KHASIAT DAUN PECAH BELING ATAU PECAH KACA DAN CARA MEMBUAT TEH DAUN PECAH BELING

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • ASSALAMUALAIKUM
    Pokok pecah beling yang sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional bagi mengurangkan kesakitan pada tubuh badan. Pecah beling yang lebih dikenali sebagai pecah kaca penting dalam rawatan anti kanser.
    Nama bagi pecah kaca dikaitkan apabila daunnya dihancurkan, ia menghasilkan bunyi seperti kaca pecah. Mempunyai sifat antioksidan yang tinggi di mana ia penting bagi mencegah kanser. Hasil kajian dilakukan pokok pecah beling mempunyai sangat banyak khasiat yang diperlukan dalam mana-mana rawatan tradisional.
    Daun pecah beling juga dikenali dengan nama Bayam karang, pecah kaca, keji beling (Pahang), pecah batu (Negeri Sembilan) dan jin batu
    Hasil kajian dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia bagi pokok pecah beling, ia mempunyai kandungan mineral yang tinggi seperti kalium ( 51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).
    Daunnya mempunyai bahan yang bersifat anti oksidan seperti katekin, tannin dan kafeina. Ia berkesan untuk membunuh sel kanser, merencatkan sel kanser dan juga mengaruh sel kanser bagi menjalani apoptosis ( mati secara semula jadi ).
    Ekstrak daun mampu memadam gen yang memyebabkan kanser, ditambah kajian ke atas haiwan (tikus) dengan kepekatan 2.5% dan 5% mengurangkan risiko bagi kanser hati.
    Fitosterol yang hadir mampu menurunkan aras kolesterol darah, sekali gus boleh mengurangkan risiko bagi sakit jantung.
    Ingredien aktif wujud seperti flavanoid, mineral, kafeina, vitamin C, Fitosterol, phenolic acids, alkaloids
    Ekstrak teh daun pecah beling dikenali bagi sifat diuretik dan anti diabetes. Ia digunakan bagi rawatan kanser prostat, kanser payu dara.
    Air daun pecah beling yang diestrak mempunyai fungsi sebagai agen antidiabetis. Ia mampu menurunkan aras glukosa bagi yang normal dan mempunyai penyakit kencing manis. Turut berkesan bagi mencegah ulser gastrik.
    Cara Guna (Perubatan Traditional)
    1) Melawaskan Kencing
    Satu setengah liter air direbus bersama 7 helai daun pecah beling sehingga mendidih. Air rebusan diminum 2 kali seminggu
    2)Melegakan Sakit Sendi
    Sejemput daun pecah peling direbus bersama-sama daun bangun-bangun, hempedu bumi, setawar dan mutiara. Campuran direbus dalam periuk tanah. Air rebusan diminum 3 kali sehari pada waktu pagi, petang dan malam.
    3)Merawat Gout
    Tujuh helai daun pecah beling direbus bersama satu setengah liter air sehingga mendidih. Air rebusan diminum dua kali seminggu
    4) Rawatan Jerawat Batu
    Tujuh helai daun pecah beling dibersihkan dan urat daun dibuang. Getah dikeluarkan dengan cara meramas daun pecah beling menggunakan air. Ia disapukan pada bahagian muka yang berjerawat sekali sehari sehingga sembuh
    5) Rawatan Cirit Birit
    Seluruh bahagian pokok beling direbus selama setengah jam dan segalas airnya diminum.
    6) Rawatan Kecing Manis
    Daun pecah beling dibersihkan dan beberapa helai daun pecah beling dijadikan sebagai salad dalam hidangan makanan.
    7) Rawatan Sakit Pinggang
    Sepuluh helai daun pecah beling diambil, dicuci dan dan direbus. Sehingga ia mendidih, daun kemudian diangkat. Air rebusan disejukkan selama dua jam dan diminum satu gelas tiga kali sehari.
    Sumber Rujukan
    Khazanah Perubatan Melayu Tumbu #khasiatmanfaat han Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
    Taman Etnobotanu & Pusat Interaktif Sains
    BMC Complementary Medicine and Therapies
    International Food Research Journal
    www.sinarharia...
    jiwasihat.com/...
    #khasiatmanfaat
    #daunpecahbeling
    #tehpecahbeling

Комментарии • 33