KENAPA KENA KEMASKINI PADU? | PENGGULUNGAN SESI PARLIMEN | 11 MAC 2024

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 30 сен 2024
  • Ramai yang bertanya di media sosial berkenaan keperluan untuk mengemaskini maklumat di Pangkalan Data Utama (PADU).
    Pandangan umum di luar adalah kerajaan telah memiliki semua maklumat, jadi mengapa perlu dikemaskini atau diisi semula? Bukankah hanya dengan kad pengenalan, segala maklumat boleh diakses?
    Ketika sesi penggulungan bagi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, isu ini telah diterangkan dan tertumpu kepada isu-isu berikut:
    Data di dalam PADU memang adalah data-data pentadbiran dan sudah tersedia melibatkan sejumlah 30 juta rakyat Malaysia. Atas faktor keselamatan, hanya sebahagian sahaja data yang kita lepaskan kepada rakyat untuk dikemaskini. Langkah ini adalah untuk melindungi data-data yang dikira sensitif, terutamanya yang membabitkan kedudukan kewangan individu.
    Sasaran PADU adalah untuk menjadi sebuah pangkalan data yang komprehensif daripada bersifat near real time kepada real time. Cabaran kita sebelum ini adalah walapun kerajaan memiliki segala data di jabatan atau agensi kerajaan, data-data ini tidak dikongsi antara satu sama lain. Proses semak silang sesama jabatan juga mengambil masa.
    Melalui PADU, sekiranya berlaku sebarang perubahan maklumat di sesuatu jabatan kerajaan, secara automatik data-data di PADU dan juga di aplikasi-aplikasi kerajaan yang lain akan turut berubah dan ini yang dikatakan daripada near real time kepada real time.
    Pengemaskinian data-data di PADU akan menjadikan sistem ini sebagai rujukan utama agensi-agensi peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

Комментарии • 15

  • @kerolgiler8221
    @kerolgiler8221 6 месяцев назад +1

    wei panggil dragon force pecah masuk PADU ni tengok safe ke tak

  • @ajitrazid
    @ajitrazid 6 месяцев назад +1

    Entah. Berkali kali aku isi dbahagian tmbah isi rumah. Gagal untuk dilengkapkan walaupun sdh betul. Ttp bewarna merah.

  • @jxhisam
    @jxhisam 6 месяцев назад +3

    padu kau punya buduh

  • @LandformSdnbhd
    @LandformSdnbhd 6 месяцев назад

    Subsidi adalah tanggungjawab kerajaan tanpa membezakan kaya, pertengahan atau kurang mampu. Bagi yang kaya mereka telah dikenakan bayaran cukai yang banyak dari setiap perbelanjaan begitu juga pertenghan yang dipotong dari gaji bulanan dan juga bagi yang kurang mampu mereka diberikan bantuan STR dan lain-lain, ianya adil jika dilihat. Adakan ini adalah jalan mudah atau disebut sebagai CABUT dari tanggungjawab ???

  • @_91K_
    @_91K_ 6 месяцев назад +2

    Orang tanya: kenapa nak isi balik, kenapa tak absorb dari sedia ada. Tapi jawapan: apa itu Padu, nak real time, dan kebolehan² padu yg lain. Tak jawab soalan.

  • @azuan7979
    @azuan7979 6 месяцев назад +2

    bangla nepal pendatang bole beli beras myk dll brg subsidi,..ko buat rakyat padu,tp pendatang bebas..siap bole niaga brg2 subsidi....

  • @izzz2938
    @izzz2938 6 месяцев назад +1

    Pusing3

  • @derricklee5766
    @derricklee5766 6 месяцев назад +3

    🙏👍 SYBAS TAHNIAH TERBAIK YB RAFIZI SELAMAT MAJU JAYA NEGARA MALAYSIAN DENGAN SANGYANGI RAKYAT NEGARA MALAYSIA DAN CINTA MALAYSIAKU AMIN 🙏🇲🇾🇲🇾🇲🇾💗💖💜🇲🇾🇲🇾🇲🇾❤️💚💛🇲🇾🇲🇾🇲🇾♥️💙🧡🇲🇾🇲🇾🇲🇾

  • @wtchua8449
    @wtchua8449 6 месяцев назад +3

    Terbaik YB Rafiz Ramli ❤

  • @mohdfaizal3094
    @mohdfaizal3094 6 месяцев назад

    Berapa kos bina sistem padu ni?

    • @moseswong6440
      @moseswong6440 6 месяцев назад +1

      Dibina inhouse oleh kakitangan kerajaan, tiada kroni.

  • @ijamraul
    @ijamraul 6 месяцев назад +2

    MANTAP, SGT JELAS DAN FAHAM...TERBAIK YB RR

  • @DAB-b5e
    @DAB-b5e 6 месяцев назад +1

    Dah buat pon. ❤❤❤