Barua tipu dapat habuan RM20,000 satu kepala
HTML-код
- Опубликовано: 8 фев 2025
- Barua sindiket tipu pekerjaan mampu meraih antara RM10,000 hingga RM20,000 untuk satu kepala mangsa.
Mereka yang juga warga Malaysia akan memperdayakan mangsa untuk diserahkan kepada sindiket bagi dijadikan hamba pekerjaan termasuk menjadi scammer.
Oleh itu, setiap mangsa yang mahu bebas daripada sindiket terbabit perlu membayar wang tebusan kepada sindiket kerana mereka sudah 'melabur' dengan membayar kepada agen yang membawa mangsa.
Mangsa yang cuba melarikan diri pula akan terima habuan didera termasuk dipukul dan dikenakan renjatan elektrik sebagai hukuman oleh pihak sindiket.
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) sendiri berdepan dengan pelbagai cabaran dan ugutan dalam usaha membawa pulang mangsa sindiket dari luar negara
www.hmetro.com...
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di www.hmetro.com.my