“Menetap di Jerman, Bahasa Melayu Tetap Di Hati,” Husna & Michael

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 3 окт 2024
  • “Menetap di Jerman, Bahasa Melayu Tetap Di Hati,” Husna & Michael
    Ruangan : Wawansabda Bahasa
    Editor : Siti Zubaidah Sekak
    Penulis : Rosli Mohd Nordin
    Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn_
    Jurufoto & Videografer : Muhammad Sahizat Sahrin Nazri
    Penyunting Video : Azrul Azizi Aziz
    Lokasi : Ampang Indah, Kuala Lumpur
    Majalah : Dewan Bahasa
    Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP
    Isu : Oktober 2024
    “MENETAP DI JERMAN, BAHASA MELAYU TETAP DI HATI,” HUSNA & MICHAEL
    Oleh : Rosli Mohd Nordin
    Benarlah kata pepatah Melayu “ikan di laut, asam di darat, dalam belanga bertemu juga”. Inilah yang mengambarkan pertemuan Husna Md. Nor dengan pasangannya, Michael Lübke pada 24 tahun yang lalu. Pada ketika itu, Michael datang ke Malaysia kerana menyertai program pertukaran pelajar yang dikenali sebagai American Field Service (AFS) di antara Malaysia dengan Jerman.
    Perkahwinan dua insan daripada dua latar budaya yang berbeza yang memasuki usia tiga dekad ini membuktikan, perbezaan tersebut bukanlah halangan kepada Husna dan Michael membina ikatan suci dan mencipta kebahagiaan dalam acuan mereka sendiri. Manakan tidak, kelahiran empat orang cahaya mata, tiga orang puteri dan seorang putera melengkapi kehidupan Husna dan Michael yang kini menetap di Hamburg, Jerman.
    Ketika mengikuti Michael bekerja di Australia, Husna yang cuba mengisi masa lapang dan terlibat secara aktif di pelantar media sosial bagi membolehkan mereka sekeluarga mendekatkan hubungan maya antara keluarga Husna di Malaysia dan keluarga Michael di Jerman. Bermula dengan menggunakan “Friendster” dan kini mereka sekeluarga meledak popular di pelantar media sosial khususnya TikTok dan RUclips apabila virus Covid-19 melanda dunia pada tahun 2020.
    Bagi edisi ruangan Wawansabda kali ini, pihak editorial majalah Dewan Bahasa mendekati isi hati Husna dan Michael yang kebetulan pulang bercuti ke Malaysia baru-baru ini.
    Latar belakang.
    Husna : Saya lahir di Petaling Jaya, namun menetap dan membesar di Ampang, Selangor. Saya mempunyai kelulusan Sarjana Kejuruteraan Ekonomikal (Logistik) Economical Engineering in Logistic daripada Universiti Magdeburg, Jerman. Ketika bersekolah di Malaysia, saya aktif dalam pelbagai aktiviti pelajar dan kerap mewakili sekolah bagi pertandingan dan persembahan sajak, tarian, nyanyian dan teater.
    Michael : Saya berasal dari Salzwedel, Jerman. Latar akademik tertinggi saya ialah Sarjana Pengurusan Risiko, Krisis dan Bencana (Master Risk, Crisis and Disaster Management) dari Universiti Magdeburg, Jerman. Ketika bersekolah di sekolah menengah, saya juga seperti Husna, aktif dalam pelbagai aktiviti pelajar sehingga pernah dilantik menjadi ketua kelas, ketua pelajar, manakala di universiti juga saya pernah menjadi ketua pelajar bagi sesi pengambilan pelajar tahun 2004.
    Boleh Michael ceritakan bagaimana mengenali Husna?
    Melalui program pertukaran pelajar AFS yang ditaja sepenuhnya oleh sebuah syarikat Jerman (Syarikat Mercato) saya diberi peluang untuk memilih negara di Asia bagi menjayakan program tersebut. Oleh kerana minat saya suka mandi dan meluncur ombak di laut, saya berpendapat Malaysia adalah paling sesuai dengan minat saya kerana ia sebuah negara yang dikelilingi oleh laut. Hakikatnya, saya tidak boleh meluncur ombak kerana tidak semua pantai di negara ini mempunyai ombak dan angin yang kuat.
    Walaupun demikian, saya sebenarnya tertarik dengan kepelbagaian budaya di Malaysia dan memilih negara ini dengan menjadikan ia sebagai pilihan pertama, dikuti pilihan kedua iaitu Jepun dan pilihan ketiga Indonesia. Antara ketiga-tiga pilihan tersebut, akhirnya saya dipilih menjalani program AFS di Malaysia dan keluarga Husna merupakan keluarga angkat saya.
    Kali pertama menjejakan kaki ke Malaysia, bagaimanakah perasaan Michael?
    Perasaan ingin tahu mengenai Malaysia sangat membuak-membuak, walaupun hakikatnya saya sangat sedih kerana perlu meninggalkan keluarga dalam satu jangka masa yang agak lama. Ketika itu saya berusia 16 tahun, selain tidak pernah mendengar nama Malaysia, saya juga bimbang tidak dapat beradaptasi dengan budaya khususnya cuaca panas di negara ini.
    Bagaimana Husna menerima Michael yang pada asalnya sebagai ialah pelajar Jerman yang tinggal bersama keluarga Husna?
    Husna : Pada mulanya, Husna tidak bersetuju dengan kedatangan Michael kerana saya tidak suka lelaki asing tinggal bersama keluarga saya. Pandangan ini berlaku kerana saya bersekolah di sekolah perempuan sejak darjah satu hingga ke sekolah menengah membuatkan saya kurang selesa dengan kehadiran lelaki asing di dalam rumah saya. Jika boleh sebenarnya, saya lebih cenderung agar ibu bapa saya memilih pelajar perempuan yang menyertai program AFS tersebut, namun siapa sangka rupanya jodoh saya yang datang ke rumah keluarga saya.
    Sila dapatkan majalah DBP utk kisah selanjutnya ###

Комментарии •