Kes Ponteng Sekolah Catat Kes Tertinggi Di Kedah

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2017
  • Kes Ponteng Sekolah Catat Kes Tertinggi Di Kedah
    Kes ponteng antara yang dicatatkan tertinggi di Kedah berbanding penyalahgunaan dadah dan kes buli.
    Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Rozaini Ahmad berkata, pihak JPN sentiasa memantau dan menggunakan kaedah tertentu bagi memastikan kes yang melibatkan disiplin pelajar berada pada tahap yang paling minima.
    Beliau mewakili Pengarah JPN Kedah ditemui pemberita selepas melancarkan Poster Tingkahlaku Disiplin Murid Peringkat negeri Kedah di Sik.
    Program itu bertujuan membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang samada ketika di dalam atau di luar sekolah.
    Program tersebut diharap dapat mewujudkan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah, ibubapa dan pihak polis.

Комментарии •