Yg terbaik Mitsubishi 1.5 hp,sy beli sejak thn 1996 hingga kini 2023 dah capai 27 thn pindah rumah 3x....Cuma sekali jer rosak dia punya swing jem dah betul..
Jenama yang saya minat....teknologi Mitsubishi ada leh sampai ke bulan..... tapi Mitsubishi ni dulu2 masa produk memang hasil di Jepun memang power.... saya pakai peti ais pun jenama Mitsubishi....
Betul tu.. kami br bukak aircond mitsubishi setelah berkhidmat lbh 20tahun.. xda rosak pon.. cumanya bunyi bising sebab ada benda patah area sirip.. cian pulak anak nk tdo bising.. mmg terbaik..
I'm waiting for my food and watching this video. Planed to buy Panasonic AC after lunch. I'm glad watching this video and decided to buy other brand. Thank you so much!!!
Salah satu video saya lihat, dan telah membeli 3 aircond Acson utk rumah, sebab Jenama Malaysia, Harga Tengah-tengah dan spare part katanya murah serta jenama utk aircond pejabat2 (tambah yakin). Saya juga rujuk 2 orang kawan juruteknik di pejabat, sama juga katanya. Setakat ni terbaik, cuma ada satu remote rosak, tapi boleh guna sama, kene beli remote lain cam ni. terima kasih tuan/puan.
Aircond kat rumah saya ada jenama Media (3 unit), Daikin 2.5hp (1 unit), Panasonic (1), LG (1), Samsung Inverter (1). Setakat ni yang paling bermasalah adalah jenama Samsung baik aircond, hp, washing machine, peti ais dan tv sekalipun saya dh pernah guna mmg byk masalah tak tahan nak repair.
Sy memang peminat tegar Panasonic utk barang elektrik. Rumah sy ade 8 buah aircond Panasonic inverter 5 star. Hp 1, 1.5 dan 2.5. sebelum ni guna jenama Daikin inverter tapi Panasonic lagi jimat elektrik aircond pasang 20/7. Bil masa pakai daikin dlm rm1.2k bln2 tapi lepas pakai Panasonic bil rm900 sebulan. Ini kajian utk rumah sy.
@@shizamn x bang sy duduk rumah semi d 2 tingkat. Bilik ade 6 aircond 1hp-1.5 hp, ruang tamu luas tu yg pakai 2 bijik 2.5 hp. Bil mahal sbb ruang tamu luas ekon x cut tapi kelebihan inverter bila on lama [ A]dia akan turun 50%. Sy pernah pakai yg non inverter bil dekat2 2k. Penggunaan 20j setiap hari.
Ac york saya pasang thn 2001. Still running. Xpernah bukak turun. Servis biasa je. Color pun dah kuning. Masih sejuk. Bunyi kipas indoor dgn kompressor je dah kuat sikit. Berbaloi bak ang 💪
Rasanya cara pakai pun satu hal kot. Macam saya buka ac paling kuat 25 ja. Fan kasi full. Filter cuci sebulan sekali. Tdo pun bukak 29 ja. Pasang kipas skali cukup dah. Tu agaknya tahan lama kot
saye ad 2 biji air con. fujiaire & midea keduanya 1hp. tp bg kwn better fujiaire sb sejuknye rase lebih nyaman. da gune 7 tahun masih ok lg. tp kene mainten 6 bulan service la
Sy pengguna daikin.. model FTKF 1hp converter... mmg tahan lama.. guna utk 3bilik tidur.. sangat senyap asal rajin cuci filter je. sejuk mmg sejuk.. ada plan nak tambah lagi 2hp utk ruang tamu.
econ sharp saya pakai tak sampai 3 tahun dah problem. sejuk beberapa jam pastu dia terpadam sendiri n lampu timer berkelip2. dah servis pun gitu jugak. tak tau la apa masalah dia 😢
@@thenobleman4841 hari tu nak amik sharp bila waranty die pendek 1 tahun dengan 5 tahun..terus tk jadi...leoas tu dengar ade board problem..terus amik haier waranty 3 tahun 10 tahun
Pilihan saya ikut turutan terpaling suka semua inverter jenama Panasonic, Sharp, Acson. Kerana 3 jenama ac ini ada features ion plasma untuk kebersihan & kesihatan udara lebih mantap. Tapi Panasonic & Acson mahal, jadi untuk poket selamat Sharp lah pilihan murah.. 👍😊
Daikin mmg power & tahan model lama...first house fmly pkai 4 Ac daikin 2- 1.0hp,1-1.5 & 1-2.5 ....nk msuk tahun ke 7 bru problm..srvice sthun skali and AC 22jam ON, sgt2 tahan...second house pkai Samsung nk msuk tahun ke 5, Alhmdulillah xde prob..☺️...
Ya betul..sy pn guna Panasonic..bagu sy pnggunaan electric pn jimat walaupn sy guna ac yg 3 star..penggunaan electric kira topup dlm rm30 bila dh guna ac..that means kira rm1 sehari la penggunaan ac sy..
@@bungaiterungtv6681 sy guna 2 aircond 1hp Panasonic inverter nanoe, mmg jimat, lebih jimat dari guna kipas siling, jika guna berterusan sepanjang malam antara pkl 10pm - 6am setiap hari,
Saya ada satu split unit 1hp National pakai sejak 1998..sampai sekarang ok.Memang lasak…10 tahun dulu masa servis technician kata dah nak rosak, paling lama 6 bulan.Sampai sekarang tak rosak2.Hampeeh..! Takde alasan nak tukar
Sy guna panasonic sky elite r32, sbb utama sy beli ialah hnya design yg cantik dimata sy jd bbaloi utk sy walopun hrga dia bleh beli 2 ac jenama lain~ tp bg sy sbg consultant dlm construction, jenama pling bgus acson mcm yg vdeo ni ckp...sbbnya sistem x complicated jd tahan lbih lama slain drpd kkuatannya cpat sejuk, cuma pjimatan elektrik kurg sket la...kbykn projek besar govt n swasta mmg daikin favret sbb variasi yg luas dgn hrga yg kompetitif, bab marketing power so no wonder lah kita pilih kalo snang brurusan n ada nilai tmbh, jd pngeluar2 lain spatutnya ambik cntoh daikin ni cara jaga raport client baru bleh challenge dominance~ topaire bg kitorg jnama pling atas, utk high end classy kalo client insist request baru kitorg approach dgn proposal..
Saya dok ingat nak tukar air cond. Lani dalam master bedroom guna Mitsubishi Heavy Industries (2hp) - Inverter. Kalau pasang air cond, selalu dari jam 9:00malam sampai 6pagi (dalam 8-10 jam selalunya)... bill mmg RM250 ke atas. Kalau anak2 pasang air cond dia orang (1hp PAna inverter - tahun 2006 kot beli ... DAN 1.5hp Pana jugek, inverter - beli lagi awal dari tu)... bill jadi RM300++. Pun guna masa malam sampai bagi je. Saya rasa macam ada sikit problem di situ, sebb kengkawan nye bill letrik, yg ada bilangan air cond sama (atau lebih), kurang dari saya :P Mungkin kena cek balik kot jenis AC, dan juga horse power. Master bedroom saya beso (tp tak ingat ukuran).... Ntah2 ke yg Mitsubishi Heavy Industries tu tak cukup kuat (walaupun 2hp, tp halus design dia). Mungkin kena tengok brand Acson, Daikin dan Pana la kot. Utk menggantikan Mitsu? Apa kata tuan2 dan puan2? :) Tq TechMaster TV buat video ranking ni :)
Terbaik.. sy selalu recommended cust brand acson atau daikin... bergantung pada bajet cust.. brand ni kalau tengok kt kampung2 pun ada kedai... jadi sparepart senang nak dapat.. tak perlu tunggu lama untuk cari sparepart..
Lain negara lain kategori bintang mereka bagi setiap brand.. maka dgn itu kepada mana2 saudara yg memiliki aircond jenama yg mereka tak sebut dlm top 5 tak apa.. apa yg penting janji bilik anda dan rumah anda sejuk.☺️🥰🥳🎊
Rumah saya gunakan A/C jenama Mitsubishi Mr Slim, satu unit 1.5HP pasang kat ruang tamu....jarang buka kecuali ada tetamu datang ke rumah. Dua unit lagi Mitsubishi Mr Slim 1.0HP pasang kat bilik tidur. Pakai dah dekat 10 tahun. Pernah gantikan motor satu unit A/C, cuma barang ganti kena order..ambik masa satu hari barang sampai baru boleh pasang. Technician ada jugak bgtau yg senang dapat alat ganti ni ada dua je, Daikin dgn Acson. kalau motor A/C rosak, pegi kedai mesti ada barang ganti motor baru..tak payah nak order KL mcm jenama Mitsubishi.
@@TechMasterTVAC saya x jaga sngt pon bab maintenance ekon ni tuan... selagi dia sejuk saya belasah je... dekat 4 taon x penah servis cuma cuci indoor unit air filter je... tapi tu laa... mmg brand ni tahan lasak laa... padahal tetiap mlm pakai sampai ke pagi... lagi sebijik guna brand beko... belum sampai setaon dah mula x sejuk... cuci filter indoor pon sama je... adoii laa...
setakat ni aircond yg sy puashati dari segi kesejukkannya ialah york, mitsubishi. 2 unit aircond utk bilik brand mistral( skrg dh cder brand ni) masih sejuk dan x rosak dh 20 thn lbh. bg sy prestasi hitachi, sharp,panasonic adalah kurang mantap spare part pun mahal dan susah nk dpt..
Faham Ramai yg rekomen MIDEA jgak sebab harga, but i ive bad experience with my previous midea brand for unit washing machine,freezer,stand fan 👎all of them rosak dlm masa 1-2 tahun 😅 tukar brand lain elok je tahan more than 4 thun until now, nak survey aircond next better avoid midea la
Saya seorang pemasang aircond,pada saya pakailah A/C yang ada sparepart kerana semakin usia dia meningkat ketahanan ac akan drop. Tak perlu berbelanja besar cuma tukar barang dan ia akan berjalan seperti normal balik
@@aziziaziz1245 Buka 24/7 dgn suhu 25 bila dekat bilik n 27 bila xde di bilik. Regular bersihkan filter sendiri sebulan sekali n blower 3 bulan sekali.
Tak tau la kalau ada lg ke brand Toshiba dkt luat sana. Umah ayah sy pasang 2 bijik dulu tahun 98, siap pindah umah 3 kali. Sampai sekarang masih sejuk bila pasang. Tak tau la kalo ayah sy rajin servis ke apa tp tgk gaya mcm tak la.. 😂
Terima kasih TechMaster atas perkongsian. Saya cuma bertanya tentang brand aircond Haier. Warranty yg diberikan utk model inverter 10 tahun compressor & 3 tahun indoor unit. Kalau non inverter pula 7 & 3 tahun. Kenapa Haier punya warranty mmg sgt panjang compare dgn brand lain² ye? Adakah bermakna brand aircond Haier ni diyakini bagus ke cmane ye? Mohon pandangan TechMaster.
Betul tuan. Saya memang tgh survey ni cari aircond. Pelik gak haeir sampai 3 tahun dan 10 tahun comp. Tapi brand lain mcm tak yakin je nak bagi waranty lama mcm haeir
Ada borak dgn saleman kedai barang letrik. Katanya, brand Haier ni dari China, baru masuk Malaysia. Dia cuba nak tarik new customer sebab tu dia bagi waranti lama macam tu, teknik marketing. Build quality okay, cuma sparepart tu susah sikit nak cari kat Malaysia sebab x ramai pakai. Tapi boleh beli online dari direct China kat Alibaba. Bagus untuk orang yg suka godek dan rajin research sendiri. Tapi kalau jenis nak senang dan malas nak fikir, baik ambik brand yang lebih mainstream.
Dulu 1st pasang bilik utama Hisense dah dekat 6 tahun maintain ok. Baru ni nak pasang bilik anak, jenuh gak survey. Last dpt 4 brand pilihan Panasonic, York, Daikin, Acson. Recommend by technician, acson sb harga tengah2 banding 3 lagi jenama sebabnya, quality & part sama dengan York/Daikin pnp tak pening kepala. Part pula murah dari Panasonic.
Pernah pakai mitsubishi, tahan lama hampir 10 tahun tapi bil tinggi. Skrg pakai sharp, 4 bintang jimat tenaga, dah dekat 6 tahun, jimat ketara bil, takde big issue, tak pernah leaking gas, mitsubishi dulu setahun sekali wajib topup gas.
Btl.. Aku pakai sharp inverter... Mmg hampir 10 jam tiap hari pakai.. Total rumah ada 5 bijik aircond.. Tp 2 sharp yg lain brand lain.. Bil rumah biasa rm2++ je
@@cincaulemakmanisheavy industries mmg terbaik, tp nk servis pulak ada hal sikit sbb blower flap tak boleh cabut, pastu energy consumption tak mcm sharp lah tp masih boleh lah dpt 3 ke 4 bintang... Sharp pulak terkenal penjimatan energy cuma spare part xtau mahal ke x... Acson lak spare part senang mcm beli perodua spare part ada je... Klu lain2 tu kena gali sendiri
Terima kasih info ini,saya nak pasang Acson jugaklah selepas ini, sebelum ni dah pakai jenama AUX dlm bilik, alhamdulillah walaupun non inverter,api sgt jimat walaupun 3 star,cuma sekarang dlm proses mencari untuk ruang keluarga pula.
@@rhuhaedybuang910 kalau aircond tu tahun 2018, ok lagi tuan walaupun gas r410. Kalau pemasangan nya betul, maintenance pon jaga takda isu sangat bil api. Insyallah ok
Aku tak setujulah brand " media" bole dikategori antara 5 terbaik. Cuba tanya pengguna yg pernah cuba. Aku rasa lebih sesuai digantikan dgn brand " york".
Bergantung rezeki memasing sebenarnya,sy guna samsung inverter,1hp dgn 2hp,tv 58 led,55curve,langsung x pernah buat hal,bil letrik pun jimat..dr tahun 2012 utk tv sampai skrg 2022..kereta lak myvi tahun 2013 bulan 9,milage dekat 400k,sbb suka sukat jalan jb ke perlis.😂.ramai kawan klau kenduri kne pegi jugak.Utk tv 58 inch tu,8 ke 9 jam sehari dah tentu on,setiap hari,dlm sebulan tu kdg 2,3 hari je x on langsung.
Ekon paling tahan yg Aku pernah pakai jenama Isuzu..ekon bilik lain 2 3 kali dah rosak dia punya ok jer.. sampai lah hayat dia 15 tahun reput body Nak gugur tukar lain
I have Hitachi, Sharp, Panasonic, and the one with the most problem is Panasonic. What cannot be trusted is the aircon service people. They simply check your aircon and tell you your aircons have problem and need to change parts. I was conned three times.
history is york best lepas tu acson beli york. meman acson market share besar lepas tu daikin beli acson kerana nak market share so sekarang ingat la strategy daikin
owwhh.. brand Sharp x top 5 pun eyh. Saya sntiasa mngutamakan brand Sharp, kalau ada masa dan peluang, boleh x review aircond Sharp? Sbb harga ok, kualiti ok, and parts pun masih mudah dapat. Thanks 😊
Setakat sy duk survey penggunaan tenaga setahun macam² brand and model aircond, sharp j-tech inverter paling rendah (jimat elektrik). Ingat nak try beli jugak tapi ramai cakap sharp ni susah dapat sparepart. Kat rumah sy ada sharp non-inverter 1.0hp. Memang sejuk kalau dibandingkan dgn acson 1.5hp non-inverter dlm bilik satu lagi.
@@muhammadnursyazwan4727 dh 8 thun pki midea murah siap psg 1k je..bil xpnh kna 50..lps tu sy beli daikin sbjk lg pon sma jimat xpnh kna 50 sbuln kna pndai2 jimat klu dh on econ ttup lektrik yg x prlu di buka..smpi ada org tnb dtg umh nk tuko meter sbb diaorg syak meter sy rosak😂😂
Tumpang tanya, macam mana nak pasang aircond tanpa nampak paip besar tu? Sebab saya tengok sesetengah aircond yang dipasang takde pun nampak paip yang menampakkan ia buruk. Terima kasih
@@mohamadnorizzuddin8750 boleh tuan. Ok je. Yang penting installer bagi insulation yang tebal. Dan copper yang baik. Kalau tuan free, cuba tengok video baru kami:penipuan kontraktor tu
Acson memang terbaik , saya guna yg 2hp non inverter kat kedai , on 12-14 jam sehari , setiap hari on , guna dlm 7 tahun jga acc tu , mmng tahan lasak brand acson
So rumusannya nak beli jenis apa?untuk jimat sikit elektrik,sparepart senang,dan harga aircond xmahal sgt xmurah sgt,dan non inverter ke inverter perlu pakai?
paling jimat elektrik - sharp paling murah - midea - gree - topaire paling senang sparepart 1) Daikin 2) acson 3) Panasonic paling senang maintain 1) Daikin 2) acson 3) Panasonic paling murah maintainance - midea invertor kalau anda guna lebih 8 jam sehari. invertor kalau anda guna kurang 8 jam sehari invertor kalau rosak, harga mahal nak mampus petua guna aircond ialah guna suhu minimum 23 darjah selsius, bawah daripada suhu ini seperti 22 selsius dan kebawah akan guna lebih banyak eletrik
saya pakai dah 2 tahun ok jimat elektrik dan hampir X dengar bunyi compressor dia walaupun tepi bilik senyap je..skrg semua aircond yg dah lama saya tukar pakai hisense Inverter murah kualiti bagus..
Saya lebih suka PANASONIC kerana kerana senyap..saya pernah servis air cond 2 hp di kilang CMKS SS 26.Shah Alam. Selepas servis dan test run .ia hidup tetapi amat senyap seolah olah blower fan mati . Kemudian kawan guna test pen panjang 8 inci jolok blower fan...tetiba bunyi prakkkk...terputus dua blower fan...hahaha terbang duit kena ganti blower baru
Haier pun boleh tahan juga ketahanan dia. 10 tahun pakai baru rosak. Itupun hamya kipas outdoor saja yang patah. Bil elektrik pun agak jimat. Dah tanya sparepart memang susahlah nak cari. Dahlah model Haier jenis lama.
Pada aku dh lbih 10 tahun menceburi dlm bidang repair dn pmasangan Aircon..antara jenama yg paling baik dri segi pmasangan..maintainance, ketahanan,harga mudah ditanggal Dan pasang semula adalah Daikin..hanya 3 skru boleh tanggal cassing. jumlah 5skru dh boleh tanggal sebijik indoor dri jenama lain yg mengunakan byak skru serta susah smpai Luka jari nk tanggal n psang indoor.klau Mitsubishi ok juga tp sparepart mahal gile sbb kan Hanya jenama mcm kereta.samsung boleh pkai tp mengarut punya aircond..tk pyah nk terangkan semua tech Tau msalah ye trutama indoor..Panasonic ok juga la tp bab psang balik indoor berpeluh byak sgat system dan skru..klau buat pertandingan tanggal n psang indoor aku memang pilih Daikin sbb tk smpai 5 minit je leh kecaikn semua.itu pendapat aku lar....
Panasonic front loader washing machine baru bli dah kena u14 problem tggu technician Mai service..brand apapun klau nak rosak,rosak jugak..cuma better cari brand yg mudah spare part Dan murah
mungkin ikut luck atau cara penggunaan barang letrik ni. komponen sekarang pon bnyk OEM. kekadang design je lain tapi itu yg membezakan efficiency product. product mcm TV tu panel selalunya dari LG atau Samsung. tapi board dan tech lain dari kompeni masing2. washing machine pulak drum OEM tapi board and tech dari kompeni masing2. gitulah seterusnya.
Yg terbaik Mitsubishi 1.5 hp,sy beli sejak thn 1996 hingga kini 2023 dah capai 27 thn pindah rumah 3x....Cuma sekali jer rosak dia punya swing jem dah betul..
Jenama yang saya minat....teknologi Mitsubishi ada leh sampai ke bulan..... tapi Mitsubishi ni dulu2 masa produk memang hasil di Jepun memang power.... saya pakai peti ais pun jenama Mitsubishi....
Betoi2 airc0nd lagend bang... Antik2.. Simpan2 mungkin 23tahun lagi boleh juai dgn harga barang rare jarang jumpa...😂 mungkin 20× ganda..
Betul tu.. kami br bukak aircond mitsubishi setelah berkhidmat lbh 20tahun.. xda rosak pon.. cumanya bunyi bising sebab ada benda patah area sirip.. cian pulak anak nk tdo bising.. mmg terbaik..
mitsubishi senyap..saya guna 1.0hp ja...inventer lagi cuma mahai la rm1200
Rumah saya hitachi acc 5 unit dah 10thun lebih tak ada masaalah pun.Alhamdulillah 😊
I'm waiting for my food and watching this video. Planed to buy Panasonic AC after lunch. I'm glad watching this video and decided to buy other brand. Thank you so much!!!
Wahhh.. good for you. Tq for support
Berbaloi dpt info tentang A/C. Boleh la membeli mana yg dikira terbaik. Info terbaik tqvm.
1. Acson
2. Daikin
3. Panasonic
4. Midea
5. Topaire
Mitsubishi lagi baik,senyap
Paling lama aircond yg saya pernah jumpa adalah Mitsubishi 25 tahun setakat ini dan masih on lagi
saya pakai acson dh dkt 18 tahun still sejuk dan ok walaupun saya jarang cuci filter dgn servis AC..saya pon recommend acson mmg terbaik
haier ok tak
tak ok.. spare part payah cari.. tmbh2 inverter.. aircond pkai buang je tuu@@muhammadaqil1502
Saya sebagai pengguna acson bangga mmg terbaik pun senyap je x bising👌👍
Guna acson inverter atau non inverter?
semua aircond sma je...kene servis..klo x lama² bising jgk...aku pakai acson bising nak mampus
@@sakitperut123 mmg bising acson ni tapi dia punya sejuk mmg x leh bawak bincang haha
Mitsubishi patut di hightlight kan
@@hamba5964nak2 heavy industries punya... Current lebih skit drpd Sharp J tech
Salah satu video saya lihat, dan telah membeli 3 aircond Acson utk rumah, sebab Jenama Malaysia, Harga Tengah-tengah dan spare part katanya murah serta jenama utk aircond pejabat2 (tambah yakin). Saya juga rujuk 2 orang kawan juruteknik di pejabat, sama juga katanya. Setakat ni terbaik, cuma ada satu remote rosak, tapi boleh guna sama, kene beli remote lain cam ni. terima kasih tuan/puan.
Klu aircond,.DAIKIN mmg tetap dihati..tahan lasak dan sejuk gile..tengahari pasang suhu 26`c pn sejuk gile..
Bil mcmana tn?
@@nadilahkantiong53 alhamdulillah suhu mantain 26° bil x sampai rm100 sbulan
Mitsubishi Electric - Tahan Lama (dah 8 tahun, no problem), Spare part senang dapat, Cooling cantik...
Iye betul tu bos.. Mitsubishi electric waranti pon lama dari lain brand.. x silap sya 2+7tahun..
Betul tu. setuju. Rumah saya guna 6 Aircond Mitsubishi. 3 bru psg dan 3 lagi 5 tahun lepas. Masih sejuk elok, cuma tiap2 tahun kena servis..
Terbaik tuan2
Setuju
yeah mitsu buat compressor sendiri
Aircond kat rumah saya ada jenama Media (3 unit), Daikin 2.5hp (1 unit), Panasonic (1), LG (1), Samsung Inverter (1). Setakat ni yang paling bermasalah adalah jenama Samsung baik aircond, hp, washing machine, peti ais dan tv sekalipun saya dh pernah guna mmg byk masalah tak tahan nak repair.
Bru2 mmg pngil Samsung tp bla dh lma ada problem automatik dia dipanggil samseng.
brand nya manja tu.. tu yang leceh sikit.. kalau jenama yang kami sebut 5 ni insyallah semua terbaik..
Yang paling saya suka nak dengar bill elektrik sebulan berapa..😂
Biasa lah samsung setiap benda mereka nk buat..org ckap kualiti xde xpe janji blh jual..haha
Samsung kalau rosak harga sparepart mcm haram.. Kalau bajet kurang.. Midea hisense sharp pn ok
Sy memang peminat tegar Panasonic utk barang elektrik. Rumah sy ade 8 buah aircond Panasonic inverter 5 star. Hp 1, 1.5 dan 2.5. sebelum ni guna jenama Daikin inverter tapi Panasonic lagi jimat elektrik aircond pasang 20/7. Bil masa pakai daikin dlm rm1.2k bln2 tapi lepas pakai Panasonic bil rm900 sebulan. Ini kajian utk rumah sy.
Bil bln dah termasuk penggunaan wifi router dan tv dan lain2 kecuali Coway je x ade kat rumah.
Subhanallah. RM900 bil sebulan? Aku lebih 100 pun dh sedih
Banglo 2 tingkat ni
@@shizamn x bang sy duduk rumah semi d 2 tingkat. Bilik ade 6 aircond 1hp-1.5 hp, ruang tamu luas tu yg pakai 2 bijik 2.5 hp. Bil mahal sbb ruang tamu luas ekon x cut tapi kelebihan inverter bila on lama [ A]dia akan turun 50%. Sy pernah pakai yg non inverter bil dekat2 2k. Penggunaan 20j setiap hari.
mcm kilang bil letrik 900
Ac york saya pasang thn 2001. Still running. Xpernah bukak turun. Servis biasa je. Color pun dah kuning. Masih sejuk. Bunyi kipas indoor dgn kompressor je dah kuat sikit. Berbaloi bak ang 💪
York zaman dulu tak sana york zaman now.
york dulu memang padu tuan. dulu york bersama acson. sekarang daikin bersama acson.
Rasanya cara pakai pun satu hal kot. Macam saya buka ac paling kuat 25 ja. Fan kasi full. Filter cuci sebulan sekali. Tdo pun bukak 29 ja. Pasang kipas skali cukup dah. Tu agaknya tahan lama kot
York memang padu. 8thun pakai alhamdulillah ok.. cuma sumbat2 tu biasalah kena service.. mcm hidung juga kan.. lama2 xkorek penuh taik hidung ✌️
A/c national Aku beli tahun 2000 tahun 2022 still berkhidmat lg.yg terbaru Bulan ni tak sejuk.nak panggil tech tengok2kan sebelum Raya ni.
Saya pakai brand sharp sangat puas hati 9thun pakai tak de masalah bunyi tak bising sekarng dh pakai tiga brand yg sama…
Terbaik tuan
Assalamualaikum..aku pakai jenama Isuzu..dh 22 thn..x pnah rosak.Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
gune brand LG dr thn 2004 sampai skrg (2021) masih berfungsi dgn elok x de masalah....x pernah rosak...
Sama la.. pakai Lg dr umur 14 sampai 37 dah skrng. 23 tahun still ok
saye ad 2 biji air con. fujiaire & midea keduanya 1hp. tp bg kwn better fujiaire sb sejuknye rase lebih nyaman. da gune 7 tahun masih ok lg. tp kene mainten 6 bulan service la
Sya guna model York secondhand 1hp dah masuk 2tahun pakai alhamdulilah.. York berkualiti sama dgn jenama daikin satu syarikat
York dulu memang sama dengan acson. Dulu york + acson. Sekaranf york dengan JC sebab tu harga murah. Sekarang daikin + acson. York lama memang padu
Saya pakai York dah 8tahun.. 1hp.. alhamdulillah ok je.. service jgn lupa..
Sama la saya pun dlu belu york second dah 10tahun masih mantap
Sy pengguna daikin.. model FTKF 1hp converter... mmg tahan lama.. guna utk 3bilik tidur.. sangat senyap asal rajin cuci filter je. sejuk mmg sejuk.. ada plan nak tambah lagi 2hp utk ruang tamu.
Ruang tamu saiz berapa m×m ?
Saya guna Aircond Panasonic dan Sharp. Dah guna hampir 5 tahun, jenama Sharp yg terbaik. Sangat Sejuk Dan nyamam udaranya.
Betul .. saya pkai sharp 1.0 .. dh 5 thun pn still ok . Sejuk .. cuma kena rajin cuci kipas dlm je 😊
Sharp underrated. Tahan lama dari pengalaman saya, pakai 2 jenama ini satu dah 10 tahun tak permah servis tapih masih sejuk.. Harga pun competitive.
econ sharp saya pakai tak sampai 3 tahun dah problem. sejuk beberapa jam pastu dia terpadam sendiri n lampu timer berkelip2. dah servis pun gitu jugak. tak tau la apa masalah dia 😢
sharp mmg terbaik tuan.. saya dah pakai 10tahun baru 1kli major service.. klu service biasa cuci filter sendiri blh bersihkn
Ye ke bang? Sy pn baru angkat SHARP R32 2bijik.. risau gak org kata spare part mahal 🤲🏽😨
@@thenobleman4841 hari tu nak amik sharp bila waranty die pendek 1 tahun dengan 5 tahun..terus tk jadi...leoas tu dengar ade board problem..terus amik haier waranty 3 tahun 10 tahun
Pilihan saya ikut turutan terpaling suka semua inverter jenama Panasonic, Sharp, Acson. Kerana 3 jenama ac ini ada features ion plasma untuk kebersihan & kesihatan udara lebih mantap. Tapi Panasonic & Acson mahal, jadi untuk poket selamat Sharp lah pilihan murah.. 👍😊
Daikin mmg power & tahan model lama...first house fmly pkai 4 Ac daikin 2- 1.0hp,1-1.5 & 1-2.5 ....nk msuk tahun ke 7 bru problm..srvice sthun skali and AC 22jam ON, sgt2 tahan...second house pkai Samsung nk msuk tahun ke 5, Alhmdulillah xde prob..☺️...
terbaik tuan..
Bil berapa tu tuan pasang 22jam.. Nak riki gak ni. Tq
Sy tetap guna Panasonic, sbb dari zaman national mmg di percayai, barang rumah semua Panasonic, cuma TV je yg tak mampu beli.
Terbaik tuan. Panasonic memang ada peminatnya tersendiri
Panasonic lagi mahal drpd daikin xsilap saya,tapi kualiti mmg terbaik
Ya betul..sy pn guna Panasonic..bagu sy pnggunaan electric pn jimat walaupn sy guna ac yg 3 star..penggunaan electric kira topup dlm rm30 bila dh guna ac..that means kira rm1 sehari la penggunaan ac sy..
@@bungaiterungtv6681 sy guna 2 aircond 1hp Panasonic inverter nanoe, mmg jimat, lebih jimat dari guna kipas siling, jika guna berterusan sepanjang malam antara pkl 10pm - 6am setiap hari,
Saya ada satu split unit 1hp National pakai sejak 1998..sampai sekarang ok.Memang lasak…10 tahun dulu masa servis technician kata dah nak rosak, paling lama 6 bulan.Sampai sekarang tak rosak2.Hampeeh..! Takde alasan nak tukar
Any reviews on Haier? 3 years general warranty, 10 years compressor warranty, self cleaning function.
wow really? must be good tho since they are so confident to give 3 years warranty
Saya baru guna haier 2.0 hp..baru sehari pakai😅😂
@@affendyamir85 Ok x tuan sejuk x Haier 2 hp?
Sy guna panasonic sky elite r32, sbb utama sy beli ialah hnya design yg cantik dimata sy jd bbaloi utk sy walopun hrga dia bleh beli 2 ac jenama lain~ tp bg sy sbg consultant dlm construction, jenama pling bgus acson mcm yg vdeo ni ckp...sbbnya sistem x complicated jd tahan lbih lama slain drpd kkuatannya cpat sejuk, cuma pjimatan elektrik kurg sket la...kbykn projek besar govt n swasta mmg daikin favret sbb variasi yg luas dgn hrga yg kompetitif, bab marketing power so no wonder lah kita pilih kalo snang brurusan n ada nilai tmbh, jd pngeluar2 lain spatutnya ambik cntoh daikin ni cara jaga raport client baru bleh challenge dominance~ topaire bg kitorg jnama pling atas, utk high end classy kalo client insist request baru kitorg approach dgn proposal..
terbaik pendapat consultan..
panasonic sky elite dari segi penggunaan letrik jimat xbro?cepat sejuk?
Saya pakai peti AIS jenama National satu pintu sampai la ni elok lagi👍
tak mereput ke tuan peti ais tu? haha. lama sangat dah
@@TechMasterTVAC buat masa ni elok lagi.. selagi boleh pakai guna dulu, yg penting Kita kena Jaga😂👻😂
Saya dok ingat nak tukar air cond. Lani dalam master bedroom guna Mitsubishi Heavy Industries (2hp) - Inverter. Kalau pasang air cond, selalu dari jam 9:00malam sampai 6pagi (dalam 8-10 jam selalunya)... bill mmg RM250 ke atas. Kalau anak2 pasang air cond dia orang (1hp PAna inverter - tahun 2006 kot beli ... DAN 1.5hp Pana jugek, inverter - beli lagi awal dari tu)... bill jadi RM300++. Pun guna masa malam sampai bagi je. Saya rasa macam ada sikit problem di situ, sebb kengkawan nye bill letrik, yg ada bilangan air cond sama (atau lebih), kurang dari saya :P
Mungkin kena cek balik kot jenis AC, dan juga horse power. Master bedroom saya beso (tp tak ingat ukuran).... Ntah2 ke yg Mitsubishi Heavy Industries tu tak cukup kuat (walaupun 2hp, tp halus design dia). Mungkin kena tengok brand Acson, Daikin dan Pana la kot. Utk menggantikan Mitsu? Apa kata tuan2 dan puan2? :)
Tq TechMaster TV buat video ranking ni :)
Rumah saya ada 4 ekon, 2 brand york non inverter 1hp, 1 brand panasonic 1.5hp inverter, 1 brand panasonic 2.5hp inverter. Yg guna hari2 brand panasonic. 1.5hp on 6ptg - 7pagi esoknya bacaan cuma 4kwh. 2.5hp kat living room buka pukul 7pagi - 10.30 mlm bacaan average tak lebih 9 kwh shj. Rasanya jimat dah ni.
Panasonic apa tu bang
X deluxe ke?
@@hanifkhair29 ye betul. Model XPU
Rumah saya ada 3 aircond ..2 unit Panasonic non inverter 1hp & 1 unit panasonic r32 x deluxe 1.5 inverter....sangat save elektrik....
Alhamdulillah
save bang, safe tu selamat..
@@mh14studio55 t kasih tlg betulkan..kdg2 tersalah eja bnda dua ni..sama dgn off dgn of...hahaha
Terbaik.. sy selalu recommended cust brand acson atau daikin... bergantung pada bajet cust.. brand ni kalau tengok kt kampung2 pun ada kedai... jadi sparepart senang nak dapat.. tak perlu tunggu lama untuk cari sparepart..
betul tuan
Betul tu tuan
Mmg acson best..sy pkai acson sejuk, sejuk die bkn jenis sampai melampau..sy guna casper stu lg, tp acson lg best
Lain negara lain kategori bintang mereka bagi setiap brand.. maka dgn itu kepada mana2 saudara yg memiliki aircond jenama yg mereka tak sebut dlm top 5 tak apa.. apa yg penting janji bilik anda dan rumah anda sejuk.☺️🥰🥳🎊
di rumah sy , ada 3 aircond:
1. Haier 1.5hp ruang tamu.
2. Panasonic 1.hp secondhand bilik belakang .
3. Daikin 1hp bilik depan.
Salam bang haier tu so far cana okay ke kualiti dia? Sebab rasa mcm nk pakai haier
Saya guna York 4 unit , ok je sudah 20 tahun dan 1 unit Hitachi lebih 20 tahun. Cuma kena servis sekali sekala.
Daikin sepatutnya di bawah panasonic..sebab daikin ambil compessor dgn panasonic
Banyak jenama aircond menggunakan barang panasonic contoh kapasitor etc
guna inverter oun jika pakai 16° c pun tak tolong kurrangkn kegunan gak..
Carrier adalah ac terbaik bg sy.. dan setiap ac ada kelebihan & kekurangan.. 😉
Betul tu tuan
Rumah saya gunakan A/C jenama Mitsubishi Mr Slim, satu unit 1.5HP pasang kat ruang tamu....jarang buka kecuali ada tetamu datang ke rumah. Dua unit lagi Mitsubishi Mr Slim 1.0HP pasang kat bilik tidur. Pakai dah dekat 10 tahun. Pernah gantikan motor satu unit A/C, cuma barang ganti kena order..ambik masa satu hari barang sampai baru boleh pasang. Technician ada jugak bgtau yg senang dapat alat ganti ni ada dua je, Daikin dgn Acson. kalau motor A/C rosak, pegi kedai mesti ada barang ganti motor baru..tak payah nak order KL mcm jenama Mitsubishi.
bagi saya jenama national atau Panasonic adalah yg terbaik... sbb technician yg service aircond kat umah saya tu dulu pon cakap camtu...
huhuhu
Alhamdulillah tuan, yang penting jaga maintenance untuk unit aircond tu supaya sentiasa dalam keadaan baik.
@@TechMasterTVAC saya x jaga sngt pon bab maintenance ekon ni tuan... selagi dia sejuk saya belasah je... dekat 4 taon x penah servis cuma cuci indoor unit air filter je... tapi tu laa... mmg brand ni tahan lasak laa... padahal tetiap mlm pakai sampai ke pagi... lagi sebijik guna brand beko... belum sampai setaon dah mula x sejuk... cuci filter indoor pon sama je... adoii laa...
setakat ni aircond yg sy puashati dari segi kesejukkannya ialah york, mitsubishi. 2 unit aircond utk bilik brand mistral( skrg dh cder brand ni) masih sejuk dan x rosak dh 20 thn lbh. bg sy prestasi hitachi, sharp,panasonic adalah kurang mantap spare part pun mahal dan susah nk dpt..
Faham Ramai yg rekomen MIDEA jgak sebab harga, but i ive bad experience with my previous midea brand for unit washing machine,freezer,stand fan 👎all of them rosak dlm masa 1-2 tahun 😅 tukar brand lain elok je tahan more than 4 thun until now, nak survey aircond next better avoid midea la
yes, Midea sangat teruk..saya guna washing machine media memang sakit hati😅
Rumah saya developer bagi acson. Tapi tak jimat letrik langsung. Ada 1 hp 2star, 1 2hp 3star. Nangis2 bayar bill. 😭
Saya seorang pemasang aircond,pada saya pakailah A/C yang ada sparepart kerana semakin usia dia meningkat ketahanan ac akan drop.
Tak perlu berbelanja besar cuma tukar barang dan ia akan berjalan seperti normal balik
bang klu york cooling king,ok x..?
@@novathor1788 ok bro..
@@novathor1788 saya guna cooling king dah 11 tahun, alhamdulillah
@@novathor1788york tu skrg ni bran daikin klau x silap
Haier ok bos? Jenama acson ada senang spartpart ke?
Saya guna jenama samsung tapi alhamudlilah ok.. Takut nti bila promblem ssh nk cri spare part sbb inventer
Samsung kalaw org aircond pangil samseng hahah uji minda 😂
samsung ni bab part memang mencabar. harga pon boleh tahan
Tau tu.tp rasa nk tukar plk jenama lain
Sya gna brand sharp.owner lma dh pkai 15tahun.dia tuka ekon bru ekon lma dia bg kt sya.vlk srvis cun2 blh jln elok dhb2 tahun.comp pn bnyi senyap je.
terbaik tuan..
Daikin FTKD R22 Inverter Series. Masih sejuk n jimat elektik. 👍🏼
terbaik tuan
Jimat betul ke letrik boss?
@@aziziaziz1245 Buka 24/7 dgn suhu 25 bila dekat bilik n 27 bila xde di bilik. Regular bersihkan filter sendiri sebulan sekali n blower 3 bulan sekali.
@@aziziaziz1245 Bill elektrik tak pernah lebih rm70 sebulan
Tak tau la kalau ada lg ke brand Toshiba dkt luat sana. Umah ayah sy pasang 2 bijik dulu tahun 98, siap pindah umah 3 kali. Sampai sekarang masih sejuk bila pasang. Tak tau la kalo ayah sy rajin servis ke apa tp tgk gaya mcm tak la.. 😂
daikin,panasonic or ascon..mne paling jimat letrik utk penggunaan 12 jam sehari..please otai2 sekalian
Done subscribe..tp tragak2 nk pilih acson ke daikin..nsib baik rumah blum siap repair..smpt la pikir dulu..kot dpt alamat kt mmpi..trbaik content
terima kasih, jikalau berminat utk memasang aircond dengan kami bole layari www.techmaster.my sales executive kami akan melayan pertanyaan anda!
Terima kasih TechMaster atas perkongsian. Saya cuma bertanya tentang brand aircond Haier. Warranty yg diberikan utk model inverter 10 tahun compressor & 3 tahun indoor unit. Kalau non inverter pula 7 & 3 tahun. Kenapa Haier punya warranty mmg sgt panjang compare dgn brand lain² ye? Adakah bermakna brand aircond Haier ni diyakini bagus ke cmane ye? Mohon pandangan TechMaster.
Up
up
Saya guna Haier yg model lama. Masih elok dah 14 tahun.
Betul tuan. Saya memang tgh survey ni cari aircond. Pelik gak haeir sampai 3 tahun dan 10 tahun comp. Tapi brand lain mcm tak yakin je nak bagi waranty lama mcm haeir
Ada borak dgn saleman kedai barang letrik. Katanya, brand Haier ni dari China, baru masuk Malaysia. Dia cuba nak tarik new customer sebab tu dia bagi waranti lama macam tu, teknik marketing. Build quality okay, cuma sparepart tu susah sikit nak cari kat Malaysia sebab x ramai pakai. Tapi boleh beli online dari direct China kat Alibaba. Bagus untuk orang yg suka godek dan rajin research sendiri. Tapi kalau jenis nak senang dan malas nak fikir, baik ambik brand yang lebih mainstream.
Sy pakai cockoo ja..itu di 1.0 bilik..utk ruang tamu I still get Daikin 2.0 ok byee itu shj..
Dulu 1st pasang bilik utama Hisense dah dekat 6 tahun maintain ok. Baru ni nak pasang bilik anak, jenuh gak survey. Last dpt 4 brand pilihan Panasonic, York, Daikin, Acson. Recommend by technician, acson sb harga tengah2 banding 3 lagi jenama sebabnya, quality & part sama dengan York/Daikin pnp tak pening kepala. Part pula murah dari Panasonic.
terbaik tuan.. kita taknak pening kepala tu sebenarnya..
Panasonic Jenama Japan Lah,Kilang Panasonic HQ Terbesar Di Shah Alam.
Pernah pakai mitsubishi, tahan lama hampir 10 tahun tapi bil tinggi. Skrg pakai sharp, 4 bintang jimat tenaga, dah dekat 6 tahun, jimat ketara bil, takde big issue, tak pernah leaking gas, mitsubishi dulu setahun sekali wajib topup gas.
Terbaik tuan
Btl.. Aku pakai sharp inverter... Mmg hampir 10 jam tiap hari pakai.. Total rumah ada 5 bijik aircond.. Tp 2 sharp yg lain brand lain.. Bil rumah biasa rm2++ je
@@shizamn ish..biar betul..umah aku pakai brand hisense 1hp ngan 1.5hp york model lama..bil api dlm 250 musim pkp ni..
Mmg btl.. Average dlm rm2++..
@@shizamn hihihi
Ini fakta bukan auta
Air cond paling baik buat masa ini
1,Mitsubishi
2.Panasonic
3.Daikin
Mitshubishi ok ke? Saya baru cadang nak beli model JS Series 2.0hp invetor
@@cincaulemakmanis Singapore majoriti guna Mitsubishi
@@cincaulemakmanisheavy industries mmg terbaik, tp nk servis pulak ada hal sikit sbb blower flap tak boleh cabut, pastu energy consumption tak mcm sharp lah tp masih boleh lah dpt 3 ke 4 bintang... Sharp pulak terkenal penjimatan energy cuma spare part xtau mahal ke x... Acson lak spare part senang mcm beli perodua spare part ada je... Klu lain2 tu kena gali sendiri
Barangan Panasonic yang dijual di Malaysia dah banyak dari kilang di Vietnam, kualiti tak seberapa baik berbanding dahulu
Saya pakai midea.. Lepastu menyesal beli midea.. Sebab nak murah last2 tak puas hati dgn performance.. Then skrg ada beli baru jenama panasonic sius puas ati👍👍
Betul tuan. Biar mahal sikit janji puas hati.
Boleh tau ke pakai midea model mana?
Performance yg mcm mana?
Teruskan bro...kita perlukan info bermanfaat sebegini
terima kasih support kami boss
Terima kasih info ini,saya nak pasang Acson jugaklah selepas ini, sebelum ni dah pakai jenama AUX dlm bilik, alhamdulillah walaupun non inverter,api sgt jimat walaupun 3 star,cuma sekarang dlm proses mencari untuk ruang keluarga pula.
terbaik tuan.. jenama malaysia..
setakat ni AUX ok takde masalah ke bang?
okay tak brand AUX?
@@princessadani1935 ok je,dah pakai 5 tahun dah
Hitachi pon padu,jimat elektrik cepat sejuk..model RAS-VX13CJ
Sparepart susah dapat boss.. kalau ada mahal gila.. ada sebijik dkt rumah family sy.. buang gitu je tak dpt repair
Saranan saya usahlah pakai hitachi..brand aircond plg x guna..sy pkai dh 4 thn 2 kali dh board bakar..harga board siap pasang 600 lebih..fikir2kan..aircond manja x tahan lasak
Abg daikin 2hp ecoking non inverter masih relevant pakai LG x..? Dr segi ketahanan Dan electric dia..
Gas r410 ke tuan? Aircond baru atau terpakai?
@@TechMasterTVAC yes gas 410 aircon second
@@rhuhaedybuang910 aircond dah berapa tahun tuan?
@@TechMasterTVAC 2018
@@rhuhaedybuang910 kalau aircond tu tahun 2018, ok lagi tuan walaupun gas r410. Kalau pemasangan nya betul, maintenance pon jaga takda isu sangat bil api. Insyallah ok
Kt rumh aku 3 biji pki acson.. Alhamdulillah mmg xde msalah dh lbih 5 thn pki..
Aku tak setujulah brand " media" bole dikategori antara 5 terbaik. Cuba tanya pengguna yg pernah cuba. Aku rasa lebih sesuai digantikan dgn brand " york".
Setuju.. fyi daikin & York tu sebumbung..
Bergantung rezeki memasing sebenarnya,sy guna samsung inverter,1hp dgn 2hp,tv 58 led,55curve,langsung x pernah buat hal,bil letrik pun jimat..dr tahun 2012 utk tv sampai skrg 2022..kereta lak myvi tahun 2013 bulan 9,milage dekat 400k,sbb suka sukat jalan jb ke perlis.😂.ramai kawan klau kenduri kne pegi jugak.Utk tv 58 inch tu,8 ke 9 jam sehari dah tentu on,setiap hari,dlm sebulan tu kdg 2,3 hari je x on langsung.
Betul tu tuan kkdg bergantung pada nasib
Saya guna sharp inverter & lg inverter.. setakat ni berbaloi la
Alhamdulilah terbaik tuan
Lektrik mcm mana? Jimat sgt?
@@KZ-mo2rz yg sharp tu rm10++ ja sebulan buka dri jam 5 petang sampai 8 pagi.. sabtu ahad 24 jam
@@Naimlim96 boleh tahu jenis apa tk bos? Aircond brand sharp tu
@@Naimlim96 sharp r32 ke
Rumah saya ada brand midea.. panasonic..daikin dan mitsubishi.. panasonic paling lemmahh
Saya pakai York dah nak masuk 14 tahun..masih berfungi.
sama lah kita... dah 10thn 3 biji 1hp york dan 2 biji 1.5hp panasonic... 2 thn sekali servis dan electric jimat...
York lama memang berkualiti. York dulu bersama acson
Dirumah saya ada 2 biji ,daikin dan york ,setakat ni alhamdulillah ,tiada masalah
apa beza r32 dan r410? sy perasan ada model Panasonic inverter yg pakai r32...
R32 gas dia cepat sejuk n murah sikit dari yg r410 dan gas jenis ni lambat sikit sejuk.
Ekon paling tahan yg Aku pernah pakai jenama Isuzu..ekon bilik lain 2 3 kali dah rosak dia punya ok jer.. sampai lah hayat dia 15 tahun reput body Nak gugur tukar lain
Kt kelantan bnyk aircond ascon dan gree.
betul tu. acson kat pantai timur memang top
First guna mitubishi heavy duty seken mitubishi electrical
I have Hitachi, Sharp, Panasonic, and the one with the most problem is Panasonic. What cannot be trusted is the aircon service people. They simply check your aircon and tell you your aircons have problem and need to change parts. I was conned three times.
which 1 is the best?
history is york best lepas tu acson beli york. meman acson market share besar lepas tu daikin beli acson kerana nak market share so sekarang ingat la strategy daikin
owwhh.. brand Sharp x top 5 pun eyh. Saya sntiasa mngutamakan brand Sharp, kalau ada masa dan peluang, boleh x review aircond Sharp? Sbb harga ok, kualiti ok, and parts pun masih mudah dapat. Thanks 😊
Rumah aku pakai aircond inverter sharp..ada 2 bjik.. Topair 1 bijik.. Acson kot 1 bijik lg.. Mmg 5 bijik selalu on.. Bil average rm200 ke 300 je
@@shizamn haaa tu la pasal, inverter Sharp mmng ok. Ingatkan td lagi ok dari Daikin, hahaha
Rasanya inverter j-tech sharp paling jimat elektrik berbanding jenama lain.
Setakat sy duk survey penggunaan tenaga setahun macam² brand and model aircond, sharp j-tech inverter paling rendah (jimat elektrik). Ingat nak try beli jugak tapi ramai cakap sharp ni susah dapat sparepart. Kat rumah sy ada sharp non-inverter 1.0hp. Memang sejuk kalau dibandingkan dgn acson 1.5hp non-inverter dlm bilik satu lagi.
Aku pakai jenama acson n jiran pakai Daikin. Acson lagi senyap Dari Daikin. Mahal pun berbaloi. Bil api jimat
PANASONIC ni rekabentuk dia sgt menarik. saya peminat sejak dari jenama Nasional.
rekabentuk nya memang moden.. ni diakui..
Haha,3 beradik..... National,Panasonic & Technic.
Aku sapot youtuber malaysia...
Tq boss
Mntap
Midea sebenarnya dah beli kilang Toshiba.. Jadi design dan parts dia memang qualiti Toshiba.
Ni aku sokong
Jadi berkualiti tak?
@@muhammadnursyazwan4727 Kualiti terjamin. Gunakan tanpa was was. Saya sendiri pun pakai Midea.
@@muhammadnursyazwan4727 dh 8 thun pki midea murah siap psg 1k je..bil xpnh kna 50..lps tu sy beli daikin sbjk lg pon sma jimat xpnh kna 50 sbuln kna pndai2 jimat klu dh on econ ttup lektrik yg x prlu di buka..smpi ada org tnb dtg umh nk tuko meter sbb diaorg syak meter sy rosak😂😂
mula ragu2 juga nak pakai midea ni..bila dah pakai mmg berkualiti..
Sy pkai daikin inverter...hari² buka...bil rm80 lebih...ok smpai sekarang..
Terbaik tuan..
SHARP terbaik 😜
Bagi saya sebagai wireman & aircondman
1. York
2. Daikin
3. Acson
Bukan York dah jual kepada Daikin ka?
Ketiga tiga company sama tak silap
@@affendyamir85 betul, cuma yang beza bila dah tukar ownership, quality & design dah tak sama
Tumpang tanya, macam mana nak pasang aircond tanpa nampak paip besar tu? Sebab saya tengok sesetengah aircond yang dipasang takde pun nampak paip yang menampakkan ia buruk. Terima kasih
Tu namanya conceal copper pipe. Kena tebuk dinding dan plaster semula tuan
@@TechMasterTVAC disarankan tak untuk buat macam tu? Takut kemudian hari ada apa² kerosakan. Takkan nak kena tebuk dinding balik
@@mohamadnorizzuddin8750 boleh tuan. Ok je. Yang penting installer bagi insulation yang tebal. Dan copper yang baik. Kalau tuan free, cuba tengok video baru kami:penipuan kontraktor tu
@@TechMasterTVAC baik, terima kasih. Btw, baru selesai tengok video terbaru. Terbaik TechMaster TV 👍🏻
@@mohamadnorizzuddin8750 terbaik. Harap dapat membantu tuan
Acson memang terbaik , saya guna yg 2hp non inverter kat kedai , on 12-14 jam sehari , setiap hari on , guna dlm 7 tahun jga acc tu , mmng tahan lasak brand acson
Bil macam mana setiap bulan harga?
So rumusannya nak beli jenis apa?untuk jimat sikit elektrik,sparepart senang,dan harga aircond xmahal sgt xmurah sgt,dan non inverter ke inverter perlu pakai?
paling jimat elektrik
- sharp
paling murah
- midea
- gree
- topaire
paling senang sparepart
1) Daikin
2) acson
3) Panasonic
paling senang maintain
1) Daikin
2) acson
3) Panasonic
paling murah maintainance
- midea
invertor kalau anda guna lebih 8 jam sehari.
invertor kalau anda guna kurang 8 jam sehari
invertor kalau rosak, harga mahal nak mampus
petua guna aircond ialah guna suhu minimum 23 darjah selsius, bawah daripada suhu ini seperti 22 selsius dan kebawah akan guna lebih banyak eletrik
@@boboboy8189 utk jenama hisense ok x bang?
Ada tak yg pakai LG dual inverter 2.0hp? Bill api tinggi ke?
Daikin 1-1.5hp 5 star rating sgt jimat,1 unit daikin kt setiap bilik,RM 70-90 jer bill bulan2
Daikin apa tuuu ? Bill electric total semua pengunaan ke
@@muhammadsyafiqabdulghani8368 aah.sebelum ni gune kipas je,tp skrg gune AC 5 star daikin,biĺl letrik bulan2 same je
Aku dah pakai 3 air-conditioning jenama mitsubishi electric inverter yg latest 3 hari lps. Sebab the first yg aku pakai day 10 thn pendaftaran h
Brand hisense inverter okay ke ?
Tambah sikit bos baik ambik daikin atau panasonic. Tapi kalau tuan yakin dengan hisense ok je
Outdoor dia bunyi kasar sikit..
saya pakai dah 2 tahun ok jimat elektrik dan hampir X dengar bunyi compressor dia walaupun tepi bilik senyap je..skrg semua aircond yg dah lama saya tukar pakai hisense Inverter murah kualiti bagus..
Pelik ranking hangpa ni...Mitsubishi, York,Carrier,Sharp,Hitachi duduk di taraf mana..Midea,plk ada dlm top five..hah
Saya lebih suka PANASONIC kerana kerana senyap..saya pernah servis air cond 2 hp di kilang CMKS SS 26.Shah Alam.
Selepas servis dan test run .ia hidup tetapi amat senyap seolah olah blower fan mati . Kemudian kawan guna test pen panjang 8 inci jolok blower fan...tetiba bunyi prakkkk...terputus dua blower fan...hahaha
terbang duit kena ganti blower baru
hahaha.. test sampai patah tu sebab senyap sangat ke? amboi dasat
Motor dan blower fan memang bagus kualiti. Berpusing tanpa getaran.
Byk btol kerana kau..haha
Haier pun boleh tahan juga ketahanan dia. 10 tahun pakai baru rosak. Itupun hamya kipas outdoor saja yang patah. Bil elektrik pun agak jimat. Dah tanya sparepart memang susahlah nak cari. Dahlah model Haier jenis lama.
Betul tu tuan, kalau sparepart susah cari tu menangis la jgk
Terbaik penerangan👍🏻👍🏻👍🏻
Terima kasih support kami tuan
Panasonic terbaik lah bagi saya..👍🏼🧸💐
Terbaik tuan
Pada aku dh lbih 10 tahun menceburi dlm bidang repair dn pmasangan Aircon..antara jenama yg paling baik dri segi pmasangan..maintainance, ketahanan,harga mudah ditanggal Dan pasang semula adalah Daikin..hanya 3 skru boleh tanggal cassing. jumlah 5skru dh boleh tanggal sebijik indoor dri jenama lain yg mengunakan byak skru serta susah smpai Luka jari nk tanggal n psang indoor.klau Mitsubishi ok juga tp sparepart mahal gile sbb kan Hanya jenama mcm kereta.samsung boleh pkai tp mengarut punya aircond..tk pyah nk terangkan semua tech Tau msalah ye trutama indoor..Panasonic ok juga la tp bab psang balik indoor berpeluh byak sgat system dan skru..klau buat pertandingan tanggal n psang indoor aku memang pilih Daikin sbb tk smpai 5 minit je leh kecaikn semua.itu pendapat aku lar....
Betul tu tuan. Daikin ni memang recommended aircond. Kalau part ada problem, tak perlu pening kepala nak cari spare part.
Nak beli yg X der inverter Daikin 1hp utk bilik 9.5*9.5 Dan 15*9.5 ok ka
@@linarif3118 boleh bilik 15x15 pn boleh pakai..jgan letak kt ruang tamu yg besar je
Model bru panasonic x byk skrew dh.. Saya pnh psg.. Hehe
samsung aircond biasa masalah ape .. bole kongsi
Aircond acson dah dekat 12tahun guna..ok..xde masalah
Panasonic....aircond dgn washing machine tiada lawan bagi aku.paling² washing machine dia tu...memang terbaik!. inverter die paling best.
inverter panasonic memang terbaik tuan
Panasonic front loader washing machine baru bli dah kena u14 problem tggu technician Mai service..brand apapun klau nak rosak,rosak jugak..cuma better cari brand yg mudah spare part Dan murah
mungkin ikut luck atau cara penggunaan barang letrik ni. komponen sekarang pon bnyk OEM. kekadang design je lain tapi itu yg membezakan efficiency product. product mcm TV tu panel selalunya dari LG atau Samsung. tapi board dan tech lain dari kompeni masing2. washing machine pulak drum OEM tapi board and tech dari kompeni masing2. gitulah seterusnya.
Dulu guna Mitshubishi jenis tahan lasak...lani dah tukaq ke Daikin brand terbaru
Pilihan terbaik tuan
Disebabkan sy jumpa video ni lah sy tukar aircond baru jenama Acson. Hahaha. Thank you boss!
tq tuan.. tak sangka dapat membantu
@@TechMasterTVAC terima kasih. tp compressor luar sedikit bising la saya rasa. sy pilih model inverter r32.
Macam dekat tempat saya,bangunan kerajaan tak kira majlis perbandaran mahupun balai bomba tetap pakai jenama Topaire...
banyak dah bangunan kerajaan dah mula pakai topaire
kurang setuju Midea tu.pak mentua beli..tk sampai 3 bulan mcm2 problem...sejuk pun kurang
Baru nak cadang bli midea 1.0hp xtream cool
Pelik pla aku punya aircond Midea sekarang dah masuk 8 tahun Okey ja. Tak pernah servis lagi.sejuk lagi.
@@mohamadyunus2705 model xtream cool r32 1.0hp ke ?
kalau aircond dari china ini risikonya tuan. murah memang murah tapi bila prob, nak taggung tu tak tahan. tapi kalau takda masalah memang berbaloi
boleh beli sis.. tapi kalau ada bajet lebih, ambik daikin atau acson..
Sy pkai acson ok ja..tq mber recommended
Terbaik tuan.
@@TechMasterTVAC mmg terbaik acson...