GAMES WITH PELAKON 'TERCIPTA SATU IKATAN' - HANNAH DELISHA TAKDE MEMORI ZAMAN BUDAK-BUDAK LANGSUNG?!

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • Tercipta Satu Ikatan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 mulai 29 Disember 2020 arahan Pali Yahya dibintangi oleh Hannah Delisha, Aeril Zafrel, Sophia Koshka dan Izzue Islam.
    Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga.
    Kenapa you kahwin dengan I? - Leanna
    Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?
    Because I love you - Daniyal
    Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai.
    Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! - Risa
    Don't do this, Risa. I don't want to fight with my own sister. - Daniyal
    Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada.
    Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?
    #SUHANCHANNEL #TERCIPTASATUIKATAN

Комментарии • 35