Это видео недоступно.
Сожалеем об этом.

Sambal Nasi Lemak Ikan Bilis Berkuah Paling Sedap Pernah Anda Makan Atas Bumi.

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 9 авг 2022
  • Untuk penggemar sambal dan juga penggemar nasi lemak, kali ni Che Nom nak masak sambal ikan bilis versi berkuah. Kita masak ikan bilis dalam sambal tu sampai lembut, sampai sebati menyerap kuah sambal. Lauk ni memang favourite Che Nom ni sebab dulu-dulu macam ni la cara mak Che Nom masak, penuh sekuali. Kalau ada lebih mesti simpan peti sejuk dan bila lapar, Che Nom akan panaskan dan makan dgn nasi putih dengan ulam je.
    Kalau dah nama sambal, bahan utama mestilah bawang dan cili kan? Kita kisar halus, kemudian goreng ikan bilis separuh masak. Kemudian kita masak lah sambal yang pedas, berkuah, semua secukup rasa penuh dengan ikan bilis nya. Sedap sangat kalau makan dengan nasi lemak sempoi. Kalau nasi putih aja pun tetap sedap.
    //Bahasa Melayu
    --------------------------
    Bahan kisar halus:
    1 biji bawang besar
    4-5 biji bawang merah kecil
    4-5 ulas bawang putih
    1 inci halia
    15-20 tangkai cili kering
    1 inci belacan
    1 cawan ikan bilis
    Bahan-bahan lain:
    1 cawan minyak masak
    1 biji kentang
    1 mangkuk besar ikan bilis
    1 biji bawang besar (tumis)
    2 helai daun pandan
    Air, untuk berkuah
    2-3 sb gula melaka
    Sedikit air asam jawa
    1 kiub pati ayam/ikan bilis
    Garam secukup rasa
    1 biji bawang besar (tambahan akhir)
    [**Tambahan resepi**]
    Bahan untuk nasi lemak:
    3 cawan beras
    4.5 cawan santan cair
    1/2 biji bawang besar
    1 inci halia
    Sedikit garam
    Sedikit gula
    1-2 helai daun pandan
    //English
    -----------------------------------------------------
    Fine grind ingredients:
    1 red onion
    4-5 indian shallots
    4-5 cloves garlic
    1 inch ginger
    15-20 dried chilies
    1 inch fermented shrimp paste
    1 cup anchovies
    Other ingredients:
    1 cup cooking oil
    1 potato
    1 large bowl anchovies
    1 red onion (saute)
    2 pandan leaves
    Water for gravy
    2-3 tbsp palm sugar
    Little bit tamarind juice
    1 cube chicken/anchovy stock
    Salt to taste
    1 red onion (final addition)
    [**Additional recipe**]
    Ingredients for nasi lemak:
    3 cups of rice
    4.5 cups of light coconut milk
    1/2 red onion
    1 inch ginger
    A little bit of salt
    A little sugar
    1-2 pandan leaves
    Instagram: bit.ly/CheNomIn...
    Twitter: bit.ly/CheNomTw...
    Facebook: bit.ly/CheNomFa...
    #resepichenom

Комментарии • 194

  • @rmhd8796
    @rmhd8796 2 года назад +21

    Saya orang indonesia kerja di malaysia sebagai tukang masak .jujur suka tengok chanel che nom bnyak resepi che nom yg saya pakai..ta che nom

  • @hamizahhamizah6533
    @hamizahhamizah6533 2 года назад +6

    Geng sambal tumis angkat tangan ✋✋hihi...makan dgn ape pon sedap.. ulam2 tepi2 rumah..pucuk ubi...daun selom.. so shedappp

  • @zilahabdullah6489
    @zilahabdullah6489 2 года назад +49

    macam ini lah sambal tumis ikan bilis ..makan dgn nasi lemak atau pulut..respi ibu kita dulu2..jarang orang niga buat sambal macam ni..sekarang ni ikan bilis mahal. saya selalu buat sambal ni campur petai

    • @NoorjanawateeakaWawa
      @NoorjanawateeakaWawa Год назад

      Makan dgn pulut kuning pun sedap

    • @svigo3814
      @svigo3814 2 месяца назад

      Orang N9 masih masak sambal bawang ni utk mkn dengan nasi lemak atau pulut kuning

  • @fromthismoment6657
    @fromthismoment6657 2 года назад +21

    Mkn sambal ni dgn nasi lemak panas2 dah cukup mengenyangkan. Air tangan Che Nom sentiasa menyelerakan, suka dgn cara Che Nom memasak yg penuh kekemasan dan ketelitian

  • @richardhong8978
    @richardhong8978 Месяц назад +1

    Assalamualaikum from Los Angeles. I crave for sambal and tried your recipe. It was FABULOUS!!!! Thank you thank you for sharing the cooking skills!!

  • @eddyuchiha4828
    @eddyuchiha4828 2 года назад +8

    Makan dgn lempeng pon sedap nie.. Berkeping keping repeat x henti nie.. 😋

  • @yusnamyff7158
    @yusnamyff7158 2 года назад +6

    Wah sedapnya .. sambal berkuah macam ni barulaa puas makan. Makan dgn nasi lemak/biasa, pulut atau lempeng. 👍👍♥️

  • @ummirose6287
    @ummirose6287 2 года назад +3

    Kalau sambal tumis resepi Allahyarhamah Mak ummi cuma guna bawang besar, bawang kecik , cili kering dan belacan .. lebih banyak bawang lebih sedap dan manis .. selain gula melaka + gula pasir .. ikan bilis boleh letak tak nak letak pun tak apa ..
    Tapi Mak tak letak bawang putih dan halia .. kata Mak kalau letak bawang putih dan halia tu dah mcm resepi gulai 🤭
    Lain daerah lain lah resepi nya 😁 tu yg buat kita yg suka memasak dpt mencuba berbagai resepi dari merata tempat walau pun nama resepi nya sama tp dimasak dgn bahan2 yg berbeza ditokok tambah di tempat yg berbeza 😁
    Boleh lah ummi cuba resepi sambal tumis Cik Nom pulak lain kali dan terima kasih banyak selalu share resepi2 yg menarik dgn kita semua .

  • @zulkernainmohamad6405
    @zulkernainmohamad6405 2 года назад +3

    Waahhh sedap ni..Mengingatkan saya dizaman 80an - 90an sekolah rendah dulu, Mak Cik kantin jual nasi lemak sambal ikan bilis berkuah sepinggan 30 sen..Sekarang umur 42 dah..

  • @twinsiti
    @twinsiti 2 года назад +4

    Wow sedapnya sambal tu super yummy 😋💖🤤😁..

  • @fauziahsaleh8895
    @fauziahsaleh8895 2 года назад +1

    Subhanallah tabarakallah sedapnya,terkenang arwah Mak bt sambal mcm ni,bnyak pkai bwg besar hiris...tp arwah Mak bwg besar hiris diramas n garam, katanya bawang rangup ketika dimakan🤗

  • @sharifahnuratiqah8846
    @sharifahnuratiqah8846 Год назад +2

    Dah try sambal ni che nom.. ayah kata mcm sambal org dulu² buat.. TQ che nom.. 😄

  • @AryBerry85
    @AryBerry85 Год назад +3

    Saya dah bt sambal nasi lemak ni dah byk kali dah. Mmg sedap 👍🏼 Terima kasih Che Nom share resipi! 😊

  • @zabedahbthussain6308
    @zabedahbthussain6308 26 дней назад

    Saya bt niaga guna resepi che nom..bt mkn kt rmh pun resepi che nom..ank saya pun sk resepi che nom..sedapp

    • @CheNom
      @CheNom  26 дней назад

      Alhamdulillah 🤲

  • @mornibillionaire3471
    @mornibillionaire3471 9 месяцев назад

    Sedap sambal bilis ni, makan ngan lempeng kelapa parut pun ngam jugak. Semua resepi che Nom menjadi. Terima kasih sebab ikhlas kongsi resepi.

  • @saloma9089
    @saloma9089 2 года назад +1

    Memang Best la resepi sambal ikan bilis Che Nom ni.. Video editing yang sangat cantik serta kualiti gambar jelas dan mudah nak faham untuk ikut resepi..

  • @nobinkumarchaudhury7139
    @nobinkumarchaudhury7139 2 года назад +1

    Tq Share... Makan Kegemeran Rakyat Malaysia

  • @filisthinfilisthin9233
    @filisthinfilisthin9233 2 года назад +1

    MasyaAllaah.... seleraaa melihatnya che nom😋😋😋😋😋😋😋😋

  • @sakinahsakinah6739
    @sakinahsakinah6739 2 года назад

    Unik cara che nom,menarik sngat ,TERBAIK i like it.

  • @herrys6752
    @herrys6752 Месяц назад +1

    Che,paling sedap itu jika semalam skip makan malam, hanya minum saja, pagi ada exercise, then kena tunggu masak sendiri selama dua jam, wkwkwkkw…. Confirm lapa giler ……wkwkkwkw

  • @kavithasubramaniam5957
    @kavithasubramaniam5957 2 года назад +13

    Thanks Che Nom, memang tercari-cari resepi sambal macam ni ❤️

  • @Syafini7887
    @Syafini7887 2 года назад +4

    Tngok che nom hidang jek dah menggugat selera 🤤🤤sedap betul sambal bilis berkuah mmng sya suka mekasih resepi yee che nom yg cantik,semoga che nom sehat sentiasa rezeki masuk mencurah² amin🌹💜🤲

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +2

      Amin Terima kasih Delia 😊

  • @rsbrotherhood8633
    @rsbrotherhood8633 29 дней назад

    Saje masak ikut respi ni, tapow bawak pi pjbt, bg kawan2 rase... tetiba ade permintaan dari kawan2, nak order utk jamuan... chaittttt mana la reti nak buat bnyk2

  • @imok5869
    @imok5869 Год назад +1

    Che Nom..saya dah buat dah sambal ni.. cuma tk letak kentang lahh, kentang habis 😅 Asm jawa tak dak, saya guna asam keping alhamdulillah sedap 🤍💜 thank you Che Nom!!!

  • @lisasouraya2529
    @lisasouraya2529 Год назад +1

    Ty che nom, resepi sambal yg tersedap, moga Allah berkati puan 🤲

  • @calyanee
    @calyanee 2 года назад +11

    OMG this is simply the best!. This reminds me of my mother's sambal. Thank you Puan☺️

  • @paprikamerah
    @paprikamerah 2 года назад +8

    enak betul kelihatan nya mak cik bikin nambah selera makan🥰

  • @melalijalmaani8098
    @melalijalmaani8098 2 года назад +1

    Assalamualaikum che nom semua resepi che nom mmg terbaik .. Terima kasih kongsi resepinya .. Senang faham semuanya lain kli buat lagi sambal bawang goreng kering ..

  • @azlina6850
    @azlina6850 2 года назад +1

    Makan dgn pulut pun sdp ni che nom😋

  • @tommipermana
    @tommipermana 2 года назад +1

    Terimakasih resepnya sambal ikan bilis langsung mau membuat ini paling favorir banget cocok banget untuk menu makan malam.nanti sukses selalu che nom

  • @audreyDsouza
    @audreyDsouza 2 года назад +31

    my mom often cooks this sambal ikan bilis but here in portugal we eat it with bread not nasi lemak because the ingredients for malaysian cuisine are really hard to find here..i miss malaysia very much🥺🥺

    • @onepersonisthechanceandcha155
      @onepersonisthechanceandcha155 2 года назад

      Why are you in Portugal dear

    • @audreyDsouza
      @audreyDsouza 2 года назад +4

      @@onepersonisthechanceandcha155 I was born and raised in portugal and I’m half portuguese/malaysian that’s why I miss Malaysia so much🙋🏻‍♀️

    • @onepersonisthechanceandcha155
      @onepersonisthechanceandcha155 2 года назад

      @@audreyDsouza when I visit my husband's country we will visit Portugal. Insyaallah. I'll bring you. Can you speak Malay? I'm Malay but he's Arabian.

    • @audreyDsouza
      @audreyDsouza 2 года назад +2

      @@onepersonisthechanceandcha155 yup..i can also speak malay and some other languages ​​too..which portugal city do you want to visit?i'm from west of lisbon btw

    • @onepersonisthechanceandcha155
      @onepersonisthechanceandcha155 2 года назад

      @@audreyDsouza never planned yet but intended dear

  • @azizaleeza145
    @azizaleeza145 2 года назад +3

    Sambal bilis mcmni selalu tempat saya makan dgn pulut kuning dan telur rebus sedappp..😁

  • @iis_iis
    @iis_iis 2 года назад +2

    Memang sedap cara masak sambal begini che nom basah2 sikit. Terbaik 👍

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад

      Gaul banyak2 dengan nasi 😆

  • @zaradahdollah4466
    @zaradahdollah4466 Год назад

    Sedap nya c nom..
    Nasi lemak c nom

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 2 года назад

    Sdpnya sambal,Che Nom ni buat sis trliur je terimaksh sllu share resepi yg menyelerakn

  • @alicesara1407
    @alicesara1407 2 года назад +1

    Sedap sambal ikan bilis..mkn ngan nasi lemak nasi putih panas2 fuhh..berpeluh. sambal mmg sedap letak kentang😋😋👍👍

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Ye sedap, tengok org berniaga buat

  • @lovecats777
    @lovecats777 2 года назад

    Nasi lemak dengan.sambal ikan bilis, tak pernah jemu

  • @DapurBiru
    @DapurBiru 2 года назад +1

    Terima kasih che nom share recipe sambal ikan bilis

  • @mattaleapp3107
    @mattaleapp3107 2 года назад +6

    Satu yg saya lemah bila nak masak sambal . Dia punya merecik berkecah dapor dibuatnya 🤣

  • @shahjulai
    @shahjulai 2 года назад

    Waalaikumussalam wbt. Sedapnya nasi lemak😍

  • @zulvlog4286
    @zulvlog4286 2 года назад +3

    Terbaik Che Nom👍👍👍🙌

  • @rehanarahim7796
    @rehanarahim7796 2 года назад +1

    Cantiknya warna sambal che nom....
    Resep ini buat selera masak.makasih che nom.❤❤❤❤❤❤❤

  • @Pauline_cheong
    @Pauline_cheong Год назад +2

    thanks chef... i memang allergy belacan... never thought of using oyster sauce.. thanks alot chef

  • @engkumuhammadfahmi961
    @engkumuhammadfahmi961 2 года назад +3

    padu 🔥 kipidap Che Nom ❤️

  • @lanebendin
    @lanebendin 2 года назад

    bleh try buat tuk breakfast anak2 buah sblom g sekolah ni..tgk pun dah meleleh air liur..terime kasih kak share resepi

  • @tat2547
    @tat2547 2 года назад +1

    Ini baru betul sambal ikan bilis nasi lemak. Yg sekarang ni sambal kosong cili boh & letak gula

  • @norazlinmisnan3412
    @norazlinmisnan3412 2 года назад +3

    Sambal ikan bilis ini boleh makan dengan lempeng atau cekodok bawang nak lagi sedap bubuh dekat roti potong goreng salut telur memang umpph😋😋😋

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Betul sgt buat cicah tu sedap

    • @norazlinmisnan3412
      @norazlinmisnan3412 2 года назад

      Saya selalu tengok channel kak,mencari ilmu memasak tu hari ada buat rendang daging sambal pedas untuk hari raya saya cuba FIL & MIL juga suka sedap tapi pedas

  • @chempakasari2989
    @chempakasari2989 2 года назад

    Che nom ni mmg tau2 je ye..time2 ni masih fikir nk buat lauk ape....🌹

  • @karlzainal7935
    @karlzainal7935 2 года назад +1

    🤗🤗🤗😋👍👍⭐⭐⭐⭐⭐ sedap menu tu Cik Nom...

  • @faridahkamaludin5019
    @faridahkamaludin5019 2 года назад

    Nasi lemak kuah banjir @ bagi lebih mmg slalu order gini, nak 1 Che Nom 💕

  • @marvyeap
    @marvyeap Год назад

    Liked and subscribed!! Nasi lemak is my favorite food in the whole world!

  • @SyazweenWazir
    @SyazweenWazir 8 месяцев назад

    Adoi mmg btl padu ni dlm byk2 sambal

  • @pelurusesatofficial3215
    @pelurusesatofficial3215 2 года назад +1

    Bunyi dlm kuali je dah sedap..mantap Che Nom👍..mkn dgn nasi lemak,fuhh!!..sedap mak aii👍👍👍

  • @abangdin7839
    @abangdin7839 2 года назад

    Ni baru nasik lemak ori 🤗!

  • @oppooppoo5204
    @oppooppoo5204 Год назад

    terima kasih che nom ats resepi sambal ni....mmg sedap👍👍👍👍

  • @megatkrabithailand823
    @megatkrabithailand823 2 года назад +1

    อร่อย sedapnya...sy hantu sambai hehe...nanti nak suruh mak masak lah ☺😄...salam dari aonang Thailand...Sawadhekhaaaap

  • @cikguadieschannel8077
    @cikguadieschannel8077 Год назад

    SY SUKA MASAK SAMBAL CARA CHE NOM .. SODAPPPP

  • @ManBro
    @ManBro 2 года назад +2

    Meleleh air liur melihat sambal 😋👍👍
    Terima kasih che nom

  • @buharibuyong1499
    @buharibuyong1499 Год назад

    Sedaplah cek nom t kasih

  • @hemaladevimanoharan9465
    @hemaladevimanoharan9465 2 года назад +2

    thank you so much,,,,i tried just now, it turned out so well. and i find this video is perfectly detailed. i didnt had any other questions. 😇 god bless you

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Most welcome Hemala 😊

  • @noorazizahnasarudin9250
    @noorazizahnasarudin9250 2 года назад

    Sedap menyelerakan kesukaan saya ini

  • @UmmAhmadaini
    @UmmAhmadaini 2 года назад

    Saya suka sambal mcm ni. Tq che Nom...nnt saya cuba

  • @chetombintiahmad1995
    @chetombintiahmad1995 2 года назад

    Mk saya suka buat sambai mcmni mkn gn pulut pun sedap

  • @raudhahlozenitta403
    @raudhahlozenitta403 2 года назад

    Bak chang Atau glutinous rice dumpling Atau resipi alah cina seperti wantan atau lain yang popular …resepi beraneka sayuran pun baik untuk menggalakkan anak2 makan sayur. silakan Che nom tunjunkkan resipi yang mudah untuk menyediakannya

  • @bigtonlife
    @bigtonlife 2 года назад

    Sambal mcm ni yg kita suka...makan ngn nasi panas2.. perghhhh

  • @pawonndesoo
    @pawonndesoo 2 года назад

    Enak sekali che nom...

  • @mosslogan
    @mosslogan 2 года назад +10

    We were planning to do nasi lemak next week. We'll follow this recipe then. Thank you, che nom!☺️

  • @silverace87
    @silverace87 Год назад

    Dahsyat title. Haha

  • @sittiasnahdahwadi3731
    @sittiasnahdahwadi3731 9 месяцев назад

    terimakadih Che Nom..

  • @fatimahnawee4845
    @fatimahnawee4845 2 года назад

    Sambal bilis macam ni sedap mkn dengan roti ..cicah ubi kayu rebus pun sedap jugak..😀😀

  • @einaakak7956
    @einaakak7956 2 года назад

    Sdpnye che nom..... Nk cube buatlah... Tq tau..

  • @hasimsaadhasimsaad8594
    @hasimsaadhasimsaad8594 2 года назад

    Surrrrr niiii🔥🔥🔥

  • @frostsachin7453
    @frostsachin7453 2 года назад

    Looks so tempting che nom

  • @noramusa4050
    @noramusa4050 2 года назад

    tq che nom.. nmpk sedap

  • @jasmeenli8446
    @jasmeenli8446 Год назад

    Terima kasih😭 dah try… shedapp sgt !

  • @izands
    @izands Год назад

    Sedap che nom. Saya dah cuba. 😁

  • @kamsiahhasan9470
    @kamsiahhasan9470 2 года назад

    Saya tetap mecuba..tkasih cik nom

  • @razifrr744
    @razifrr744 2 года назад

    Mak oii...simple tapi sedap

  • @sharanshanthy4462
    @sharanshanthy4462 7 месяцев назад

    Letak kentang tu style org Muar Johor. Emak sy bila masak sambal ikan bilis mesti letak kentang....anak Johor 😅

  • @umimaisarah1836
    @umimaisarah1836 2 года назад

    Bila nengok Che Nom buat sambal tumis ni,teringat arwah mak saya buat sambal tumis,sama cam Che Nom buat

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад

      Mcm orang dulu2 kan

    • @umimaisarah1836
      @umimaisarah1836 2 года назад

      @@CheNom ya btul tu Che Nom, orang dulu2 masak sedap walapun bahan2 nya mudah je,

  • @jaymahali
    @jaymahali 2 года назад

    haha bestnya...br masuk ni dr dapur buat Sambal bilis jg. lebih kurg sma, cuma xda bawang besar yg last tu dan xda daun pandan. kiub pula gn ikan bilis. mmg sdap. Tersama pula resepi dgn che nom hari ni. Sy mmg minat dgn Che nom ni. Geram dgar bunyi2 bila Che nom bt video tu.😘🤣🤣

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад

      Hehe. Menu terpaling favourite. Terima kasih Jariah.

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 2 года назад +1

    Lazat…😋😋😋

  • @bjfeerus
    @bjfeerus 2 года назад +1

    👍🏻👍🏻👍🏻
    Alhamdulillah....

  • @saharasara8289
    @saharasara8289 2 года назад

    Smbal style org kg..memang sdap..biasa buat gini..kwn2 suka..susah nak dpt kat kdai2 kl ni..kbnykan x kena dgn selera..

  • @kaknor112
    @kaknor112 7 месяцев назад

    Terima kaseh ❤

  • @zamanabdulwahed6889
    @zamanabdulwahed6889 Год назад +1

    Boleh guna cili giling ke yang dah siap jual kat 99, Econsave? Blend bawang je ..

  • @Morry_N.G
    @Morry_N.G 2 года назад

    terima kasih resepi nya kawan 😍👍 mantap

  • @frisconinja3108
    @frisconinja3108 Год назад

    BAIK DIK, ABANG AKAN CUBA RECIPE INI. TERIMA KASIH

  • @basikalchoopper6399
    @basikalchoopper6399 2 года назад

    Kalau nk rasa berlemak lagi tambah santan segar mmg sedap…

  • @rosmizahkeman1031
    @rosmizahkeman1031 2 года назад

    Waalaikumussalam wbt kepada semua yang memberi salam...emmm memang nampak padu sedap dan segala ayat berkaitan yg sedap2 la... terima kasih dan sayang Che nom atas perkongsian resepi nya... moga kita semua terus berada dalam KEBAIKAN in Shaa Allah.

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Amin Terima kasih atas doa, Rosmizah. Semoga dibalas dengan kebaikan 😊

  • @hamadimahmood1403
    @hamadimahmood1403 2 года назад

    Sambal feberett mkn ngn Kicap cap kipas udang

  • @norsalikhamohammadsaleh7771
    @norsalikhamohammadsaleh7771 2 года назад +1

    Che nom buat resepi dessert kek tapak kuda pls 🥺

  • @roslinahhat3978
    @roslinahhat3978 2 года назад +1

    Terima kasih 👍

  • @hazwanihamdan5618
    @hazwanihamdan5618 2 года назад +1

    Terima kasih Che Nom 🥰

  • @malaykitchen
    @malaykitchen 2 года назад

    sedapnya. tambah2 kalau mata biru. kan 😊

  • @amranibrahimrashidi
    @amranibrahimrashidi 3 месяца назад

    Ya dulu nasik lemak lauknya sambal ikan bilis gini diletak atas daun pisang 4 segi kecik atas nasik lemak tu baru dibungkus buat bunjut dalamnya ada timun, dulu kacang goreng dengan ikan bilis goreng tu seingat saya takde. Tambahan pun ada telur dadar dipotong2 kecikje. Sebungkus jual lah 30 sen 50 sen hehehhe....

  • @izzatifauziah6277
    @izzatifauziah6277 2 года назад

    Resipi sambal nasi lemak che nom lbh kurg mcm yg selalu sy masak .. cma xde ubi kentang , dan hirisan bawang besar tu .. dan sy suka masak sambal nasi lemak ni lama lbh kurg sejam lbh , sbb nk bg sambal tu tahan lama , lambat basi ... Nanti leh try buh ubi kentang mcm che nom buat plak .

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад +1

      Masak lama tu rasa pun lebih sedap😊

    • @izzatifauziah6277
      @izzatifauziah6277 2 года назад

      @@CheNom nnti leh try cara che nom plak ☺️

  • @bungabougainvillea392
    @bungabougainvillea392 2 года назад

    Boleh makan dengan prataKawan mesti sedap

  • @dinamahyuni6404
    @dinamahyuni6404 2 года назад

    Sedapnyeee che nom.. niela yg saya paling suka tapi fail bila memasaknya .. tq 😊 share

    • @CheNom
      @CheNom  2 года назад

      Boleh cuba lepas ni ok 😊

  • @shazlansaleh2080
    @shazlansaleh2080 2 года назад

    Sy hadir