RETROSPEKTIF : Kesah Kampung Kita (Sesal Kemudian Kerugian) (1965)
HTML-код
- Опубликовано: 12 сен 2024
- #LensaFINAS
#RetrospektifSinema
FINAS terus melestarikan pembangunan khazanah audiovisual warisan negara melalui program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif filem dokumentari klasik, Kesah Kampong Kita: Sesal Kemudian Kerugian (1965) arahan Allahyarham Abdullah Chik. Diterbitkan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) mengenai usaha meningkatkan sosio ekonomi masyarakat luar bandar melalui pembangunan tanah kerajaan, filem berkonsepkan doku drama ini turut mencipta kejayaan di festival filem antarabangsa dengan mewakili negara di 11th Cork International Film Festival, Ireland (In Competition) dan kemenangan Anugerah Gangsa di Asian and African Film Festival di Tashkent, Soviet Union.
Ayuh tonton filem bersejarah ini secara eksklusif di slot 'Retrospektif' saluran RUclips FINAS Malaysia pada malam ini 6 November 2020 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe
Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘Kesah Kampung Kita' (Sesal Kemudian Kerugian) (1965) ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment
● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.
● Tayangan Filem 'Kesah Kampung Kita' (Sesal Kemudian Kerugian) (1965) ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**
● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**
Ayuh tonton filem bersejarah ini secara eksklusif di slot 'Retrospektif' saluran RUclips FINAS Malaysia pada malam ini 6 November 2020 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di / finasmalaysiamy
Tahniah FINAS kerana giat membaik pulih arkib. harap channel RUclips FINAS ini dapat memeparkan banyak lagi filem daripada arkib seperti yang dilakukan oleh British Pathe
Kalau cite skrg...marilah bfast dulu..xpayahlah dah lmbat ni...asyik² lmbt..agak xreti bgun awal ke.baik watak remaja baik watak org tua ala² boss bgai..mmnjng dh lewat g opis🤭😁Tengok filem lama..nilai² murni agama ttp diterapkan...dah masuk waktu cpt² nk g solat..cte skrg...poyoo
Kih2..btul dh tuu
breakfast mesti ada fresh orange lps tu minum tak habis sebab bergegas nak ke opis kt Menara Puncak Emas Holdings..
@@botakjanggut1958 ayoyo ini banyak betul.... entahlah mana silapnya sekarang dengan zaman dulu ya....
Saya menonton drama ini di atas padang Sekolah Kebangsaan Sungai Lang, Banting, Kuala Langat, Selangor. Tayangan wayang Penerangan, layar pacak pada masa itu adalah satu event. Penduduk kampung keluar beramai-ramai duduk menonton di atas padang. Ada berjualan seperti pasar malam. Pecal, soto pun ada.
Kampung saya, Kampung Sungai Lang itu telah, pada tahun2 itu dijadikan tempat penggambaran oleh Filem Negara, seperti filem, 'Mata Permata', dan mengenai RRI (Rubber Research Institute) -- pemprosesan getah keping.
Kesah Kampong Kita atau drama lain, selalunya disiarkan pada penghujung tayangan yang kebiasaannya selama 2 jam bermula dari pukul 8 malam.
Banyak lagi drama-drama menarik yang tentunya Filem Negara (Finas) boleh siarkan di RUclips ini. Antaranya, 'Antara Dua Gang'.
Terima kasih Finas. Usaha yang sangat baik dan amat dihargai.
derama ini tauladan bagi orang melayu rajin berusha dulux hanye ada basikal dah mewah lemah lembut tutur katanye kami selalu tengok wayang pachak di balai raya belum ada tv lagi orang kampong berramai kreluar nak tengok wayang tauladan dapat isteri garang ister yg lemah lembut hai mavham
filem lajenda tunjok bisr rsji berusha
Kang Razzi, tahun bila masa menonton drama ni?
@@akhiruddinyakup813 Lingkungan 1968 lebih kurangnya. Kecil lagi dan bersekolah rendah.
Alu lebih rela tgk drama mcm ni drp tgk drama tb 3 suku petang2 🤣🤣🤣🤣🤣
Bagai nak pecah perut saya ketawa baca kenyataan ini part TB 3 suku... semenjak itulah orang orang ramai jadi mcm tu sebab dok tengok TB 3 suku Kerr😆😆😆😆😆😂😂😂
Entah kenapa jiwaku suka tgo wayang malayu dulu² tgo suasananya mcm rasah tenang walaupun wayang itu hitam putih 😁
Hilang rindu menonton cara kehidupan orang orang lama,
aku pun sama x tgk dah drama melayu skrg ni...menyampah...drama mcm ni baru best..
Garangnya kak timah
Kalau lah Abang Man dan Abang Dolah...tanam musang king waktu itu pasti Anak cucu cicit dah kaya raya sekarang..!!
Benih x ada. Musang berjembut adalah.
@@mizimizi5217
yotayo juga yo...tapi beneh2 doyan lain kan adoooo...!!
Ado tapi x kayolah
Msa tu durian xd hrga mcm skrg
'Program Tanah Pinggir' untuk rakyat. Program konsesi tanah kepada rakyat. Ini salah satu daripada 'Buku Hijau' idea Tun Abdul Razak..
Saya cadangkan pihak kerajaan siarkan rancangan pengajaran macam ini di dalam siaran televisyen biar membuka mata masyarakat untuk menjadi orang yang lebih berusaha " rakyat rajin negara maju"
Setuju sangat..
Saya pun setuju sgt2
Kehidupan yg mendamaikan..
Saya cdg RTM upload juga drama2 lama seperti Fajar Dibumi Permata dan Kebun Pak Awang.
alhamdulillah.sy sejak dulu suka cerita2 begini
Abah saya antara yg dpt 5 ekar tanah pinggir di kawasan air kuning,n9. Tp abah beri pada arwah adik dia sbb dpt tawaran masuk felda palong pulak..
RASA MENONTON WAYANG GAMBAR DULU2...
Abdullah chik
Cerita2 dulu berkualiti
Teringat Van Jabatan Penerangan dok tayang di kampong2.
_Lepas Tu Ada Laaa Milo Free_
trbaik2
dokumentari labu sayong, tikar mengkuang dan siput kapis ada x dalam simpanan FINAS?
sya baru masuk sini :) Allahyarham abdullah chik an R. Ismail. Ada jg promosi jg usaha kerajaan pd ketika itu utk membantu penduduk luar bandar yg susah. Banyak ilmu pendidikan tanaman dan pertanian dlm cerita ni
Lokasi di Jelebu N9
iyo ko..kek mano nih..??
Kak Timah awesome la.. terbaik lakonannya
x bnyk access kita utk enjoy film2 dokumntari klasik tanah air yg mcm ni. rtm sepatutnya beri bnyk peluang lbih baik lgi utk kongsi dgn masyarakat koleksi yg tntunya x sedikit yg ada dlm arkib negara.
abdullah chik dlm kenangan
Ini baru namanya drama melayu. Walau pun drama ni nak tunjuk contoh pada orang ramai bagi mengusahakan tanah pemberian kerajaan pada waktu itu, ianya banyak menceritakan sikap bangsa melayu, kisah rumah tangga dan usaha kerajaan nak meningkatkan ekonomi orang melayu.
Ini baru namanya PERSYARIKATAN MALAYSIA yang mana rakyat dan kerajaan sesama membantu meningkatkan ekonomi negara. Drama simple dan cukup menarik.
Sekarang punya drama, menyampah. Aku memang dah tak tengok drama skarang. Letak artis perempuan cantik, cari hero handsome, cerita pasal rebut harta, gaduh laki-bini, anak-bapak, keluarga kucar kacir, pakaian ketat, terdedah sana sini semuanya banyak contoh tak berguna dan tak nampak teladannya. Cuma kesimpulan je hujung cerita. Jangan salahkan orang melayu kalau tak support cerita drama melayu. Aku memang dah tak tengok cerita drama wayang melayu.
Setujukanlah filem yang mempunyai unsur yang positif dan pengajaran..
Nak tanya FINAS - Biasanya drama2 ni dulu ditayang guna Wayang Pacak kan? Nanti boleh tak cari klip mana2 pasal wayang pacak? Aku dulu duduk di bandar tapi bila balik kampung akan join kwn2 kampung gi layan wayang pacak kat padang bola kampung aku (circa awal 80an). Meriah...ada org jual kacang kuda, ada yg jual air. Pdahal cerita2 yg ditayang bukan cerita terkini yg ditayang di pawagam.
Punya la bagus wanita dulu2..sebelum membawang,diutamakan perut suami
Saya suka chennal ini please upload more
Dasar sosialis yang diamalkan kerajaan malaysia dalam pengagihan tanah kebun kepada penduduk luar bandar.
Best suasana datuk nenek kita dulu...hidup ringkas tapi damai dgn alam
Best nye hidup zaman dulu²
Cantik rosmah...ada lagi ke dia skrg nie..brape lah umur dia ye...
Rasanya saya ada tengok cenel bernama tayang tahun lepas kalau xsilap
Waktu zaman ni bahasa Melayu tidaklah tercemar seperti bahasa Melayu rojak Inggeris yg dipertuturkan oleh YB Tajuddin Abdul Rahman(Pasir Salak) di Parlimen. Drama Melayu sekarang asyik campur aduk Bahasa Melayu dgn Inggeris seolah2 Bahasa Melayu yang elok dan fasih itu rendah nilainya. Penghasilan Drama Melayu sekarang sarat dengan penjajahan fikiran(captive mind) para pengkaryanya. Aku suka tengok drama2 lama ni, dapatlah terasa sikit "kemerdekaan fikiran" daripada menonton drama2 terkini yang dok asyik "you", "I", makan di hotel, berkereta besar, berumah mewah, dsbnya.
Setuju, ada benarnya kata saudara itu, Bahasa Melayu sekarang dah merosak dengan penggunaan bahasa yang kurang supan.
Cukup tajam sekali komentar ini dan sebetulnya amatlah saya setuju sekali...filem beginilah yang mendidik..tahun 1965 saya dilahirkan jadi dapat merasakan suasana seperti didalam filem ini dan bahasanya cukup indah waktu pakcik dan makcik kita dulu berbicara.... kenangan manis dan terindah hanya datang sekali dan akan dibawa sampai ke akhir hayat...
Tapi bibit2nya dah ada. Penggunaan control, chan. Mereka antara perintisnya.
Tahniah Finas
Sya menonton filem ini kali pertama PD tahun 1966 wayang pacak jbtn penerangan daerah Segamat di kg orang asli sgt kecil usia Sya 9 th masa tu filem lakonan Abd chik dan ros lagu kcg panjang rancangan tanah pinggiran oa kata wayang pengandar sebap hampir sama dgn nama asal nya perpaganda kerajaan tok batin membuat ucapan gambar dan cerita di wayang ini ada lah contoh KPD kita dan nasihat drpd kerjaan bergitu lah kisah lalu mengimbau kenangan silam
Teringat wayang pacak time tu...
knowledge bg org2 kg dpt info apa yg krajaan usahakn untk membantu rakyat..
Arwah Raja Ismail masa muda (kena baling tepung dgn isteri sb malas bekerja)
Bukan malas kerja tapi asik kene kongkong bini kat rumah suh jaga anak, sampai ladang yg diberi kerajaan suh usahakan terabai dan ditarik balik oleh kerajaan, kalau xsilap ni pasal felda
Kurusnya arwah waktu nii........
Vagus sangat
Dgn Rosmawati
V Next To B
Berapa umur budak yg menangis tu sekarang!! Garang betol mak dia😅😂🤣
Aku igt org dulu ckp saya tu saya bkn saye .... Muka dorg pn x gaya pn muka org zmn dulu
Dlm ni rosmah baek
Hahahaareyyy... Sempat lagiii
rosmah jahanam ckp nye si timah😅😅
Terbaikk FINAS, teruskan membongkar filem n drama arkib utk rakyat
Best! Dapat tengok kehidupan orang-orang tua kita dulu yang hidup di kampung.
Masa ni kawin hantaran 25 get je ni😂😂😂😂kalau sekarang.25 rbu..pmpuan Ade quality..nail basikal pn x pnh ..Ori pnya..
12:30
Alhamdulillah..Terbaik...saya suka menonton filem2 hitam putih ini, apa lagi telah menjalani proses restorasi oleh Finas...kalau boleh drama-drama lama tahun 70an seperti Tamu Bukit Kenny dan Drama Minggu Ini berjudul Sesat dapat direstorasi dan dimuatnaik di sini...Terima Kasih
filem ni tak ditayangkan di pawagam ke?