Projek Perintis MyFarm Outlet Raih Pendapatan Hampir RM 200,000 Dalam Sebulan

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2017
  • Projek Perintis MyFarm Outlet Raih Pendapatan Hampir RM 200,000 Dalam Sebulan
    Projek perintis MyFarm Outlet, MY-F-O di Chendering Kuala Terengganu, mampu meraih pendapatan hampir 200-ribu ringgit, sejak mula beroperasi sebulan lalu.
    Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato’ Muhammad Pehimi Yussof berkata jualan sayur dan buah-buahan mencatatkan jumlah jualan paling banyak.
    Pembinaan MY-F-O Chendering yang melibatkan kos lebih 423 ribu ringgit itu, disertai 15 pengusaha pelbagai komoditi dari seluruh negeri.
    Ini termasuk produk ikan laut, ikan air tawar, dan barangan runcit yang menawarkan harga 5 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
    Ia mula beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 malam kecuali Jumaat.
    Ketika ini, ada enam Myfarm Outlet di seluruh negara.

Комментарии •