Malique - Pejamkan Mata (feat. Dayang Nurfaizah) [Official Lyric Video]
HTML-код
- Опубликовано: 10 фев 2025
- Maxis Caller Ringtones : Dial *131*555964# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones : Dial *323*277341# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes : Dial *233*1806824# dan tekan call/send
Artis - Malique ft Dayang Nurfaizah
Tajuk - Pejamkan Mata
Lagu - Malique, Tripdisz, Dedeq & Kelana
Lirik - Malique
“Pejamkan mata” merupakan single terbaru daripada Malique Ibrahim setelah lama menyepi dalam arena nyanyian. Single ini juga turut menampilkan Dayang Nurfaizah, seorang artis yang dikenali dengan kehebatan vocal beliau. Lagu ini telah dicipta sepenuhnya oleh Malique , Tripdisz, Dedeq & Kelana..
Malique Ibrahim merupakan seorang rapper Malaysia, penerbit lagu, penulis lirik dan komposer yang amat disegani khasnya di dalam dunia hip hop. Beliau mula menjadi popular dipersada muzik tanah air ketika bersama Too Phat yang membawa genre hip hop dan rap.
Album purchase : www.qarmashop.com
Warner Music Malaysia:
Twitter: @wmmalaysia ( / warnermusicmy )
Facebook: warnermusicmalaysia ( / wmmdomestic )
Instagram: warnermusic_malaysia ( / warnermusicmy )
Single terbaru “Pejamkan mata” boleh didapati di semua digital platform; iTunes, Spotify, KKBox, Yonder, Joox dan Apple Music.
Kepada industri seni negara, ini dinamakan karya dan lagu. Peminat aiman tino jangan terpinga pinga.
A Habibi peminat aiman tino byk budak sekolah.. ni lajenn
Sitirohanny Hamdin klu nk bandingkan General ngn si anak tino tu.. umpama langit & bumi kot... 😞
yeszaa..lirik &melodi yg terbaikkkk
budak aiman tino x slh.. yg slh mak bapak dier pencipta lagu / lirik dier tuh.. haha
bila rupa dijadikan sebagai bahan commercial macam tu lah jadinya
These days banyak rapper dalam Malaysia ni masih tak mampu sampai level rap dan lirik lagu Malique.
Lenggok, berseni dan lirik puitis. Malique kau legend.
Amirrul Salehin setuju
Amirrul Salehin satu lagi, rima .. Memang legend
Amirrul Salehin j
sasterawan bhaii
Amirrul Salehin aq sokong..mr.president pun xmampu sampai level dye..tpi bg aq malique dgn joe masing-ii ade kelas y tersendiri...
Lagu ni memnceritakan pasal kita seharian berkerja untuk Raja Sistem. Bukalah mata kalian, sesungguhnya sujudlah kepada Dia, apa yang di dunia ni takkan kekal.
betul.sistem skrg lebih kepada merosakkan umat :(
system of a down
👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
yup..100% setuju.. sekrg ni dah bermula sistem dajjal. :'(
yaa betul
Al Malikul Qudusus Salamul Mukmin.. 4 gelaran Asmaul Husna didalam Surah Al Hasyr.. Jom kita amalkan 3 ayat terakhir surah Al Hasyr 3x pg 3x ptg.. Fadilah?? Allah akan mengirimkan 70k malaikat untuk berselawat kpd pengamalnya dan jika dia mati hari itu..dikira mati syahid.. Subhanallah.
@@nuratira4737 ko ni asal
@@II-ly1dl Semoga afdaL bertemu di astraL 🙏
Terima kasih ustaz
@@bryanmentega7495 Jazakallah.. 1huruf al Quran 10pahala.. share kt kwn² laen
@@rahimahalong23 insha'Allah ustadz
Kepada 1.5k org yg dislike, maafkan mereka. Mereka tidak tahu. Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu.
alap z mereka tidak fasih malah fasik dalam kata
Bercanda dengan cermin .... kene paham youtube ni ada dislike bot , kadang yg dislike tu bukan real acc org punya tapi bot .
Maafkan mereka, mereka tiada nilai.
maafkan mereka, mereka tiada nilai, ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Dia xthu maksud pendalaman .. die igt lagu cinta haha
Lorazepam - ubat untuk orang yang ada penyakit insomnia(tak boleh tidur) dan anxiety(ketakutan/kebimbangan/keresahan)
Ambien(nama brand), nama ubat Zolpidem - ubat untuk insomnia(tak boleh tidur)
Risperdal(nama brand) , nama ubat Risperidone - ubat untuk merawat penyakit schizophrenia(psychosis)-contoh nampak benda yang org normal tak nampak, atau dengar suara, atau rasa dikulit deria yang tidak normal.
Salute Mr General, aku yang doktor pun respect dia punya ilmu walau dia tak belajar pun bidang perubatan. Ternyata ilmu Mr General sangat luas. Bukan calang2 orang. Respect
APA fungsi bawah lidah doctor??
🙏
kerja mana doktor?
@@muhdairul1736 apa maksud bawah lidah?
@@GunplaKhaijue tmpat mula nye perasa....amik gula letak atas lidah....teliti rsa lidah tu mana rsenye pergi kuat yg atas atau bawah....
malique nie punya aras bahasa bila buat lagu selalu impressive. sasterawan dalam lagu. rappers yg membawa kita masuk dalam dunianya yg tersendiri.
I wish i can translate the lyrics to Chinese and English language. Malique rap like a spiritual guru. The message is Clear, Deep and True. I am proud to be Malaysian.
Yes bro agree with that.
its quite hard even as in Bahasa Melayu he used old words and slang which no longer used in modern days. So we need to translate to modern word first.
Kan, seronokkan, mcm boleh rap yg best
Omg tq bro . Malique is legendary to malaysian and im proud to be malaysian too ❤
jerzapapa Actually he used a lot of professional terminology from law and medicine. Tak tau la dari mana dia tahu semua tu, tp mmg ada byk istilah yg biasanya lawyer n doctor je paham. Byk membaca ni Malique ni...
tak payah keluar untuk pelancaran album,tak payah live show untuk promote,tak payah tunjuk muka yang dah lama menghilang,mahupun MV, hanya keluarkan suara dan bait² lirik yang bermanfaat dan yang sangat mendalam,hasilnya cukup dasyat..tgk view,like dan baca komen² je pun dh cukup kita tahu respon dari karya malique..artis luar pun belum tentu mampu buat mcm malique..sambil berkarya sambil berdakwah..moga dia mendapat keberkatan dan dirahmati Allah..amin.
Betul. Seandainya malique muncul kembali untuk mmbuat live performance, pasti tiket dah habis awal
Sama macam n Nasir
@@siiboboy1017 yes..betul..aku sokong...bahasa digunakan kadang2 kita pon tak paham sgt..ibarat m nasir dengan malique ni suruh kita ni gali sendiri maksud tersirat 👍👍
#realbeb™
Sebagai manusia bisa tak payah lah nak komen @ pown keji manusia bukan dia minta setiap satu huruf dia minta Ang bayar ..lain kampung lain padang mcm itu lah setiap manusia lain padangang kita ini belum tentu dapat buat lagi apa bila ubah apa jua. Dihajati seorang yang kita dengan apatah lagi bila bini bersuara. .spa x cyang bini
suara Dayang pelengkap lagu malique yang sememangnya indah dan mempunyai maksud tersirat. Good Job!
Malique satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air satu ketika dahulu, pernah bergandingan bersama Joe Flizzow dan menjadi fenomena serta ikutan anak muda dengan kumpulan bernama Too Phat. Mungkin Too Phat sudah berkubur tapi tidak bagi mereka yang membesar bersama lagu-lagunya. Kita tinggalkan sejenak kisah Too Phat dan beralih pula pada Malique. Mutakhir ini tular kisah Malique dan lagunya yang terbaru Pejamkan Mata featuring Dayang Nurfaizah dari album TKO. Melihatkan cover albumnya sahaja menimbulkan rasa equivocal serta ambiguous dalam hati kita. Malique mengingatkan saya kepada arwah JS Kevin dan arwah Loloq dalam penggubahan lagu, walau gaya penulisan yang sedikit berbeza, tiada yang lain yang ingin disampaikan melainkan hal makhluk dan Pencipta. Prosa dan frasa yang kompleks sering digunakan Malique dalam pembikinan lagunya dan sudah mungkin menjadi trademark atau signature beliau dalam penulisan. Saya amat tertarik dengan 'balaghah' yang beliau gunakan dalam lagu Pejamkan Mata dan mungkin menjadi cetusan buat diri saya untuk menulis dan berkongsi secebis fahaman dari puisi yang disampaikan dalam bentuk rap oleh Malique. Jika kita betul-betul memahami dan mendalami bait-bait yang ingin disampaikan oleh Malique dalam penulisannya jelas sekali karya ini bukanlah sebarang lagu.
(Malique)
sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk (bermula roh itu mendengar, patuh, sujud kepada Pencipta malah ia suci dari noda dan nista)
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai (tubuh badan daya upaya digunakan demi kemewahan dunia yang ternyata fitrah jika ingin bersenang-lenang perlulah bersungguh-sungguh mengejarnya)
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai (papa kedana faqir roh tiada amalan tiada ganjaran tanpa sedar nafsu berkuasa akan segala akibat dikaburi kesenangan dunia)
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan (betapa syaitan berjaya memesongkan hati anak adam dan mengikut telunjuk nafsu demi mengejar dunia yang jelas sekali akhirnya hanya berantakan@musnah)
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal (mengaku tidak mengejar dunia padahal diri menyintai@tunduk akan nafsu tetapi dalam masa yang sama kekal dalam keraguan dan tanda tanya antara akhirat dan dunia)
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala (sudah tiba masanya untuk berbuat amal, cukuplah memperhambakan diri kepada dunia, kikis perasaan 'hubbul dunya' yang menebal dalam diri)
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur (saat bermuhasabah, diri mulai sedar akan silap selama ini mata dikabur dengan sinaran kaca yang disangka emas permata)
karektor kartun kantor dan karikatur diktator (karektor kartun merujuk pada diri yang tunduk pada diktator iaitu nafsu)
dikabur takbur shabab yang bermusim tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim (anak muda yang dihinggap penyakit takbur didalam hati yang menyangka diri masih awal untuk sentiasa beribadah, seringkali sedar tetapi tidak istiqamah maka kerap kali hati berubah-ubah sebagaimana iman itu ada turun naiknya)
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur (hanya dengan mengingati Sang Penakluk Yang Memerintah, Maha Suci Allah lagi Maha Memberi Kesejahteraan, diri menjadi tenang)
masyghul, runsing… jah (sedih, berduka-cita malah runsing apabila mengenang dosa dan noda..Allah)
[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu (satu penyampaian yang mutasyabihah apabila menggunakan perkataan 'aku', boleh jadi Allah menjentik hatinya kerana bersusah-payah akan suatu yang tiada ganjaran sehingga keletihan dan kelesuan, buang ditepian dahulu dan mula mencari hakikat hidup yang sebenar didunia ini yang ternyata hanyalah persinggahan sementara yang kekal adalah disana, pejamkan mata dunia dan mula mencelikkan mata hati demi kebahagian yang abadi)
(Malique)
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi (suara itu adalah keyakinan diri dipersoal oleh dirinya sendiri tentang karyanya itu tidak cukup kuat dalam perjalanan melainkan ditambah dengan alatan 'perangnya' iaitu zikir-zikir demi menundukkan nafsu yang dikeji dalam perjalanan mujahadah menuju makrifatullah)
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi (keruntuhan moral dalam sistem, yang menjerumus kesakitan dan ketenatan dalam masyarakat membuat dia mengasingkan diri)
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal (Ubat-ubatan merawat depresi, insomnia, anti-psikotik, skizo paranoia menjadi metaphor dengan erti kata lain iaitu zikrullah yang merupakan ubat yang paling mujarab bagi qalbi, zikrullah itu ialah penawar bagi hati)
semoga afdal bertemu di astral (semoga zikir-zikir yang dilantunkan mendapat keberkatan dan meruntuhkan hijab/dinding/dosa yang menebal didalam hati sekaligus terbuka mata hati dan diperlihat akan kekuasaanNya)
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan (dari amalan zikir itu tadi telah mengangkat tingkatan maqamnya dan lalu runtuh hijab terbuka mata basirah, makrifat kepada Allah Azza Wa Jalla tiada awal tiada akhir dan merasakan hakikat cinta yang sebenar)
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, (hati yang berkarat selama ini telah di'gilap' dengan 'ubat-ubatan depresi' iaitu zikrullah lalu dapat membuang titik-titik hitam iaitu dosa dan noda tidakkah dengan mengingatiNya membuatkan hati menjadi tenang? Tidakkah dengan sentiasa melazimi zikir itu dapat melenyapkan dosa walau sebanyak buih dilautan? Dengan barakah zikir itu telah menghapuskan segala dosa dan noda membuatkan hati orang yang menyintai zikir itu senantiasa sejahtera)
kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan (mengasingkan diri dengan bersuluk 'jauh' dari dunia luar, lantunan-lantunan zikir itu telah menjadikan yang melantunkan zikir itu dzouki@asyik dalam cinta Rabbul Izzati, hakikatnya yang merasa itu sahaja tahu akan kemanisannya)
(Malique)
hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara (hakikatnya disana alam yang kekal abadi disana merujuk alam akhirat, disana setiap perbuatan dan amalan didunia dihitung maka beruntunglah mereka yang bijak yang senantiasa mengingati mati kerana disini masih lagi dunia yang bakal fana bertungkus lumus demi mengejarnya dan menganggap inilah yang utama adalah suatu perbuatan yang sia-sia)
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya (darajah atau maqam yang tinggi itu (kewalian) harus bagi Allah taala untuk menganugerahkannya pada setiap hamba yang diperkenanNya tetapi dengan jalan mujahadah yang sukar mujahadah disini melawan hawa nafsu sendiri dengan mempraktikkan zikir agar tidak tergantung hatinya pada dunia (zuhud) dan ini antara salah satu method yang digunakan oleh para golongan sufi dalam perjalanan 'menuju' Sang Pemilik Hati)
(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir
(Kembalikan fitrah roh itu iaitu suci dari dosa walau sebesar biji sawi, kembali kepada Allah swt iaitu sentiasa patuh akan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, apabila berkekalan akur serta patuh akanNya nescaya tiada apa yang perlu dibimbangi kerana Allah itu tidak memungkiri janji-tiada yang lebih bahagia dari hamba yang menggapai redho Ilahi)
Saya tidak menyangkal cara orang memahami maksud lagu ini lain orang lain cara pemahamannya tetapi inilah pemahaman saya tentang lagu yang bertajuk Pejamkan Mata oleh Malique dan saya tidak menafikan beliau antara prnulis lirik yang agung dalam tanah air kita buat masa ini. Wal 'ilmu 'indallah wallahu'alam bissawab.
"Rahsia tinggal rahsia takkan masuk tv lagi.
Redhwan Aziz mendalam maksud malique
Makrifat
Redhwan Aziz x
Setiap kata yg mewakili rasa pasti berdusta, manakala setiap rasa mewakili kata adalah zindiq. Hanya rasa dpt mewakili rasa. Mhon tuan sudi tinggalkan nmbor whatsapp supaya senang sy berhubung dan bermuzakarah inshaAllah dgn izinNya.
Ini adalah tafsiran yg paling sempurna dan paling tinggi levelnya bagi ayat2 yg tersirat dan tersurat yg ad pada lirik pejamkan mata. Mohon tuan sudi berkongsikan ilmu serba sedikit kpd saya, supaya dpt sy memantapkan lg dan mendalami lg ilmu2 tafsiran. Tk lain tk bukan, utk mencari KeredhaanNya semata2. Tolong tinggalkan nmbor whatsapp supaya senang saya berhubung. Wassalam
PKP JOHOR 2.0 Hadir kembali.. dan kami takkan pernah lupakan MR GENERAL🙏🏼
PKP TERENGGANU
PKP PAHANG
Setiaa
pkp kl
Kedahhh
lagu malique tak perlu menang ajl. lagu dia itu sendiri sebuah anugerah untuk semua yg menghargai. yang mana tau, tau la.. SALUTE
terdiam emcee satu malaysia, mana yang hidung tinggi, mana yang cakap dia nombor satu, ini baru seni bro berisi penuh maksud bukan buat lagu pasal geng,dadah perempuan takde maksud langsung tabik General, you the best bro 👌🏻
Hafiz Hafiz sebab general dah matang dgn dunia HipHop bro, tapi dia tetap takkan berhenti rap sampai ke tua bangka. Betul yg awak kata tu, rapper sekarang lebih pentingkan personaliti dari kualiti. Tapi hakikatnya mahkota masih di atas kepala general. Dari dulu sampai kini. :)
Hafiz Hafiz keluarnya album tko pejamkan mata ni boleh dikatakan perkuburan semua rappers2 di Malaysia ni.. General Malique tetap terbaik
Hafiz Hafiz yg lagu amboi amboi amboi bapak dia tu kira rap jgk ke? huhu
ha ah.. amboi2 tu pn dikira rap jgk..
amboi amboi tu ok lagi,, ni rap tepuk amai amai apa lanjiou?
Malique just proved that theres still hope for music and art in malaysia. Say no to lagu yang rela mati sebab cinta pls. sampah tau tk?
Just nak share pengalaman saya dgn Bro Malique kpd semua peminat2 dan yg x mengenalinya..Bro Malique ni bukan shj hebat berkarya Malah keperibadian dier juga Bagus.sgt baik hati orgnya.Pada zaman kegemilangan toophat dulu..dia pernah tumpangkan Saya menaiki kereta proton waja dier pulang ke rumah.walaupun terpaksa berhimpit2 di seat bkg..kalau xde dier time tu maybe saya tido kt klcc sampai pagi..thank you so much Bro Malique..SALUTE jasamu takkan dilupakan...semoga murah rezeki dan Berbahagia disamping keluarga..
Bertuahnye bro
@@safwat8498 janganlah cerita kat sini,kau buat aku dengki bro
Bro ada buat2 tido x bila di station minyak...😁😁😁
@@muhammadfalihin8626 😂😂
@@muhammadfalihin8626 hahahahaha
King of rap + Queen of RnB. Salute!
Please gais. Ramai2 naikkan view MV lirik ni. Kasi org tau. Mungkin rap mereka berdua ni takkan ada dalam 10 tahun lagi. Apprrciate it bro Malique.
Lama tak nampak Malique...semoga sihat walau di mana berada...
semoga muncul dalam MV ni...
Malique! Terima kasih kerana muncul semula 😢
Sy dgr malique dri dia too phat lgi.. Masa tu album plan b.. Smpi lh skg.. Malique mantap boh
sentiasa sukakan bait2 malique..master of the lyrics.. deep
malique release album tak perlu buat pres dan iklan kat tv..bukak je open order..before 24 hours sold out...jangan pejamkan mata lagi malique..kami inginkan karya general malique lagi
Khairul Amri "dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka, kalau habis abjad, aku rap dengan angka." sedutan lirik dari lagu SENYUM.
so jgn risau.. malique akan terus berkarya. 👍
"mereka mula kiri,aku kanan bila baca..
sudah mahir rumi,mari tafsir alif ba ta.."
-malique
minta maaf awal2 ek .. aku bukanlah pengemar lagu2 melayu utk zaman skrang ni yg jiwang tah pape ... tapi GENERAL tak pernah mengecewakan smua peminat dan pendengarnya ... KAU TERISTIMEWA MALIQUE IBRAHIM ...
Kita doakan Malique dan keluarga sihat dan semoga hatinya terbuka utk perform live utk peminat2 dia yg setia yg lama rinduinya.
setujuuu! 😊
angan2 je la bro...dia x kan perform da mne2 pun..rahsia tinggal rahsia tak kan masuk tv lagi...
apa sbb?.,.
AMRUL MAGICIAN tu la kan. Tapi kuasa Allah mana kita tahu kan.
Dengan rasa berat hati aku sembunyi,
Dengan kekasih abadi aku bersunyi,
Sebentar
Tinggalkanku dengan Attar dan Rumi,
Menari tanpa bumi,
Nyanyi tanpa bunyi.
Ku nantikan telunjuk picu yang berderai,
Kemenangan tanpa tentangan akan termetrai,
Gapai
Dah melambai tak mahu mencapai,
Ingkar lukis garis nipis antara damai dan lalai,
Santai ya
Tapi jangan terlalu,
Pergiku lama, tapi bukan selalu.
Syair yang kau lafaz,
Semuanya dah ku hafaz,
Sedikit zat-zatmu saat ku hembus nafas.
Perang seribu malam hampir tamat,
Ku hampir selamat tapi tu belum muktamad.
Peluru keras memecah gelas,
Warkah dari perbatasan harap dibalas.
Salut
harap maliquee teruskan berkarya dalam Bahasa Melayu...terasa ke hati setiap bait-bait ayat Malique
last album dlm BM..pasne dia nk bt lagu inggeris dah..
Khaleed ALWaleed tu yang sedih tu bro, dari bebudak masa maliquee dalam too phat sampai sekarang, habis dan puas aku rumus lirik beliau, memang syok...pengertian bait2 ayat beliau memang awesome...😔😔😔😔
Tapi ni last album bahasa melayu malique bro. Lepas ni english pulak. Dalam tahun 2017 jugak
fakrul radzey tu la bro, aku rasa nak jumpa maliquee, nak suruh beliau jangan give up...😢😢😢😢😢
Dia tak give up bro cuma dia sembunyi . Dunia ini menyakitkan , manusia menyakitkan sesama sendiri . Masalah hati yg ada saat ini lebih kronik. Jika semuanya tiada masalah hati . Amanlah dunia ni .
Bahasa malique guna terlampau tinggi..sukar nk di fahami..x hairan lagu ko sentiasa peminat tunggu...terbaik!
Lagu rap yg tak pernah bosan utk didengar serta mempunyai lirik yg berkarisma tinggi.. Jujur ckp aku cuma boleh dgr lagu rap 2 org je.. Malik ngan joe fliezow.. Korang mmg rap terbaik bro.. Salute
pagi tadi tgok 5k view ja..ptg dah 12k..karya malique mmg berkualiti..mmg terbaik lagu nie..☺
"tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka brrmukim"
thumbs up klu ada yg dpt follow. flow.
Kali pertama dengar mesti ingat lagu untuk kekasih.. Memang benar tapi lagu ni bagi aku adalah luahan hati si penulis yang rindukan Pencipta , yang mengadu nasib diri terhadapNya. Banyak maksud2 tersirat di sebalik setiap ayat. Malique juga mengingatkan di sini bahawa Allah itu sentiasa berada di sisi hambanya. Cuma kita yang kadang terlupa padaNya.. Masterpiece , itu je yang boleh aku gambarkan.. Salute
Saya cuba decrypt baris "Semoga afdal bertemu di astral"
Afdal : kata ganda dari kalimah arab, yg brmksud 'yg plg baik/plg bagus'
Astral : dari bahasa latin, asalnya astrum kmudian diserap mnjd perkataan Bahasa Inggeris yg bermaksud : Yang berkait atau berhubung dengan bintang-bintang.
Kalau ingat balik, bila orang baca tahlil mesti dia sebut "Afdolu zikri annahu laailaha illallah". (Sebaik-baik zikir (yg paling baik) adalah 'Tiada Tuhan selain Allah'.
Astral mungkin merujuk kepada langit, kerana disitulah bintang-bintang berada. Ia kiasan bahawa semoga zikirnya diangkat kelangit (diterima oleh Tuhan yang Esa)
Jadi mudah fahamnya, penulis mengharapkan agar ibadatnya (zikir) diterima oleh Allah swt.
*Penulis lirik mempunyai kosa kata yg sgt luas, bygkan satu baris dah padat & sarat dgn maksud yg mendalam...mmg mindblown nak rungkai satu lagu
Malique kuat ramas buku.
Ini la malique . Legendary 🇲🇾
bukan astral ni mcm syurga ke. ni tanya tau
@@amirulsafwan4619 bukan bro. ko taip je bro dlm google. aku nk tulis pun takut ko pun xpaham. Hahaha
@@emierfarmien8410 ok2 thanks
lagu ni malique cerita perkara seharian je dan tekanan menghadapi hidup zaman dajjal sekarang, cuma menggunakan perkataan yg jarang didengar. Allah jua tempat bergantung harap.
Xde kene mengena dgn dajjal pun..😕
putera28 zaman dajjal tu akhir zaman bro. tanda tanda kiamat dah keluar, jadi bukankah kita ni umat akhir zaman?
Moq Azrin maksud sy lagu ni xde keme mengena ngam dajjal or zaman dajjal pun
putera28 tak salah kalau bro cuba fahami lagi lagu ni. zaman akhir atau zaman dajjal pun berkait. banyak kaitan dan pemahaman bro. mungkin kita berbeza, tapi kita sama sama respect Malique de General.
Moq Azrin setuju bro👍
Level puitis rap malique ni boleh jadi sajak. buang music baca seperti sajak pun masih sedap bunyinya. lenggok dan rima memang kena dengan tempat. bahasa yg dia gunakan juga melambangkan bahawa dia sendiri membuat kajian dan bnyak membaca dari banyak sudut, orang yang pentingkan ilmu. bahasanya yang kompleks menunjukkan dia seorang artisan yang cuba menyampaikan mesej yang sangat mendalam. tiada bait2 yang kosong, semuanya penuh dengan maksud yg tersurat. Malique lama mendiam bukan sbb suka2, tapi dia memerhatikan dunia, mencari maksud kehidupan. tiada lagi erti "artis famous" dlm kamus hidup dia sbb dia tahu semua itu dunia semata-mata.
2besyaki btol2.1 dlm sejuta ni.
Dia pasti akan kembali
Salute!! Kalau masuk ajl pun bkn dpt tengok malique live pun. Mesti ganti dgn rapper tak senonoh. Malique is the one and only!
Aku search kt kamus kan, kebanyakkan ayat2 baku malique byk yg tak jumpa.. ayat2 dia kamus pun jem weyh😭 aku percaya sape yg dgr lagu ni, perlukan paras berfikir waras tersirat yg tinggi&utamanya memerlukan ilmu tasawuf dlm diri🙏🏻
Part dia sebut lozarepam ape semua tu nama² ubat, sbb tu tak jumpe.
Samsara=kelahiran semula
Banyak lagi aq dlu ade catat perkataan² dia pakai untuk aq blajar
Terlalu dalam untuk ditafsir. Terlalu indah untuk dimatikan. Walau payah untuk memahami cerita disebalik kedalaman kasta bahasa itu. Tapi sekurangnya aku cuba ya. Jangan berhenti berkarya lagenda malique. Kalau lagu ini tanda farawell, mana janji yang sampai tua bangka takkan berhenti dulu? Habis abjad aku rap dengan angka? Please teruskan berkarya disana. Walau tidak akan muncul lagi dimedan perang. Kau tetap nombor satu. Ikhlas dari peminatmu negative nombor 1.
tak apa malique masih akan berkarya... tunggu english album yg keluar dalam tahun ni juga
Betol tu bro...bahasa yg cantik
.
Steady👍
Org yang bersasatera dan membaca banyam kitab serta ilmu sejarah yang fasih akan dpt ilham ayat yang susah nak jmpa ..-cinta respirokal-
Cara terbaik mengajak remaja untuk berpuisi,sajak,seloka,pantun,gurindam. #maliqueibrahim jangan pernah putus asa dengan usaha kau bang. Nawaitu kau Allah saja yang tahu. teruskan beritma atas puisi. Bahasa jiwa bangsa. "Bukan senang hendak senang apatah lagi jadi juara....." Bang lagu kau sudah sampai Kota Singa...Salute...#qarmamusic
biasanya sambil aku dgr lagu aku akan baca komen tapi bila lagu malique ni aku tak scroll komen sbb nak hayati dia punya lirik.. terbaik malique 💪💪💪
zarifi razak sama macam teman penganti!!!
zarifi razak idolaa epyy
mdjasin ahmadsobri hahahaa mu ntg oby siaaaaaaaaaaaaaaaa pah sini mu jupe op hahahaaha 😂😂😂
zarifi razak idolaaaa orgg rmai jumpaa laahhh..hahahahahah aku dgor lagu jpe komen style dri zarifi razak komen llu laa..hahahahhaahhahaha
zarifi razak idolaaaa orgg rmai jumpaa laahhh..hahahahahah aku dgor lagu jpe komen style dri zarifi razak komen llu laa..hahahahhaahhahaha
_Best Baca Lirik Semua Lagu2 Malique..Buat Kita Tertanya-tanya Apa Maksud Yg Malique Ingin Sampaikan..Juga Buat Kita Terfikir Bagaimana Malique Boleh Terfikir Untuk Menggunakan Kata-kata Bahasa Khazanah Melayu Lama..Karya Yang Sangat2 Bernilai..Setiap Lirik Lagu2 Malique Ibarat Rahsia Harta Pusaka Purba..Kita Jumpa Fosil Pada Tahun 2000, Tapi Bila Sampai Tahun 2020 Baru Kita Dapat Hasil Kajiannya.._
aku nak sgt album hg malik.tapi duit xdak nak beli.tgh dok kumpul duit nii.doakan dimurahkan rezeki yaa
Anaz Azmi aminnn
Terbaik malique...ini baru lagu yg berkualiti..evryone waiting for this...pena mu buat kami gembira,katamu buat kami ketawa...thanks
terbelit2 lidah nk ikut rap malique ni.. btw good collaboration!!!
Hyz Kelbross sama ah lidah aku trus jamm ah
Assalamualaikum..bagi aku..lagu ni suruh kita jngan kuat sangat bekerja untuk duniawi..
Hampir terlupa yg hakiki..
Bila kita letih lemah lesu serabut..ingat tuhan..smbahyang 5 waktu tu jngan tinggalkan..penuh dalam lirik kau sang general..salute dari sarawak..kalau ada general sini..satu je peminat pinta..sentiasa lah berkarya walaupun general xda di layar tV..kami sentiasa ada untuk support General..doakan General sehat selalu..Assalamualaikum..
setiap kata-kata dan lirik dari malique penuh dengan tersirat ... didengar di hayati agar Sereblom oblongata kita berfungsi dengan fitrah sel nya .... bukan bertuhan dengan nafsu ..terbaik Bro ..salute general
+Mohamad Azahar Bujang 'SCIENTIFICISM'. 👍
serious laa lagu ni best gilooo.first dengar dekat spotify.dah 80k .bukak youtube 72k.feat pupa dengan Dayang..fuhh lagi best dr Joe Fliiiiiiizow .
~hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba~
deep👍
Ahmad Zharif dunia ka dunya?
Abdul Afif 15.02.2014 dunya...samsara...nirvana tu sume bahasa sanskrit...bahasa melayu bnyk pengaruh bahasa sanskrit bro
Ahmad Zharif sanskrit tu bahasa apa?aduh saya tak faham
Abdul Afif 15.02.2014 Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa daripada India yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India.....
copy dri wikipedia
Deen Azhar betul tu... pernah dgr dan bca pecahan bhsa melayu tpi bukti xde. sebab tu dyorg ckp bhsa melayu pinjm bhasa sanskrit... entahlah..
Pertama Kali dengar lagu Ni pada tahun 2017.. umur ketika itu 19 tahun.. sekarang dah kerja lagu Ni sangat bermakna 😢 Dunia kerasss.. Allah Saja tempat Kita bergantung.
nie baru lagu legend.. bkn ku menangis kau ketawa, ku ketawa kau menangis.. nasi tangas betull... 😯
YussSattar VEVO siall laaa haha.... Benanah telinga aku tau tak... Asal lagu tu aku tuka chanel...
Muhamad Luqman Hasnan hahaa lagu2 bagus mcm nie viewers susah nk naik, lagu simple mcm tu berjuta viewers...
Kotor la lagu tu... Ishhhh
pastu aku mcm konpius sape yg nangis sape yg ketawa..hanat tol
YussSattar VEVO kahkah..ini win
I dont actually understand this, but it feels so comforting. Malique sudah kembali.
Mengalir beb air mata aku , terlalu penat dia layan dunia
mustaffa raof byk lagu die yg menyentuh jiwa...
Nana Manja sy ikut dia dari 2010 , kiranya baru lg . Tp karya2 dia banyak yg buat sy cakap "wow" belum lg ada penyanyi malaysia yg buat mcm ni .
sy mengikuti die dr awal penglibatan die bersama too phat.. masa tu sek men lg.. album die sy bli..dr situ sy kaji lirik lagu die ade yg mendalam maksudnya... sehingga skrg.. ttp mengikuti die..
mustaffa raof bang, boleh tolong terangkan maksud lagu nie bang ? saya difahamkan lagu nie berkenaan dengan ketuhanan. tapi saya tak dapat tangkap sepenuhnya.
Asraf Amran mudah je. Dia mintak kita kembali ke jalan yang betul. Semua ni dunia, dalam masa yang sama dia mtk tlog utk sama sama bantu diri kita kembali kepada jalan pemilik astral
Lagu Bukan Mudah ft Nukilan paling best.
Tak sia2 beli album malique smpai dua bijik. Buat koleksi.
Lirik lagu Bukan Mudah tu macam General nak jawap kenapa dia senyap..
Sila hayati.
full of linguistic.. malique jg ada belajar tasawuf.. rap god malaysia.. salute 👐
takdak rapper boleh bawak lagu nie selain malique...keluar lah engkau dari lubuk mu wahai Malique.
Keluar lh please......love your RAP ...RYHTM AND POETRY
Bila doktor diagnosis aku sebagai Bipolar Jenis 2, baru aku dapat 100% relate/kaitkan isi dalam video ni dengan kesihatan mental, terutamanya kecelaruan bipolar jenis 2.
Ya.
Ubat = Tidur = Tidur= Tiada Depresi = Jiwa Tenang = Mudah Beribadah
apa yg aku nampak dari maksud tersirat lagu Malique ni sebenarnya mcm berkisarkan ttg penyakit dia la jep...
Malique banyak menggunakan istilah medikal dalam lagu ni, cth: respiridal, Lorazepam, pituitatry.
bait 1- berkisarkan ttg masalah cinta lama dia, 'diragut total, cinta resprokal, dipersal, kekal equivokal'. dia somehow, mcm bergaduh dgn kekasih, bila tnya kenapa, kekasih tak jawab apa (equivokal).
bait 2 - 'tanggalkan tali leher itu, cukuplah seharian digembala', mgkn perselihan disbbkan kekasih lama suruh tinggalkan kerjaya seni yang tak memberi manafaat. lepas bait ni, dia lebih menceritakan kritikan sosial penggiat seni sekarang sebagai 'shabab yang bermusim', 'tak punya benak dijiwaku jemaah mereka bermukim', hasil hasil seni Malique sblm ni mgkn tak diterima penggiat seni lain kemungkinan.
bait 3 - bait ketiga ni mgkn kontroversial, 'aku terdengar suara itu lagi, mata penamu tak mencoret solusi, kata magis tak cetus revolusi'. akibat stress yg teruk dari kerja, kritikan seni dari penggiat penggiat seni dan pergaduhan dengan kekasih, Malique somehow manifest simptom penyakit mental yg dialami ; terdengar suara ni biasanya simptom pesakit skizophrenia atau psychotic bila dilanda stress (preciptating factor dari pergelutan industri seni dan kekasih) Auditory hallucination yg dialami Malique ni mngkritik Malique, katanya, 'pena tak mencetus solusi- karya seni Malique x bernilai', 'kata magismu tak mampu cetus revolusi- segala rap Malique sebelum ni tak memberi iktibar kpd masyarakat, sbb masyarakat tak faham'. depresi yang teruk, menyebabkan Malique mengambil ubat Lorazepam, risperidal utk menghilangkan suara suara halusinasi mindanya akibat sakit mental yg dialaminya.
bait 4 - tak berapa faham apa Malique cuba sampaikan. tp, gambaran yg Malique sampaikan cuba memberi maksud ' kerana cinta manusia binasa'. gambaran bila mana manusia bercinta, segala benda tampak indah belaka, 'di hati dan pituitari(metafora kepada akal) menari tanpa bumi, menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan- cinta itu nampak indah tak berpijak dibumi nyata, kehadiran cinta tak mampu disampaikan tapi boleh dirasakan.
Mana mana karya puisi pasti ada maksud tersirat dan tersurat, benda dah blaja zaman skolah kot, jadi mana2 karya seni pastilah terbuka kepada interpretasi pembaca dan masing2.
karut...jeneral x sakit
tahu freemason n ilumination??lepas dgr lagu ni kau p dgr lagu musik buatku high then bru kau kaji atau cari gali..ahahahaha
dah sudah, di cop iluminati pulak... kau nampak ada mata satu dlm penyampaian aku x? Ni karya sastera la brader, mstila bersifat terbuka. tak prnah buat analisa sastera ke zaman skolah/ universiti .... takkan la prnah dgr Freemason je kot
analisa sastera ni bersifat terbuka semua aspek boleh kaji. .ahahahaha, .ada la part2x dia yg buat aku aku menganalisa secara terbuka mcm kau ckp. .ahahahaha. .mcm `mata pena mu xmenncoret solusi kata magis mu xkan mampu cetus revolusi` n beri aku tiket ,tak pesawat aku rampas,delta mana lagi lekas 9 atau 11, .jd sy MENGANALISA SECARA TERBUKA, . Peace bro
banyak sebnrya lagu2 sastera banyak maksud tersirat, contoh dgr lagu M. Nasir, and banyak lagi lagu rock 90an.. semua aspek ilmu dia mantap, lagu zaman sekarang je ntah apa apa..
Lirik ni buat aku menitiskan air mata yg aku tahan sejak few days ago. Derita aku yg rasa. Betul kata malique manusia hidup hny utk menyakiti. Menindas pekerja bawahan dan yg atas sorak riang. Hari ni orang tutup periuk nasi aku. Tapi aku percaya Tuhan ada utk aku terus diberi rezki. Moga ada kerja yg lebih baik dr apa yg telah aku kecapi. Utk pentadbiran di Kedah, tak perlu lagi cogan kata pernuafakatan andai anak sendiri dikambing hitamkan. Aku pergi bkn sbb mengalah, tapi sbb aku punya Maruah. Aku takkan halalkan apa yg kau dah ambil dr aku dunia akhirat. Itu janji aku.
bykkan bersabar
Kenapa
Intan Nazzhirah tape rezeki allah luas cuba lagi terus kn berjalan kita tak tahu apa ade didepan ..
Sabar key
Ada maksud lain sebalik lirik lagu ni..moga Allah kurniakan pemahaman buat anda.. in sya allah
Takyah masuk AJL lagu ni. Ramli ms, ajai confirm terkial kial nak faham lyric malique. Level dia lain dari lain.. Patutnye nye malique yang jadi juri kat ajl.
malique dia xkn berminat jadi juri ajl..
general xperlu jd askar
cukuplah beliau memerhati dari jauh
janji xkan masuk tv lagi
@@mohdhakim3377 true... Klau Malique jadi juri ajl, jatuh standard boss.
Dh beribu ribu kali putar lagu karya mr general,,tak pernah bosan
The only rapper so far from Malaysia that raps about freemasonry agenda. Far as i know, one that clearly saw how the system is a trap leading towards our demise, both dunya and in the hereafter. Cheers Malique for being the only one to interpret it through out mother tongue. Your wordsmanship is indeed incomparable here
walaupun aku tidak dilahir dgn mendengar lagu yang dinyayikan oleh malique atau dicipta oleh malique, aku hanya sempat melihat malique masa aku masih belum mengenal erti ayat yang mempunyai maksud yang mendalam. Malique is the best local malay rapper ever. Harap suatu hari nanti malique dan joe flizzow akan bersama lagi. Kami sentiasa menrindui Too phat.
Apekk Nadco too phat the legend
tak kan masuk tv lagi...
rahsia tak akan masuk tv lagi
arini ja da 20x dengar lagu ni....sungguh dalam maksud lagu ni...
#TerbaikkBrooMalique
Saya suka lirik ni, memperkasa BM saya 😘
Umur aku baru 15. Tapi aku rasa lagu macam ni rapat dengan jiwa aku. Aku harap lagu macam ni akan berkekalan. Penuh ilmu. Aku tabik kau bang Malique. Menangis weh aku nak fahamkan lagu ni. Bila dah faham tu aku baru sedar masih ada para penghibur yang faham situasi sekarang & masih peka memberi peringatan. Apa pun situasi kita sekarang, kita kena kuat and sentiasa kembali kepada Dia. Walau kadang-kadang terkeluar dari landasan, lagu macam ni seumpama menguatkan kembali jiwa kita untuk bertahan. 😌
Shafiah Shazan betul tu
Shafiah Shazan hi
aq dari umur 13 minat Malique ni
ko budak wicet ape tau.
Dah2.. gi buat keja skolah tu.
Welcome back, Malique! Masih meremang!The real rappers' soul dan penjaga lirik bahasa yang cantik. Sasterawan Bahasa & Muzik.Mohon rappers feeling urban tapi 'bahasa rempit' undur diri.The King is back!
AJL2017 - Confirm Finalist & Champion. Sekian.
Najeeb Abdullah kalau masuk ajl pun,tak nampak sapa calon sesuai ganti malique perform.terbelit lidah habis.haha
Hari hari aku bukak komen kat sini..baca komen korg pun aku anggap itu khabar terbaru G.Malique..
sama juga dgn aku bro.
sambil dgr lagu sambil tengok komen
org mcm kau la malique nk elak...agungkan dia dari karya dia...zaman sekarang minatnye artis kalah mcm minatnya rasul...dia xnk minat kau ni jadi fitnah dunia buat dia...pasal 2 die bersunyi...
Salam... Fans Malique dari Papua Indonesia...
lagu yg x sampai 4 minit tapi dia punya sedap berjam bertahun berabad berkurun
macam mana aku nak hafal lirik lagu ni? hebat betul kau malique.
alhamdulillah finally tgk yg x Ori x best semoga general x pernah kering idea tok lagu2 best... insyaallah
Kalau dengar lagu the general... Aku jd salute .. Macam mana dia boleh hafal lirik yang tanpa diulang..kalau lagu lain.. Kau pusing lah lirik tu sampai habis.. Just ubah nada saja... Really miss the general... Impian aku nak sangat tengok last song dari too phat.. X kisah la malique nak muncul atau x.. Just harap ada last song dari mereka berdua...
korang jgan download dulu lagu ni....biar view dia banyak sampai MV keluar...biar lagu ni diangkat ke Ajl
lagu ni takkan ada mv. Sebab ni dah kira Official video.
Deren Akiap nope...ni official lyric..bkn official music video
Lagu yg menceritakan betapa kita terikat dgn politik dan kehidupan yg memenatkan. Berontak yg di anak-anak kan. Yg pd org2 atas, mungkin kata2 kita memang langsung takkan bg kesan pd mereka. Chorus adalah monologue kita, tentang kata-kata menenangkan dari Tuhan. Dengan hanya mengingati Allah lah hati akan berasa tenang.
Malique always be malique takkan ada orang yang dapat ganti legend macamni. Nak harapkan dia muncul semula dalam tv mmg taklah, hmm rahsia tinggal rahsia takkan masuk tv lagi.
bila dgq lagu malique, my hubby akan mention ni la anak english teacher i kt mrsm dlu. no wonder malique is a linguistic genius. inherited.
bile dah dgr lagu2 Malique, lepas tu cube dgr lagu rapper2 melayu skarang liriks bukan2 slalu mix dgn inggeris.. boleh membuat kite lebih hargai skills Malique yg satu-satunya tidak boleh di tiru..
malique kan sekolah mrsm no wonder dia bagus
yes, mrsm muar tu
Dua track best yg boleh masuk AJL.. hopefully...
Malique feat Dayang Nurfaezah - Pejamkan Mata
Malique feat Nukilan - Bukan Mudah
Patutnya lagu2 mcm ni dimainkan di radio. Bukan mcm lagu2 kebanyakan sekarang yg zero isi dan kualiti. Salute Malique. Penuh puitis dan isi. 👍👍👍
Malaysian Rap God. No doubt. .
Ni bru dktakan lagends,,rap no 1 malay,,org yg xsuka,dengki dgn rap abg tu,,sbab diaorg akal pendek,,xfkir sblom brtindak,,dia thu sbliknya,,abg malique jgn risau,,yg suka rap abg malique jgn lupa support,like,dan bgi smangat dkat abg,,smoga smkin mju dlam industri pnynyi rap malaysia
Tak pernah bosan dengan malique , rindu nak tengok dye perform
totally agreed! ☺
AIM sisters 👍👍
hey mr R.J... tgk ni.. ini baru betul rap ok.. salute mr malique 😊
Deep. Meremang bulu roma. Penuh isi dan padat. Industri muzik Malaysia masih ada emas dan permata. Salah satunya Malique. Tq general !
pejamkan la mata ... hayati keindahan.. ketenangan sebenar..seru yg diseru.. seorang sunyi menyepi.. hapus segala derita dan sengketa.. syurga buatmu..
yeahh dah ada. tggu mv. tp klo mv mesti xde malique
Izdihar Nakhmat kann sama mcam mv teman pengganti
Izdihar Nakhmat malique tetap berkarya tapi takkan appearance di media sosial....salute general
Izdihar Nakhmat berkarya utk telinga bukan mata
betul tu guys. respect malique
dia mmg tk nak duk depan camera da skrg, huhu, bukan mv teman pengganti je, mv aku maafkan kamu pon dia suro zizan ganti.
the king is back..mmg totally material menang ajl
Why be a king when you can be a rap god ?
+rico aldo nice one bro hahahahaha
haha eminem and malique G.O.A.T
Menangis aku dengar lagu ni. Terasa sangat dekat dengan jiwa walau sukar ditafsir tapi aku cuba. Karya Malique is masterpiece.
Deep. Fahami lirik in sha Allah blh mendekatkan kita dgn pencipta....congrats malique
Tak sangka masih ada orang seperti Malique berkarya lagi. Malaysia ada harapan lagi...
Entah kenapa bila dengar part Malique, i feel something really special on his lyrics & song & the way he presents to audients , its really fantastic & xdpt ditiru oleh mana2 pihak sekalipon
rapp dari malique ada lenggok dia sendiri..bila dengar hati rasa mcm sayu je padahal lagu rapp..kalau hayati setiap lirik dia penuh dgn makna..dia bukan rapp kosong..
this is not music . this is art . this is masterpiece
America has Eminem
Korea has Bewhy
Indonesia has Rich Chigga
and Malaysia has Malique
Salam from Brunei
Korea tu amik Pablo la sebab ayat dia power
Nayeon Twice Korea has kang gary
Gman Ikynn Yup KangGary punya lg pun deep jg tp berkisar pasal cinta dia
eminem british la. american jay z ke kenya west ke
eminem asal detroit. united state, halah nak bash tapi salah info.
Keghaibannya kita raikan (bersama tuhan selamanya) . Hitam sepi itu lah keabadian selamanya. Puitis dan puisi yg penuh dengn hikmah. Salam agung buat malique✌🏻
lagu ni perfect...lirik,malique rap,tambah lg dayang tu sgt merdu..dgn melodi die...suara latar tu...kelainan muzik...malique dh ubah industri muzik malaysia smpai ke atas.....aku sndiri tcari cari maksud lirik lagu ni
Malique ni dah liga lain dalam arena rap malaysia. Sampai srkg takde lagi rapper lain yg boleh duduk sama liga dgn malique. Titik.
Xleh move on dengar lagunya🎋
stakat ni mr ganeral no 1
Dalam lubuk hati aku tau kau xkn muncul malam ni tp aku tetap menanti dgn penuh debar malique..dan bila aku dgr suara kau aku mula menitiskan air mata sbb aku tau susuk tubuh yg berada atas pentas tu bukan kau...smpai hati kau malique 😔
Jamal Abdillah pernah kata, "Rappers yang bawak lagu Malique takkan sama sebab Malique bawak lagu dengan suara yang lembut".
MALIQUE TRUE LEGEND
MAXIMUM RESPECT !
FROM INDONESIA !!
Kong Vector gw suka lagu turun naik fresh boy 😂😂 from malaysia
Kong Vector terima kasih bro.. kami hargainya
true! from selangor, rusia
G Malique dah buktikan walaupun tidak muncul menunjuk rupa,org ramai tetap dapat menghayati dan menghargai karya beliau.SALUTE.
Kamus menjadi peneman..