Это видео недоступно.
Сожалеем об этом.

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMASANG SILING KAPUR

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 11 фев 2022
  • PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMASANG SILING KAPUR
    Anda baru dapat kunci rumah baru idaman anda? Mesti nak renovate rumah bagi cantik ikut citarasa anda, betul?
    Salah satu yang perlu diubahsuai sudah tentu siling asal rumah. Kalau pasang siling kapur ditambah dengan hiasan lampu yang menarik mesti rumah anda menjadi sangat cantik.
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini, Uncle Andrew hendak kongsikan dengan anda 3 perkara yang perlu anda tahu sebelum memasang siling kapur. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah.
    Yang pertama pilihan design. Terdapat banyak design siling kapur yang boleh anda pilih seperti penggunaan simple light trough yang menyerlahkan konsep moden atau penggunaan dome dan cornice yng menyerlahkan konsep klasik serta banyak lagi pilihan design yang lain.tetapi! Pilihan design mestilah menitik beratkan kesesuain setiap ruangan secara menyeluruh. Kerana selagi mana gabungan design yang dipakai bersesuaian dengan keadaan sesuatu ruang, ianya akan menjadikan ruangan anda cantik!
    Yang kedua, kerja pendawaian. Sangat digalakkan untuk kerja-kerja pendawaian dijalankan terlebih dahulu bagi memudahkan semua pihak. Jika kerja pendawaian dilakukan selepas kerja siling kapur, wireman terpaksa menebuk siling untuk tarik wayar dan ini menyebabkan kerja mereka lambat siap. Malah tukang siling terpaksa membaiki semula siling kapur dan kos membaiki terpaksa ditanggung oleh tuan rumah.
    Yang ketiga , ketinggian siling. Salah satu perkara yang kita tidak mahu berlaku ialah mempunyai siling yang terlalu rendah. Siling yang rendah akan menyebabkan rumah kelihatan kecil dan sempit. Ketinggian siling dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ketinggian beam & slab rumah dan juga design siling. Bahkan jenis penggunaan lampu dan aircond juga boleh mempengaruhi ketinggian siling kapur.lampu downlight jenis plc memerlukan ruang atas siling yang lebih besar disebabkan saiz perumahnya yang tinggi.begitu juga jika menggunakan aircond siling (cassatte). Situasi ini akan mempengaruhi ketinggian siling secara tak langsung.
    Paling menakutkan, apabila siling rendah, ia akan menyebabkan ketinggian kipas siling dari lantai juga rendah. Berkemungkinan bilah kipas akan mencederakan seseorang.
    Ketinggian 9-10 kaki tinggi adalah ketinggian yang baik selepas memasang siling kapur. Ia akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas.
    Siling plaster boleh dipasang di mana-mana bilik di rumah, bilik air dan juga dapur. Ianya bukan sahaja membantu menutup wayar-wayar dan paip-paip yang kelihatan dan terdedah, tetapi juga boleh menjadi titik penting bagi ruangan anda dalam mempersenikan lagi reka bentuk ruangan anda.
    Semoga dengan sedikit tips yang Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda dalam proses menempah siling kapur. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin berkongsi tips mengenai siling kapur, beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

Комментарии • 72

  • @huda5286
    @huda5286 3 месяца назад +1

    Hi Uncle. Ruang tamu dan dining saya 10'x20', ketinggian hampir 10'. Saya suka design flat sahaja. Berapa downlight yg saya perlukan untuk saiz 4in. Dan berapa watt

  • @jakemir558
    @jakemir558 3 месяца назад +2

    Mantap bro senang paham

  • @user-qc8bl2we6r
    @user-qc8bl2we6r 5 месяцев назад +2

    Ada brp jenis siling plaster ni

  • @abdulfaiz3058
    @abdulfaiz3058 8 месяцев назад +1

    Uncle klau ruang tamu 10x20 seeloknya lampu downlight 6" brpa biji mahu pasang dekat l box?

  • @salehaatan3697
    @salehaatan3697 2 года назад +2

    Oh nice sharing.. really good info 👍👍

  • @yoshimurasan6680
    @yoshimurasan6680 5 месяцев назад +1

    Rumah punyai beam melintang sebanyak 4batang apa design yg sesuai

  • @zainunazahari3809
    @zainunazahari3809 Месяц назад +1

    Hi uncle Andrew, bleh bg tips macamana nk hilang kn kulat kt dinding bilik tdur.
    Kenapa kulat bleh terjadi . Bilik tu tak ada bilik air dan di sebelah bilik itu adalh ruang tetamu.
    T kasih

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Месяц назад

      Kelembapan tinggi dan tempat yang kurang pengudaraan juga mungkin menyebabkan kulat tumbuh.
      Tempat yang paras tinggi dan sejuk juga mungkin ada masalah kulat tubuh.

  • @nevernever165
    @nevernever165 2 года назад +2

    Tq sharing info.

  • @mohdshahfiq4974
    @mohdshahfiq4974 2 года назад +2

    Tq info

  • @mahmaw7
    @mahmaw7 2 года назад +2

    Tq uncle, terbaik😎👍🏻

  • @leenfazlin7989
    @leenfazlin7989 2 года назад +2

    good info uncle👍👍

  • @dapurkakna94
    @dapurkakna94 2 года назад +2

    Kedudukan ceiling adakah sama level dengan beam atau bawah pada beam.contoh ketinggian beam 12 kaki.

    • @aghey1011
      @aghey1011 Год назад +1

      Selalunya tukang akan turunkan 1 atau 2 inci dari beam untuk kasi level. Sebab kadang² ade beam yg xlevel.

  • @fahaszbops
    @fahaszbops 2 года назад

    Hi uncle .. sy dah check kedudukan beam dari lantai 8’7 inch and kedudukan slab dari lantai 9’6 inch.. plaster syiling jenis apa yg sesuai?

  • @sitikhadijah2866
    @sitikhadijah2866 2 года назад

    Kalau syiling tu kotor ad ka cat yg memang khas untuk diding syiling kapur atau guna cat biasa pun bole?

  • @shaffiqsharuddin5727
    @shaffiqsharuddin5727 Год назад +1

    uncle , boleh tahu beberapa jenis design dan nama plaster ceiling tu?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Basically boleh bahagikan kepada dua golongan design : classic dan moden. Dalam dua jenis design ini boleh lagi buat lagi jenis² design yang belainan. Boleh rujuk ke website kita untuk lebih maklumat.
      *PLASTER CEILING BLOG LINK:*
      1. Kenapa tuan rumah suka tanya harga sekaki berapa?
      www.jyhming.com.my/kenapa-tuan-rumah-suka-tanya-harga-sekaki-berapa
      2. Apa itu cornice?
      www.jyhming.com.my/apa-itu-cornice
      3. Nak yang paling murah? Baca ni dulu....
      www.jyhming.com.my/nak-yang-paling-murah-baca-ni-dulu
      4. Adakah rail langsir untuk dinding dan siling sama?
      www.jyhming.com.my/adakah-rail-langsir-untuk-dinding-dan-siling-sama
      5. PLC LIGHT VS LED LIGHT
      www.jyhming.com.my/%20PLC%20LIGHT%20VS%20LED%20LIGHT
      6. Petua Pemasangan Fanhook Yang Betul
      www.jyhming.com.my/petua-pemasangan-fanhook-yang-betul
      7. Cara Pembuatan Siling Plaster
      www.jyhming.com.my/cara-pembuatan-siling-plaster
      8. Fungsi Tulang Besi Pada Siling Plaster
      www.jyhming.com.my/fungsi-tulang-besi-pada-siling-plaster
      9. Bahaya ! Pentingnya Ikatan Gentian
      www.jyhming.com.my/bahaya-pentingnya-ikatan-gentian
      10. Terbongkar! Punca Plaster Siling Runtuh
      www.jyhming.com.my/terbongkar-punca-plaster-siling-runtuh
      11. Perbezaan Antara Skru Biasa Dan Dacrotized Skru
      www.jyhming.com.my/perbezaan-antara-skru-biasa-dan-dacrotized-skru
      12. Ketahui Punca Kesan Kotoran Pada Siling Kapur
      www.jyhming.com.my/ketahui-punca-kesan-kotoran-pada-siling-plaster

  • @faralida9009
    @faralida9009 2 года назад +2

    Uncle, saya nak pasang downlight tapi saya tak bak pasang plaster ceiling. Ada cadangan jenis downlight yg boleh digunakan? Track light sesuai tak?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад +2

      Boleh jer pasang track light atau pun juga external down light.

  • @Thelanin02
    @Thelanin02 2 года назад +1

    Uncle nak tanya..kalau nak buat kabinet..better buat pendawaian dulu atau kabinet dulu..sbb kita mesti dah ade plan nak letak soket/plug kat mane kan

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад +1

      Planning dan detail drawing perlu buat dahulu.Kedudukan semua soket point dan switches perlu dirancang dahulu sebelum kerja mula.
      Selepas tu buat kerja pendawaian sebelum pemasangan cabinet.

  • @hamidrahman3021
    @hamidrahman3021 Год назад +2

    Hi nk tnya biase ruang siling kapur untuk langsir dlm siling brpa ya jarak dia ...

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      Saya kurang faham pertanyaan Tuan.
      Jika ruangan yang diperlukan untuk langsir dari dinding ke curtain pelmet selalu kita buat 200mm. Jika ada buat LIGHT through curtain pelmet maka 250mm hingga 300mm atas jenis langsir yang dipilih.

    • @hamidrahman3021
      @hamidrahman3021 Год назад +1

      @@UncleAndrew1111 ok makna ruang bukak langsir dlm siling kapur 200mm ya..ok tq bos

  • @cwleon82
    @cwleon82 2 года назад +1

    Thx Uncle Andrew! Bagus! boleh tanya dekat mana nak dapat gambar yang features kat video 3:35

    • @nurhasnizaamran5035
      @nurhasnizaamran5035 2 года назад

      Uncle, kalau rumah sub-sales yg dh ada Cornish means terus boleh terus pasang chandelier or perlu juga buat lubang pada ceiling untuk tambah kayu?

  • @bayanganlangit2745
    @bayanganlangit2745 9 месяцев назад +1

    Hi uncle.. kalau siling dining bersambung dgn living ketinggian siling 14kaki sesuai renovate mcm mana yaa? Please suggest☺️

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  9 месяцев назад +1

      Ketinggian 14' itu sesuai banyak design. Juga Design yang boleh buat bergantung kepada lebar ruangan tersebut.
      Kelebihan ketinggian ruangan dapat hasilkan pandangan dan hasil keseluruhan yang luas dan selesa.
      Sesetengah ruangan dengan ketinggian yang rendah menghasilkan suasana yang tertekan,tambah lagi dengan design yang banyak.
      Ruang Living dan Dining boleh buat design modern look yang bergabung dan juga design berasingan dengan level ketinggian yang sama. Ini boleh ditentukan owners atas kegemaran masing².Kedua dua cara dapat kesukaan owners.

  • @sitisofiah2682
    @sitisofiah2682 2 года назад +1

    Uncle mcmne nak tahu harga flat plaster ceiling.. Contractor charge 5800 untuk unit 830sqf exclude toilet, yard, balcony and front door.. Okey ke?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад

      Harga bergantung bukan keluasan yang buat sahaja.Juga design dan jenis material yang dipakai.

  • @coffeecoll2675
    @coffeecoll2675 Год назад +1

    Tu sudah ketigallan zaman, kita nak yg terkini PLAFOM PVC yg badu zaman sekarang... Tak berabok dan tak kutur apa bila kita memasang nya...

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      Setuju.Dunia terus maju dan mara ke hadapan.Material terus ada pembaharuan dan innovative.
      Kita perlu berwaspada juga pada sesetengah material yang mungkin mudah terbakar.

    • @bontotayam8477
      @bontotayam8477 Год назад +1

      Mahal

  • @nuraliahrosli
    @nuraliahrosli 11 месяцев назад +1

    Hi uncle. Nak tanya. Rumah sy tak siap lg tp bila sy belek SNP agreement bahagian bahan yang digunakan untuk membuat rumah, di bahagian siling telah dinyatakan 'plaster ceiling' cuma tak tau jenis apa. Jadi sy anggap ianya jenis flat plaster ceiling. Jadi macam mana wiring nk dibuat jika pemaju dah siap2 buatkan plaster ceiling? Ke sy yg dah salah faham?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  11 месяцев назад

      Selalu pemaju dah ada bagi basic plain board, points lampu dan kipas.Boleh buat looping dari point yang diberi tu lepas dapat kunci.

  • @shahirinazain
    @shahirinazain 2 года назад +1

    Hi uncle. I sekarang ada masalah nak pasang cassette aircond. Sebab ketinggian plaster ceiling antara konkrit sangat rendah so xboleh pasang atau possibility aircond tu terkeluar. Any idea x uncle? Atau kena pecahkan balik siling tu? 🥲

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад

      Boleh cuba buat design Island pada plaster ceiling yang asal.Size kena tentukan ikut ruangan yang sedia ada.

  • @scdsaadiah547
    @scdsaadiah547 9 месяцев назад +1

    Uncle, antara pasang aircond dengan pasang plaster ceiling, mana patot buat dulu and why?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  9 месяцев назад

      Ini bergantung kepada jenis aircond yang nak guna dan juga kedudukannya. Contoh aircond ceiling cassettes, selalu pasang Cooper piping dan paip air dahulu sebelum pemasangan Plaster ceiling.
      Manakala aircond wall mounted type, kadangkala ia cuma pasang back to back antara indoor dan outdoor units. Keadaan macam ini Cooper pipe dan air tidak perlu lalu bahagian atas plaster ceiling.
      Keadaan yang aircond wall mounted type juga pernah jalan pipe Cooper dan air lalu bahagian atas plaster ceiling jika rumah teres dimana aircond outdoor unit tidak boleh dipasang back to back dan terpaksa pasang dibahagian belakang bangunan.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  9 месяцев назад

      Kesimpulannya, aircond yang boleh pasang back to back tidak perlu kita jalan paip Cooper dan air sebelum kerja plaster ceiling, dan sebaliknya.

  • @nurhasnizaamran5035
    @nurhasnizaamran5035 2 года назад +1

    Uncle kalau bahagian lampu dah ada Cornish, untuk pasang chandelier tetap perlu tebuk plaster ceiling untuk tambah kayu juga ke? Sebab ni rumah sub-sales. So x pasti area Cornish dh ada kayu support atau belum.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Memang galak tambah support kayu, timbangkan dari sudut keselamatan. Ikat terus ke plaster ceiling tidak kukuh dan bahaya.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Maaf lambat reply🙏🙏🙏

  • @nurfarahjanberi7798
    @nurfarahjanberi7798 2 года назад +1

    Hi uncle nak taye klu ceiling tak balance mmg akan effect ke LBox.. bole u advise tak how to manage ceiling yg balance .. kene tambah besi ke?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад

      Maaf,lambat reply.
      Saya kurang faham soalan boss...apa yang tak balance ya?

  • @noriatinoriatidaud8839
    @noriatinoriatidaud8839 2 года назад +1

    Uncle....sy nk bt siling yg sorok langsir sliding. Lubang aircnd pun atas sliding....apa perlu sy bt...😅😅😅 wiring blum buat lg..cuma lubang point aircnd sudh tebuk dinding.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад

      Kerja wiring, kerja piping aircond, Alarm cctv dll perlu jalan dahulu sebelum kerja plaster ceiling.

  • @user-do7bx1hc3o
    @user-do7bx1hc3o 2 года назад +1

    Uncle Cornish atau normar L box cantik? Cornish ni outdated ke?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад +1

      yah...cornice memberi perasaan kecantikan classic.Trend sekarang ramai suka L Box, sama ada L Box step ataupun L Box light trought. Couple muda sekarang jarang mahu pasang Cornice.

    • @user-do7bx1hc3o
      @user-do7bx1hc3o 2 года назад

      @@UncleAndrew1111 ok thank you Uncle

  • @noriatinoriatidaud8839
    @noriatinoriatidaud8839 2 года назад +1

    Uncle...kalu living room 12x12..pasang lampu down light 4biji yg 6inchi ..kipas di tengah..perlu x guna lampu hiasan siling....btk mcm mn yg sesuai

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад +1

      Tidak perlu.Ruangan 12x12 dah ada 4 lampu dan tengah ada kipas...tak ada ruang dah.

  • @mamaabrisam5891
    @mamaabrisam5891 11 месяцев назад +1

    Uncle gypsum ceiling ok ke

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  11 месяцев назад

      Kelebihan Papan Gypsum ini antaranya papan ini buatan mesin kemasan dan kesekataan permukanan sangat baik, ia juga mudah buat kerja, papan ini juga lebih environment friendly ,ia tiada kandungan fibre glass.
      Kelemahannya , permukaan kemasan dibalut dengan lapisan kertas, ini menyebabkan ikatan Gentian yang selalu kita buat dekat rangka structure Plaster ceiling tidak dapat dijalankan kerana ia tidak dapat pegang lapisan kertas ini dengan baik. Dekat tapak kerja, proses keselamatan ini akan diabaikan dan papan gypsum ini cuma bergantung kepada screw sahaja.Bagi saya,jika pemasangan papan gypsum dibandingkan dengan Plaster ceiling, Plaster ceiling lebih kukuh dan selamat.Selain itu permukaan kertas yang berwarna kelabu mungkin membawa masalah semasa mengecat.

  • @fitrichidori..247
    @fitrichidori..247 2 года назад +1

    Hi uncle...untuk rumah baru antara ceiling kapur /ceiling asbotos mana lagi bagus Dan tahan Lama...

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад

      m.malaysiakini.com/letters/144830
      Siling Asbestos tidak lagi digunakan di pasaran.
      Yang ada di pasaran adalah cement board dalam size yang selalu kita jumpa 4' x 4', selepas dipasang tempat sambungan di pakukan dengan kayu kecil untuk tutup sebelum mengecat.
      Siling Kapur masih antara pilihan paling popular di pasaran.Ia juga boleh dibuat dalam pelbagai rekabentuk ikut kesukaan masing ²

    • @fitrichidori..247
      @fitrichidori..247 2 года назад +1

      Tq uncle good info..

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад +1

      @@fitrichidori..247 tqvm🙏

    • @fitrichidori..247
      @fitrichidori..247 2 года назад +1

      @@UncleAndrew1111 berapa ketinggian yang sesuai siling dalam ruamah

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 года назад

      @@fitrichidori..247 ketinggian ceiling dalam rumah selalu +-3000mm.Ini juga perlu kita mempertimbangkan ketinggian structure kekuda bombing rumah, ketinggian beam dan ketinggian kipas.Design plaster ceiling kita selalu ambil kira unsur unsur ini untuk dapat ketinggian maximum dan kecantikan.

  • @MajuStudio
    @MajuStudio Год назад

    Uncle boleh share contact number kontraktor area Kajang? Tq in advance