Anak Mangsa Keldai Dadah

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 17 апр 2022
  • Anak jadi keldai dadah bapak????
    Anak TBQ ini, baru berusia 8 tahun ketika TBQ mengambilnya sebagai anak-anak TBQ. Kisah anak ini sangat menyentuh hati kami, bila mana dimaklumkan bahawa dia sebelum ini telah menjadi keldai dadah oleh bapanya sendiri. Untuk makluman, anak ini telah kehilangan ibunya sejak kecil.
    Bapanya akan menyuruhnya pergi menghantar dadah kepada pembeli yang telah diatur lokasinya. Kadang-kadang, anak ini hantar dadah di kedai makan, lorong-lorong tersembunyi dan mana-mana tempat rahsia.
    Bila seorang anak tidak dapat perhatian dan kasih sayang seorang ibu dan bapa, tiada tempat mengadu dan meluah, dia kerap kali berlari ke hutan yang berdekatan ketika berasa ketakutan. Dr. Hidayah Ong Abdullah (Doktor yang merawat anak-anak TBQ) memberi keterangan bila mana telah memeriksa keadaan fizikal & mental anak ini bahawa struktur kakinya tidak sama dengan perkembangan anak-anak seusianya, akibat kebiasaan anak ini bila takut sahaja, terus berlari ke hutan yang berhampiran.
    Anak ini sejenis yang kurang bercakap pada permulaannya, namun, setelah pihak TBQ Amal, warden-warden dan galakkan oleh rakan-rakannya, alhamdilillah, nampak impak positif pada diri anak ini. Untuk makluman, semangat dan cita-cita insan bertubuh kecil ini sangat tinggi. Bila di tanya akan cita-cita, anak ini nak menjadi seorang anggota polis. Dia sangat-sangat berkeinginan untuk bersekolah disebabkan masalah keluarga, anak ini tidak ke sekolah.
    Untuk itu, anak ini mengharapkan secebis doa dari semua agar, dia dapat teruskan hidup seperti kanak-kanak biasa walaupun tiada ibu dan dibuang ayah. Doakan anak ini moga dapat bersekolah seperti kanak-kanak seusianya dan dapat menjadi seorang anggota Polis seperti yang dicita-citakannya selama ini.
    Sekiranya ada diantara kita yang ingin memberikan sumbangan kepada anak-anak TBQ di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ, boleh salurkan sumbangan anda ke akaun bank seperti dibawah:
    Malaysia :
    PERTUBUHAN KEBAJIKAN TARHIM BIL QALBI AMAL NEGERI JOHOR (TBQ AMAL)
    No. Akaun : 8881 04699 0083
    Bank : Ambank
    Singapore:
    Paynow 9196 4325
  • РазвлеченияРазвлечения

Комментарии •