Naim Daniel - Purnama (Official Music Video)
HTML-код
- Опубликовано: 5 фев 2025
- "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang engkaulah sahaja yang lebih mengasihi daripada segala (yang lain) yang mengasihi." - Qs. Al Anbiya : 83
Official "Purnama" merchandise : www.naimdanielx.com
Ringback Tone:
Maxis: Dial *131*674297# and press Call/Send
Celcom: Dial *323*742849# and press Call/Send
Digi: Dial *233*1783164# and press Call/Send - Full Song
Dial *233*2964912# and press Call/Send - Chorus
UMobile: SMS Type: CRM 10107092 to 28383
Composer : Amzar Razqa & Naim Daniel
Lyrics : Amzar Razqa
Arranger : Hanis Rafi & Omar K
Producer : MyPopMachine
Flute : Mohar
Mixing & Mastering : Audi Mok
Purnama
Verse
Tak terungkap kata
Menyedari masa
Ke mana perginya dia
Jika ditakdirkan
Begini rasanya
Terpaksa aku terima
Pre-chorus
Gantikanlah jika ini
Yang terbaik buatmu
Ku relakan ikhlasnya
Chorus
Ku rindukan purnamaku
Doaku ‘kan bersamamu
Semoga hatimu ‘kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhanku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhanku mohon kuatkan hatinya
Selamanya
Bridge
Aku perlu dia
Ku rindu purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan ku mohon pada Mu
Kuatkanlah hatinya
Chorus
Ku rindukan purnamaku
Doaku ‘kan bersamamu
Semoga hatimu ‘kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhanku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhanku mohon kuatkan hatinya
Selamanya
Ku rindukan purnamaku
Doaku ‘kan bersamamu
Semoga hatimu ‘kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhanku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhanku mohon kuatkan hatinya
Selamanya
Post-chorus
Aku perlu dia
Aku perlu dia
World Peace Entertainment is a Malaysian based record label committed to producing Next Generation Positive Music.
More about Naim Daniel :
/ naimdanielx
More about World Peace Entertainment:
worldpeaceent.com
/ wp.entertain. .
/ wp.entertai. .
Thank you everyone for the love and support for #PurnamaNaim We hope all of you will stay strong in whatever challenges that you are facing. Know that even if you lose everything in life, God will always be there to guide you through it. May this song give you strenght and inspire you to move forward. You'll be ok. Much love from World Peace Family.
Saya akan sokong lagu yang Naim Daniel buat
Sedapnye!!! always fall in love with your voice Naim Daniel. penghayatan dlm lagu dan lakonan betul2 menusuk kedlm hati. Great! tahniah kpd semua yg terlibat.
Nak first draft
boleh bagitahu apa nama fonts utk perkataan PURNAMA tu pliss 🥺
Absolutely right! This is superb amazing mv
Alhamdulillah, Allah Maha Besar.
Terima kasih kepada dek non sekalian yang sudi menerima lagu ini dengan rasa yang tersendiri. Kita semua mungkin pernah ataupun sedang merasai kehilangan, dan jangan lupa, kita tidak akan pernah hilang Allah.
Maaf jika ada sebarang kekurangan dalam naskah Purnama ini. Bang non takkan berhenti untuk anda semua dalam menyajikan hanya yang terbaik buat kalian.
Moga Allah memeluk kalian dengan cintaNya sentiasa. Aamiin.
Tahniah kepada deknon sekalian sebab korang sekarang #1 di trending RUclips.
Bukan bang non, tetapi korang yang #1 .
Terima kasih.
Bang Non , 8:55 pm . #purnamanaim
Congrats bang non!!! Love sangat lagu ni ❤️
❤️
semoga hati mu kan kekal abadi
Alhamdulillah..lagu ni best,menusuk di hati
Same-same, Tahniah!
Nafas baru dalam lagu Melayu. Bukan lagi cinta cintan remaja yang lalai. Tapi kasih sayang keluarga. Tahniah Naim.
100%agree
100% betul
Setuju
yes right.. 💯 agree
yes right
Bila seorang pelakon jadi penyanyi, dia jadi storyteller. Itulah Naim
Merepek apa
betul bro
betul
Yupp. Aku setuju sgt. Suara power, lakonan pun power.
@@azharmulop7267 dia berlakon cite fayyad boss, tahun 2007-2008 cmtu
Lagu ni mmg sedap... Setiap kali dia sebut '' ku rindukan purnamaku'' teringat nabi kita Muhammad saw... Bukankah nabi kita juga digelar sbg ya badrotim... Dan part ' ' aku perlu dia.. Ku rindukan purnamaku' ' ia mengingatkanku perlukan syaafat diakhirat nanti dari purnamaku... I anggap lagu ni double meaning.. Lirik yg hebat...muzik yg bagus... Terima kasih ❤️
Sallallahu a'laihi wasallam
There are 5 stages of grief. It starts with denial, anger, bargaining, depression and lastly acceptance. Losing someone that we love is the hardest. In this video Naim probably potrays it all, except acceptance. Sbb penerimaan memang bukan mudah. Some tooks months, some tooks years and some might take it forever. People simply tell others to quickly move on probably the meanest thing ever. It’s okay to be in grief but what is not okay is to allow yourself wallow in self pity for too long. Be patience, get back up and turn to Him. May Allah ease any of you that’s going through this. Have faith 🤍
andai rindu tu boleh kita nampak,
tapi sayang; kita hanya mampu rasa.
rasa rindu yang ditanggung, terlalu berat.
rindu tu sakit, sakit yang tiada kesudahan.
wahai purnamaku, andai kau lihat betapa ku terlalu rindu,
ku rindukan purnamaku ❤
Apa yang aku faham dalam lagu dan mv ni adalah abang dia sangat sayangkan adik perempuannya... dia suka dress up kan adik dia.. then satu hari adik dia accident dan mati.. dia tak dapat nak terima segala yang terjadi atas adik dia tambahan tragis tu terjadi depan mata dia.. then at the end dia bukan jadi pondan dia agak tak waras and dia umpama kan dirinya tu adik perempuan dia thats why dia dress up macam tu dan bermake up dia terlalu rindukan adik dia... this is a good mv yang ada pengajaran yang bagus... good work @naimdanielx #naimdaniel
Aku yg kau isteri pula seram but dia punya lgu ishhhhhhh best gila tpi ada artis budak tu yg sebagai ain tu bikin panas la isshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh susah la
hubungan dia dgn bdk perempuan tu mcm sweet sgt la utk dianggap adik. pd aku la haha
Saya telah kehilangan insan yang paling saya sayang iaitu Arwah isteri saya. Hanya sempat merasa 13 tahun sahaja dapat hidup bersama arwah. Baru sahaja 3 bulan pergi meninggalkan saya dan 4 orang anak yang masih kecil. Masih perlukan kasih sayang seorang ibu. Beliau la PURNAMAKU. PURNAMA yang saya sentiasa rindui. Babak di mana Naim meronta ketika dipakaikan baju pasung, begitu jugalah bagaimana perasaan saya meronta tidak tertanggung, tiada tempat untuk meluahkan. Hanya pada Allah tempat saya mengadu. Bila dengar lagu ni terus sahaja melekat di jiwa raga saya. Al-Fatihah (dibaca) buat arwah isteriku Allahyarhamah Irda Suriani Binti Isahak (04/07/1982 - 05/12/2020).
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman....
Terus kuat ya bro.... letakkan Allah sebagai tempat bergantung... Al-Fatihah
Allahurabbi..semoga Allah kuatkan dirimu saudaraku
Terima kasih diucapkan pada yang mendoakan arwah isteri saya. Insyaallah, selagi iman ada dalam diri. saya akan sentiasa kuat demi anak2.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Kuatkan dirimu demi anak-anak yang masih kecil
This song portrayed "Grief"
Grief ni boleh jadi hilang orang kita sayang. Contoh, family, kekasih, hilang kerja dan lain2.
Time tengah grief ni macam2 perasaan dtang bercampur aduk, self-blame, rindu, menyesal, throwback kenangan.
and Grief ni kalau tak rawat dia boleh lead to severe depression.
Depression ni can be worst.
Jangan pelik atau perlekehkan kalau ada org bunuh diri sbb putus cinta.
putus cinta tu nampak normal tp perasaan grief tu sakit yang amat smpai someone nk bunuh diri.
So, sesape yang tengah rasa "Grief" saat ni.
I just want to let you know,, it's normal to feel sad when you lost someone. tapi cepat2 bangun cari semangat utk teruskan hidup.
cari professional help, improve spiritual, cari kawan tuk support kay :)
U can heal the feeling when u remember Allah is fullfill your heart. It is just test for you. U r human, not god. Its normal feeling. If u feel terpuruk, rasailah kerana ia akan datang sekali seumur hidup . After that u will recognized the signal. U will watch out and know the signal. Such as u know chilli is spicy, but...some chilli is not spicy. Furthermore, ur mindset are program the spiciest chili characteristic. Better watch out not to eat chilli if u a gastric person. Hahah
(hope i can see this comment10 years later)😎😁
thankyouu for this🥺
I have been there before😌
No, ini bukan pasal cinta terhadap kekasih. Ini adalah pasal kasih sayang seorang abang pada satu-satunya adik yang dia ada. Kiranya dalam mv ni Naim depression + trauma sebab adik dia mati depan mata dia. So dia jadi lost, tekanan sebab dia macam tak boleh terima hakikat yang adik dia dah takde. Hari-hari dia rindu adik dia dan kita semua tahu rindu orang yang dah takde memang sakit dan takde penghujung so the conclusion is Purnama is his one and only beloved sister.
Plus, if korang ada kenalan, kawan atau keluarga yang ada depression or macam nak kena depression, korang jangan hina or cakap dia gila. Korang kena bantu dia, beri sokongan pada dia.
Naim ade adik ke? Hehe aq Tak tau
@@loofiyy6004 in real life aku pun tak sure dia ada adik ke tak tapi dalam mv ni perempuan tu kira adik dialah
Aku nangis bce komen kau ... Sbb aku slh sorng pesakit mental illness. Thank you.. thank u so much... 😔😢
@@47VENROMAN ouhh takpe la macam tu at least aq phm apa yg disampaikan 👍👍
@@azzafarinamazlan tak perlu terima kasih pada aku. Sepatutnya kita memang kena sedar yang mental illness bukan benda yang main-main atau gurauan. Mungkin aku tak rasa yang pesakit mental illness ni rasa tapi aku tahu diorang tak gila. Depression is seriously not a joke. Plus, kepada sesiapa yang ada mental illness, korang jangan risau dan jangan takut. Korang boleh call 15999 - Talian Kasih. Diorang ada kaunselor yang boleh bantu korang halang depression dan mental illness yang lain.
Kadang kadang, apa yang terjadi dalam hidup kita, ada hikmahnya. Ujian yang Tuhan bagi, untuk setiap hambaNya, berlainan caranya. Tapi tujuannya sama. Untuk melihat sejauh mana, seteguh mana iman kita menerima.
Dengar lagu ni, mengimbas kenangan, pengalaman hidup i dari kecil. I hilang Mama dalam kemalangan, waktu malam. I hilang Ayah sebab sakit, waktu malam. Purnama kan. Kalau i tak kuat, i mungkin jadi macam you Naim (dalam mv ni.)
Tapi i kuatkan kaki, hati i. I berjuang lawan sedih, pilu, rindu yang i rasa. Wallahi Naim, Allah saja mengerti. Sakit, depress, takda siapa tahu. Orang tak pernah tahu. Lepas Mama Ayah takda, setiap langkah i dalam hidup, penuh liku, halangan. Cuma alhamdulillah, setiap ujian yang i lepas, ada manisnya kemudian. I masih mampu bertahan, bernafas sampai sekarang.
I harap sesiapa saja yang mengalami nasib yang sama, terus kuat dan berjuang demi mendapatkan redha Tuhan. Supaya kemudian kita diberi peluang, bersatu dipenghujung waktu, bersama purnama. - Adilla
Doa saya untuk awak dan semua yang diuji. Semoga dosa diampuni. Dan amal diterima. Dan semoga kemuncak kebahagiaan kita di syurga nanti. Aammiin..
No one can beat Naim when it comes to feeling the song he sings. Who agrees with me?
ada, misya omar..naim is next after misya omar
Naim daniel
Ernie zakri
Misha omar
Syamel
These singers are unbeatable
SEKALI LAGI ku teringatkan mu, biarpun ku tidak SEMPURNA, tetap SUMPAH ku terhadap mu,setiap masa ku terfikir ADAKAH KAU MENUNGGU KU,kan selalu ku perSEMBAHkan cinta kepada mu, jangan lah kamu SEDIH wahai PURNAMA
MV klasik 100%
Lirik 100%
Suara Bang Non 100%
Pocong 200%
Talented btol singer songwriter nih. Naem, Haqiem, Hael. Diorang sndiri adalah brand. So bleh sustain dalam industry. Satu lagi Faizal Tahir. No wonder M. Nasir pun sustain lama dalam indsutry sebab dia bleh compose sedap utk diri sendiri, untuk kekal relevant berzaman
Lagu ni, terkenang Nabi Muhammad saw, dulu orang arab dendangkan nasyid "tola 'al badru 'alaina" untuk menyambut kedatangan Nabi ke Madinah yang bermaksud "telah ada bulan PURNAMA untuk kami".
Moga kita berjumpa baginda di akhirat kelak, in shaa Allah.
Aaminn
"Saya okay" - Penipuan terbesar yg kita pernah ungkapkan dekat seseorang.
Saya okay Penipuan terbesar yg kita
DOA NABI AYYUB🤲🏻
Doa ini dibaca oleh Nabi Ayyub a.s untuk memohon kesembuhan di atas penyakit kulit yang sudah lama dideritainya serta ujian kematian anak, harta dan keluarganya.
Antara ujian yang ditimpakan ke atas baginda adalah menderita penyakit kulit selama bertahun-tahun lamanya. Ia adalah antara ujian paling berat sehinggakan baginda terpaksa memencilkan diri bersama isteri, Rahmah selepas masyarakat bertindak memulaukan baginda ekoran bimbang penularan penyakit tersebut.
Ujian Allah SWT ke atas baginda tidak pernah ditimpakan kepada sesiapa pun. Namun, Nabi Ayub tetap sabar dalam menunaikan perintah Allah dan terus-menerus bertaubat kepada-Nya.
Hal ini dirakam oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
“Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (al Anbiya: 83)🤲
I'm okay.. I'm okay
Terima kasih atas perkongsian 👍💪💖
Rindu. Sifatnya seperti angin, tidak dapat dilihat tapi kurasakan kuatnya membadai tubuh ini. Menyakitkan. Beban didada sangatlah berat. Rasa ingin meraung. Ingin menjerit biar satu dunia dapat mendengar rasa rindu ini. Tapi hanya doa mampu kukirim. Kedalam hati kamu. Wahai purnamaku, kamu perlu tahu, aku rindu kamu💛🖤
Rindu.Sifatnya seperti angin tidah
Siapa datang sini selepas OST drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Slot Samarinda TV3
Baru taw best gila lyn purnama
Prnh dgr kt radio tp X tahu sape penyanyi, X cam suara Naim Daniel.. tgk drama tv3 baru tahu n terus dtg sini.
Aku
@NUR IRDINA BINTI MOHD KHAIRUDDIN Moe drama ni genre dia seram...lagu OST ni pun memang kena dengar drama ni sebab drama ni berkenaan ancaman ilmu hitam dan sihir terhadap rumahtangga
Me🙋♀️🙋♀️... 🎶🎶🎶Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku, Tuhan tolong jaga dia tanpa ada noktah🎶🎶🎶
Letak cinta manusia hanya dalam tangan, letak cinta Allah dalam hati. Kelak anda akan bahagia.
my interpretation: naim ni ada DID (disassociative identity disorder) lepas dia tengok adik dia accident depan mata. Dia took his adik punya personality/character as a coping mechanism. If u pernah tengok kdrama kill me heal me, that guy took childhood friend dia punya character to cope w his trauma.
So, parents naim pun bawa la gi jumpa doc, doc asked what's w the baju semua. In the end, he said he's okay (meaning that dia just terlalu rindu adik dia) dia tak rasa dia ada mental illness. He just do that to cope w the loss
Nana
@@ecaa4056 Oppa
That last part when Naim Daniel said ‘Saya okay’ sambil senyum,damnn it’s true that one smile hide a thousand pain
Tak terungkap kata
Menyedari masa
Ke mana perginya dia
Jika ditakdirkan
Begini rasanya
Terpaksa aku terima
Gantikanlah jika ini yang terbaik buatmu
Kurelakan ikhlasnya
Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan, kumohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan, kumohon kuatkan hatinya
Selamanya
Aku perlu dia
Kurindu purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan, kumohon pada-Mu, kuatkanlah hatinya
Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan, kumohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan, kumohon kuatkan hatinya
Selamanya
Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan, kumohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan, kumohon kuatkan hatinya
Selamanya
Aku perlu dia, ooh
Aku perlu dia, ooh
THANKS TO ME LATER
thankyou
Based on the mv, melepaskan pemergian seseorang bukanlah satu benda yg mudah especially our beloved one which sometimes can effect our mental health. Semoga Allah sentiasa beri kekuatan untuk kita semua 🌹✨
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
The song is about him and his sister. Bukan partner dia, obviously the girl looks way way younger than him. He saw adik dia kena langgar, and because of that dia feel so traumatized and depressed, too much for him to handle. Sebab terlalu rindukan adik dia, he end up becoming his own sister (kira mcm develop another personality in him as adik dia) End up dalam some sort of mental institution. That’s why you all can see that he’s actually wearing adik dia punya clothes at the end. Saying that he’s okay.
I really liked the MV and this song version was refreshing with the flute and all but I kinda prefer the demo one better, because the melody lagi jelas compared to this. Sebab the first one tu dgr, dah fall in love. This version I feel the melody cam drowning sikit (my opinion) But still good tho. Go go Naim Daniel! 💕
Sekali lagi : menghargai parents
Sempurna : menghargai diri sendiri
Sembah : ketuhanan
Purnama : menghargai adik beradik
Naim ni pemikiran dia matured walau umur masih muda. We need more artis like this right ?
Absolutely yes😍
Lawak ke purnama ni untuk iman troye tiktokerz ahakkkk wkwkwkkw
Adakah kau menungguku : Lagu tentang adik beradik yg terpisah juga sebab parents cerai / tak sehaluan.
Sumpah?
sumpah tentang kekasih
ya allah aku takpandai nak menyusun kata untuk berdoa kepadamu, maka kau kabulkanlah apa ada di dalam hatiku.
ya allah aku takpandai nak menyusun
Sakit sgt naim... Sakit sgt bila sy dgr lagu ni.... Tiga tahun naim... Sy terpaksa terima pemergian adik bongsu sy... Dia meninggal secara mengejut, pengsan kat skolah baru darjah 5 mase tu 😭😭😭 nak hadapi., terkulai kaki ni xmampu nak melangkah.... Sampai ni sy rindukan adik sy naim... Sumpah xkuat tgok lagu ni., sakit... Xtertahan menahan air mata... Nur anisah bahiah, adik yg sgt manja... Yg selalu pimping tgan sy kemana je sy pergi... 😭 Allahhhh
Innalillahi wa Inna ilaihi raajiun..arwah dh tnggu fmilynye di syurga
btw i have the same name as your sister anisah bahiyah
😔😔😔😔
Al fatihah untuknya...adik saya dah 5 tahun dijemput olehnya...
Moga kamu baik2 saja... Moga Allah kuatkan semangat mu...
Naim kalau berlakon, tak sesuai watak hero jiwang leleh, tapi lebih sesuai dgn watak2 berat yang sarat emosi, mcm watak budi, watak depresi mcm mv ni.. so much talent, goosebumps all over.. tgok mata naim pun dh rasa sedih..
His eyes can speak
True.. tah kenapa rasa kalau naim bwak watak2 mcm ni, mmg deep betul feeling nya..
ye betul. saya follow naim dari kecik ria berlakon. kebanyakan watak berat memang bagi impact lakonan dia. watak cintan cintun ringan2 xsesuai sangat. macam lelaki linkungan cinta. please naim lepas ni pilih watak yang berat.sebab dia banyak bawak emosi,bila nyanyi pun nampak feeling dia. paling terkesan cerita dia dengan ellie suriati.
Yess!! Serius rasa nya naim kalau bawa watak mesti character yg unik.. yg lari dri cliche.. cuma drama yg latest tu je rasa plg xsesuai dgn dia.. it's not on his level, because he contain so much more talent.. lagi satu Harap klau masterpiece ni jadi ost janganlah diberi pada drama yang tapahape.. hope naim be more selective sbb impact dri cerita yg tak best boleh merencatkan lagu.. klu ada drama yg nak guna please make sure it has a certain quality atau values yg hampir sama mcm mv ni.. huhu
Kalau watak antagonis dia pernah bawa dalam filem bisik pada langit, mmg mnyampah gila dgn dia dlm cite tu.. tapi kalau watak paycho mmg ngam lah kalau dia bwak.. haha mesti menjadi.. i hope lakonan beliau pun diberi pengiktirafan juga
Yang masih tidak faham jalan cerita video ni meh aku explain.
Video ni menceritakan Naim ada mental health selepas kematian adik perempuannya. Bukan isterinya ya. Tengok muka adiknya pun dah tahu masih lagi kanak-kanak riang. Lagi satu. Penceritaan ni sangat berat. Kenapa? Sebab Naim terlampau depress dan rindukan adiknya sampai dia sanggup 'cross-dress' menyerupai adiknya. Boleh saksikan dia cross-dress intercept diantara dia dan bayangan adik perempuannya di minit 1:24 , 1:59 dan 2:10 . Sebab itu aku tertanya-tanya kenapa doktor pergi keluarkan satu 'dress' dan tunjuk kat Naim di minit 1:32. Aku rasa masa Naim 'cross-dress' disamar-samarkan sebab takut jadi isu kot. Malaysia kan. What do you expect? LOL. Yang lain tu macam biasa, Abang meroyan sebab adik mati kena langgar dengan kereta. Tu je. Tak adalah susah nak faham pun kalau buat penelitian. Sekian. :)
so purnama tu ialah adik dia yang datang dan pergi begitu saja betul kan?
@@deyyf5636 Haaa ya betul. Kiranya tak lama lah macam bulan purnama. Kan kejap je dia ada. Lepas tu tak ada dah. Sedih. :(
Sbnarnya,klau mv asal smua org boleh fham and xperlu explain
@@mnrmashups_ Tu lah tapi anggap je lah MV asal tu tak pernah wujud sebab dah tak ada dah pun MV tu. Hahahaha
Sapa2 yg ada ternampak MV asal will understand the whole story...wlaupun secara jujur prefered the unreleased MV coz it was more dramatic n impactful, biarlah naim sendiri & org2 yg dah tgk tu shj tahu..😊
An-Nahl (16:53)
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
An Nahl
Lagu ni memang sedihh.Saya nangis banyak kali.Saya kehilangan ayah saya yang tercinta disebabkn kanser pada bulan ogos yang lalu.Ya allah rindunya aku kat ayah aku
Jom kasi trending sbb naim nak potong rambut kalau trending no1
Jom kasi trending sbb naim nak
aku rindukan purnamaku. selepas abgku meninggal ayahku meninggal kemudian mak pula meninggalkan aku. aku teramat rindukan purnamakuu.... Tolong la...
Semoga Allah beri ketenangan dan kekuatan pada awak. Stay strong and keep fighting! Moga awak disatukan dengan keluarga di syurga nanti, In Shaa Allah! ❤︎
Allah sayang ❤
Naim daniel bakal pelapis pelapis artis bbnu. Wlau masih muda.. Dia sangat berbakat. Jika akan datang ada ajl.. Memang die sahaja layak jadi juara.
Auto nangis dgr lagu ni.
Aku rindu adik aku.
Dia pergi macam mimpi.
Until now aku still struggle tuk lupakn semua tu. Sebab sakit sgt sebuah kehilangan. Sakit! 😥
AlFatihah.
Allahu..mohon sahabat2 yang membaca mesej ini doakan seorang sahabatku, dia mengalami ketumbuhan/darah beku yang terkumpul sejak dia bersalin...doakan semoga dipermudahkan segala urusannya dan keluarga dan diberikan kesembuhan yang segera...saya sayang dia😔
Insyallah.. Saya percaya kawan akak akan sembuh dan akan pulih seperti sediakala. Tiada yang mustahil.. Amin
@@Hankyuz terima kasih atas doanya itu 🥺💖 aamiin ya rabb..
@@nureensyahirah9822 Sama - sama kak.. Yang saya hanya mampu mendoakan kawan akak aje.. Yelah.. Kitakan saudara seagama Islam.. Why not kita saling membantu.. Membantu itu satu amalan mulia.. Amin..😁😁
@@nureensyahirah9822 Wait.. Lambatnya awk tidur.. Tengah buat apa tu ?? Saja aje tnye.. 😅😅
@@Hankyuz betul tu..😁
I'm crying. I hilang adik tiga tahun lepas and kami dua beradik je. Terkilan sebab dua bulan tak balik dari matrik, adik dah pergi. I ada kemurungan, sedih and tak dapat maafkan diri sendiri. But slowly I kuat sebab sebelum arwah pergi dia amanahkan I untuk jaga ibu papa and dapatkan degree. Doakan I and Al Fatihah untuk Nur Farahin Mohamed Hanifiah 🌹
Al fatihah buat arwah. Semoga dia sentiasa bersama orang orang yang beriman.
Ni baru lagu berjiwa malaysia .naim danial terus jadi top 1 in carta bagi aku penyanyi muda yang boleh pergi jauh dlm sekejap je .
Kepada yang bertanya what kind of musical instruments yang digunakan dalam lagu ni terutama bunyi string dan flute adalah Japanese musical instruments. Kalau bunyi string tu nama dia ‘Koto’. Kalau bunyi flute tu namanya ‘Shakuhachi’. Boleh try google atau cari kat dalam youtube ni untuk sample bunyi intstrument tersebut. Saya tahu sebab saya banyak dengar music J-pop & anime. Heheheh.
Aku jeke yang tunggu lagu ni keluar sejak dia cover kt ig song haritu?
Kalaulah harini ayah sy masih hidup,mesti my family menyambut hari lahir dia,sebab harini hari lahir arwah ayah sy...skrg kami hanya mampu berdoa dan sedekahkan al-fatihah kepada arwah..dan bila dgr lagu naim ni,menjadi penguat buat kami yg rindu arwah..terima kasih naim release lagu purnama ni❤
al fatihah utk ayah awk...
@@sitifaizah4170 thank you🥺
Nabi Muhammad Sallallahu a'laihiwasallam pernah bersabda, "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."
(H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335) #MenungguALFateh
Kepada yang menderita mental disorder (bipolar, schizophrenia dll) pls seek help jangan pendam, jangan simpan. Aku doakan korang semua sentiasa kuat & tabah jalani hari demi hari dikelilingi manusia yang tak memahami & mementingkan diri.
Stay strong.✌🏻
Terbaik naim daniel, memula collaborated dengan man kidal which is one of the best guitarist. Sekarang colloborate dengan mohar mohram, which is the best flute player in malaysia. Kudos on Naim Daniel and team for bringing back those legends so that the new generations will know about it. ✨
Terbaik naim daniel memula collaboratre
This is why I like naim daniel...sbb die punya lagu bkn jiwang2 cinta...he brought us new things
I'm a Filipino, I cant understand what is he saying but I can feel the song and meaning of it because of his voice, Its really relaxing. I also listening to this song while I'm answering my homework's hahaha. Its really good i hope more people appreciate you ^^
🇵🇭🇲🇾
nice bro
Turn on the caption.
Its actually has english sub
Rezeki, jika bukan pada duit, Allah mungkin bagi dengan kebebasan pada hutang, hati yang bahagia, keluarga yang penyayang, badan yang sihat, atau mungkin paling istimewa, doa yang dimakbulkan Allah.
Jangan putus asa berusaha. Kita tak boleh give up. 👌🏻
*LET’S MAKE THIS BEAUTIFUL SONG TRENDING IN MALAYSIA 🇲🇾 GUYSS!!!!!*
Kasi bts turun no2
At-Tawba (9:59)
"Cukuplah ALLAH bagi kami; ALLAH akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada ALLAH"
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ...امين يارب العالمين 😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿😿
Best sangat lagu baru naim ni. Cuma xboleh selalu sangat dengar sebab buat hati ni sebak n rasa xboleh move on dengan kehilangan dan kerinduan pada insan yg sudah tiada. Good job to you Naim Daniel.
hari ni genap 2 bulan tanpa mama disisi. dengar lagu ni teringat dengan arwah. semoga terus cemerlang Naim, kalau tak ada COVID-19 inshaa Allah lagu Sembah boleh menang AJL tahun ni & lagu ni menang AJL tahun depan. hatrick terus 👍🏻
Salam takziah bang. 😊
@@syhdaweunn4281 terima kasih ☺️
Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih Mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani. (Al Anbiya:83)
Aku rasa lagu ni Juara AJL36 akan datang..
Terlalu banyak jiwa yang terkorban kerana covid. Kehilangan orang yang disayangi sangat menyakitkan.
Semoga ruh2 mereka di rahmati Allah dan diberikan keampunan olehnya..Amin
"Ku rindu purnamaku"
LIRIK LAGU PURNAMA👍
Tak terungkap kata
Menyedari masa
Kemana perginya dia
Jika ditakdirkan
Begini rasanya
Terpaksa aku terima
Gantikan la jika ini yang terbaik buatmu
Ku relakan ikhlasnya
Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan kumohon kuatkan hatinya selamanya
Aku perlu dia
Ku rindu purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan ku mohon padamu kuatkan lah hatinya
Ku rindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya selamanya
Ku rindukan purnama ku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga dia tanpa noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya selamanya
Aku perlu dia (ooo)
Aku perlu dia (ooo)
Tq sayang..for the lyric😘
Karya ni genius, ia bukan karya yg kosong. Di akhirnya dikaitkan pula dengan surah alquran. Petikan ayat 83 surah alanbiya itu sangat menarik utk dihayati n dikupas. Sesungguhnya tiada yg lebih mengasihani selainnya. Sifat ar rahman n AR rahim Allah mengatasi sifat manusia itu sendiri. Kerana Dia lebih mengetahui kerana dia adalah maha pencipta. Ia satu pembelajaran n pengetahuan untuk para pendengar. Ini baru dikatakan karya yg mengajar kita menggunakan media lakonan, nyanyian n muzik dgn cara yg betul kerana sifat lagu ini bukan terlalu keagamaan, atau ia juga tidak bersifat menghukum. Susunan muzik yg sangat mewah, nyanyian yg penuh emosi dan melengkapi dan mencukupi. Ia natural. Sebaliknya ia menyedarkan. Sempurna.
Lagu2 under world peace entertainment mmg dlm mv ade petikan2 mcm ni...xcaya tgok mv ismail izzani pn ade
@@edisonben9753 yup. Menarik juga.
Semua boleh pergi tidur kot.. nak pukul 2 dah ni. Video boleh tengok esok.
hm yela
Otw
😂😂😂 Kuang asam cam tau2 je org baru layan
HAHAHAHAHAHHAHAHA
Noted baikk👌
Saya dan isteri baru sehaja kehilangan anak tersayang. Meninggal dalam kandungan. Usia dalam kandungan baru sahaja mencecah 6 bulan. Punca kematian tak dapat diketahui. Tarikh kematian dalam kandungan waktu tu tinggal beberapa hari je nak sambut raya. Bila terdengar lagu Purnama - Naim Daniel, memang tak dapat tahan air mata. Di kala rakan-rakan yang lain bergembira menimang cahaya mata, kami hanya mampu menahan air mata. Semoga ada sinar untuk kami berdua pada masa akan datang.
Al-fatihah untuk purnamaku sayang - Nur Adni Humaira ❤️
Innalillah.Salam takziah.Semoga lagu ni boleh jadi pengubat rindu.❤
@@ridernakal Terima kasih tuan. Luaran kita nampak normal macam kebiasaan tapi hakikatnya hanya Tuhan saja yang tahu macam mana kita berlawan dengan perasaan sedih & rindu yang tak berpenghujung.
Takziah..sbr ye shbat
@@amilg-shock5927 Terima kasih tuan
ruclips.net/video/xFG6Pu3JqPA/видео.html
paling touching part last naim cakap 'saya ok...' + “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit sedangkan Engkaulah yang paling mengasihani dari segala yang lain yang mengasihani.” (Surah al-Anbiya’: 83)
Kali ni aku tersentuh, aku ingat aku tak ada perasaan lagi. Tapi lagu ni buat aku terdiam makin dalam lagi, masih tak mampu cari penganti arwah tunang aku selepas 8 tahun pemergiannya. People cakap ala tunang je tapi bagi aku dia sahabat terindah. Bukan tak redha, hanya berserah siang dan malam jika hari tu ada jodoh maka dia lah tujuan yang bakal aku hargai suatu hari nanti.
Mohon tabah bro
I have suffered from dark world of mental illness. And its real, lagu ni aku boleh faham deep depression merasai kehilangan. Dan aku harus berpura-pura okay dalam realiti, walhal aku sakit secara hakiki.
We need this kind of message more in our industry. Good Job Naim ❤️🌍
Aku sebagai frontliner/Doktor mesti mengalir air mata kalau denga lagu ni bila mengenagkan rakan seperjuangan yg gugur di sebabkan COVID.
Alfatihah untuk mereka.... semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yg beriman, mereka yg syahid di medan perjuangan.
😭
*tutup lampu
*selimut satu badan
*pakai earphone
*naikkan volume
******nangis
Bunyi seruling tu menyedapkan lgi melodi lagu purnama ni...Meremang betul ditambah dgn jalan cerita dalam mv ini.Jarang2 nak ulang banyak kali lagu2 kat youtube.Terbaik Naim Daniel
Trending no 1 , dia potong rambut , cepatttt gaisssss !!!
my purnama is arwah tokki.. waktu petang aku tengok kakak aku up story tokki masuk wad. aku nak call tapi lupa sebab kerja. pukul 5pagi dapat call dari kakak, tokki dah takde. terus bertolak dari kl ke terengganu. ngam2 sampai kat rumah, imam dah panggil waris untuk tatap wajah arwah buat kali terakhir...
Al Fatihah buat Mustafa Ismail
[22/12/1943-25/3/2020]
1 Rejab 1441H
Kadang² purnama yg kita rindu, slalu tidak memberi ruang untuk kita berteduh disebalik cahaya purnamanya.kita hanya mampu melihat orang lain yang berteduh disebalik cahaya purnama yg paling kita sayang ❤️
Saya ulang banyak kali sampai trending no.1 nk suruh naim potong rambut😂
Yeayy Naim dah potong pendek rambut , boleh tengok ig dia XD
I'm a Indian who love all kinda of music, music give me confort.. Your song really hit so close to home😭
I certainly lost my grandma who raised me up all my life and I kept telling myself it okay it meant to happened and I will be okay but still the grief is too much to handle. To think that someone who is big part your life is wasn't going to be there for you anymore.
Thank you so much for this song❤🙏🏽
So I bet you love Mongolian Throat Singing. or at least listens to Symphonic Death Metal bands.
@@heyheymaizo huh?
@@byurside1247 You said you 'love all kinda music'. I listed some genres of music.
@@byurside1247 Soo I was merely suggesting that you also listen to that genres as well. Was I wrong?
@@heyheymaizo ik your intention of asking that question is not to suggest me songs... But if that how you wanna bully people then go ahead..
Lagu ni macam relate dengan kes accident yang baru-baru ni dimana seorang suami yang kehilangan isteri tercinta.....
Al Fatihah buat mangsa....semoga arwah ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman....
baru dengar 2 hari dah hafall hope dapat hafal quran macamni jugak :( doakan saya sem ni dapat dean list nk buat mak happy jee :D
semoga awak capai apa yg awak impikan 😊 btw Hai, jangan lupa tengok lirik lagu Purnama disini ruclips.net/video/AJP6e-10F9Q/видео.html
Jangan lupa subscribe ya ❤️
amin
Me & my ex have this nickname of Awan (me; because I love clouds) & Bulan (him; because his name sounds like a moon).
We even have a collaborative playlist on spotify named Cloud & Moon Infinite Playlist which we name it after a movie, Nick & Norah Infinite Playlist.
Purnama is another words for Bulan. So when this came out, it reminds me of him.
He left me for another girl. He’s married now. I suffered anxiety for a year after he left, still now. I lost myself within the time of trying to mend the broken pieces. Slowly trying to get better.
Bulan, I know you’re happy now with your life, the life that you wanted. Awan is still looking for the happiness in hopes to get over you.
Bulan, sampai saat ini, biarpun hati ini sudah mula menerima yang we are no longer going infinite, ketahui lah, masih ada ketika kenangan hampir 4 tahun kita bersama, bermain dalam ruang fikiran & tanpa sedar bergenang kelopak mata tapi dengan senyuman. Because I’m glad it happened.
“Ku rindukan purnamaku, doaku kan bersama mu”
Bulan, Awan rindu...
😢
I feel u awan. be strong. awan takkan mendung selamanya. pasti akan ada pelangi yg akan teman hidup awan. :)
@@missshakira9928 🥺💪🏻
@@salwaniwani5097 thank you so much for this awak! 😩 Awan is getting better now insyaAllah 😭🥺
You deserve to be free from the pain sis 💪 may Allah grant you strength to move forward with peace.
Aku hilang seorang sahabat n hilang atok aku then aku jadi orang yang macam tak yerurus almost 1 year. Hujung tahun 2018 hadir seorang lelaki bagi aku kepercayaan dekat dia. Aku cakap aku takut hilang orang yang aku sayang n ye dia tinggalkan aku atas sebab curang tahun ni. Macam tulah keadaan aku dulu mcm mv ni tak terurus . Selalu pergi hospital appointment doc sebab sakit. Bukan sakit sebab penyakit tapi kemurungan. Alhamdulillah im getting better☺️❣️
Semoga segala urusan dpermudahkan aamiin... Stay strong✨...
stay strong
Hi sis! You just need yourself to be happy again. People always leave us!
Semoga terus kuat
Ayah saya kembali ke rahmatullah harini..saya harap korg boleh sedekah kan alfatihah ke pada beliau..agar dicucuri rahmat..sejak ayah saya meninggal.. part chorus lagu nie terngiang kat kepala saya..tah la😪 saya x tau kenapa mcm tu..terima kasih naim daniel sbb mencipta lagu yg sgt kena dgn rse hati saya..😞saya harap naim boleh maju jaya lg amin❤️
Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihi wa'fu'anhum ( doa buat semua yg mendahului) aamiin
@@Nur.Hidayahhh terima kasih kak❤️
ku rindukan purnamaku...ibu pergi sehari selepas aku selamat melahirkan anak..tak sempat mak tengok cucu yang dinanti..mak, cucu mak dah setahun 2 bulan, setahun 2 bulan jugak mak pergi tinggalkan kami..al-fatihah untuk ibu..😭
bro, aku rindu arwah abah aku. kau buat lagu ni sumpah kena situasi aku 😭. bro, aku dengar lagu ni. sumpah yang kau jujur dalam bekarya. aku doakan lagu ni boleh pergi jauh. congratulations brother. All the best dengan lagu baru 👍
bro aku rindu arwah abah
After watching this, I certainly realize that, I will be very broken hearted if I loose one of my sisters, i've lost my mother, my beloved grandmother, and through all those years all my siblings are the one whom I cry together, hold each other, silly fight together...we even had a promise that, we will grow old together and take care each other till forever :''(...yes...aku perlu mereka...
Kita semua ada 'purnama' dalam hidup kita. The lost 'purnama' 🙃 i miss my late father. Ku rindukan purnama ku 😢
Best sgt lagu ni naim... Sy seorang pengidap mental illness dgn 2 disorder.. Semua terjadi Hanya Kerana sy menyayangi seseorang. Lagu ni terus ke hati saya😭😭😭😭
Selalu berzikir ya que syg
@@murni89jannah82 tq awak.. Insyaallah..
Smoga Allah mnjaga mu..
Stay strong ye 🤜🤛
Kuatla semangat ye
Sedihnya lagu ni. As someone who lost my love during this pandemic, and recently been diagnosed with depression, it is sad in all ways. May Allah hug me and those who currently fighting with mental health. Hang in there buddy. Love n hugs
Take care. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat.
Lagu ni, buat aku terkenang aku masa kecil, main bola dgn adik, dia kejar bola. Tiba2 motor laju lalu, langgar adik aku, adik aku cedera kat mata, hampir nak buta, aku pegang adik aku sambil nangis, meraung. Mak ambil adik terus hantar hospital, aku fobia lepas tu nak main bola kat depan rumah.
Aku dengar lagu ni masa Allahyarham Siti Sarah tengah bertarung nyawa melawan covid, dari lagu ni aku dapat rasakan perasaan Shuib. Sekarang, satu permata telah pergi menghadap illahi buat selamanya. In shaa Allah, syurga buatmu, Siti Sarah. Al-Fatihah.
Sama😢😢😢 Takziah Pada shuib...Semoga kak Siti Sarah Ditempatkan Dikalangan Org2 Yg Beriman. Amin...
lagu ni sedih sgt bila relate dgn kisah Allahyarham siti sarah..lagu ni mengenai orang yang masih hidup macam mana dia nak terima pemergian tu..which is dlm kisah ni syuaib dan keluarganya
This song comes out at the right time. Kesayangan sy accident, last contact with him last week & about few minutes before accident. Tak boleh melawat di hosp due to pkpb, only met his fmly utk tnya khabar. And he's not contacting with me thru call/ws (maybe dia tgh down), but sometimes on Instagram and he's starting remove female followers and following except me. Even khabar dia pun adik dia maklumkan he still needs time to heal. And I redha. 'Purnama' ini untukmu. Moga cepat sembuh dan terus kuat ❤️
Semoga cepat sembuh ❤️
@@WorldPeaceEntertainment aamiin.. Tq 🥰
Sedih MV ni,cerita tentang kehilangan adik perempuan,tapi aku kehilangan sorang kakak,aku tak ada adik beradik lain dah,semoga diri ini kuat menempuh dugaan yang diberi...
AL FATIHAH NUR FATIN BINTI MOHD NARZERI...
Sama dengan nama saya... Nur Fatin... Semoga beliau dicucuri rahmat
@@FatinZainuddin Amin 🙂
Thank you semua for supporting this song & music video.. 🙏🏻 ❤️
Thank you semua for supporting
First time dengar lagu ni lepas mak keluar wad minggu lepas. Sejak tu belum berhenti lagi dengar lagu ni dan semua lagu-lagu naim. Setiap bait lagu ni on point sangat dengan semua yang saya rasa sepanjang mak sakit dan part "aku perlu dia" tu memang apa yang saya adukan pada Tuhan setiap kali minta kesembuhan untuk mak..
Saya tak pernah tengok juara lagu, jadi tak tahu lagu ni dah masuk bertanding. Kalau tahu, mesti saya dah support dari mula. Apa-apa pun, saya doakan all the best dekat naim untuk future projects. Setakat ni, saya suka semua instrumental compositions dalam lagu-lagu naim. Keep up the good work :)
when you’re good at acting + singing = THIS SUPERB MV !!!!
I am suffer from MDD with psychosis. My happiness is my mom and my dad, but I have lost both of them in 2018.
Today 28th November, genap 2 tahun pemergian my mom. I miss them so much.
I take several meds and went through therapy. I am not ashamed, and neither should you be, for needing help.
Allahuakbar. May God bless their souls.
Hi hope you doing okay! You are strong enough! Need someone to rent I’m here. 💙
Be strong yay😊
Kehadapan Purnamakuu,
Sejauh mana Allah pisahkan kita, Pasti Allah Akan pertemukan kita. Semoga Allah Sentiasa menjaga kamu untuk aku Tanpa Ada noktah.
1/12/2020 💖
Terengganu.
Watch lirik Purnama - Naim Daniel here ruclips.net/video/O0iJ-DE9sOo/видео.html
An-Nur 24:55
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka... #September1998 #SalamReformasi #TakkanLupa
* jangan semak nak reply komen aku
D. Syeikh Mudzafar: Orang Malaysia pertama sampai ke angkasa
Naim daniel: Manusia yang pertama main piano kat angkasa
Proud to be Malaysian!!❤❤
😂
🤣
👁️👄👁️
Teringat masa awal2 arwah adik pergi, mmg jd x tentu arah, setahun depression....sgt2 memahami bila tgk mv ni, al-fatihah utk arwah adik 😭😭😭
Al fatihah
Pengajaran dr mv ni kalau nak melintas tgk kiri kanan dulu, dah rasa selamat baru melintas .Ingatlah orang tersayang huhuhuhu
sebelum masuk kudrat
HAHAHAHAHAH masuk2 jdi lembut
dah insaf kali😌
Bila tgok video ie tringat dgn arwah adikku yg umur 3 thun mninggal lemas taun 1998 krana kedaifan kluargaku dlu.. hujan lebat air pasang naik smpai bwah rmh .. rmh kayu atas air.. rmh bocor sna sini ..aku mak dgn adik berteduh sementara nk blik rmah .. mak dgn adik berlari balik rmh dlu.. aku msih mnuggu skjap .. msa aku blik rmh tgok mak msa tue tgh lap lantai krana bumbung bocor.. aku yg bru dtg dri berteduh tnya mak mna adik.. adik kt blakang.. tgok pagar terbukak wlaupun tak terfikir d fikiran smpai skrang mcm mna pgar trbukak dgn adikk yg rndah lagi dri pgar.. kami skampung cari adik d tepi jeti ..bawah perahu , bot .. Laungan Azan menimbulkan adikku yg perutnya dh kembung tak bernyawa.. tak dpt ku bygkan lgi bapaku yg baru balik dri menangkap ketam mlihat org rmai d rmhku..😭😭 mak depress masa tue ..smpai skrang aku msih slahkan diriku sendiri ..klaulah aku blik bersma dri bertduh hujan hritue .. Al- Fatihah utk adikku..
Innalillahi wainnailaihiroji'un... Boleh minta nama arwah? Tujuan doa
Al fatihah..sabar bro..adik ko pasti ke syurga..
@@SOFIYYAHABAZIZ Mohammad Siraj Iman Bin Bujang
Silent tears hold the loudest pain.
NAIM DANIEL MEMANG SEORANG YANG BERBAKAT MENYANYI BOLEH , BELAKON BOLEH , TAMBAH II MAIN MOBILE LEGENDS LAGI POWER
Hai, tengok lirik lagu Purnama di sini ruclips.net/video/AJP6e-10F9Q/видео.html
Jangan lupa subscribe ya ❤️
Kesini gara gara OST Aku Yang Kau Gelar Isteri. Hehehe. Semoga Drama dan Lagunya Meledak. Penasaran Sama Dramanya Sumpah. Lagunya pun suka banget. Salam dari Indonesia.