EKONOMI DAN KEMAMPANAN TENAGA

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 30 сен 2024
  • Salah satu nadi utama yang menggerakkan ekonomi sesebuah negara adalah keberadaan dan kemampanan tenaga (elektrik, gas, petrol dan seumpamanya).
    Sektor tenaga yang bekalannya stabil, harga berpatutan dan mencukupi akan membolehkan ekonomi terus berkembang.
    Sebab itu, sebagai sebahagian dari proses menstrukturkan ekonomi ke arah bernilai tinggi, tumpuan pertama Kementerian Ekonomi adalah meletakkan agenda peralihan tenaga sebagai penggerak utama dasar ekonomi negara.
    Ada beberapa realiti mengenai kemampanan tenaga negara yang belum diketahui umum.
    Kita membesar dalam suasana keberadaan sumber asli yang memberi kelebihan kepada negara.
    Sebelum ini, Malaysia mempunyai rizab dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang besar. Itu membolehkan kita menggunakan gas asli untuk menjana elektrik pada kos yang rendah, malah gas asli dieksport ke negara luar sebagai LNG.
    Suatu ketika dahulu, pengeluaran minyak mentah pula berada pada paras sekitar 650,000 tong sehari. Pengeluaran pada kadar itu lebih dari mencukupi untuk menampung penggunaan domestik, selebihnya dieksport.
    Generasi saya membesar dalam suasana ini. Struktur ekonomi yang ada pada hari ini dibangunkan dengan berlatar belakangkan suasana kelebihan tenaga yang Malaysia ada sebelum ini.
    Ada beberapa fakta yang saya perlu kongsi dengan masyarakat, untuk memberi konteks kepada beberapa keputusan besar kerajaan seperti peralihan tenaga dan penyasaran semula subsidi pukal.
    Faktanya berkait rapat dengan keberadaan dan kemampanan sumber tenaga negara untuk 20-30 tahun akan datang.
    Pertama, pengeluaran kasar minyak mentah telah menurun mendadak beberapa tahun kebelakangan ini. Angka semasa menunjukkan Malaysia hanya mengeluarkan sekitar 380,000 ke 390,000 tong minyak mentah sehari (berbanding 650,000 tong sehari suatu ketika dahulu).
    Kedua, penggunaan gas asli di Semenanjung (untuk menjana elektrik dan sebagai bahan asas industri) telah melebihi pengeluaran domestik. Bagi tahun 2023, Malaysia sebenarnya telah mengimport sekitar 25% dari keperluan gas asli untuk Semenanjung dari negara luar. Kadar import ini dijangka naik lagi dalam 2024, dan akan terus naik sekiranya peralihan tenaga tidak berlaku dengan lebih cepat.
    Fakta-fakta ini telah pun diketahui oleh pembuat dasar dan pemain industri. Kakitangan PETRONAS di Kerteh misalnya sedia maklum bahawa kapasiti loji pemproses gas asli telah direhatkan sebahagiannya, kerana gas asli yang semakin berkurang.
    Realitinya, jika sesuatu tidak dilakukan, Malaysia akan berubah dari negara yang berkemampuan menyediakan tenaga dari sumber asli keluaran domestik, kepada negara yang mengimport sumber asli (minyak mentah dan gas asli) untuk menyediakan tenaga (elektrik, gas dan diesel/petrol).
    Jika kita terus dengan amalan-amalan sebelum ini (subsidi pukal, penggunaan tenaga yang tidak berhemah, komposisi penjanaan elektrik yang bergantung kepada arang batu dan gas asli), menjelang 2050, ekonomi kita bergantung kepada harga sumber asli yang ditetapkan negara lain.
    Ini fakta yang tidak gemar kita dengar. Lebih mudah untuk menolaknya sebagai masalah orang lain yang perlu diselesaikan oleh orang lain di masa lain.
    Tetapi orang lain yang akan mewarisi masalah ini adalah anak-anak kita dalam 10-20 tahun dari sekarang.
    Dalam konteks inilah, Kementerian Ekonomi akan terus memberi tumpuan untuk membina kemampanan tenaga negara menjelang 2050 kerana kemerdekaan ekonomi kita menjadi taruhan, sekiranya perkara ini tidak diselesaikan.
    Marilah kita wariskan ekonomi negara kepada anak-anak kita dalam keadaan yang lebih kukuh dan terjamin dari apa yang kita ada sekarang.

Комментарии • 62

  • @AbangKucai
    @AbangKucai 3 месяца назад +4

    Fizi pok pek pok pek aja... Tak membantu pon untuk rakyat.

  • @Zyrulx
    @Zyrulx 3 месяца назад +2

    Pala butohhh

  • @mathuyed971
    @mathuyed971 3 месяца назад +5

    Dari pakar kewangan kepada pakar carigali.... Tahniah YB..... I'm speechless 😂😂😂😂😂😂😂

    • @mattnazri
      @mattnazri 3 месяца назад +1

      😂😂😂😂😂

  • @sohosuvarnabhumi
    @sohosuvarnabhumi 3 месяца назад +1

    Veruk

  • @John-Jenin
    @John-Jenin 3 месяца назад +6

    Piji makan kenyang nmpk.

    • @megatabdulhalim7760
      @megatabdulhalim7760 3 месяца назад +2

      Tu yang berebut nak perintah , tekak sendiri mesti sedap .😅

    • @xzr4139
      @xzr4139 3 месяца назад +1

      *Rasuah tu sedekah* - HADI

  • @kamalismail4349
    @kamalismail4349 3 месяца назад +3

    Sembang je lebih

  • @azhaazha2583
    @azhaazha2583 3 месяца назад

    Huhu

  • @jebatselatan3860
    @jebatselatan3860 3 месяца назад +2

    He.......he........
    Sembang kencang lah

  • @guaa_6719
    @guaa_6719 3 месяца назад +2

    Walauun mana percaya…..tengok la nanti sembang kari mereka…ki ki ki

  • @qiemanrahman2259
    @qiemanrahman2259 3 месяца назад +1

    ko nie lidah bercabang

  • @aqiefidham7949
    @aqiefidham7949 3 месяца назад

    Sebelum ni ok je..😅

    • @mattnazri
      @mattnazri 3 месяца назад +1

      Cer check kut² diaorg kantau minyak ikut pintu belakang, dari 600k tong dah berkurang hingga 300k per/day., bnyak tu, tb² ja dah kurang separuh, tkkan minyak pun merajuk jgk tk nk keluar zaman madani ni😂😂

  • @halimrahman7504
    @halimrahman7504 3 месяца назад +9

    Pencerahan yg terbaeeek. Tq YB

  • @wanyusuf3890
    @wanyusuf3890 3 месяца назад +3

    Baham rambang@kelentong

    • @zakrizd9776
      @zakrizd9776 3 месяца назад

      Puak munafik... Dulu depa berguling dijalan pertahankan subsidi.. Mmg munafik semunafiknya...

  • @badrulida7210
    @badrulida7210 3 месяца назад +1

    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

  • @askarkerengga-vf2lz
    @askarkerengga-vf2lz 3 месяца назад +1

    😂😂😂

  • @ariffossomotte7012
    @ariffossomotte7012 3 месяца назад +4

    YB Rafizi,
    Please take care of your health.
    Try to lose some weight.

  • @wtchua8449
    @wtchua8449 3 месяца назад +7

    Terbaik YB Rafiz Ramli good job❤

  • @zulhafizzaini214
    @zulhafizzaini214 3 месяца назад +8

    Saya suka video penerangan ringkas dan pendek macam ni. Inisiatif yang terbaik YB

  • @arthemist44
    @arthemist44 3 месяца назад +1

    uihhh dan mcm skuad hijau warhammer 4k 🤣

  • @tuah0755
    @tuah0755 3 месяца назад +5

    Terang panjang2 pun..harga barang tetap mahal..🥴🤣🤣

    • @khairulanuar63
      @khairulanuar63 3 месяца назад +1

      di mangkuk ni berkokok lagi.

    • @halimrahman7504
      @halimrahman7504 3 месяца назад +4

      Buka la minda sikit. Kena terangkan , paham dan kawal…next time barang lgi naik sbb semua import.

    • @tuah0755
      @tuah0755 3 месяца назад +4

      @@halimrahman7504 menteri la kena usaha kan .buat apa yang patut..cakap ada formula kan?dah 2 tahun ..barang Mahal jugak..Mana formula🤣🥴isunya .KARTEL..ni ja point utama

    • @Darien7924
      @Darien7924 3 месяца назад

      Barang tetap Mahal ,caribyg murah .pilihan Di tangan anda.nakntamya juga,barang ape yg maha, cuba spesifik sikit. pencerahan Itu kenalah dengar,esok Lusa anak Tanya xdelah jadi bebal jawab,ilmu yg baik kena Kongsikan..ni mesti jenis Ajay,lepastu sombong bodoh

    • @muhammadnasirabdullah6324
      @muhammadnasirabdullah6324 3 месяца назад +4

      ​@@tuah0755Jika kamu ada idea yang bernas, sila war2 kan agar rakyat maerhaen dapar menilainya.

  • @aaman1366
    @aaman1366 3 месяца назад +2

    struggle pak menteri nk bagi penerangan...cuba bnyk kali lagi ye

    • @mathuyed971
      @mathuyed971 3 месяца назад +1

      Mata kelip terlalu kerap & pergerakan tangan yang melebih lebih..... Paham² je la tanda orang yang me........... 😂😂😂😂😂😂

  • @zalilarashid3818
    @zalilarashid3818 3 месяца назад +2

    Rakyat bukan faham.tahu marah ya .lagi berlajar ugama .tk tahu ekonomi.pun.

  • @babycakoi3508
    @babycakoi3508 3 месяца назад +8

    Terbaik YB Menteri👍🏻👍🏻👍🏻

  • @InvestingAwee
    @InvestingAwee 3 месяца назад +4

    😀terima kasih yb rr. semoga sentiasa sihat selalu. jaga kesihatan.

  • @mnayanhash309
    @mnayanhash309 3 месяца назад

    Jgn malukan maki sokong anda

  • @KitaRakyat
    @KitaRakyat 3 месяца назад +1

    Makin berisi yb.. Hehe

  • @bukannamasebenar6874
    @bukannamasebenar6874 3 месяца назад +4

    Padu bin budi budi bin padu.. terbaik yb lps ni apa pulak ya. Pekerti ke?? Madani budi padu rahmah. Mcm2 ade. Berapa bnyk belanja tu. Owhh lupa.. thi is formula.. aneyy ini formula sudah jalan ke belum??😂😂😂😂😂

    • @MohdredzuanNoraffandi
      @MohdredzuanNoraffandi 3 месяца назад

      Aku tak boleh Komen dkt ruanggan Komen dh kenapa.komen dkt dlm Komen boleh pulak.tak Kan Aku dh kena black list 😂😂😂😂😂

  • @zaidiripin9408
    @zaidiripin9408 3 месяца назад +2

    Alhamdullilah... teruskan YB.
    Kebaikan tidak terhenti kerana cecaan
    Mudah2an Allah SWT memberkati...Aamin,

  • @KulimHi
    @KulimHi 3 месяца назад

    Betul YB, we have to be prepared and be ready with new green and nano tech.

  • @yusrimanaff9209
    @yusrimanaff9209 3 месяца назад

    loud and clear.

  • @zamarulz
    @zamarulz 3 месяца назад

    ❤❤❤ Rafizi n Kerajaan Madani

  • @izrul2308
    @izrul2308 3 месяца назад

    Tembam YB skrg no.