Dah beribu komando dilahirkan, kalau mereka boleh saya pun mampu - Leftenan Muda Mujahid

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 24 дек 2024
  • “Kalau kita tengok dah beribu dah komando dilahirkan. Jadi kalau mereka boleh (lulus), saya juga mampu,” luah Leftenan Muda Ahmad Mujahid Siddiq Ahmad Rizal, 25.
    Lebih menggembirakan apabila beliau turut dinobatkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024.
    Anak jati Kuala Kangsar ini menjelaskan, beliau tekad mencabar dirinya untuk menyertai komando apabila ‘terinspirasi’ dengan seorang jurulatih yang merupakan pegawai dari Gerup Gerak Khas (GGK).
    “Saya terinspirasi dengan dia (jurulatih). Dengan semangat juang yang tinggi, ilmu-ilmu yang dia bagi sangat banyak, dari situ saya terinspirasi,
    “Dan saya ingin mencabar diri saya untuk menjadi salah seorang anggota yang terbaik di antara yang terbaik,” jelasnya kepada Air Times.
    Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam turut berkata, fasa yang paling sukar dalam kursus ini adalah fasa Jalan Jauh (Long March).
    “Dimana kami sebagai penuntut perlu berjalan sejauh 160 kilometer (km). Fasa ini memang menguji tahap fizikal dan mental penuntut,
    “Ramai penuntut yang kecundang di fasa ini dan tidak dapat menghabiskan kursus ini,” ujarnya lagi.
    Ibu bapa, rakan seperjuangan sumber kekuatan
    Mengulas lanjut, Ahmad Mujahid menjelaskan, kedua ibu bapanya adalah sumber kekuatan dan tunjang utama sepanjang menumpuh kepahitan 3 bulan itu.
    “Seperti mana yang kita tahu, kursus ini adalah yang paling susah dalam Tentera Darat Malaysia (TDM). Waktu awal memang berat hati seorang ibu dan ayah untuk melepaskan anaknya untuk menyertai kursus ini,
    “Akan tetapi selepas saya menjelaskan hasrat hati saya, Alhamdulillah ibu bapa saya mengikhlaskan saya untuk pergi ke kursus dan menghabiskan kursus ini,
    “Kerjaya komando bukannya sesuatu yang mudah dan penuh dengan cabaran, jadi saya berharap saya mendapat semangat juang daripada rakan-rakan seperjuangan saya untuk membantu saya dalam kerjaya ini. Dan saya berharap doa ibu bapa saya mengiringi saya sepanjang kerjaya ini,” ujarnya lagi.
    Penyambung legasi keluarga
    Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan untuk Ahmad Mujahid yang turut menyambung legasi keluarganya dimana, ibu bapa dan datuknya juga merupakan seorang anggota tentera.
    Pegawai Waran II (B) Ahmad Rizal Shazali, 55, meluahkan rasa bersyukur apabila anak keduanya itu menyertai TDM dan kini bergelar seorang anggota Gerak Khas.
    “Saya pesara tentera, ibunya pun bekas tentera, jadi mungkin inspirasi dari kami yang bertugas serta darah daripada kami sebagai tentera. Datuk dia pun tentera,
    “InsyaAllah saya memang harapkanlah ada penyambung legasi dalam keluarga kami,” ujar pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.
    Sementara itu, Saripah Suria Kamis, 52 turut meluahkan rasa bersyukur dan bangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh anak lelakinya itu.
    “Mula-mula cita-cita dia (Ahmad Mujahid) nak jadi cikgu, lepas itu dia cakap, mana yang abang dapat dulu, abang nak masuk. Jadi, dia dapat tentera dulu, dia masuk,
    “Takpelah kita benarkan, lepas itu bila dia dah masuk kadet, takpelah kita support, Okey lagi. Lepastu dia kata, ‘ummi nak masuk komando pulak’,
    “Memanglah mula-mula kita rasa betul ke, kita tanya dia balik, betul ke? Dia pun kata, betul umi. Kalau betul, kita restu, kita doa semoga dia berjaya. Harapan saya semoga anak saya Lt Muda Mujahid, dalam kerjaya apa saja yang dia buat semuanya kerana Allah, buat yang terbaik kerana Allah,” jelasnya lagi.
    Lt Muda Mujahid antara 9 pegawai dan 60 anggota TDM telah disarungkan dengan beret hijau serta dianugerahkan Dagger komando setelah menempuhi keperitan selama 12 minggu sekali gus bergelar warga GGK.
    Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah di Pantai Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka. -airtimes.my
    #pulpak #ggk #asaskomando #specialforces #pasukankhusus #tenteradaratmalaysia #tdm #angkatantenteramalaysia #pertahanan #airtimes #komando #greenberet #gerakkhas #melaka #sungaiudang

Комментарии • 90

  • @jackrajinder2046
    @jackrajinder2046 7 месяцев назад +17

    Congrats Leftenan Muda Ahmad Mujahid Siddiq Ahmad Rizal buat emak ayah, saudara mara n kawan2 bangga ... Tahniah Tuan.👏

  • @FerAu46
    @FerAu46 7 месяцев назад +5

    Background pendidikan menarik. Sek menengah di Sekolah Agama, masuk UITM course Sains Sukan, kerjaya tentera. Lengkap semua, rohani, jasmani dan latar belakang keluarga yang juga tentera.

  • @zalalancet2562
    @zalalancet2562 7 месяцев назад +8

    Tahniah...dh komando tu jgn takut dgn bini pulak...anda telah membanggakn org tua anda...god bless you...

  • @ikankelah9228
    @ikankelah9228 7 месяцев назад +4

    Terbaik Lt Muda Mujahid. Doa restu mak bapak itu yang penting. Semoga diberkati Allah dan semoga menjadi Mujahid agama (Mujahiddin) pada masa² akan datang
    InsyaAllah

  • @fahrilsahimikemi1879
    @fahrilsahimikemi1879 7 месяцев назад +7

    Nama pun Mujahid...semoga anda menjadi tentera Mujahiddin demi agama dan negara..

  • @muhdfahmiabdullah9247
    @muhdfahmiabdullah9247 7 месяцев назад +4

    selamat maju jaya kepada lt m mujahid dan seluruh peserta kursus yg telah ditauliahkan sbg anggota GGK yg baru. terbaik!

  • @abdulrajaf6
    @abdulrajaf6 7 месяцев назад +3

    Alhamdulilah...Teruskan PERJUANGAN Mu....(Banyak yg sy Belajar dr Komando...dulu masa PLKN...kerana Kommandan sy Dr GGK....)..Datang Mu tidak d dendang Jika RAGU SILA PULANG...Slogan akan sy ingat smpai Bila2...

  • @BudakBaik-fz5xk
    @BudakBaik-fz5xk 7 месяцев назад +3

    Tahniah terbaik... sepatah kata membuat semangat yg lebih tinggi untuk mengejar cita cita...,,darah pewira,,💪💪💪

  • @SaipolIshak
    @SaipolIshak 7 месяцев назад +1

    BISMILLAH.... TANGGUNG JAWAB UNTUK NEGARA DAN BANGSA TITIP DGN AMALKAN TAHAJUD SEPERTIGA MLM SEPANJANG USIA...SEMOGA SENANTIASA DICUCURI RAHMAT UNTUK LEFTENEN.

  • @SaharuddinSulaiman
    @SaharuddinSulaiman 7 месяцев назад +6

    Dasyat suara...bercakap pon garau..😅

  • @naqibahmadghazali5914
    @naqibahmadghazali5914 7 месяцев назад

    Great man! You made ATD proud Sir. Congratulations!

  • @amranmahat8774
    @amranmahat8774 7 месяцев назад +2

    Terbaik dan setinggi2 tahniah Tuan…

  • @zaharahismail7414
    @zaharahismail7414 7 месяцев назад

    Tahniah anakanda Let Muda Ahmad Mujahid Siddiq,tahniah juga pd Ummi Saripah Suria &Abahnya Tn.Ahmad Rizal.(Mana tumpahnya kuah klau tidak ke nasi- kedua2 ummi abahnya pun tentera udara(B)

  • @SaipolIshak
    @SaipolIshak 7 месяцев назад

    BISMILLAH... ALHAMDULILLAH LEFTENAN MUDA...LUARAN PUNYAI KEMAMPUAN.DALAMAN PUNYAI JATI.JATI MEMERLUKAN BELATI YAKNI IMAN...

  • @MuhammadAsyraf-i3p
    @MuhammadAsyraf-i3p 7 месяцев назад

    Tahniah terbaik 👍

  • @ahmadnalzam2421
    @ahmadnalzam2421 7 месяцев назад +5

    Komando. Training separuh nyawa

    • @zalalancet2562
      @zalalancet2562 7 месяцев назад +3

      Separoh mati la..yg lulus tu memang hebat/mantap/kuat/brutal/tak mkn saman..

  • @matzamsaibun583
    @matzamsaibun583 7 месяцев назад

    Tahniah..berbahagia la,legasi ibu/ayah diteruskan..terbaik

  • @mnhashim9636
    @mnhashim9636 7 месяцев назад

    Tahniah left m. Siddiq

  • @azharzakaria1327
    @azharzakaria1327 7 месяцев назад

    Tahniah tuan. You deserve it..

  • @mhhchannel
    @mhhchannel 7 месяцев назад

    Terbaik anak muda .. goose bump untuk semua komando yg graduate

  • @nurulhidayah229
    @nurulhidayah229 7 месяцев назад +2

    Alhamdulillah tahniah mujahid

  • @mohammadhafizul7697
    @mohammadhafizul7697 7 месяцев назад

    Alhamdulillah , tahniah Tuan👏🏻👏🏻👏🏻

  • @aulonetupaizr
    @aulonetupaizr 7 месяцев назад +2

    Mantap 👍

  • @ezieiqmal5395
    @ezieiqmal5395 7 месяцев назад

    ikut jejak ibu bapa...👍👍👍

  • @MrMatcp
    @MrMatcp 7 месяцев назад

    Bangga dgn anak Bukit Chandan ni 💪👍

  • @alifirfan758
    @alifirfan758 7 месяцев назад +1

    Keluaran UiTM 👍🏻

  • @zackhaidazackhaida8914
    @zackhaidazackhaida8914 7 месяцев назад

    tahniah ank muda..terbaik

  • @redzuanzidane1700
    @redzuanzidane1700 7 месяцев назад

    Tahniah terbaik.

  • @fadilahabusamah7278
    @fadilahabusamah7278 7 месяцев назад

    Tahniah

  • @abdultalib8059
    @abdultalib8059 7 месяцев назад

    Salam bgs hbt ramai gah..

  • @Jawa3822Yunjawa
    @Jawa3822Yunjawa 7 месяцев назад

    KOMANDO3X TAHNIAH KPD YG BRJYA INGT SUMPAH PERAJURIT KOMANDO SEKALI KOMANDO SELAMANYA KOMANDO

  • @Muhammad-uu3nu
    @Muhammad-uu3nu 7 месяцев назад

    Torbaik 👍😀

  • @SaipolIshak
    @SaipolIshak 7 месяцев назад

    LEFTENAN AKAN DIUJI SATU DEMI SATU. YG TAHU HANYA KETAJAMAN PANCAR INDRA DAN NALURI LEFTENAN SENDIRI.UJIAN TKKAN SAMPAI DI LUAR KEMAMPUAN AQAL...

  • @mursyidalhafizmohdyazi6269
    @mursyidalhafizmohdyazi6269 7 месяцев назад

    Semua boleh la senang je asyuk tomando nie senang je angat hehehehe

    • @Hafez23
      @Hafez23 7 месяцев назад

      haa ok2

  • @dinizudin9303
    @dinizudin9303 7 месяцев назад

    Piaw punya tentera dan polis kita hat tu taw habaq, nampak MCM xbuat qeja, tapi bila buat qeja dan tugas memg xdk tandingan, bnyk dah sejarah kita, tktaw kot sengah org xtaw, tabik Spring semuanya

  • @indomasindah
    @indomasindah 7 месяцев назад +1

    Jangan interview pegawai saja laa!!....

  • @riskysaputra5827
    @riskysaputra5827 7 месяцев назад

    Tahiah banglaysia mesti kuat

    • @kikiemoy6822
      @kikiemoy6822 7 месяцев назад

      Ko yg bangla😂😂

    • @peejay294
      @peejay294 7 месяцев назад +2

      TKW JawaNeSial ❤ BanglaNeSial
      😘😘

    • @Yu-wp4jf
      @Yu-wp4jf 7 месяцев назад +1

      rilek bibik

    • @indomasindah
      @indomasindah 7 месяцев назад

      konyol dilaut saja sanggup ka Malaysia ruclips.net/video/x9QY1hXIQm0/видео.htmlsi=-ZrWpYYNifUWtenp

    • @amirulmirul9498
      @amirulmirul9498 7 месяцев назад

      Allhamdullilah indonesia, terima kasih atas cacian anda

  • @abdultalib8059
    @abdultalib8059 7 месяцев назад

    Tpi pa cer dgn nyawa ummt islam Palestin yg kna sembelih tiap mnt

  • @WorkLifeTiredRest
    @WorkLifeTiredRest 7 месяцев назад

    Kenapa askar veteran hina al-quran Aniaya orang kampung,Rompak orang kampung,orang kampung kena jual dadah orang kampung kena potong kalau tak bagi duit.kenapa yea askar lain lagi kuat lagi bijak tak gila macam ketua kampung nakhoda,batu caves,Selangor ini.RAJA YANG SEBENAR PUN TIADA KEJAM MACAM ANAK KETUA KAMPUNG NAKHODA NI.

    • @anuarmajid1192
      @anuarmajid1192 7 месяцев назад

      Buat apa komen kat sini g la report

    • @WorkLifeTiredRest
      @WorkLifeTiredRest 7 месяцев назад

      @@anuarmajid1192 report tetap sama juga mesti akan ada terkorban lagi.sebab mereka berkuasa .nak dapat pihak berkuasa yang paling atas sekali yang betul fikir akhirat kematian.yang bawah-bawah ni gila harta gila duit.tiada guna report nanti terkorban lagi.

    • @WorkLifeTiredRest
      @WorkLifeTiredRest 7 месяцев назад

      @@anuarmajid1192 lagi pun pihak mereka ini ada disini.kawalan

  • @moken930
    @moken930 7 месяцев назад +1

    TLDM malay mending beli kapal laut perang dari Indonesia, beli ranpur dr Indonesia, jangan gengsi lah, masak sesama jiran sendiri ga pernah beli, contoh filiphina tuh jiran ga gengsian beli dari Indonesia, jadi ga perlu jauh² dr eropa kalau harganya lebih murah ya angkut..

    • @al-battar566
      @al-battar566 7 месяцев назад +2

      Kualitinya kurang...😅

    • @SalmanAditia-td9br
      @SalmanAditia-td9br 7 месяцев назад

      ​@@al-battar566Tak Ada wang itu fakta., Itu yang Di bilang Pak tok mat. Jadi warganya Tak usah cari Alasan., Terima lah Hakikatnya begitu.,🤣😂

    • @syahrilizham9831
      @syahrilizham9831 7 месяцев назад +1

      Apa apaan kamu sih lho jangan nunjukin kamu rendah jiwa.kebodohan kamu tu simpan baik2

    • @moken930
      @moken930 7 месяцев назад

      @@al-battar566 bilang aja ga ada duit gengsi amat, kalo ada duit seharusnya 2 tahun ini angkatan lautmu uda beli alutsista.. jenderalmu aja ngeluh ga ada armada laut yg dibelii..

    • @peejay294
      @peejay294 7 месяцев назад +2

      Kalau Mahu Order Tank Taksi Bisa Ngak Pak

  • @golila4650
    @golila4650 7 месяцев назад +1

    Igt smpai bila2, bila dtg penutup basic komando, x prlu nk bersorak mcm akedemi fantasia, x prnh lgi dlm sejarah penutup basic komando bersorak2 tapi hari tu cm haram jadah igt akedemi fantasia ker, x yah plik2 lah.

  • @SalmanAditia-td9br
    @SalmanAditia-td9br 7 месяцев назад +1

    Modelnya Lawak Betul,.😂 Sekelas Timor Leste Vanuatu Solomon,.😂🤣 TLDM Rencananya Mau Beli MRSS Buatan Kami PT PAL. Semoga sja Nggak Prank,😂

    • @sangalgojo2511
      @sangalgojo2511 7 месяцев назад +6

      nggak perlu .. buatan indonesia low quality.. wkwkwkwkwkwkwk..

    • @moken930
      @moken930 7 месяцев назад +1

      ​@@sangalgojo2511negaramu dr dulu sangat gengsi beli dr Indonesia, sombongnya minta ampun hahaha maharaja lele mu aja alergi air laut, kalo ga bisa benahi mending beli dr Indo lah, kurangin tuh gengsiii

    • @AMIRULFIRDAUS-qd5hh
      @AMIRULFIRDAUS-qd5hh 7 месяцев назад +2

      sorry bro, tentera malaysia tak lari balik naik teksi🤣🤣

    • @SalmanAditia-td9br
      @SalmanAditia-td9br 7 месяцев назад

      ​@@sangalgojo2511Tak Ada Wang.,😂

    • @sangalgojo2511
      @sangalgojo2511 7 месяцев назад

      @@SalmanAditia-td9br iya dongg.. x mampu bayar KFX nyaa.. wkwkwkwkwkwkwk

  • @rizkyyaniskandar-rg1mv
    @rizkyyaniskandar-rg1mv 7 месяцев назад

    Tentara abal abal 😂

  • @syahrilizham9831
    @syahrilizham9831 7 месяцев назад

    Alhamdulillah