Sejarah Pekan Temoh, Perak (Part 2 - Final)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Ikuti sambungan pengembaraan saya menjejak sejarah Pekan Temoh di Perak. Pekan Temoh ini terletak di dalam Daerah Batang Padang dan juga salah satu daripada berbelas pekan yang dibuka di Lembah Kinta pada kurun ke 19 yang ketika itu bergantung sepenuhnya kepada hasil industri perlombongan bijih timah. Melalui pembukaan lombong-lombong bijih timah yang begitu banyak, ianya telah menarik penghijrahan orang-orang Cina majoritinya terdiri daripada etnik Kantonis dari Guangdong, China dalam jumlah yang ramai ke Lembah Kinta. Pada awal kurun ke 20, pemerintah British mula menggalakkan pelabur-pelabur dari Eropah untuk membuka ladang-ladang getah di Perak dan usaha ini sekali lagi telah memangkin perkembangan ekonomi kawasan Temoh kepada dua perusahaan utama iaitu hasil bijih timah dan juga getah.
    Walaupun tidak terdapat banyak sumber rujukan bertulis mengenai sejarah Pekan Temoh, namun hasil kajian saya terhadap susur galur sejarah pembukaan Pekan Temoh saya cuba garap sebaik mungkin untuk perceritaan semula berdasarkan kepada pembacaan artikel dan pelbagai buku yang turut menyentuh sedikit sebanyak mengenai Pekan Temoh. Pengalaman peribadi saya sendiri melalui pekan ini pada suatu petang beberapa tahun lalu seakan telah membawa saya ke akhir kurun ke 19 melihat penghidupan masyarakat di Temoh.
    Pada part 2 ini, saya akan menceritakan mengenai kepentingan pengangkutan rel keretapi dalam pembangunan Pekan Temoh dan permintaan tinggi kepada sumber bijih timah dan getah diperingkat global pada awal kurun ke 20 sekaligus membantu menyemarakkan lagi ekonomi dan pembangunan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang). Saya juga akan membawa anda melewati pekan satelit Temoh Station yang terletak pada jarak 3 - 4 kilometer dari Pekan Temoh proper serta berkongsikan beberapa peristiwa menarik yang terjadi di Temoh berdasarkan kepada sebuah buku yang ditulis oleh Prof Gary Lit Ying Loong bertajuk "If the Sky were to fall" yang dicetak oleh Gerakbudaya Enterprise.
    Buku ini boleh diperolehi dipautan berikut:
    www.gerakbuday...
    Lokasi video part 2 dan terakhir ini adalah di sekitar Pekan Temoh Station dan Pekan Temoh proper termasuk bangunan-bangunan bersejarah seperti bekas Balai Polis lama Temoh, pejabat Pos Temoh, bekas tapak Keretapi Temoh Station dan Sekolah Kebangsaan Temoh di mana kesemua bangunan ini telah dibina pada awal kurun ke 20.
    Rujukan kedua:
    Komik "Mat Som" karya Dato' Lat, Berita Publishing Sdn. Bhd. (1989).
    Music credits:
    1. Sunshine by Kevin MacLeod (incompetech.com);
    2. Nocturne in E Major by Chopin (classical rendition);
    3. Muzik Asli Ghazal (instrumental);
    4. Cinematic Piano by MokkaMusic:
    Track: Cinematic Piano [Cinematic Music] by MokkaMusic / Soul • (No Copyright Music) C...
    Music provided by "MokkaMusic" channel and inaudio.org; and
    5. 80'S Synthwave by MokkaMusic ("Synthetic Pleasures") at • 80's Synthwave by MOKK...
    6. Cello in Suite 1 in G Prelude (classical) by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    7. Sad Emotional Dramatic Ambient Music - Circle of Life by Composer: Whitesand (Martynas Lau) [2017];
    8. Gymnopedie No. 1 by Erik Satie (classical rendition);
    9. Heartbreaking by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    10. Lagu Menanti Saat Bahagia nyanyian Momo Latiff (lagu Melayu klasik 1950an);
    11. Lagu Aikoku Koushin (lagu patriotik Jepun era Perang Dunia Kedua); dan
    12. Lagu Tanah Melayu nyanyian Kamsani.

Комментарии • 52