Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 4
HTML-код
- Опубликовано: 12 дек 2024
- PAKEJ KERJA 4 - MENAIKTARAF JALAN DARI BONGAWAN KE PAPAR (23.2km)
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 4 ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dari Bongawan ke Papar kepada empat Lorong Dua Hala (Dual Carriagway) sepanjang 23.2km. Pembinaan bermula daripada Bulatan Bongawan dan berakhir berhampiran Benoni Interchange dan melibatkan pembinaan pembinaan 6 Jambatan ( Jambatan Nyaris - Nyaris, Jambatan Mandahan, Jambatan Benoni, Jambatan Bongawan , Jambatan Kelatuan dan Jambatan di Interchange Benoni ) dan 2 Interchanges ( Kimanis dan Benoni Interchange).
Di samping itu sebanyak 18 perhentian bas dan 1 jejantas pejalan kaki akan di bina di sepanjang jajaran pakej kerja ini untuk kemudahan pengguna jalan raya di sekitarnya. Jajaran ini adalah salah satu Pakej Kerja bahagian barat daya Sabah yang di bina bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik bagi penduduk Sabah yang bergerak daripada Bongawan ke bandaraya kota Kinabalu Sabah.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi peraturan lalu lintas semasa melalui kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.