Apa tajuk lagu zapin di atas? Ini baru betul "seni kata". Cantik isi pantunnya! Banyak duri perkara duri Duri mana tercancang tajam Banyak budi perkara budi Budi mana dikenang orang. Burung jeladan hinggap di huma Anak balam turun ke paya Budi laksana sinar purnama Manusia alam tumpang cahaya. Indanglah indang padi Pak Daik Padi tak sama rupa bunganya Sungguh kukenang budi yang baik Tidak kulupa selama-lamanya. Hanyut kayu dari bukit Dari gunung berkati-kati Segunung budi bukan sedikit Tidak tertanggung sampai ke mati.
Apa tajuk lagu zapin di atas?
Ini baru betul "seni kata". Cantik isi pantunnya!
Banyak duri perkara duri
Duri mana tercancang tajam
Banyak budi perkara budi
Budi mana dikenang orang.
Burung jeladan hinggap di huma
Anak balam turun ke paya
Budi laksana sinar purnama
Manusia alam tumpang cahaya.
Indanglah indang padi Pak Daik
Padi tak sama rupa bunganya
Sungguh kukenang budi yang baik
Tidak kulupa selama-lamanya.
Hanyut kayu dari bukit
Dari gunung berkati-kati
Segunung budi bukan sedikit
Tidak tertanggung sampai ke mati.
Kacak Sungguh BUDAYA kita
bagi kata kasar aku org biasa yg takde apa2 pengetahuan pasal tarian, step arrangement diorng ngam betul dgn lagu😍😍😍
Pergerakan yang tertib disulam dengan lagu yang indah. Manis betul.
nak tnya lagu zapin dia tajuk apa ya ?
Lagu zapin tu tajuk apa?
Izin guna lagu inang dan joget
apa nama zapin ni? nampak menarik👏👏
Zapin Tenglu..
Ada video Dari team lain x?
Kalau min dapat nanti min upload
Kalau ada bagitahu yer huhuhu x sabar mahu tengok pasukan lain