RETROSPEKTIF : BILA HATI TELAH RETAK (1983)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 май 2021
  • #LensaFINAS
    #RetrospektifSinema
    Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021, FINAS mempersembahkan tayangan eksklusif filem cereka 'Bila Hati Telah Retak' (1983) terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang telah dinaiktaraf kualitinya ke versi 2K melalui teknologi restorasi dan preservasi digital. Diarahkan Allahyarham Rahman B, filem yang dibintangi barisan pelakon handalan negara, Rubiah Suparman, Allahyarham Ismail Din, Allahyarham Abu Bakar Omar dan Allayarhamah Rokiah Shafie ini mengangkat perjuangan dan pengorbanan wanita yang bertugas sebagai bidan kerajaan di luar bandar yang berhadapan dengan pelbagai konflik melibatkan keluarga dan masyarakat.
    Tonton filem hebat yang telah merangkul tiga anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM) ke 4 (1983) iaitu Pelakon Wanita Terbaik (Rubiah Suparman), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Rokiah Shafie) dan Muzik Tema Berkesan (Rahman B dan Ibrahim Bachik) pada 13 Mei 2021/Hari Raya Pertama jam 10.00 malam di saluran RUclips FINAS Malaysia. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di / finasmalaysiamy
    Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘BILA HATI TELAH RETAK' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment
    ● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.
    ● Tayangan Filem 'BILA HATI TELAH RETAK' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**
    ● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Комментарии • 738

  • @terataibiru4997
    @terataibiru4997 3 года назад +188

    Sedih nye dgr lagu tema nyanyian Puan Sri Saloma....bila tgk filem2 era 70-80an, ada semacam rasa bercampur baur antara sedih, pilu, rindu, tenang aman damai bila tengok suasana dulu2 di Malaysia....

    • @khairulhelmihashim2510
      @khairulhelmihashim2510 3 года назад +5

      lagu gubahan Ibrahim Bachik memang mengikut langgam melayu . Contoh macam lagu nyanyian Rashidah Baharuddin.

    • @zalijali8531
      @zalijali8531 3 года назад +3

      Kan. Bila hati telah retak...

    • @cintahaticintahati2451
      @cintahaticintahati2451 3 года назад +5

      MCM nk ke suasana dan waktu tu blik

    • @anakkedahstudio3012
      @anakkedahstudio3012 2 года назад +7

      betul tuan..dulu² seronok orang baik²

    • @ezamgps1
      @ezamgps1 2 года назад +8

      Betul tu walaupun hidup sederhana tapi bahagia adik beradik tanpa gajet telefon dan pelbagai lagi yg menyebabkan suasana menjadi lebih tertumpun kepada diri masing2

  • @mrakhlaqen261
    @mrakhlaqen261 10 месяцев назад +22

    Sejak dua menjak ni, jadi suka layan lagu2 70-80an... pastu terfikir nak layan movie2 lama pulak... suasana yg nampak indah dan tenang... walaupun saya ni generasi 90an ... filem melayu lama memang terbaik ...

  • @malinaalin923
    @malinaalin923 3 года назад +81

    "Kalau kain koyak, boleh dijahit,
    Kalau mahligai runtuh, boleh dibina semula,
    Tapi kalau hati telah retak,
    Sukar untuk dipulihkan semula"😪

    • @zalijali8531
      @zalijali8531 3 года назад +11

      Bila hati telah retak
      Hidup berteman si air mata...

    • @mahnunmohammad8364
      @mahnunmohammad8364 2 года назад +8

      bila hati telah retak...mmg pyah nk ubat...

    • @mahnunmohammad8364
      @mahnunmohammad8364 2 года назад +5

      bila hati telah retak...mmg pyah nk ubat...

    • @muslihamusliha965
      @muslihamusliha965 2 года назад +2

      Betol tu klu dh dpt jantan kaki betina pegi mamposlh..dh buang jantan tu xkn dikutip baliklh

    • @anjazkelaz-rc8mn
      @anjazkelaz-rc8mn Год назад

      Bila hati telah retak..kemana toko medis yg menjual obatnya

  • @manchestercity961
    @manchestercity961 3 года назад +33

    Puan Rubiah Suparman muncul 98% dlm filem ini. Tapi lakonan dia mantap. Tidak membosan kan, very flawless. Memang layak dia menang Pelakon Wanita Terbaik dari filem ini.

    • @mawimawie1230
      @mawimawie1230 3 года назад +5

      betol tu man city

    • @norasmahothman9027
      @norasmahothman9027 3 года назад +6

      Kak Ruby memang cantik. Saya pernah bercakap dengan Dia secara berdepan.. Sampai sekarang cantik..

    • @aizatbawa4871
      @aizatbawa4871 9 месяцев назад

      ​@@norasmahothman9027arwah kak ruby mmg cantik bila tengok live,alfatihah bt arwah

  • @mypedia5263
    @mypedia5263 3 года назад +91

    Kali terakhir menonton filem ini tahun 1990an dulu di TV1 RTM. Tahniah FINAS atas hadiah Aidilfitri ini.

    • @idrisyahya5799
      @idrisyahya5799 3 года назад +6

      Lama jugak tu, betul tu

    • @wanakram9394
      @wanakram9394 3 года назад +4

      Wan Nazrul Helmy demo dok UMP lagi ko?

    • @jdd-d4181
      @jdd-d4181 3 года назад +4

      saya juga hendak mengucapkan tahniah buat tuan kerana sering muncul diruangan komen disetiap video finas..hebat dan mantap pak abu buat tuan..👏👏👏

    • @abdullahizan6692
      @abdullahizan6692 2 года назад +3

      Lambang Finas tkut oooo.... 🐯🐯🐯🐯🐯br mntap

  • @kembaimanja8678
    @kembaimanja8678 3 года назад +30

    Allahuakhbar... Sebak gila tgok movie ni.. ingat Zaman paling best dlm hidup aku huhuhu...semua pelakon hebat tiada tandingan... Rubiah Suparman antara pelakon favorite aku kecik2.. sedihlah tgok arwah seniwati Saloma...

  • @zamnahzulaikhazamnahzulaik787
    @zamnahzulaikhazamnahzulaik787 3 года назад +54

    Filem tentang masyarakat dulu2 saling bekerjasama... Membangunkan sebuah desa... Rindu suasana desa dulu2....terubat rindu balik kampung.... 😭😭😭❤️❤️

  • @mohdabmalekmdshah1911
    @mohdabmalekmdshah1911 3 года назад +48

    Bahasa orang zaman dahulu sungguh teratur dan tertib

    • @aiesyahsyahirah4717
      @aiesyahsyahirah4717 Год назад +1

      Zaman tu mmg strict penggunaan bahasa pasar dicorong2 radio atau filem sangat dihadkan..tak silap haritu masa sy follow ceramah uzt shamsul debat di YT baru2 ni dia ada sebut dj2 radio tak boleh sembarangan dlm berbahasa Melayu..

  • @klmasku8478
    @klmasku8478 3 года назад +84

    Banyak pelakon yg suda tiada dlm filem ini. Saloma, Rokiah Shafie, Rusiah Chik, A samad Arshad, M Shahdan, Ismail Din, Megat Hashim dan Hasnah Ibrahim…terbaru Shamsudin Baslah dan Abu Bakar Omar. Semoga Roh mereka dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg Beriman Amin. Dan Doa diberi kesihatan dan kesejahteraan buat beberapa orang pelakon filem ini yang masih ada pada hari ini seperti Rubiah Suparman dan Sutradara Filem Ini Rahman B.

    • @megathalim131
      @megathalim131 3 года назад +6

      D mana kak Rubiah sekarang..?

    • @redmi269
      @redmi269 3 года назад +2

      P

    • @tokwanhang7617
      @tokwanhang7617 3 года назад +5

      @@megathalim131 tak salah beliau ada dikl dia ada buka restoran.tak pasti area mana dlm KL dan nama restoran

    • @chai8774
      @chai8774 2 года назад +2

      @@tokwanhang7617 restoran puteri di ttdi kl kat bricfields dh tutup

    • @khodijahmatsaman1139
      @khodijahmatsaman1139 2 года назад +2

      @@redmi269 by by

  • @mohdaswad110
    @mohdaswad110 3 года назад +74

    Harap dikeluarkan lg cerita2 yg seperti ini.. Kerana inilah gambaran sbnrnya Malaysia.. Inilah suasana Malaysia yg diidam2kan org2 skrng.. Sedih sayu bila tgk zaman dulu dan sekarang..

    • @kauaku4424
      @kauaku4424 Год назад +2

      Harap sangat kampung baru kat KL tu di buat mcm nie... Rumah kayu mcm nie... Ade sungai buatan... Ade sawah sikit.... Jadi tarikan pelancongan di tengah Kotaraya Kuala Lumpur

    • @noormohd8433
      @noormohd8433 9 месяцев назад

      hbs cerita melayu dlm RUclips...kne byr kt netflix

  • @kekandagapura7491
    @kekandagapura7491 3 года назад +13

    tahun 1986 saya darjah 1 umur 7 tahun..kekal dalam memori pahit manis suasana era 80an dan 90an dari segala segi dan cara kehidupan pada era itu..tua dah diri ini..kejap je masa berlalu huhu

  • @makdananak45
    @makdananak45 2 года назад +12

    Dialog² cerita zaman dulu begitu mendalam..tidak cerah di bibir tapi ada selok untuk dipikir..love 🤍

  • @mohdfaizamdan
    @mohdfaizamdan 3 года назад +37

    Semua filem simpanan bawah FINAS, betol² dh remastered habis dgn kualiti gambar yg betol² kita berasa pada zaman tu. Walau aku lahir 1985, tp aku rasa berpeluang utk merasa semua tu dgn filem² HD ni. Harap FINAS perbanyakkan lagi filem sebegini.. sememangnya jururawat 1983 dlm filem ni.. sungguh ayu.. dia terlalu baik buatku ..cewwahh... Sggup berkorban kasih pd suami 'gila' juga berkorban tenaga demi org kampung .. terbaik FINAS

  • @SitiKhadijah-jh9ei
    @SitiKhadijah-jh9ei 3 года назад +28

    hebat cerita lama..mana nk cari cerita mcm ni zamn 2020 ni..

  • @mohamadfaizibrahim5134
    @mohamadfaizibrahim5134 3 года назад +29

    Bahasa dlm skrip filem nie amat tinggi nilai estetikanya, bermadah dan berkias penuh makna, payah nk cari penulis penulis skrip drama dan filem mcm nie skrg nie

    • @reikal3549
      @reikal3549 4 месяца назад

      Suka sbb pompuan tu tegas...

  • @pkmobile5732
    @pkmobile5732 3 года назад +27

    Sudah lama saya tidak menonton filem Melayu yang hebat ini...

  • @zaidridzuan
    @zaidridzuan 3 года назад +65

    Mengembalikan nostalgia 1983 semasa berkhidmat di Besut.... Alangkah baiknya kalau banyak lagi drama keluaran Filem Negara seperti Dayang Suhana dan lain lain dapat direstore ke video dan audio yang berkualiti seperti drama ini

    • @mahsuri1284my
      @mahsuri1284my 3 года назад +5

      Saya pun nak sangat tonton balik "Dayang Suhana".

    • @pizaiendah8705
      @pizaiendah8705 2 года назад +3

      Ambo ore Besut...

    • @gtbest2978
      @gtbest2978 2 года назад +1

      Saya suka filem islamik pertentangan.

    • @mg10gold94
      @mg10gold94 Год назад +1

      @@pizaiendah8705 filem ni shooting di Besut ke

  • @azmiekasim1112
    @azmiekasim1112 3 года назад +31

    Perlu lebihkan upload filem filem era 80 dan 90. Utk tontonan generasi skg dan utk nostalgia generasi lama.

  • @deegamemaster7296
    @deegamemaster7296 Год назад +9

    Hargailah insan yg bernama isteri kerana hati mereka umpama cermin...sekiranya pecah tiada berganti...sekali terluka sukar diubati....isteri solehah adalah yg setia dan tinggi maruah dirinya...

  • @wafiyzainal
    @wafiyzainal 3 года назад +55

    Dialog2 Bahasa Melayunya teratur. Sedap di dengar dialog film 👍👍🎬🎥

  • @HellLion778
    @HellLion778 10 месяцев назад +10

    Clear betul gamba ni. Terima kasih Finas..Terasa kembali zaman 80an. zaman tiada internet

  • @hayaron3852
    @hayaron3852 3 года назад +22

    MashaAllah baik sgt lakonan Rubiah Suparman . Suara dan lontaran kata2 nya sedap d dengar 💖💖💖

  • @nazrimohamad7915
    @nazrimohamad7915 3 года назад +51

    Melalui filem ini Rubiah Suparman menang trofi pelakon wanita terbaik dan Rokiah Shafie menang pelakon pembantu wanita terbaik di FFM ke 4 , 1983

    • @gomosh6967
      @gomosh6967 Год назад +2

      Di 35:26, awak tahu tak siapa penyanyi wanita dan lelaki yg mendendangkan lagu joget itu? Apakah tajuk lagu itu? Terima kasih.

  • @naimthelee2285
    @naimthelee2285 3 года назад +20

    Al Fatihah buat semua pelakon dalam filem terutama arwah seniman Abu Bakar Omar yang kembali ke rahmatulah di Kuala Nerang dan Shamsudin Baslah ..lakonan mereka akan diingati oleh peminat sampai bila2

    • @nooramizazaini9114
      @nooramizazaini9114 9 месяцев назад

      Jgn lupa arwah ismail din yg meninggal di mekah

  • @billycorgan82
    @billycorgan82 3 года назад +8

    Teringat time tengok cerita ni masa kecik kecik dulu, arwah mak saya tak kasi tukar channel lain semata mata nak dengar ending ayat last rubiah suparman .. “bila hati telah retak “

  • @ativaroyalty
    @ativaroyalty 3 года назад +18

    Ms ni arwah saloma dah nampak Sgt sakit nya.. Innalillahwainnailaihirojiun lejenda dunia musik nusantara.. Semoga Allah swt rahmati mu Dan diampukan segala dosa2 mu ketik a didunia.. ❤️❤️❤️

  • @irwanidahwani45
    @irwanidahwani45 3 года назад +11

    Cerita ni mmg best.cite zaman sekarang tk tgk pun tk menyesal.Penceritaan filem dulu2 sgt dekat dgn kehidupan pada masa tu.Alfatihah buat barisan pelakon filem ni yang telah kembali ke rahmatullah antaranya Ismail Din,Hasnah ibrahim,Rokiah Shafie,Abdul Samad Arshad.Terbaik filem ni

  • @kamalazman7902
    @kamalazman7902 3 года назад +27

    Minta jasa baik Finas menayangkan semula filem TV "Sesat" lakonan Sharifah Aini & Rahim Razali dan "Anak Seluang Jauh Melaut" lakonan Latif Ibrahim & Roseyatimah :)

    • @helmimokhtar1496
      @helmimokhtar1496 2 года назад +2

      Anak Seluang Jauh Melaut (1975) dah di upload pun

    • @elinhalinah7768
      @elinhalinah7768 2 года назад

      Setuju sangat, anak sulong jau malaut dan filem sssat pling d minati ramai.

    • @kamilmft
      @kamilmft 2 года назад +1

      Drama Panggung RTM Anak Seluang Jauh Melaut sudah dlm RUclips, finas

  • @harlequinharlikwin
    @harlequinharlikwin 3 года назад +14

    Seronok menonton filem- filem nostalgia lama Malaysia. Paparan yang lebih realistik mengenai kehidupan harian sebenar rakyat.

  • @zainuddinmohamad4322
    @zainuddinmohamad4322 3 года назад +19

    Ramai pelakon dalam filem ini telah kembali ke rahmatullah...semoga roh mereka dicucuri rahmat.Aamiin..

    • @epicman3702
      @epicman3702 3 года назад +4

      Yang terbaharu...Abu Bakar Omar

    • @shahrulamar5358
      @shahrulamar5358 2 года назад

      @@epicman3702 Rokiah Shafie dan Shamsudin Baslah pun dah tiada. Yang jadi Pak Lang tu arwah Pak Samad, suami kepada arwah Zaiton Hussein (berlakon drama OPAH).

  • @EmaRose-lo7rz
    @EmaRose-lo7rz 10 месяцев назад +6

    Saya betul2 respek lah dgn pengarah2 dulu, betul2 berkesan dihati dan sakit hati dgn perangai2 org2 yg mementingkan diri sendiri.. dan dapat pelakon2 hebat mcm kakak Rubiah Suparman dan Abu bakar Omar..

  • @zaczain5654
    @zaczain5654 3 года назад +7

    Nostalgia sungguh. Ingat lagi masa aku kecik2 sebelum masuk tadika kot, ayah aku belanja tgk wayang cerita ni. Terima kasih kerana menggamit kenangan masa mak ayah masih muda2 dulu.

    • @sukakawenkawen
      @sukakawenkawen 3 года назад

      Ya darjah satu 1984 kan ?

    • @zaczain5654
      @zaczain5654 3 года назад

      @@sukakawenkawen haaa...dekat2 sgt la tu

    • @noorsabariahbaharin8710
      @noorsabariahbaharin8710 3 года назад +3

      Nostalgia cerita ini begitu juga rumah tersebut sbb rumah tersebut adalah rumah lama arwah mak cik belah arwah ayah saya. Alhamdulillah saya dapat melihat dan tidur di rumah tersebut. Sekarang yg tinggal hanyalah kenangan sahaja sbb rumah tu dh dirobohkn.

    • @sukakawenkawen
      @sukakawenkawen 3 года назад

      @@noorsabariahbaharin8710 lokasi dia kat mana

  • @wanzul8473
    @wanzul8473 3 года назад +15

    Rubiah suparman sudah bersara bidang seni lakonan. Tidak lagi aktif. Sekarang rubiah suparman berada di rumahnya sedang berehat dan saya berharap semoga rubiah suparman sihat walafiat selalu kehendaknya. Insyaallah. Amin ya alamin.

  • @amirulazman
    @amirulazman 3 года назад +6

    Terima kasih. Rindu zaman kecil2 bila tengok suasana desa tahun 80an

  • @hanifismail805
    @hanifismail805 3 года назад +15

    Puan Sri saloma sebagai penyanyi undangan Di dalam Filem Ini sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun itu juga (1983). Al fatihah.😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢.

    • @sempoi7399
      @sempoi7399 3 года назад

      Pn sri saloma meninggal dunia 10 tahun setelah meninggalnya tan sri p.ramlee (1973).

    • @norapizahmohamad9901
      @norapizahmohamad9901 3 года назад +2

      1983 pn sri saloma kembali kd rahmatullah..Alfatihah utk yg tlh mndahului kita..

    • @matahari5066
      @matahari5066 3 года назад

      Tahun ini jgk adik perempuan sy lahir iaitu bertepatan dgn hari allahyarhamah Saloma meninggal xpi 24 tahun kemudian adik sy pula meninggal kerana sakit buah pinggang😔

    • @norapizahmohamad9901
      @norapizahmohamad9901 3 года назад

      @@matahari5066 Al Fatihah..Salam takziah utk tn kluarga.

    • @maimunahramli6305
      @maimunahramli6305 3 года назад

      @@matahari5066 Al Fatihah dibaca utk arwah 😌

  • @nizumizu50
    @nizumizu50 3 года назад +11

    1983 tahun kelahiran saya. Tq finas menyiarkan filem yg berkualiti, lakonan yg terbaik & suasana kampung yg mendamaikan. Al fatihah buat mereka yg telah tiada.

    • @edisuhaidi2057
      @edisuhaidi2057 3 года назад +2

      Sebaya la kita...dah 38...tua dah 😁😁

    • @nizumizu50
      @nizumizu50 3 года назад +2

      Takda sapa dlm dunia ni yg kekal muda selamanya..

    • @creedveins1
      @creedveins1 3 года назад +1

      @@nizumizu50 saya darjah 5 tahun 1983 ni, umur 11 tahun 😊✌️

    • @saifulzahari1733
      @saifulzahari1733 2 года назад +1

      @@edisuhaidi2057 Tahun 2023 sudah menjengah 40 an

  • @nasrulhadi8439
    @nasrulhadi8439 3 года назад +9

    Lawa suasana kampung, alur parit bersih je air, tenang tengok... Terbaik rubiah suparman bersilat...

  • @mohamedalimarican644
    @mohamedalimarican644 9 месяцев назад +4

    saperti kata Rasullullah s.a.w "Buat baik pada org yg pernah buat jahat pada kamu"

  • @Fdaus14
    @Fdaus14 3 года назад +6

    Walaupun tahun itu saya belum lahir, tapi saya tetap minat pada filem dulu2... Al-Fatihah (dibaca) buat barisan pelakon filem ini yang sudah pergi meninggalkan kita...

  • @mrx-mc3do
    @mrx-mc3do 3 года назад +8

    Al-Fatihah pada seniman seniwati yang telah pergi ...ya Allah bestnya filem2 sebegini.masa ni saya umur 9 tahun lg,...dan juga saya pernah menjamu selera di Brickfields, Restoran Puteri kepunyaan pelakon filem ini,Rubiah Suparman ... dah lama tunggu filem terbaik ni.thank you FINAS ♥️

    • @kuawangkumohamad3183
      @kuawangkumohamad3183 3 года назад +1

      Ada lagi restoran nya?

    • @mrx-mc3do
      @mrx-mc3do 3 года назад +1

      @@kuawangkumohamad3183 skrg x pasti ada lg ke x tp dulu pnh la singgah,mungkin ada lg kot itu restoran yg first buka di situ

    • @kuawangkumohamad3183
      @kuawangkumohamad3183 3 года назад +2

      @@mrx-mc3do sebelah mana tu bos sebab selalu juga lalu situ.

    • @mrx-mc3do
      @mrx-mc3do 3 года назад +1

      @@kuawangkumohamad3183 restoran tu btl2 dpn Nu Sentral.tak susah cari tepi jln je.itupun klu restoran tu masih beroperasi

    • @redclandoareborn1383
      @redclandoareborn1383 8 месяцев назад

      @@kuawangkumohamad3183 XDE DH ,..SEBELAH HONG LEONG BANK

  • @fatimahhatok8564
    @fatimahhatok8564 3 года назад +5

    Terkenang zaman budak2 dulu. Suasana kpg yg aman damai. Rindu zaman itu 😥😥

  • @adamahmad1262
    @adamahmad1262 3 года назад +16

    YA ALLAH.Tk byk2 FINAS.Akhirnya.Selamat Hari Raya.

  • @aminrahman8081
    @aminrahman8081 3 года назад +12

    Masa kami ada vcr kami ada rakam filem ni.
    Memang cerita sedih.
    Seronok tengok cara percakapan skrip zaman tu.

  • @adiezakaria
    @adiezakaria 3 года назад +9

    Harap pihak Finas dapat tayangkan semula filem Ranjau Sepanjang Jalan dan Pemburu...

    • @aminudinkehnaige9124
      @aminudinkehnaige9124 3 года назад +2

      Ya filem hebat sayang generis baru x tahu n tak tengok patut ditayang kan

    • @adiezakaria
      @adiezakaria 3 года назад +3

      @@aminudinkehnaige9124 setuju dgn statement u... Byk sebenarnya filem2 kita yang berkualiti sekitar tahun 80-90an... Filem Jasmin... Anak Sarawak... Hati Bukan Kristal... Puteri... & banyak lagi...

  • @ErwinJustin
    @ErwinJustin 3 года назад +14

    Citer nie sangat baik serta klasik mengapa Rtm & TV 3 tx tayang semula di Siaran mereka?

  • @mohamadridzuanhjothmawi2404
    @mohamadridzuanhjothmawi2404 3 года назад +30

    Tahniah FINAS kerana telah membaikpulih filem2 lama yg berkualiti... semoga akan byk lg filem2 lama yg akan diberikan hasil dgn kualiti yg terbaik

  • @alyayus2
    @alyayus2 3 года назад +4

    Msa umur 3thn.. trngat dlu arwah mak Suka layan filem2 retro cmni.. time tu pn rtm sllu jgk tyg filem2 retro.. Harap adalah stesen tv mne2 dpt tyg blk filem2 retro lg. Tq finas

  • @MsBigmama79
    @MsBigmama79 3 года назад +5

    Saya masih ingat filem lama nie... Dan dah lama nak tgk movie cam nie dlm TV.... Tp jgn mimpi lah kan.... Tkasih kerna share admin

  • @budakshinchan
    @budakshinchan 3 года назад +6

    cantiknya pemandangan dalam filem ni.. rumah rumah kampung.. jalan jalan kampung..

  • @Hanizanor85
    @Hanizanor85 3 года назад +4

    Terima kasih FINAS.dpt juga tengok filem ni.83 sy tak lahir lagi tp suka dgn filem² lama..Al Fatihah buat pelakon² yg telah pergi.

  • @kimothemo
    @kimothemo 3 года назад +9

    The beauty of film, boleh cuci sampai 12K. Tahniah FINAS atas restorasi ini.

    • @edisuhaidi2057
      @edisuhaidi2057 3 года назад +2

      Cantik warna filem ni...HD

    • @HangVader
      @HangVader 3 года назад +2

      Betul. Janji ada simpan lagi reel filem.

  • @flagellum79
    @flagellum79 3 года назад +12

    Cantik-cantik sungguh rumah Negeri Sembilan dalam cerita ni.

  • @norhayatishaari111
    @norhayatishaari111 3 года назад +3

    Filem ini mengingatkan saya jadi posmen kakak saya gn abngipar Sya...masa tu umur Sya 10taun... Alhamdulillah mereka bahagia sampai sekarang....Amin....

  • @Kucing-Tanaman-Vlog
    @Kucing-Tanaman-Vlog 3 года назад +7

    Filem lama nie byk maksud tersirat dan tersuratnya..cantik pemandangan di desa zaman dulu

  • @nurrish824
    @nurrish824 3 года назад +6

    Terima kasih finas. Ini filem yang bermutu yang dekat dengan rakyat dgn isu isu semasa pada zaman itu.

  • @Thomas.A0689
    @Thomas.A0689 2 года назад +6

    Terima kasih Finas kerana telah memuat naik filem2 era 70-90 an ini kedalam youtube. Walaupun saya lahir akhir 80an, dpt juga merasa menonton filem2 sebegini walaupun belum lahir lagi. Semoga kedepan nya dimuat naik banyak lagi.

    • @IkutArus78
      @IkutArus78 Год назад

      Zaman terakhir kunyah sireh,,

  • @qarlsazleyahmad733
    @qarlsazleyahmad733 3 года назад +5

    Drama dulu cerita real life takdanya CEO2 ni ..Best tgok moto kereta suasana n cara hidup + perabut rumah teringat zaman 80an 😅👍🏻

  • @Adellea698
    @Adellea698 11 месяцев назад +1

    Filem ni keluar masa aku belum lahir...mmg best cerita ni...betul2 suasana kampung,bermacam ragam orang kampung...aku pernah tngok crita ni masa kecik2 dlu...minat sngt dgn kak rubiah suparman,lemah lembut orangnya...

  • @jujusoundstudio1331
    @jujusoundstudio1331 3 года назад +2

    Umur aku 10 tahun masa ni
    Aku tengok wayang cite ni.. kat balai raya kg aku.. van penerangan dtg main filem ni. Seronok sgt masa tu..1 kg dtg tengok kenangan tgl kenangan.. sayu hati lau teringat masa dulu..

  • @blackcaviar8034
    @blackcaviar8034 3 года назад +2

    Bestnye zaman dulu 1983 saya bru 3tahun..bhingus lgi..skrg 2021 dh 41thun...😔Rubiah Suparman actress hebat.Saya harap filem Penentangan ade la lps ni...lakonan Mokhtaruddin & Rubiah Suparman.

  • @kawithuram
    @kawithuram 3 года назад +15

    Terima kasih FINAS kerana menyiarkan, dan menambah baik kualiti filem

  • @mendanperkase7223
    @mendanperkase7223 9 месяцев назад +3

    respect dengan Rubiah Suparman........dia asal Singapura...lahir dan membesar di sana tapi dalam lakonan dia dapat adopt cara melayu kampung di Malaysia dari segi gaya,pakaian dan bahasa.......jika dilihat macam melayu tempatan dan sudah biasa dengan gaya melayu sini........tak pastilah kalau di singapura era awal 80an still ada area yang melayu hidup cara kampung cam kita pd era yg sama...sal rasanya spore maju lebih cepat dr Malaysia

  • @zainonibrahim5725
    @zainonibrahim5725 3 года назад +4

    Terima kasih film negara menghargai dan memahami deyut nadi kami jururawat masyarakat dan menghasilkan cerita yg baik.. bangga sangat. Tk

  • @samsonjack7344
    @samsonjack7344 3 года назад +4

    Cantik sesesangat bila di buat dlm format HD ni..filem filem lama ni ..ketika saya masih di zaman kanak2..kali terakhir tgk filem ni..tahun 1985 waktu itu jabatan penerangan selalu masuk2 kpg tuk menayangkan filem terbitan filem negara malaysia dengan menggunakan skrin wayang pacak..kat tengah padang sekolah..terbaik la FINAS..kalau boleh teruskan usaha ni untuk filem2 lain pula..banyak sangat filem2 lama negara kita yang tersimpan..terutama filem2 era di awal tahun 80an ..di samping itu dpt mengembalikan nostalgia lama ...

  • @zulkarnainbinawang5315
    @zulkarnainbinawang5315 3 года назад +11

    terima kasih pada admin yg telah memuat naik video ni yg sepenuh nya.lama saya nantikan

  • @abdulsamadbinabdulghani5034
    @abdulsamadbinabdulghani5034 2 года назад +5

    Tahniah dan terima kasih FINAS. Macam tengok filem baru.

  • @khairul3142
    @khairul3142 Год назад +2

    seronok dapat tonton kembali cerita ini setelah 40 tahun..

  • @razmanmohamed7515
    @razmanmohamed7515 3 года назад +10

    Wow...ni baru best tgk cerita mcm ni...retro...tq FINAS...mungkin banyak lg filem2 retro yg ada FINAS simpan....harap blh di restorasikan semula...nanti berkulat pulak filem lain2...

  • @adamahmad1262
    @adamahmad1262 3 года назад +23

    harapnya lps ni FINAS restorasi filem-filem yg lain juga, selain filem yg di bawah produksi FINAS, seperti *Dayang Suhana. Mohon juga kalau blh, FINAS pujuklah YBh Tan Sri Kamarul Arrifin supaya izinkan FINAS untuk ambil filem- filem beliau dan serahkan pada FINAS untuk di restorasi. Kami generasi baru terlalu teruja nak tonton filem beliau seperti *Ranjau Sepanjang Jalan, *Jasmin, dan *Yaasin.

    • @HangVader
      @HangVader 3 года назад +5

      Teringin betul nak tgk Ranjau Sepanjang Jalan. Huhuhu

    • @nsar388
      @nsar388 3 года назад +4

      Yee ranjau sepanjang jalan... teringin sgt nak tgk. Dah lama mencari...

    • @suarimi590
      @suarimi590 3 года назад +5

      Ya betul sekali
      Sayang sekali kalau dibiarkan begitu saja
      Begitu juga film Gelombang lakonan
      Faezah Noor dan Yunus Mansor

    • @norapizahmohamad9901
      @norapizahmohamad9901 3 года назад +2

      Btl tu..film ranjau spnjg jln byk mmnangi award tp xpnh ditygkn di tv...

    • @Reformist101
      @Reformist101 3 года назад +2

      Semua best. Yaasin lakonan aktor hebat eman manan.

  • @norainin9504
    @norainin9504 3 года назад +6

    Dah lama cari dlm you tube..baru hari ni ada

  • @vajsupir
    @vajsupir 2 года назад +4

    Terima kasih krn tayang filem ini untuk kami.....nostalgia sunggoh teringat arwah mak ayah....zaman tv payah nak dpt....lagu Saloma mmg menjentik jiwa ❤️❤️❤️

  • @suarimi590
    @suarimi590 3 года назад +8

    Salam jumaat sempena menyambut hari raya aidifitri
    Al fatihah buat semua arwah yang pergi buat selamanya Aamin ya rabbbal alamin dipermudahkan segala nya terbaik

  • @zahrarizqika2748
    @zahrarizqika2748 3 года назад +4

    Ini pertama kali saya tengok cerita ni. Sebelum ni tak perasan pula kalau ada masuk tv .

  • @suarimi590
    @suarimi590 3 года назад +6

    Selamat menyambut hari raya aidifitri untuk semua umat Islam Semoga diberi kesihatan yang bagus dan rezeki yang melimpah aamin ya rabbbal alamin dipermudahkan segala nya
    Terima kasih Finas

  • @mohdsabriabrahman7295
    @mohdsabriabrahman7295 3 года назад +6

    Teringat hari raya era awal 80an dlu memori membelah kalbu.. Jalinan kemesraan lebih bernilai dari Wang ringgit.

  • @user-ec7nq8bf9q
    @user-ec7nq8bf9q 5 месяцев назад

    Indah filem lama,menggamit kenangan.Even,aku kelahiran 2000 an,ak ttap minat filem ii lama sbb rasa tenang je.Dengan budi bahasa yang tinggi.Lenggok bahasa yang sopan dan banyak pengajaran yg kita bole ambl.aku hrp channel ni bnyakkan lg upload filem ii lama.

  • @wanzul8473
    @wanzul8473 3 года назад +6

    Saloma telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1983 akibat sakit demam kuning dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan melayu islam jalan ampang kuala lumpur sebelah kubur p ramlee telah lama pergi ke rahmatullah pada tahun 1973. Al fatihah. Semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan bersama orang orang yang beriman soleh. Insyaallah. Amin ya alamin

  • @arzhanhashim5753
    @arzhanhashim5753 3 года назад +13

    Terbaik Finas atas tayangan dgn kualiti yg superb

  • @effendizahari1084
    @effendizahari1084 10 месяцев назад +1

    Peluang hanya datang sekali dan tak akan datang dua kali . Jadi hargailah peluang yang datang sekali itu .Terbaik....👍🏻👍🏻👍🏻 setuju sangat prinsip rohana (misi) tersebut (susu yang diberi, peria pahit yang dibalas) Hidup harus diteruskan walau apa pun cabaran mendatang. Jadikan ini pengajaran yang bermakna kedua belah pihak . Patah tumbuh hilang berganti.

  • @hasmizahabdul2867
    @hasmizahabdul2867 3 года назад +8

    Cantik kuarters klinik desa.....

  • @geeyahyamail
    @geeyahyamail 3 года назад +9

    Mohon Team Retrospektif muat naik filem Tsu Feh Sofiah pulak lepas ni. Arahan daripada Datuk Rahim Razali.

  • @idaismail4860
    @idaismail4860 Год назад +4

    Rubiah Suparman, semua lakonannya amat terkesan

  • @umbokumbokchannel8964
    @umbokumbokchannel8964 3 года назад +4

    lama nak tgok filem ni..tahniah Finas,terbaik...berulang2 tgok xjemu2

  • @agiszhu1742
    @agiszhu1742 Год назад +1

    Huu sedihnye tengok filem lampau, aku lahir di Malaysia, usia 8 tahun Abah dan Umi pulang ke Indonesia, sedih sangat inget masa kecilku, kampung halamanku di Malaysia

  • @suhailahroslan
    @suhailahroslan 3 года назад +6

    baru tgh search kat youtube cite nie, dan2 finas live

  • @hajiisraf5055
    @hajiisraf5055 11 месяцев назад +2

    Dalam hidup ini manusia mana tidak biasa rebah....tapi sekali kita rebah segera la kita bangun...ayat tu mmg makan dalam

  • @stevenpneh
    @stevenpneh 2 года назад +4

    I watch it till the end, 80's local movie.

  • @matahari5066
    @matahari5066 3 года назад +1

    Suka tgk suasana kampung dlm cerita2 lama .apalagi bila tgk cerita P Ramlee nostalgia sangat teringat rumah kg tiang seribu .sekarang dah jadi jadi rmh batu semuanya .ibubapa dan ahli keluargapun ada yg dah pegi😥

  • @shamfilmpresents6309
    @shamfilmpresents6309 Год назад +3

    Isu yg diketengahkan dugaan sbg janda, pengorbanan kpd suami, pertembungan perubatan baru dan moden, budaya melayu spt silat, tutur kata lemah lembut, hormat org lbh tua , dn suasana kampung..10/10 dr saya.scene last tu kemuncak sbnr filem..

  • @zailan8811
    @zailan8811 2 года назад +5

    Tahniah FINAS.. Rindu dgn filem2 spt ini..

  • @tsbkttkr
    @tsbkttkr 2 года назад +5

    Kagum dengan lakonan generasi dahulu. Lakonan mahupun nyanyiannya, aduhaiii

  • @nurulainnaqiahahmadkamil2065
    @nurulainnaqiahahmadkamil2065 3 года назад +5

    Mohon Finas tayangkan filem RAHSIA, lakonan Noor Kumalasari dgn Shukry Hashim. Antara filem seram terbaik sepanjang zaman.. Karya hebat begitu, elok ditonton muda mudi zaman sekarang.👍🏻

    • @shahrulamar5358
      @shahrulamar5358 2 года назад

      Arwah Shukry Hashim bekas kakitangan FINAS.

  • @ahmadali-lb4gg
    @ahmadali-lb4gg 2 года назад +2

    Teringat masa muda2 dulu bila tengok filem.lama mcm ni. Tahniah FINAS.

  • @arfr712
    @arfr712 3 года назад +2

    Filem hebat 1983, tahun saya dilahirkan.. Pelakon wanita dan pelakon pembantu wanitanya menang award FFM.. Anyway, bila filem diHDkan Rubiah Suparman nampak sungguh jelita..

  • @Sarumzas
    @Sarumzas 3 года назад +10

    First movie tgk kat panggung dgn emak.. x sabar nak tgk semula

  • @bapakandeh5358
    @bapakandeh5358 11 месяцев назад +2

    Satu bentuk terjemahan seni yang sangat indah dari orang- orang lama. salam hormat dari kami generasi baru!

  • @chedinsalehuaa8920
    @chedinsalehuaa8920 3 года назад +1

    Rare filem ni,lama sungguh x tgk..zaman2 wayang pacak...lama dh tunggu nk tgk semula...akhirnya,tq FINAS......

  • @mohamadjafribinhamzah3485
    @mohamadjafribinhamzah3485 Год назад +1

    Rubiah Suparman memang legend primadona air mata.... Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik pada beliau dan kekuatan utk beribadah kpdMu dihari-hari tua beliau sekarang ini.

  • @yayafaizul7033
    @yayafaizul7033 2 года назад +1

    1983 saya baru lahir..2022 saya dah 39tahun..rindu zaman dulu..zaman duduk setinggan 😓😓😭😭😭😭kg sentosa jln klang lama kl..lepastu darjah 1 pindah rumah panjang pantai dalam..smp umur 20 tahun pindah ke ppr sri pantai..umur 26 nikah n terus duduk banting ikut suami..

  • @nuredyhanijalil4335
    @nuredyhanijalil4335 3 года назад +2

    Best nyer cite ne, sejuk mata memandang susana kg. Belum lahir masa ne.