Maulana Asri - Sunnahkah Rida' dan Jubah?

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • 𝗦𝗢𝗔𝗟 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 - 𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛𝗞𝗔𝗛 𝗥𝗜𝗗𝗔’ 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗕𝗔𝗛?
    𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡: Adakah pemakaian rida’ dan jubah itu sunnah?
    𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡:
    Sunnah terbahagi kepada dua kategori iaitu Sunnah Tasyri’iyyah (yang disyari’atkan) dan Sunnah Ghair Tasyri’iyyah (tidak disyari’atkan).
    Untuk mengetahui sama ada sesuatu amalan itu termasuk dalam kategori Sunnah Tasyri’iyyah atau Ghair Tasyri’iyyah, kita boleh melihat pada amalan orang-orang kafir, iaitu adakah orang-orang kafir juga turut melakukannya?
    Misalnya, orang kafir pada zaman Nabi s.a.w. dahulu juga memakan roti, sebagaimana Nabi s.a.w. sendiri memakan roti. Maka, memakan roti bukanlah Sunnah Tasyri’iyyah. Sebaliknya, ia hanyalah Sunnah Ghair Tasyri’iyyah.
    Demikianlah juga halnya dengan pemakaian jubah dan rida’. Kedua-dua pakaian tersebut adalah pakaian Bangsa Arab yang bukan sahaja dipakai oleh Nabi s.a.w., malah ia turut dipakai oleh orang-orang kafir.
    Maka, semata-mata pemakaian rida’ dan jubah hanyalah Sunnah Ghair Tasyri’iyyah.
    Namun begitu, ada juga amalan yang turut dilakukan oleh orang-orang kafir, tetapi Nabi s.a.w. menetapkan kaifiat tertentu pada amalan tersebut yang mana kaifiat tersebut termasuk dalam Sunnah Tasyri’iyyah.
    Misalnya, orang-orang kafir juga menggosok gigi. Bezanya, Nabi s.a.w. mengkhususkan amalan menggosok gigi untuk bersolat dan baginda memulakannya dengan sebelah kanan.
    Demikianlah juga halnya dengan makan; Nabi s.a.w. mengajar kita supaya membaca basmalah sebelum menjamah makanan dan makan menggunakan tangan kanan.
    Maka, semua kaifiat khusus yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. ini termasuk dalam Sunnah Tasyri’iyyah.
    Wallahu a’lam.
    ---
    🔗 𝗣𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡: www.galerimaul...
    📺 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢: • Maulana Asri - Sunnahk...
    🪙 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛: toyyibpay.com/...

Комментарии • 7

  • @cikguzahirmotivasibahagia.1766
    @cikguzahirmotivasibahagia.1766 14 дней назад +2

    Alhamdulillah, t.kasih Dr atas pencerahan yang diberikan.

  • @user-dw4dq1if1m
    @user-dw4dq1if1m 13 дней назад +2

    Niat ikut nabi, dapat pahala.
    Wallahualam

    • @Kelapamuda126
      @Kelapamuda126 13 дней назад

      Abu jahal pun pakai jubah..ia pakaian adat org Arab bang oii..jgn jadi pentaksub buta ustat pujaan penglipur lara selak tirai gunung jerai wali terbang masuk ikut tingkap menara firaun 15 kjap 16km Abib tawaf kubo berjubah kain ridha bagai.tapi sebar bidaah .sebar hadis palsu.dusta atas nama nabi..hurmm

  • @mersingjohor2826
    @mersingjohor2826 13 дней назад +2

    Kalau ada sahabah hidup balik tengok jubah habaib pakai hari ni. Ta'jub dia.
    Pakaian apa ni tak pernah terlihat mata.

  • @mawars3168
    @mawars3168 14 дней назад +3

    tq info... la ni depa dok ajak pakai jubah😅...kita melayu pakai baju Melayu laaa... terlebih Arab puak ni😂

  • @serbukbilis
    @serbukbilis 11 дней назад

    bangla karpet mana terlepas blh ada chanel youtube ni? siap ada follower lg.. menteri komunikasi tk pntau ka bangla karpet ni. suruh dia jual karpet dgn bancuh simen sudah laa.

    • @zikrullah9688
      @zikrullah9688 10 дней назад

      bangla boleh ada tauliah mengajar ke