentiasa berlapang dada dan terinspirasi bila melihat kemajuan bangsa lain dan banyak belajar dari negara lain untuk menjadi lebih baik dan maju....

  • @izzamilham
    @izzamilham 11 месяцев назад +10

    Memberi lebih baik cikgu kerana akan dibalas dengan sebaik-baik kebaikan yang Allah SWT janjikan tidak didunia pasti akan ada akhirat sana

  • @izaharhayat4234
    @izaharhayat4234 10 месяцев назад +1

    kami tak block rezeki orang luar. tp pada masa yg sama kami harap orang luar pun jaga Malaysia mcm negara mereka. misalnya bab kebersihan, ketertiban dll..

  • @zskarya
    @zskarya 11 месяцев назад +10

    Terbaik reviewnya.. very thoughtful. Walaupun pada pandangan anda banyak kelebihan malaysia tetapi bagi kami masih banyak yg perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik. Bukan tidak bersyukur tetapi usaha begitu tetap perlu diteruskan.

  • @mariyatipaniran3099
    @mariyatipaniran3099 10 месяцев назад +1

    Moga apa yg kalian tuturkn@doakn yg baik² itu untuk Malaysia Allah kabulkn dan begitu jg akan berbalik pd Indonesia

  • @neshdarahim4659
    @neshdarahim4659 11 месяцев назад +3

    Saya meremang dengar pujian ckgu, kmk Masih banyak kekurangan namun, terus belajar untuk lebih baik, Dan lebih baik.. semoga saudara saudara kami diindonesia begitu juga..

  • @mawardesa9479
    @mawardesa9479 11 месяцев назад +5

    Betul tu cikgu, dtg dgn baik ada permitnya, hormat udang2 negara kami malaysia, bolih terima nasihat org sama ada positif atau sebaliknya, keja dgn jujur, ikhlas, satu pekara org melayu tak suka dtipu, jadi belajarlah yg baik2 dari kami untk memajukan diri kamu dan masa dpn kamu.

  • @masanumnazhirahmad9457
    @masanumnazhirahmad9457 11 месяцев назад +15

    Opss kita ada second home untuk orang luar negara bersara dan jadikan malaysia tempat beristirahat

  • @Dika_Hijau
    @Dika_Hijau 11 месяцев назад +15

    Kayaknya harus lanjut ke Chapter 3 misteeerrr 🤣🤣🤣

  • @UncleBin1269
    @UncleBin1269 11 месяцев назад +9

    Ya bcoz English is our 2nd language Mr. Sastra .... So not surprising la when d mak2, d bapa2, d opah2 are fluent in it bcoz during their times English was widely used probably before Bahasa Malaysia became d medium of instruction in schools those days and later on too English is still widely used in colleges and universities until these days ... We have to acknowledge that English is d international language or liangua franca of d world ... That's why even advanced countries like Japan, South Korea and even China are really encouraging their citizens to learn English now .... I remember d moment i went to countries Other than or except Indonesia, Singapore and Brunei and certain part of Southern Thailand, i had to use English already .... Malaysia is lucky despite ' melestarikan ' our national language we also still made English as our 2nd language esp in schools, colleges, universities and in d private & corporate sectors especially where English is still widely used until these days ....

  • @nurainkhatab8194
    @nurainkhatab8194 11 месяцев назад +13

    Albamdulillah.... puji terus cikgu2. Bangga kita org Malaysia.

  • @amelazahar1919
    @amelazahar1919 11 месяцев назад +20

    Assalamualaikum.. kuala Terengganu hadir..cikgu cikgu kesayangan hamba.terus success ye cikgu..semoga ada rezeki kita bertemu..aminnnn

  • @HambaAllah-rd4hh
    @HambaAllah-rd4hh 11 месяцев назад +6

    Ibu bapa amat pentingkan pendidikan baik pendidikan agama maupun sekular berteraskan konsep jasmani,emosi,rohani & intelek.

  • @atihajastudio9380
    @atihajastudio9380 11 месяцев назад +2

    Cendiakawan melayu pernah berbicara:
    Orang memberi,
    Kita merasa,
    Orang berbudi,
    Kita berbahasa.
    Betapa kami sangat hargai budi dan kebaikan orang indonesia 🇮🇩 , semoga persaudaraan kita sentiasa berbaik dan jitu.

  • @adammans2588
    @adammans2588 11 месяцев назад +11

    Presiden baru Indonesia sudah hampir diketahui berdasarkan analisis2 24 jam... moga yang dipilih (02) membawa Indonesia lebih maju sesuai dengan tema kempennya, esp dalam pendidikan dan kesihatan... walaupun background beliau lebih kepada pertahanan...

    • @amyje1534
      @amyje1534 11 месяцев назад +3

      semoga majujaya dan lebih makmur kedepannya.indonesia boleh..kami org 🇲🇾 akan selalu mendoakan utk org2 yg baik disana

    • @amz8172
      @amz8172 11 месяцев назад

      Rasanya DIA ini lebih pada Pertahanan......jiwanya tentera...jiwa org pejabat,pentadbiran kurang.....

  • @izuanmasran5539
    @izuanmasran5539 11 месяцев назад +21

    dari melaka ke negeri pahang singgah di johol beli berangan, kami ucapkan selamatlah datang apa yg kurang DICACI jangan....

    • @HiHi-zg1hn
      @HiHi-zg1hn 11 месяцев назад +7

      kalau baik hati nanti orang pun sayang❤

  • @azizankamis
    @azizankamis 11 месяцев назад +3

    andai suatu hari dan ketika..negara kamu lebih unggul dari negara kami.. kami berharap bawa lah negara kami bersama utk terus maju..salam dr johor , malaysia

  • @norismaismail2537
    @norismaismail2537 11 месяцев назад +14

    Bercerita pasal tempat letak air ikat tepi
    Jgn tak tau kat rumah pun kita practice mcm tu..hahahaha
    Senanggg

    • @mawarberduri8657
      @mawarberduri8657 11 месяцев назад +2

      Kn.. tapau bwk balik umah pn, ttp letak kat mangkuk.. sng.. 😅

    • @norismaismail2537
      @norismaismail2537 11 месяцев назад

      @@mawarberduri8657 🤣🤣

  • @ummiamnani
    @ummiamnani 11 месяцев назад +9

    Semoga malaysia dan indonesia semakin maju dan dipelihara Allah swt

  • @RazaliNigel-fd6fu
    @RazaliNigel-fd6fu 11 месяцев назад +3

    Seronok mendengar orang yang berpendidikan tinggi berbicara. Sangat berbeza dgn mereka yg berpendidikan rendah dan yg sekolah nya habis.😊😊😊😊😊😊🎉🎉

  • @wanzchannel2997
    @wanzchannel2997 4 месяца назад +1

    cuba lepas ni react video muzium penjara di melaka

  • @masanumnazhirahmad9457
    @masanumnazhirahmad9457 11 месяцев назад +8

    Bro mereka kagum dgn arkitekural masjid itu contoh dia kata masjid pink itu like morrocian building also dekat putrak kolau masjid besi pulak also di putrajaya mereka kagum dengan pembinaan luar dan dlm

  • @LizaNot11
    @LizaNot11 10 месяцев назад +2

    Let's learn from each other. Tuhan jadikan pelbagai bangsa & negara utk kita saling belajar. Tambahan kita serumpun. Moga makin erat silaturrahim sesama kita.

  • @nurulhayati-f6e
    @nurulhayati-f6e 11 месяцев назад +13

    Di Malaysia pada dasarnya kami ade 4 jenis kaum.
    1. Melayu
    2. Cina
    3. India
    4. Lain-lain
    Lain-lain itu merujuk kepada kaum Orang Asli dan yg berada di Sabah dan Sarawak seperti Kadazan, Dusun, Murut dan byk lagi. Mereka semua adalah rakyat Malaysia juga ❤

  • @juneyassin8353
    @juneyassin8353 10 месяцев назад +1

    Terima kasih Sastera n team...kamu org Indonesia yg mjadi duta ekonomi n sosial bg kami org Malaysia. Kami sentiasa mengalu2kan kehadiran rakyat dr Indonesia. Kamu dicintai dan disayangi kerana tanggungjwb kemanusiaan yg tidak ramai Tiktoker miliki.
    U r hero among the hero.
    All the best...

  • @cyunk2010
    @cyunk2010 11 месяцев назад +4

    D malaysia kami d ajar invest utk pendidikan cthnya kerajaan ada SSPN ( skim simpanan pendidikan nasional)

  • @johanamansor1352
    @johanamansor1352 10 месяцев назад +2

    Kerana zaman sekolah dulu ada 2 sekolah: 1-aliran inggeris( convent)& 2-aliran melayu, Tapi ayah pilih aliran inggeris agar nanti anak2nya lebih bijak katanya🤷🏻‍♀️ wallahuallam

  • @Kakukarucha
    @Kakukarucha 11 месяцев назад +19

    Bagus cara fikir cikgu bertiga ini, semakin berkembang semenjak mengambil tahu ttg negara tetangga Malaysia. Semoga cikgu² bertiga ini mampu menerapkan nilai² murni dan mengajar anak² murid mereka ttg betapa pentingnya ilmu, adab mulia dan kasih syg kpd generasi yg mendatang.
    Dengan cara fikir cikgu² bertiga ini, tak hairan suatu hari nnt cikgu Sastra bakal menjadi presiden Indonesia pada tahun 2054 dan cikgu Azis serta cikgu Tika bakal memegang portfolio Menteri Pendidikan dan Menteri Pembangunan, aamiin 🤲🏼🤭

  • @mahyahsuleiman5926
    @mahyahsuleiman5926 11 месяцев назад +2

    Assalamualaikum cg2. Akak pun cikgu spt adik2 juga. Utk pengetahuan cikgu2 setiap tahun kementerian pendidikan akan memberikan peluang kpd cikgu2 di Malaysia utk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Kami juga digalakkan utk menyambung pendidikan kami ke peringkat tertinggi. Semuanya dgn bayaran yg minima kerana kos pengajian akan ditanggung oleh kementerian pendidikan. Akak sgt bersyukur kerana dpt berkhidmat utk negara dengan mendidik anak2 bangsa supaya dpt membangunkan Malaysia.

  • @ramboo67
    @ramboo67 11 месяцев назад +7

    Assalamualaikum..moga ke depan nya dipermudahkan Allah.

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  11 месяцев назад +1

      Wa'alaikumsalam Abang Ramboo.. Doa yang sama untuk kita semua.. Aamiin Allaahumma Aamiin ❤

  • @ajizahsudiman1343
    @ajizahsudiman1343 11 месяцев назад +3

    Alhamdulilah. Tqvm dtg ke Malaysia. Jemput datang lagi. Bulan Ramadhan pulak.

  • @ahmadaziz5361
    @ahmadaziz5361 6 месяцев назад +1

    Terbaik Sastera, Ajis & Tika. Jika terjumpa yg kurang enak , kurang menyenangkan di tempat2 yg kamu bertiga lawati, bolih jadikan konten juga supaya kami dapat memperbaiki kelemahan yg ada.

  • @ummulhani7064
    @ummulhani7064 11 месяцев назад +4

    Malaysia......bumi bertuah ,Tanah tumpah darahku,Aman dan makmur,cuma sesetengah foreigner buat MCM negara sndri,kami mengalualukn sesiapa pun yg Nak dtg,uolls cikgu2 sastra sgt dialukn.luv U olls

  • @mredzall1
    @mredzall1 11 месяцев назад +2

    1 episode of this is like a semester of social studies / nation building studies. Keep up the good job. ❤

  • @halijahbaginda3669
    @halijahbaginda3669 9 месяцев назад +1

    SEMPORNA merupakan pekan kecil dan paling jauh dari KL namun di pekan kami juga ramai orang Indonesia, orang Filipina dan orang India dan Pakistan yang mencari rezeki di SEMPORNA. itu bererti seluruh bumi Malaysia amat bermanfaat kepada rakyat negara lain

  • @okjer3442
    @okjer3442 11 месяцев назад +6

    Warung makan di kampung pn tutup pukul 1.00am..😊

  • @NoorashidahHashim
    @NoorashidahHashim 11 месяцев назад +4

    datanglah masa ramadan dan hari raya sastra akan lihat kemeriahannya sangat2 meriah

  • @tehtarik1779
    @tehtarik1779 11 месяцев назад +3

    Assalamualaikum Mr Sastera.. untuk pengetahuan anda dan rakan2, Istana Lama yv sudah dijadikan galeri itu sebelum nya adalah ianya Sekolah Rendah Raja Perempuan Muzwin. ia telah dijadi kan sekolah beberapa dari tahun 70an hingga tahun 90an.. saya sendiri pernah belajar di sekolah itu dari darjah 3 hingga darjah 6. setelah tahun 90an kerajaan Perak telah menjadikan Istana lama yv dikenali Istana Ulu itu dijadikan Galeri.
    Raja Perempuan Muzwin itu adalah bonda kepada DYMM Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia sekarang.

  • @paechannel
    @paechannel 11 месяцев назад +7

    21:33 kami menerima dan memberi seadanya tapi ada sikap mereka yang dtg ini tidak semua tapi segelintir mereka bila sudah diberikan 1 kebebasan tapi mereka mengambil kesempatan keatas kebaikan warga tempatan sehingga kami yang ikhlas membantu dan mula marah dan geram dgn sikap mereka yang tidak mengikut cara dan gaya kami.mereka membawa sikap dan gaya dari negara asal mereka,dan sikap itu amat kurang ajar pada kami, ikut cara dan hormati kami seperti kami hormati mereka maka tidak akan menyebabkan kemarahan org tempatan.

  • @Danish7689i
    @Danish7689i 11 месяцев назад +6

    2:58 dan kalo pake cawan @ mug isinya sedikit...pake pastik & cole tu lbh byk isi airnya

  • @kichannel9432
    @kichannel9432 11 месяцев назад +1

    Tahniah ckg Sastra, ckg Azis & ckg Tika sudi menjadi duta...
    Membawa info2 mengenai Malaysia. Terima kasih cikgu...👍👍👏👏👏

  • @nanieohamdan7321
    @nanieohamdan7321 11 месяцев назад +1

    Terima kasih kerana sentiasa memberi positive reviews about Malaysia, walaupun mungkin dikritik oleh warga sendiri.

  • @noraisahanuarshah
    @noraisahanuarshah 11 месяцев назад +1

    Yang baik dari Malaysia jadikan teladan. Yang kurang baik jadikan sempadan. Love watching your channel Mr. Sastra. Love from Ipoh, Perak 🇲🇾

  • @dunia549
    @dunia549 11 месяцев назад +5

    Indonesia juga boleh maju jika PENDIDIKAN terlebih dahulu DIUTAMAKAN. Percayalah❤

    • @eddygan3359
      @eddygan3359 11 месяцев назад

      Itu mungkin sukar sedikit kerna NI lebih cenderung membina dan memperkuatkan militernya.