Santai Petang di Pantai Klebang, Melaka | Tempat Percutian Menarik di Melaka (4k Video)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • Pantai Klebang, Tempat Percutian Menarik di Melaka
    Pantai Klebang merupakan antara lokasi percutian yang terkenal di Melaka. Ia terletak kira-kira 15 minit dari bandar Melaka.
    Pantai ini mendapat perhatian ramai terutamanya selepas tularnya gambar timbunan bukit pasir yang kelihatan seperti gurun Sahara. Bukit pasir ini terhasil daripada aktiviti penambakan tanah sejak sedekad yang lalu yang meninggalkan banyak timbunan pasir setinggi 10 meter hingga 20 meter.
    Pantai Klebang terletak di Klebang Besar iaitu di antara Bandar Hilir dan Sungai Udang di dalam daerah Melaka Tengah. Perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira 2 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan susur keluar di EXIT 227 Simpang Ampat.
    Pantai Klebang sering menjadi lokasi tumpuan bagi penduduk tempatan dan juga para pelancong untuk beriadah dan bersantai di waktu petang. Suasana di sini bertambah meriah ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah kerana destinasinya yang mudah diakses serta dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan para pengunjung. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pantai Klebang adalah seperti berikut;
    1. Bermain layang-layang
    2. Berkelah
    3. Bergambar di bukit pasir
    4. Menaiki kereta kuda & menunggang kuda
    5. ATV
    6. Menjamu selera
    7. Muzium Kapal Selam
    8. Sewa kereta elektrik kanak-kanak
    9. Menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit
    Pantai ini tidak putus-putus menerima kunjungan pelancong tidak kira di waktu pagi, petang mahu pun di waktu malam. Selain itu, Pantai Klebang juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kota. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menyeronokkan.
    Ingat Coconute Shake, ingatlah Pantai Klebang, sebab di sinilah terletaknya Coconut Shake yang terkenal di seluruh Malaysia.
    • Santai Petang di Panta...
    #melaka #malaysia #fawwazmedia
    ---------------------
    Beautiful Piano by LesFM | lesfm.net/pian...
    Music promoted by www.chosic.com...
    Creative Commons CC BY 3.0
    creativecommon...

Комментарии • 16

  • @dmiazrn
    @dmiazrn 2 года назад +3

    Insyaallah raya cina ngn fam pergi pntai klebang 😍

    • @FawwazMedia
      @FawwazMedia  2 года назад +1

      Enjoy holiday 😀

    • @zarulfareez4139
      @zarulfareez4139 Год назад

      @@FawwazMedia bukan sekarang kawasan situ buaya banyak

  • @travelatmalaysiawithazmils
    @travelatmalaysiawithazmils 2 года назад +3

    Awesome video. Ramai juga orang di pantai 😍

    • @FawwazMedia
      @FawwazMedia  2 года назад +1

      Ini hari kerja. Kalau petang hujung minggu lagi ramai.

  • @noraaziz4917
    @noraaziz4917 2 года назад +1

    Terimakaseh

  • @loss666
    @loss666 Год назад

    Dulu saya kerja disini timbun daratan ambil pasir dari laut pakai tongkang... sekarang sudah maju

  • @KironManuelCards
    @KironManuelCards Год назад

    Seriously same three angles of vision.

  • @sarawaktop9579
    @sarawaktop9579 Год назад +1

    Mr B ada... Betul ke?

  • @yassermohd7050
    @yassermohd7050 2 года назад +1

    Boleh mandi x kt pantai ni?

    • @FawwazMedia
      @FawwazMedia  2 года назад

      Boleh. Biasanya tak ramai mandi. Ramai yang duduk tepi pantai saja.

  • @naturelover6079
    @naturelover6079 2 года назад +2

    Boleh mandi ke

  • @topijerami1328
    @topijerami1328 Год назад

    orang melaka gelak je tengok video ni😂😂😂😂😂😂..suda2 la membullshit
    dron jatuh kat lumpur borak pasir jerlus...sebar fakta bukan auta