PETUA PENTING SEBELUM MEMBELI DOWNLIGHT

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 30 дек 2022
  • Apa faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membeli downlight?
    Tengah fikir nak beli downlight? Risau tersalah pilih? Takut bila beli tak tahan lama?
    Pemasangan lampu downlight dapat menambah nilai estetika dan tentunya memberikan kesan luas pada sesuatu ruangan.
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew akan kongsikan beberapa faktor penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli downlight. Sebelum beli downlight cuba tanya diri anda. Berapa besar ruangan anda? Berapa ketinggian siling anda? Berapa downlight yang diperlukan? Macam mana nak tentukan semua tadi? Pastikan anda tonton sampai habis. Sekiranya ada sebarang soalan boleh terus kongsikan dengan Uncle Andrew pada ruang komen dibawah.
    Pertama, ketinggian siling
    Ketinggian siling memainkan peranan yang besar pada lampu downlight dan fungsinya. Seperti yang kita tahu, semakin tinggi siling, semakin besar bukaan diameter downlight.
    Untuk ketinggian siling standard 8 hingga 10 kaki, saiz downlight yang digalakkan adalah 4 hingga 6 inci (tambah mm dalam video). Manakala untuk ketinggian siling yang melebihi 10 kaki, saiz downlight yang digalakkan adalah 8 inci.
    Kedua, bilangan dan jarak antara downlight
    Semasa memilih lampu, perlu tahu tujuan ruang tersebut dan saiznya, jika ruang kecil, gunakan lampu yang bersaiz kecil dan berwatt rendah. Manakala, jika ruang besar, gunakan lampu yang bersaiz besar dan berwatt tinggi.
    Penggunaan downlight dibilik kecil seperti bilik air, cukup dengan 1 hingga ke 2 downlight saja. Jika bilik besar pula, downlight diperlukan pada setiap penjuru. Oleh itu, 4 downlight akan digunakan. Manakala jika ruang yang lebih besar, boleh letakkan downlight dengan jarak selang 2 meter. Sebagai contoh, anda mungkin perlukan 6 hingga ke 8 downlight pada ruangan tersebut.
    Ketiga, LED Downlight
    Dengan inflasi yang berlaku dan harga barang yang semakin meningkat, penting untuk kita memilih lampu yang boleh menerangi rumah tetapi masih menjimatkan elektrik. Uncle Andrew sangat syorkan anda untuk memilih LED downlight.
    Sesetengah jangka hayat LED ialah 30,000 jam keatas dan ia merupakan 10 kali lebih lama berbanding lampu halogen.
    Selain itu, LED downlight sangat jimat tenaga, jadi ia boleh mengurangkan bil elektrik anda. Sebagai contoh, pencahayaan mentol halogen 50W adalah bersamaan dengan LED yang hanya menggunakan 6.5W. Kesimpulannya, LED downlight lebih tahan lama, menjimatkan tenaga dan memberikan pencahayaan yang lebih baik.
    Jumlah watt menentukan berapa banyak tenaga yang digunakan. Oleh itu, lebih tinggi watt, lebih banyak elektrik digunakan. Walaubagaimanapun, jumlah watt tidak menentukan kecerahan lampu secara langsung. Untuk LED, ianya lebih penting untuk kita lihat bacaan lumen. Ia merupakan ukuran berapa banyak cahaya yang akan dikeluarkan. Sebagai contoh, LED Downlight 100 lumen per watt mempunyai tenaga yang lebih efisien berbanding 50 lumen per watt.
    Lampu downlight yang berkualiti, mempunyai driver yang berkualiti dan sistem pemindahan haba yang baik. Haba merupakan salah satu punca kerosakan lampu. Ini kerana, haba yang terkumpul boleh meyebabkan bahan elektronik di dalam driver terbakar. LED yang mempunyai driver mempunyai jangka hayat yang lebih panjang kerana pemindahan haba yang baik.
    Keempat, pemilihan suhu warna (ruang belajar -6500K)
    Faktor seterusnya adalah menentukan warna lampu. Ini penting kerana suhu warna lampu boleh menjadikan sesuatu ruang itu selesa atau sebaliknya. Biasanya, suhu warna pencahayaan berbeza berdasarkan keperluan pencahayaan pada kawasan yang berlainan.
    Antara suhu warna yang biasa digunakan di dalam rumah adalah:
    - Bilik Tidur: Bilik tidur dianggap sebagai ruang paling intim dirumah anda. Uncle Andrew syorkan anda menggunakan suhu warna lampu yang rendah dan hangat untuk suasana yang menenangkan supaya anda boleh bersantai dan beristirahat. Oleh itu, cadangan suhu warna yang sesuai adalah 3000K.
    - Bilik Air: Uncle Andrew lebih suka jika ruang bilik air lebih sejuk dan cerah. Suhu warna yang Uncle Andrew syorkan adalah 4000K.
    - Ruang Tamu: Suhu warna yang sesuai adalah 3000K.
    - Ruang Makan: Bagi ruang makan suhu warna yang dicadangkan adalah 3000K.
    - Dapur: Cahaya yang terang didapur sesuai untuk penyediaan makanan. Oleh itu, suhu warna yang disyorkan adalah 4000K.
    - Ruang Kerja atau Belajar: Suhu warna yang Uncle Andrew syorkan adalah 6000K. Kerana, cahayanya yang selesa. Ada juga yang menggunakan suhu warna 6500K. Pada 6500K, cahaya biru akan kelihatan.
    Tiada pilihan yang betul atau salah, ruangan tersebut merupakan ruangan anda, jadi bergantung pada anda untuk membuat pilihan yang sesauai berdasarkan citarasa anda sendiri. Jangan lupa pertimbangkan apa aktiviti utama dan fungsi utama ruangan tersebut sebelum memilih. Pastikan anda membeli downlight yang ada cop SIRIM.
  • ХоббиХобби

Комментарии • 126

  • @nicoalexander2026
    @nicoalexander2026 4 месяца назад

    Thank you Informasinya, Uncle

  • @mono3225
    @mono3225 День назад

    Uncle, tajuk pemilihan cermin ruang tamu atau bilik air..

  • @tengkunadirah5478
    @tengkunadirah5478 Год назад

    Thank you.. very clear explanation

  • @wantuck
    @wantuck 5 месяцев назад +1

    thankyou for sharing uncle..❤❤

  • @SeorangNeo
    @SeorangNeo 21 день назад

    terbaik 👍

  • @mohammadehwan3466
    @mohammadehwan3466 7 дней назад

    Tq uncle, I learned alot

  • @amirbinomar
    @amirbinomar Год назад +4

    ceiling plaster house :haba dari atap rumah tingkat atas. patut la semua tingkat atas lampu atas cepat rosak.

  • @hakimieykimi8496
    @hakimieykimi8496 2 месяца назад

    Terima kasih... Video ini sangat jelas dan sangat membantu...

  • @stargajus1
    @stargajus1 21 день назад

    Great Vid!!!

  • @bai7201
    @bai7201 2 месяца назад

    Terbaik uncle andrew.. info yg bermunafaat.. terima kasih

  • @mardziahasin9283
    @mardziahasin9283 Год назад

    Tq uncle, penerangan sgt bagus tentang pemilihan lampu, sy juga baru nak dpt rumah..

  • @albersaanding6240
    @albersaanding6240 7 дней назад

    Thank u uncle

  • @norhaizatramli9069
    @norhaizatramli9069 Год назад

    uncle tolong suggess cooker hood yg bgus dan murah

  • @user-vi3dk7tw1q
    @user-vi3dk7tw1q 3 месяца назад

    tq uncle

  • @grandmastersemos84
    @grandmastersemos84 11 месяцев назад

    yesterday I saw a living room with many small downlights...about 3 inches each x 10 / 12, I love it n it didnt hurt my eyes.. but the ceiling about 15 feet...

  • @TheMorashu
    @TheMorashu 5 месяцев назад

    hi uncle Andrew... ada beza ke kalau kita beli downlight berjenama seperti philips dibandingkan dgn yg kurang berjenama

  • @saipierre5533
    @saipierre5533 17 дней назад

    Suggest lamp post yg bagus.. tak brani nak beli kat shopee dan lazada

  • @koeeeful
    @koeeeful Год назад +1

    Thank you for sharing info Uncle, happy new year

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Happy New Year 🎉 🎊, and you are most welcome 🙏

  • @arifizzuddin1232
    @arifizzuddin1232 4 месяца назад

    Untuk car porch berapa suhu yg sesuai uncle?

  • @shazrulshahmie3921
    @shazrulshahmie3921 Год назад

    Kalau ruang bilik 10X10 berape downlight yg perlu di guna

  • @proudmommy5867
    @proudmommy5867 Год назад +1

    👍🏽Good info
    Happy New Year 2023🎉🎊

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      Good morning and Happy New Year 🎉🎉🎉🎊🎊🎊

  • @Mr.sanuh83
    @Mr.sanuh83 Год назад

    Great video.

  • @mohdfuad6675
    @mohdfuad6675 Месяц назад

    Halo uncle..lampu L box lebih better atau DL..sy x suka terlalu terang..

  • @mohdfarhanmohdjafri7660
    @mohdfarhanmohdjafri7660 23 дня назад

    Uncle, untuk eyeball downlight 3" berapa jarak lampu yg disarankan?

  • @afattakinaya3586
    @afattakinaya3586 Год назад

    Uncle Andrew saya mau tanya .
    Ruangan kantor saya 5 m x 7 m, dtinggi plafon 3.5 m
    Rencana saya akan pakai lampu downlight sebanyak 10 buah .
    Sisi kiri 4 , sisi kanan 4 .
    2 buah di sisi lebar luar dan dalam .
    Di plafond saya juga akan memakai LED STRIP .
    Ruangan kantor juga digunakan untuk metting room.
    Saya ingin tanya jenis downlight apa yang bagus saya gunakan .

  • @muhammadbintangaldifa7124
    @muhammadbintangaldifa7124 Год назад +1

    thanks for sharing. give a lot of information

  • @nabieladrian
    @nabieladrian Год назад +1

    Great explanation, thanks from Indonesia 👍🏻

  • @salizaramli8107
    @salizaramli8107 Год назад +1

    Terbaik penerangan uncle❤

  • @rahimahismail7819
    @rahimahismail7819 7 месяцев назад +1

    good sharing

  • @tzurieltsamara943
    @tzurieltsamara943 Год назад +1

    Thanks uncle

  • @aldiadian1805
    @aldiadian1805 Год назад +1

    Terimakasih om... 🙏

  • @joeyiezam7690
    @joeyiezam7690 10 месяцев назад +1

    Tq uncle. Sgt membantu 👍👍👍

  • @faizalagil7232
    @faizalagil7232 5 месяцев назад +1

    Good video

  • @marktwain2813
    @marktwain2813 Год назад +3

    Thank you. Informative and to the point. Clarified some questions I had 🍻

  • @enedrahim9655
    @enedrahim9655 Год назад +1

    Terima kasih information yg lengkap.

  • @mohamadfirdaus4911
    @mohamadfirdaus4911 9 месяцев назад +1

    Terbaik uncle 👍🏼

  • @nabilahhuda1293
    @nabilahhuda1293 9 месяцев назад +1

    Tq uncle

  • @tajuddinsamat5058
    @tajuddinsamat5058 11 месяцев назад +1

    Tq uncle❤

  • @moNdEa88
    @moNdEa88 2 месяца назад +1

    Tips sgt membantu..thank you uncle

  • @SahabatBrand
    @SahabatBrand 3 месяца назад +1

    Mantap uncle. Greetings from indo

  • @surhdidol8492
    @surhdidol8492 Месяц назад

    Uncle kalau siling L box keluasan 20 kaki 20 kaki tinggi siling 9 kaki warna berapa K cantik uncle

  • @linsaini8007
    @linsaini8007 7 месяцев назад +1

    Tq

  • @adhajaflus3022
    @adhajaflus3022 Год назад +1

    Great vid!

  • @muhamadhafiq45
    @muhamadhafiq45 Год назад +5

    Saya cadangkan video jenis2 design plaster ceiling yang mampu milik

  • @lightstudiopenang2008
    @lightstudiopenang2008 8 месяцев назад +1

    Terbaik penjelasan uncle andrew!!!
    Mmg bermanfaat

  • @marliksujono6969
    @marliksujono6969 7 месяцев назад +4

    Singkat, padat, mudah dipahami. Terimakasih infonya uncle 👍

  • @mharniezuyapasbar
    @mharniezuyapasbar Год назад +1

    Bagus pemasangan lampu, dan cantik lampunya

  • @jimie46
    @jimie46 Год назад +2

    TQ Uncle. Sangat2 membantu dalam saya membuat pemilihan kecerahan lampu downlight yang sesuai. =)

  • @noriadongeng1811
    @noriadongeng1811 Год назад +4

    Am building my own dream home now. Ur video has given me many new insights. Thank you so much

  • @cwleon82
    @cwleon82 Год назад +1

    Uncle Andrew boleh buat video mengenai "sintered stone" ke....

  • @mudismail
    @mudismail Год назад +1

    👍

  • @user-zd1fm5sp1y
    @user-zd1fm5sp1y 10 месяцев назад +1

    Nk tanya. Lain brand lain design ke? Sbb x pernah match dgn lubang ceiling walaupun size lampu sama.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  10 месяцев назад

      Betul.Kena ukur size lubang cut-out before beli.

  • @atikasuhada
    @atikasuhada Год назад +1

  • @abdsamad6245
    @abdsamad6245 6 месяцев назад +1

    Saya cadangan nk pasang down light led diruang tamu rumah saya.Tetapi ceiling dirumah saya agak rendah & tiada plaster ceiling...untuk maklum lampu panjang diruang tamu terganggu semasa menonton tv akibat silauan cahaya lampu...
    Mohon cadangan penggunaan down light led yg bersesuaian.Tq

  • @ranggawitzevil2750
    @ranggawitzevil2750 Год назад +1

    Hai uncle .. hapy chines new year.. Saiz 25x30 how much downlight need.. n jarak

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +2

      Quantity DL utk 25x30 boleh dalam 8 + - bergantung kepada quantity kipas dan lampu gantung yang nak pasang juga.
      Cuba consider DL jangan terlalu dekat dengan kipas sebab bayang bayang yang terhasil akan ada gangguan.

    • @kampus93
      @kampus93 Год назад +2

      @@UncleAndrew1111 hai uncle, boleh tahu berapa jarak min DL dengan kipas supaya dapat mengelakkan gangguan

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +2

      Lebih 1m dari hujung sayap kipas.

    • @ranggawitzevil2750
      @ranggawitzevil2750 Год назад +1

      Ok sir tq for reply

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      You are welcome

  • @amsyarothman5603
    @amsyarothman5603 Год назад +1

    Uncle. Boleh ceritakan lampu downlight 4inci sesuai atau tidak untuk ruangan rumah.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Sesuai atas size ruangan, ketinggian, kegunaan ruangan tersebut dan jumlah quantiti yang nak guna dalam ruangan itu.

    • @amsyarothman5603
      @amsyarothman5603 Год назад +1

      @@UncleAndrew1111 ok terima kasih atas maklum balas

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Sama sama😁

  • @fakhruddinukm509
    @fakhruddinukm509 Год назад +1

    Uncle, apa led downlight yang best value for money?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +2

      Cuba survey kat kedai lampu, Downlight LED yang ada jaminan 2 tahun dengan jenama dan label Sirim.Banyak pilihan...😁

  • @aZmImDfUaT-wc7ez
    @aZmImDfUaT-wc7ez Год назад +1

    Uncle i nak tanya i ada 1 kedai gunting rambut, and i minat lebih kepada yang tidak terang, so bagus ke untuk i guna color warm ligjt, paling penting i nak tanya tahan ke lampu itu kalau kita paki color warm sbb yang i tahu light yang color warm itu akan mendatang kn haba. Mohon reply. Tq

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Ohh...beli lampu LED sekali gus selesai samalah yang boss hadapi.

  • @MRFLH-gk1ot
    @MRFLH-gk1ot 8 месяцев назад +1

    Siling 6 kaki sesuai ke psg lampu downlight,rumah rendah

  • @kamilapoo_co3356
    @kamilapoo_co3356 Год назад +1

    Kebetulan nak beli downlight.. klo ruang tamu 10x30ft berapa downlight yg sesuai ya?

  • @hafizhashim781
    @hafizhashim781 Год назад +1

    Good night uncle... siling tinggi 16ft downlight brpa inci yang sesuai

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      Selalu kita galak 8" keatas. Quantity pula bergantung kpd size ruangan.

    • @hafizhashim781
      @hafizhashim781 Год назад

      @@UncleAndrew1111 keluasan ruang tamu 11.5×35..berapa watt yang sesuai uncle

    • @hafizhashim781
      @hafizhashim781 Год назад +1

      @@UncleAndrew1111 dan perlu berapa biji downlight

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      @@hafizhashim781 Uncle cadangkan 8 biji

    • @hafizhashim781
      @hafizhashim781 Год назад +1

      @@UncleAndrew1111 thank you uncle for info👍.. happy new year

  • @bontotayam8477
    @bontotayam8477 Год назад +1

    Uncle kalau bilik 10x10 brapa downligt untuk 6inci?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Bilangan DL yang perlu agak personal.Ada tuan rumah sukakan kecerahan yang lebih,ada yang tidak.

  • @IARM-ni3dn
    @IARM-ni3dn 9 месяцев назад

    Hi sir, boleh ke campur suhu lampu dalam satu bilik yang sama? Contoh bilik dalam 12m sq, dua penjuru pakai 6000K, dua lagi penjuru pakai 4000K? Sbb dalam bilik ada ruang tidur, dan meja kerja..

  • @_91K_
    @_91K_ Год назад +1

    "adera" .. lampu LED adera lampu baik.. adera.. hahahahahahhahahahahaha

  • @piangu8948
    @piangu8948 Год назад +1

    Klu tiada sirim apa risikonya

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Sirim ada menjalankan ujian² tertentu tentang keselamatan dan ketahanan terhadap peralatan electric.Untuk menjamin qualities yang kita beli,memang uncle galak pilih yang ada sirim sahaja.

    • @piangu8948
      @piangu8948 Год назад

      Uncle adakah boleh berlaku kebakaran dari segi selamatan,jadi rumah sy kesemua nya mentol tidak memiliki sirim sy rasa ada kerisawan tentang perkara ini

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад +1

      Maafkan uncle ya. Uncle tak pandai sangat dengan Sirim,cuma secara amnya ada certification Sirim, kita boleh beli dengan hati yang senang dan qualitinya terjamin.kalau PianGu ada masalah tentang isu ini, boleh terus hubungi pihak Sirim. Uncle rasa PianGu boleh dapat jawapan yang puas hati.

    • @piangu8948
      @piangu8948 Год назад +1

      Ok uncle tq info👍🏻

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Год назад

      Terima kasih 🙏

  • @vf3le
    @vf3le Год назад +1

    Terima kasih uncle Andrew , skrg saya paham sebelum beli downlight

  • @akmalsulaiman2322
    @akmalsulaiman2322 8 месяцев назад +1

    tq uncle