Ambil penyambungan kabel terus dari outgoing main suis @ sebelum outgoing rccb...terus k sub Db... Barulah pengunaan rccb di ke dua dua Db dapat digunaan secara berasingan... Maka lebih memudahkan apa2 urusan di sub db... Sekadar cadangan konten.. Bagus tuan buat satu lagi video untuk rumah bertingkat...buat 3 Db...satu utk main db...dan 1sub Db bahagian dapur dan satu lagi sub db untuk tingkat atas... (Sama ada buat style 3 main db @ ada tambahan sub db..) Dan buat satu suis alternatif utk cut out sebelum suis main db...bagi memudahkan pemilik rumah di kemudian hari jika hendak.membuat apa2 maintenance....kerana kebanyakan sekarang suis cut out dekat meter Sesco di klip/kunci...pengguna kena memohon terlebih dahulu jika hendak membuka/mencabut suis cut out... Terbaik video tn...penerangan yang jelas dan mudh di fahami...teruskan berkarya...👍👍👍
Terima kasih bagi input. Berkaitan dengan tap supply dari main switch di Main DB itu...ya ia itu pun boleh dibuat. Yang penting, main DB mesti ada suis yang boleh memutuskan bekalan ke mana mana sub-db. Untuk memudahkan kerja maintenance, alternatif paling mudah adalah dengan memasang main switch dahulu dan barulah RCCB. Di Sarawak banyak kontraktor yang sambung RCCB dahulu kemudian main switch.
Salam sejahtera sifu. Saya dah upgrade db & buat 2 sub db atas rumah dan dapur. Follow the info. Terbaik dan tidak berlaku trip...semoga sifu boleh lain lagi yer... Tq
Terima kasih cikgu, penerangan amat jelas dan santai. 27 thn x buat sepenuhnya pendawaian setelah tamat sekolah SMV Kidurong bintulu 1994. 1996 minta kerja army, ingat dpt ranjer nak perang2 😅, kerana sijil MLVK, sy dpt kor semboyan dan di serap ke tred juruteknik. Ada buat pendawaian di medan, kawasan latihan, kawasan operasi dan bangunan tapi x sepenuh masa 😊.. Ingat kembali zaman sekolah dgn cikgu patrik, cikgu farid (org johor) & cikgu philip. Makan rotan saja jika abai keselamatan & buat salah. Balik asrama klau mandi nampak merah belakang bekas rotan x sah klau bkn murid dari jurusan elektrik 😊. Hasil didikan tegas cikgu2 itu la semua kawan2 sy berjaya.. kini sy ambil kursus aircond sblm bersara sbb ada berkaitan dgn elektrik. 😊..
Sama sama. Kursus airkon pun bagus. Kalo nak buat bisnes …modal pun tak besar. Alat paling mahal…vacuum pump. Saya ambil kursus pendek airkon di Akademi Binaan Malaysia.
Tq cikgu.. sy memang hendak buat sub db di dapur. Banyak sy tengok hnya cara cikgu terbukti sbb dgn ujian sekali.. rccb walaupun sama jenama tapi kepekaan dia berbeza.. sy akan ikut cara cikgu buat sub db nnti, tq ilmu yg cikgu sampaikan...
Sangat2 jelas. Dulu saya pun keliru, asyik rccb yg main db jer trip, apa guna rccb pada sub db, asyik kena turun tingkat bawah utk naikkan balik rccb 😁. Jadi video ni mengesahkan, terbaik 👍. Terima kasih 😁. Ada request tapi tuan rehatlah dulu 😅. Bukan senang nk buat video mcm ni😬, penat haha
@@petrusgoel saya nak bagi cadangan. Tuan buat sambungan ketiga. Tap dari outgoing main switch. Atau cara lain yg dibolehkan. Disamping itu tuan bagi peringatan tak boleh ditap pada incoming main switch dan kena bagi tahu kenapa. Setahu saya akan membebankan main switch db utama dan kabel dr meter ke db. Ada juga yg tak meletakkan main switch di sub db. Boleh atau tak boleh. Kalau boleh kenapa, tak boleh kenapa. Tuan sentuh berkaitan size breaker, saiz kabel. Part2 yg penting tu, cetak dekat kertas A4, kasi zoom masa penerangan 😁. Saya yakin tuan punya penerangan lebih detail dan mantap. Topik hot sekarang ni sub db, tap di incoming main switch, size main switch lebih besar berbanding rccb. Diharapkan dapat membantu tuan dapat idea utk video akan datang. Ini cadangan sahaja😁
3 fasa kurang lebih sama. Kelebihannya, boleh tarik satu fasa dari Main DB untuk buat Sub DB. Tak semestinya tarik semua. Yang penting, pembahagian beban seimbang.
Selamat sejahtera tuan..mau Tanya, klu main DB pnya two poll 63 Dan rccb 63 so sub DB pakai two poll pakai 40A ke? Terima kasih atas jawapannya nnti tuan 👍👍👍
assalamua'laikum nak tanya bang.. Knp sye pasang swicht dekat rumah sye.. Swicht lampu kipas ada 7.cable dr db hnya ada dua cable live .. Knp sampai dekt kotak swich api ada tiga .. Lepas tu bila on swict kipas lampu jd mati bgtu sebaliknya
Selamat petang. Saya tidak begitu faham pernyataan /masalah yang tuan sampaikan. Suis tu tuan yang pasang? [ switch lampu kipas ada 7. Apa maksud ini? ]. Kabel dari DB hanya ada dua, tetapi di kotak suis ada 3 live? [ Adakah Live yang satu lagi datang dari MCB litar yang berasingan?] Bila ON kipas, lampu padam? ….ini seperti bekalan LIVE ke suis lampu dikawal oleh suis kipas…. Ada masalah penyambungan ni saya rasa.
Tuan.. bagaimana cara pemasangan energy meter yg paling selamat pada db? Supaya kita boleh tahu jumlah arus, voltan, hz dan kwJ. Kerana sekarang ni sudah menjadi trending pemasangan energy meter pada db.
Buat kaedah yang sama seperti satu sub DB dalam video ni juga. Ada dua double pole mcb (main switch) dalam Main DB untuk kawal bekalan ke sub DB. Jadi Main DB jadi 'gemuk' la....
Untuk L dan N memang 10mm. Untuk E, kalau ikut standard memang 10mm juga. Tapi sekiranya tuan tiada kabel 10mm untuk E, cadangan saya lah.... tarik dua kabel E bersaiz 4mm...hujung dia ikat bersama. 2.5mm terlalu kecil. Terima kasih. Ini bukan standard ya... 'Trick' saja. 😃
Main cable mantain 10mm. Susut voltan tetap ada tapi sedikit lah. Itu perkara biasa iaitu dalam 4.4mV per meter x 15 = kurang lebih 66mV. Harap membantu ya
tuan.untuk pemasangan sub db bolehkah buat turutan begini output 2pole main mcb > 2pole mcb terletak di main Db > 2 pole mcb terletak di sub Db > rccb sub Db maksudnya incoming sub Db diambil sebelum rccb main Db
Maksud tuan, bekalan ke Sub DB diambil sebelum RCCB di Main DB? Boleh. Yang penting, kita boleh ‘KAWAL’ / ada double pole MCB kat main DB yang boleh memutuskan bekalan ke Sub DB.
Saya ada beli rumah baru, tetapi di sub db nya tiada rccb, hanya ada main suis dan mcb sahaja. Soalan saya.bahaya atau tak dan Apa perlu saya buat.harap diberi pencerahan🙏
Bahaya atau tidak…ia bergantung pada pemasangan yang dibuat pada main DB. Kena semak kat sana. Sekiranya bekalan ke sub db diambil selepas keluaran RCCB di main DB…maka ia tidak bahaya kerana RCCB di main DB menjadi pelindung. Sekiranya bekalan ke sub DB tidak diambil selepas RCCB di main DB …itu bahaya. Jadi, tuan kena semak. Kalau tak dapat semak dalam DB, cuba pintaskan N dan E pada sub DB…tengok adakah RCCB di Main DB trip atau tidak.
@@petrusgoelsaya nk buat sub db ke 2 , saya nk tarik dari sub db pertama yang tiada rccb tadi. Boleh kan kalau saya nak tarik dari main suis sub db pertama , untuk buat sub db ke dua.dan sub db ke dua tu saya nk letak rccb .boleh kan?
@@petrusgoel ye.terfikir jugak tapi jarak antara main db ke sub db ke 2 tu sangat jauh...sub db pertama yang paling dekat dengan sub db ke dua.. apa pendapat tuan dengan idea saya pertama tadi. Adakah boleh atau saya perlu tambah apa² di sub db pertama tu
RCCB 30mA untuk kawal bekalan ke litar kuasa. Kalau dipasang untuk kawal keseluruhan sub DB, dia akan jadi lebih sensitif saja. Tiada masalah guna.....
Tuan..mohon bertanya..brp kah jumlah sub db yg dibenarkan..sekira nya melebihi dari satu sub db dimana kah sambungan cable utama sub db ketiga samada dari sub db kedua atau dari main db.. Sekiranya memasang rccb di setiap sub db..sy sambung sub db dari output main suis di main db. Adakah nilai rccb sub db ketiga boleh sama nilai dgn sub db kedua.
Semua sub db mesti berpunca dari Main DB. Sekiranya guna satu fasa, seboleh bolehnya tak lebih dari 1 sub db lah. (Tiada peraturan yang khusus untuk berapa sub db). Kita hanya cuba untuk tidak mencabangkan terlalu banyak DB kerana jumlah arus untuk satu fasa adalah di bawah 63A. Rumah biasa, lazimnya 1 main DB sahaja. Sub DB pula dibuat selepas berlaku pengubahsuaian rumah atau pengasingan kawalan yang dibuat kemudian kerana penambahan jumlah beban pada satu ruang.
@@petrusgoel ya..sub db berpunca dari main db..maksud sy bolehkah sekira nya sy parallel kan input sub db kedua dengan input sub db ketiga..sekira nya boleh adakah mempengaruhi saiz cable utama sub db kedua.
@@petrusgoel isolator seolah2 macam suis sajakan? Untuk on off sahaja. Bukan perlindungan utk short dan overload. Kalau arus yg mengalir melebihi kapasiti isolator, dia akan cair atau rosak dalaman. Betul ke? 😁
Ia bukan SUB sudah kalau ambil dari incoming. Ia menjadi DB kedua dalam rumah. SUB DB adalah anak kepada Main DB... datang dari Main DB. Kalau dibuat berasingan dari Main DB.... itu bukan SUB DB. Boleh dibuat... tapi ia bukan dipanggil SUB DB.
@@hajikudusjamie9615 Tidak ada implikasi apa apa pada beban. Hanya ia salah dari sudut turutan kawalan bekalan tenaga ke rumah. Ia boleh jadi merbahaya sekiranya kita sebagai juruteknik yang datang buat maintenance. Contoh, kalau ada 2 DB dan saya tidak tahu. Saya mungkin anggap DB pertama yang saya jumpa itu adalah Main DB. Saya OFF bekalan dan buat maintenance....kemungkinan saya kena renjatan boleh berlaku sekiranya soket yang saya buka itu mendapat bekalan dari DB kedua... yang saya mungkin anggap sebagai SUB DB. Dalam turutan kawalan, bila Main DB OFF.... patut SUB DB pun turut OFF sekali sebab sepatutnya SUB dapat bekalan dari Main DB.
Ambil penyambungan kabel terus dari outgoing main suis @ sebelum outgoing rccb...terus k sub Db... Barulah pengunaan rccb di ke dua dua Db dapat digunaan secara berasingan... Maka lebih memudahkan apa2 urusan di sub db...
Sekadar cadangan konten..
Bagus tuan buat satu lagi video untuk rumah bertingkat...buat 3 Db...satu utk main db...dan 1sub Db bahagian dapur dan satu lagi sub db untuk tingkat atas...
(Sama ada buat style 3 main db @ ada tambahan sub db..)
Dan buat satu suis alternatif utk cut out sebelum suis main db...bagi memudahkan pemilik rumah di kemudian hari jika hendak.membuat apa2 maintenance....kerana kebanyakan sekarang suis cut out dekat meter Sesco di klip/kunci...pengguna kena memohon terlebih dahulu jika hendak membuka/mencabut suis cut out...
Terbaik video tn...penerangan yang jelas dan mudh di fahami...teruskan berkarya...👍👍👍
Terima kasih bagi input. Berkaitan dengan tap supply dari main switch di Main DB itu...ya ia itu pun boleh dibuat. Yang penting, main DB mesti ada suis yang boleh memutuskan bekalan ke mana mana sub-db. Untuk memudahkan kerja maintenance, alternatif paling mudah adalah dengan memasang main switch dahulu dan barulah RCCB. Di Sarawak banyak kontraktor yang sambung RCCB dahulu kemudian main switch.
Terbaik tuan,melayan semua komen.
Terima kasih… saya kongsi apa yang saya tahu dan harap dpt membantu yang lain.
Salam sejahtera sifu. Saya dah upgrade db & buat 2 sub db atas rumah dan dapur. Follow the info. Terbaik dan tidak berlaku trip...semoga sifu boleh lain lagi yer... Tq
Sama sama... Stay safe
Terima kasih cikgu, penerangan amat jelas dan santai. 27 thn x buat sepenuhnya pendawaian setelah tamat sekolah SMV Kidurong bintulu 1994. 1996 minta kerja army, ingat dpt ranjer nak perang2 😅, kerana sijil MLVK, sy dpt kor semboyan dan di serap ke tred juruteknik. Ada buat pendawaian di medan, kawasan latihan, kawasan operasi dan bangunan tapi x sepenuh masa 😊.. Ingat kembali zaman sekolah dgn cikgu patrik, cikgu farid (org johor) & cikgu philip. Makan rotan saja jika abai keselamatan & buat salah. Balik asrama klau mandi nampak merah belakang bekas rotan x sah klau bkn murid dari jurusan elektrik 😊. Hasil didikan tegas cikgu2 itu la semua kawan2 sy berjaya.. kini sy ambil kursus aircond sblm bersara sbb ada berkaitan dgn elektrik. 😊..
Sama sama. Kursus airkon pun bagus. Kalo nak buat bisnes …modal pun tak besar. Alat paling mahal…vacuum pump. Saya ambil kursus pendek airkon di Akademi Binaan Malaysia.
Tq cikgu.. sy memang hendak buat sub db di dapur. Banyak sy tengok hnya cara cikgu terbukti sbb dgn ujian sekali.. rccb walaupun sama jenama tapi kepekaan dia berbeza.. sy akan ikut cara cikgu buat sub db nnti, tq ilmu yg cikgu sampaikan...
@@andrewudotmichael6864 ok. Jaga keselamatan…
Bolehkah cikgu buat video tunjuk cara bagaimana nak seimbangan arus pada litar 3 fasa. Current balancing for 415 circuit. Terima kasih.
Macam masuk kelas nak belajar itu hehehe…banyak sikit calculation
Thank you very much Sir....
Sangat2 jelas. Dulu saya pun keliru, asyik rccb yg main db jer trip, apa guna rccb pada sub db, asyik kena turun tingkat bawah utk naikkan balik rccb 😁. Jadi video ni mengesahkan, terbaik 👍. Terima kasih 😁. Ada request tapi tuan rehatlah dulu 😅. Bukan senang nk buat video mcm ni😬, penat haha
Takpa, boleh request.... Saya pun suka explore. Ada kala masa buat video... saya pun jumpa benda baru. Saya juga share video ni dengan students saya.
@@petrusgoel saya nak bagi cadangan. Tuan buat sambungan ketiga. Tap dari outgoing main switch. Atau cara lain yg dibolehkan. Disamping itu tuan bagi peringatan tak boleh ditap pada incoming main switch dan kena bagi tahu kenapa. Setahu saya akan membebankan main switch db utama dan kabel dr meter ke db. Ada juga yg tak meletakkan main switch di sub db. Boleh atau tak boleh. Kalau boleh kenapa, tak boleh kenapa. Tuan sentuh berkaitan size breaker, saiz kabel. Part2 yg penting tu, cetak dekat kertas A4, kasi zoom masa penerangan 😁. Saya yakin tuan punya penerangan lebih detail dan mantap. Topik hot sekarang ni sub db, tap di incoming main switch, size main switch lebih besar berbanding rccb. Diharapkan dapat membantu tuan dapat idea utk video akan datang. Ini cadangan sahaja😁
@@zaimi5240 noted. Terima kasih.
Terbaik.. kalo ada kelapangan boleh sambung video untuk pemasangan sub-db 3 fasa
3 fasa kurang lebih sama. Kelebihannya, boleh tarik satu fasa dari Main DB untuk buat Sub DB. Tak semestinya tarik semua. Yang penting, pembahagian beban seimbang.
Terbaik tq tuan..
Terima kasih
Selamat sejahtera tuan..mau Tanya, klu main DB pnya two poll 63 Dan rccb 63 so sub DB pakai two poll pakai 40A ke? Terima kasih atas jawapannya nnti tuan 👍👍👍
Boleh…Sub DB boleh guna Main switch dan RCCB sama value dengan main DB atau lebih rendah. Jangan Sub DB lebih besar dari Main DB.
Maaf tuan dari DB utama terus ke DB kedua sub DB cara sambungan tidak berapa jelas boleh tak buat video khas untuk sabungan sub DB wayar sahaja...😄😄
Salam cikgu…erthing untuk sub db boley tak dr basbar sub db tu trus ke ground..
Boleh…kalau tumpang earth main db pun boleh.
assalamua'laikum nak tanya bang.. Knp sye pasang swicht dekat rumah sye.. Swicht lampu kipas ada 7.cable dr db hnya ada dua cable live .. Knp sampai dekt kotak swich api ada tiga .. Lepas tu bila on swict kipas lampu jd mati bgtu sebaliknya
Selamat petang. Saya tidak begitu faham pernyataan /masalah yang tuan sampaikan. Suis tu tuan yang pasang? [ switch lampu kipas ada 7. Apa maksud ini? ]. Kabel dari DB hanya ada dua, tetapi di kotak suis ada 3 live? [ Adakah Live yang satu lagi datang dari MCB litar yang berasingan?] Bila ON kipas, lampu padam? ….ini seperti bekalan LIVE ke suis lampu dikawal oleh suis kipas…. Ada masalah penyambungan ni saya rasa.
Tuan.. bagaimana cara pemasangan energy meter yg paling selamat pada db? Supaya kita boleh tahu jumlah arus, voltan, hz dan kwJ. Kerana sekarang ni sudah menjadi trending pemasangan energy meter pada db.
Saya belum pernah buat. Rasanya tak sukar...extra works hanya parts nak pasang CT Meter pada kabel supply masuk ke DB untuk detect arus.
salam sejahtera sifu. Nak request, boleh tunjuk cara terbaik bila kita wujudkan dua subDB..tQ sifu...👍
Buat kaedah yang sama seperti satu sub DB dalam video ni juga. Ada dua double pole mcb (main switch) dalam Main DB untuk kawal bekalan ke sub DB. Jadi Main DB jadi 'gemuk' la....
@@petrusgoel tq sifu...sudi beri pencerahan....
@@sarjanazman6559 sama sama... Belum level sifu... Hehe. Harap membantu
Selamat mlm boss, boleh tak penyambungan dari DB ke SUB DB mengunakan kabel 10 mm untuk Life dn Neutral dn untuk kabel bumi menggunakan kabel 2.5 mm.
Untuk L dan N memang 10mm. Untuk E, kalau ikut standard memang 10mm juga. Tapi sekiranya tuan tiada kabel 10mm untuk E, cadangan saya lah.... tarik dua kabel E bersaiz 4mm...hujung dia ikat bersama. 2.5mm terlalu kecil. Terima kasih. Ini bukan standard ya... 'Trick' saja. 😃
Hai encik..saya mok tnyk sy prnh buat sub db..tp dia trip masa letak beban..saya guna isolator dan rccb as sub db..
Trip di sub db? Tuan boleh ambil video dan mesej saya melalui FB Messenger... Nama sama saja...
Saya ada cadangan untuk tuan buat video berkaitan dengan lightning arrester dan surge protection device.. apa perbezaan antara kedua ini. Terbaik
SPD rasanya boleh dibuat demo dalam lab... Nanti ada masa saya uji
tuan, sy baru pasang sub db. kenapa bila tekan test trip kt rccb baru, dia xda respon?
RCCB Baru? Cuba check…ada supply masuk? Berapa volt?
Tuan jarak antara min db dan sub db berjarak 15 meter cable apa yang sesuai
Main cable mantain 10mm. Susut voltan tetap ada tapi sedikit lah. Itu perkara biasa iaitu dalam 4.4mV per meter x 15 = kurang lebih 66mV. Harap membantu ya
@@petrusgoel jika di sub db saya tarik cable lgi 30 meter kedepan pakai pam kolam renang ada masalah tak tuan
Rumah saya rumah kampung 2 tingkat min db ada diatas. Maaf banyak tanya 🙏🙏🙏
@@NasirIsmail-vw2jw jauh juga tu…pam berapa besar kuasa dia? saya cadang guna saiz 6 atau 4mm
@@petrusgoel pam 2hp. Terima kasih tuan
tuan.untuk pemasangan sub db bolehkah buat turutan begini
output 2pole main mcb > 2pole mcb terletak di main Db > 2 pole mcb terletak di sub Db > rccb sub Db
maksudnya incoming sub Db diambil sebelum rccb main Db
Maksud tuan, bekalan ke Sub DB diambil sebelum RCCB di Main DB? Boleh. Yang penting, kita boleh ‘KAWAL’ / ada double pole MCB kat main DB yang boleh memutuskan bekalan ke Sub DB.
👍👍👍
Terbak tuan.. Nak tanya jika pasang main switch dkt sub db adakah berfungsi seperti main switch dkt main db?
sama...jangan value main sw lebih besar dari yang kat main. sama nilai boleh...jangan lebih besar.
Salam sejahtera tuan.. Nakbtanya.. Berapa size elcb dan rccb utk sub db?dan berapa kadar Am?
Standard 100mA utk RCCB bagi kedua duanya. Semua RCCB dah sekarang…tiada lagi ELCB ya.
@@petrusgoel terima kasih tuan atas infonya
Saya ada beli rumah baru, tetapi di sub db nya tiada rccb, hanya ada main suis dan mcb sahaja. Soalan saya.bahaya atau tak dan Apa perlu saya buat.harap diberi pencerahan🙏
Bahaya atau tidak…ia bergantung pada pemasangan yang dibuat pada main DB. Kena semak kat sana. Sekiranya bekalan ke sub db diambil selepas keluaran RCCB di main DB…maka ia tidak bahaya kerana RCCB di main DB menjadi pelindung. Sekiranya bekalan ke sub DB tidak diambil selepas RCCB di main DB …itu bahaya. Jadi, tuan kena semak. Kalau tak dapat semak dalam DB, cuba pintaskan N dan E pada sub DB…tengok adakah RCCB di Main DB trip atau tidak.
@@petrusgoelsaya nk buat sub db ke 2 , saya nk tarik dari sub db pertama yang tiada rccb tadi. Boleh kan kalau saya nak tarik dari main suis sub db pertama , untuk buat sub db ke dua.dan sub db ke dua tu saya nk letak rccb .boleh kan?
@@Manusiadibumiallah paling bagus sub DB ditarik dari MAIN DB
@@petrusgoel ye.terfikir jugak tapi jarak antara main db ke sub db ke 2 tu sangat jauh...sub db pertama yang paling dekat dengan sub db ke dua.. apa pendapat tuan dengan idea saya pertama tadi. Adakah boleh atau saya perlu tambah apa² di sub db pertama tu
@@Manusiadibumiallah boleh buat tapi kena pastikan beban tak berat sangat pada yang kedua tu. Kabel 10mm supply
Tuan saya nak tanya boleh tak main db guna rccb 40a 100 ma sub db guna rccb 40a 30ma
RCCB 30mA untuk kawal bekalan ke litar kuasa. Kalau dipasang untuk kawal keseluruhan sub DB, dia akan jadi lebih sensitif saja. Tiada masalah guna.....
Terima kasih 👍👍
Tuan..mohon bertanya..brp kah jumlah sub db yg dibenarkan..sekira nya melebihi dari satu sub db dimana kah sambungan cable utama sub db ketiga samada dari sub db kedua atau dari main db..
Sekiranya memasang rccb di setiap sub db..sy sambung sub db dari output main suis di main db.
Adakah nilai rccb sub db ketiga boleh sama nilai dgn sub db kedua.
Semua sub db mesti berpunca dari Main DB. Sekiranya guna satu fasa, seboleh bolehnya tak lebih dari 1 sub db lah. (Tiada peraturan yang khusus untuk berapa sub db). Kita hanya cuba untuk tidak mencabangkan terlalu banyak DB kerana jumlah arus untuk satu fasa adalah di bawah 63A. Rumah biasa, lazimnya 1 main DB sahaja. Sub DB pula dibuat selepas berlaku pengubahsuaian rumah atau pengasingan kawalan yang dibuat kemudian kerana penambahan jumlah beban pada satu ruang.
@@petrusgoel ya..sub db berpunca dari main db..maksud sy bolehkah sekira nya sy parallel kan input sub db kedua dengan input sub db ketiga..sekira nya boleh adakah mempengaruhi saiz cable utama sub db kedua.
@@zulkiplikhalid8364 ya.. 'mesti looping'... saiz kabel masih 10mm. Tapi saya tidak galakkan buat lebih dari 1 sub db.
@@petrusgoel baik tuan.t.ksih
Apa beza isolator dengan main suis/mcb 2pole?
Isolator tiada mechanisma trip bila overload. MCB ada
@@petrusgoel isolator seolah2 macam suis sajakan? Untuk on off sahaja. Bukan perlindungan utk short dan overload. Kalau arus yg mengalir melebihi kapasiti isolator, dia akan cair atau rosak dalaman. Betul ke? 😁
@@zaimi5240 ya. Dia 'isolate' bekalan masuk ddan keluar saja. Tiada overload protection
@@petrusgoel 👍terbaik 😁. Nanti sy tulis list request 😬
Kalau sub db langsung ambik di incoming boleh ka
Ia bukan SUB sudah kalau ambil dari incoming. Ia menjadi DB kedua dalam rumah. SUB DB adalah anak kepada Main DB... datang dari Main DB. Kalau dibuat berasingan dari Main DB.... itu bukan SUB DB. Boleh dibuat... tapi ia bukan dipanggil SUB DB.
Slmt pagi Tuan. Apa kesan kalau kita buat dua DB pada satu meter?. Tq
@@hajikudusjamie9615 Tidak ada implikasi apa apa pada beban. Hanya ia salah dari sudut turutan kawalan bekalan tenaga ke rumah. Ia boleh jadi merbahaya sekiranya kita sebagai juruteknik yang datang buat maintenance. Contoh, kalau ada 2 DB dan saya tidak tahu. Saya mungkin anggap DB pertama yang saya jumpa itu adalah Main DB. Saya OFF bekalan dan buat maintenance....kemungkinan saya kena renjatan boleh berlaku sekiranya soket yang saya buka itu mendapat bekalan dari DB kedua... yang saya mungkin anggap sebagai SUB DB. Dalam turutan kawalan, bila Main DB OFF.... patut SUB DB pun turut OFF sekali sebab sepatutnya SUB dapat bekalan dari Main DB.
90ma ni saya rasa terlebih tinggi.. biasa semua RCCB yang baru yang rated untuk 100ma, ia akan trip pada 60ma..
Jarang saya jumpa 60mA bagi yang baru. Kebiasaan 80mA ++. Hager RCCB pun begitu. Yang 60mA, selalu ya unit yang lama digunakan.
Kalau ikut wiring tuan ini lepas itu saya pasang rccb 40a 30 ma untuk litar sso di sub db boleh kah..
Boleh... 40A 30mA memang untuk litar SSO @ kuasa.