Donut Red Velvet Viral lembut gebu dan sedap

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • Ramai sangat orang yang minta saya buat donut red velvet viral tu. Padahal resepinya sama je dengan donut yang pernah saya buat sebelum2 ni, bezanya cuma tambah perasa red velvet je. Tapi demi untuk tidak mengecewakan peminat-peminat BOL saya buat juga la video donut red velvet yang lebih padat dan menarik ni. Jom tengok resepi donut red velvet viral lembu gebu dan sedap ni. hehehe.
    Saiz Hidangan : 10 biji donut saiz macam saya buat dalam video.
    Note : Ada dua cara nak buat donut red velvet ni.
    1st (cara mudah), guna red velvet emulco (bukan pewarna merah). Red velvet emulco ni memang dah ada rasa red velvet. Cara ni lebih mudah.
    2nd (cara banyak kerja), boleh guna serbuk koko dan buttermilk untuk rasa red velvet dan perlu letak sedikit pewarna merah. (Kadang-kadang saya letak pewarna pink supaya warnanya jadi lebih terang dan cantik).
    Sukatan kalau nak guna serbuk koko dan buttermilk:
    - 2 sudu besar serbuk koko
    - ½ sudu kecil pewarna merah
    - ½ cawan susu segar + ½ sudu kecil lemon (perap 5 minit)
    **Skip air suam dan susu pekat manis**
    **Yis dan gula boleh terus letak dalam bekas adunan bersama bahan lain**
    **Boleh tambah air sikit kalau doh agak keras sebab ada penambahan serbuk koko**
    **Biar doh lembik sikit untuk menghasilkan donat yang lembut**
    Kalau rajin, boleh buat cara kedua. Rasanya lebih sedap dan asli. Cuma leceh sikit. Kalau kurang kerajinan, guna je emulco. Cepat siap cepat boleh makan.
    Bahan-bahan untuk Donut Red Velvet Viral lembut gebu dan sedap
    Bahan-Bahan:
    ½ sudu besar Perasa Red Velvet
    1 sudu kecil Pelembut Roti
    ½ cawan (125 ml) Air Suam
    1 sudu besar Gula
    1 sudu besar Susu Pekat Manis
    ½ sudu besar Yis
    1 sudu besar Marjerin
    ½ sudu kecil Garam
    2 cawan (250 gm) Tepung Gandum
    Gula Kastor
    Ingredients:
    ½ tablespoon Red Velvet Emulco
    1 teaspoon Bread Softener
    ½ cup (125 ml) Warm Water
    1 tablespoon Sugar
    1 tablespoon Sweetened Condensed Milk
    ½ tablespoon Yeast
    1 tablespoon Margarine
    ½ teaspoon Salt
    2 cup (250 gm) Wheat Flour
    Castor Sugar
    Perkakas memasak yang saya gunakan
    mycollection.s...
    #buatoranglapo
    Join this channel to get access to perks:
    / @buatoranglapo
    Dapatkan Pes Kari dan Pes Sambal Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee shp.ee/avd2zab

Комментарии • 136

  • @BuatOrangLapo
    @BuatOrangLapo  Год назад +18

    *_BACA NI DULU YA_*
    *Saiz Hidangan* : 10 biji donut saiz macam saya buat dalam video.
    *Note* : Ada dua cara nak buat donut red velvet ni.
    *1st (cara mudah),* guna red velvet emulco (bukan pewarna merah). Red velvet emulco ni memang dah ada rasa red velvet. Cara ni lebih mudah.
    *2nd (cara banyak kerja),* boleh guna serbuk koko dan buttermilk untuk rasa red velvet dan perlu letak sedikit pewarna merah. (Kadang-kadang saya letak pewarna pink supaya warnanya jadi lebih terang dan cantik).
    Sukatan kalau nak guna serbuk koko dan buttermilk:
    - 2 sudu besar serbuk koko
    - ½ sudu kecil pewarna merah
    - ½ cawan susu segar + ½ sudu kecil lemon (perap 5 minit)
    ***Skip air suam dan susu pekat manis***
    ***Yis dan gula boleh terus letak dalam bekas adunan bersama bahan lain***
    ***Boleh tambah air sikit kalau doh agak keras sebab ada penambahan serbuk koko***
    ***Biar doh lembik sikit untuk menghasilkan donat yang lembut***
    Kalau rajin, boleh buat cara kedua. Rasanya lebih sedap dan asli. Cuma leceh sikit. Kalau kurang kerajinan, guna je emulco. Cepat siap cepat boleh makan.
    *Bahan-Bahan:*
    _½ sudu besar_ *Perasa Red Velvet*
    _1 sudu kecil_ *Pelembut Roti*
    _½ cawan_ *(125 ml) Air Suam*
    _1 sudu besar_ *Gula*
    _1 sudu besar_ *Susu Pekat Manis*
    _½ sudu besar_ *Yis*
    _1 sudu besar_ *Marjerin*
    _½ sudu kecil_ *Garam*
    _2 cawan (250 gm)_ *Tepung Gandum*
    *Gula Kastor*
    *Ingredients:*
    ½ tablespoon Red Velvet Emulco
    1 teaspoon Bread Softener
    ½ cup (125 ml) Warm Water
    1 tablespoon Sugar
    1 tablespoon Sweetened Condensed Milk
    ½ tablespoon Yeast
    1 tablespoon Margarine
    ½ teaspoon Salt
    2 cup (250 gm) Wheat Flour
    Castor Sugar
    *Dapatkan produk-produk marvellous kami*
    *_Malaysia_*
    *Shopee* : _shp.ee/avd2zab_
    *Lazada* : _s.lazada.com.my/s.4OB3Y_
    *_Singapore_*
    *Shopee Singapore* : _bit.ly/pesbolsg_
    *Perkakas memasak yang saya gunakan*
    mycollection.shop/buatoranglapo

    • @ainanajwa2558
      @ainanajwa2558 Год назад

      Apa maksud skip susu pekat manis dgn air suam?means xyh masukkan ke camne?if guna serbuk koko?

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      @@ainanajwa2558 Ye betul. Takyah masukkan. Sebab dh ganti dgn susu segar tu.

    • @nurbalqis1511
      @nurbalqis1511 Год назад

      salam nak tanya, kalau utk 1 kg gandum. resepi utk ori RV tu (buttermilk dgn serbuk koko) perlu digandakan ke?

  • @haslinahasri3599
    @haslinahasri3599 Год назад +4

    Akhirnya.... Nazatul hadir dgn resepi donat red velvet viral. Terima kasih Nazatul berkongsi cara mmbuat nya. Terbaik 👍♥️🤗.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад +1

      Sama2. Jom cuba sis. Dpt merasa sekali jadi la 😂

  • @sugiegrey1625
    @sugiegrey1625 Год назад +2

    detailnye. maceh...

  • @nurulfateehah8411
    @nurulfateehah8411 Год назад +1

    Tak pernah mengecewakan kalau cuba resepi Buat Orang Lapo…memang menjadi elok…Terima kasih 💐

  • @sinarsuria4807
    @sinarsuria4807 Год назад +3

    Terima kaseh recipi yg ikhlas.semuga murah rezeki dan di berkati Allah.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Alhamdulillah. Sama2. Terima kasih juga🥰

  • @ahmadjasmine1
    @ahmadjasmine1 7 месяцев назад

    Sedappnyaa❤ 👏👍terima kasih B.O.L kongsi resipi.

  • @icekering460
    @icekering460 Год назад +1

    Terima kasih sebab kongsi resepi ni😊😊

  • @nurfatinamirahbintijamil2193
    @nurfatinamirahbintijamil2193 Год назад +1

    Sedapnyaaa

  • @nurnabilaharissasahara5641
    @nurnabilaharissasahara5641 Год назад +1

    T.kasih share resepi untuk 4org mkn.saya suka tgk resepi buat org lapo ni,simple tp sedap..izinkan saya cuba ya resepi sis😊

  • @salmahsalmahjemiey3566
    @salmahsalmahjemiey3566 Год назад

    Terima kasih kasi resepi ...lepas ni boleh lah buat untuk 2 ke 3 org mkn ...semoga bertambah rezeki nya buat org lapo ...setiap resepi yg saya guna semua menjadi alhamdulillah

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Alhamdulillah. Sama2. Selamat mencuba 😍

  • @frayadzil4866
    @frayadzil4866 Год назад +34

    Ramai yang salah pasal red velvet...Kalau setakat menggunakan red velvet emulco,bukan la RV ori..Yang ori RV,bila mengguna buttermilk dengan serbuk koko..Tulah baru RV ori...😁😁

    • @ezzmaa2994
      @ezzmaa2994 Год назад +8

      Coco buter milk dengan pewarna merah itu baru sedap . Emulco nih dia rase mcm makan donut biasa jah .

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад +14

      Ada saya tulis resepi untuk cara kedua guna butter milk dan coco. Pakai emulco ni shortcut je.

    • @raimahraimah1278
      @raimahraimah1278 Год назад +2

      Ha ar. Sy try buat td. Cuma guna rv emulco tu. Rasa rv mcm x de sngt. Nnt nk try lg guna ori rv pulak. Tq bg pencerahan.

    • @aishahmatisa3445
      @aishahmatisa3445 Год назад +2

      Cuka sikit

    • @mdarisnoranisah3811
      @mdarisnoranisah3811 Год назад

      Tpi bila sjuk liat sis knpe yer..?adkah disebbkn koko

  • @mimishamimi7026
    @mimishamimi7026 Год назад +1

    Dap nye... Sentiasa lapar kalau tgk vdeo2 sini... 🤤

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад +1

      Hehe. Jom la buat sis. 🤭

    • @mimishamimi7026
      @mimishamimi7026 Год назад

      @@BuatOrangLapo hihi..beres... Hrp mood rajin bg kerjasama...🤭

  • @norfaeizanhashim6477
    @norfaeizanhashim6477 Год назад +1

    Wahhhh xprnh mkn lg..ehehe

  • @kalakala9786
    @kalakala9786 Год назад +2

    Wow donat red velvet ni mmg wat org lapar.tq sis😍. X sabar nak cuba

  • @cheneltyara
    @cheneltyara Год назад

    Cemilan yang sangat sedap

  • @gshock8173
    @gshock8173 Год назад +3

    Yeay! Dah lama tunggu resepi ni😍

  • @rosliah0912
    @rosliah0912 Год назад +1

    Terima kasih resepinya sis..nak cuba jgk ni.

  • @sitimariammanaf8370
    @sitimariammanaf8370 Год назад +1

    Hmm... Donut red velvet gebu lembut... Sedap tu.. Mkn satu mmg tak cukup.... 😂🤭. Tq Nazatul... 🤗

  • @sitisalwani815
    @sitisalwani815 Год назад +2

    Sedap nya..Tq share resepi xsbor nk buat..mntak halal ya sis❤

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Sama2. Sy halalkan. Selamat mencuba. 😊

  • @fromthismoment6657
    @fromthismoment6657 Год назад +1

    Nampak bouncy & fluffy. Memang terbaik hasil airtangan Nazatul.

  • @Effa-FuadFuad
    @Effa-FuadFuad Год назад +1

    Tq share resepi ni..😋😍

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 Год назад +2

    Terimaksh Naz share resepi lg,tgh viral ni nk order kt Naz boleh kot😀😀

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Sama2. Kalau pos sy risau berkulat je sampai kat sis nnt 😂

    • @nooraine8307
      @nooraine8307 Год назад

      @@BuatOrangLapo 😂😂

  • @datinsripaduka7194
    @datinsripaduka7194 Год назад

    mesti lagi best kalau belah 2 RV donut ni .. lepas tu letak cheese cream 😍😍 ..

  • @sitinur1149
    @sitinur1149 Год назад

    Kalau air suam tu kita tkr kpd fresh milk yg disuamkan pun bolehkan.. mesti lgi sedap

  • @bjfeerus
    @bjfeerus Год назад

    👍🏻👍🏻👍🏻
    Alhamdulillah........

  • @aliharun9350
    @aliharun9350 Год назад +1

    Terima kasih resepi. Saya Cuba resepi ni @buatorglapo

  • @nageswari3675
    @nageswari3675 Год назад +1

    Ye ka donut ni sangat viral sekarang kedai saya pun red velvet emulco semua habis

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      😅😅

    • @nageswari3675
      @nageswari3675 Год назад

      @@BuatOrangLapo ka nak tanya red velvet emulco ni boleh tak campur dalam tepung

  • @zubaidahismail3793
    @zubaidahismail3793 Год назад +1

    Cantik & menarik colour ni. Pn guna bm & gunakn no brape? Doh roti @ piza? Proofing d bm brape kali? Tq pn.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад +1

      BM saya ada Setting dough. Saya guna Setting tu je.

  • @suriani31
    @suriani31 Год назад

    😋👍izin share ye..

  • @kalairam6751
    @kalairam6751 Год назад

    Thank you👍

  • @noorshaliza22
    @noorshaliza22 9 месяцев назад

    Mohon halalkan resipi ya..sy buat niaga..❤

  • @nurthaslimah2598
    @nurthaslimah2598 Год назад +1

    Assalamulaikum kak nazatul kalau tukar ovelete boleh ke kalau tak de softener lagi satu saya nk tanya kalau guna mixer berapa guna mix dia

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Waalaikumusalam. Ovelet sy tak pernah try letak dlm donat. Boleh gantikan dengan baking powder. Uli guna mixer tu Actually depends jugak jenis mixer yg macam mana. Boleh jd dlm 10-20 min. Tengok teksture doh tu. Kalau dia dh tak melekat kat tgn dan elastic (bila tarik nipis dia tak koyak), dh boleh stop uli.

  • @ayahther4323
    @ayahther4323 Год назад

    nanti buat video utk cara kedua tu...plessss

  • @ayahther4323
    @ayahther4323 Год назад +1

    Terima Kasih tolong videokan...

  • @whoami9063
    @whoami9063 Год назад +1

    Kalau nk buat cara yg kedua( ori) susu segar tu tukar susu cair blh tak? Tlg respon please ...

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад +1

      Boleh cuma rasanya mungkin teksture donat akan jd lain sikit sb susu cair ni dia mcm berat berbanding susu segar.

    • @whoami9063
      @whoami9063 Год назад

      @@BuatOrangLapo ok trm ksh sbb respon ..kejadian donut tu nmpk sedap 🤗

  • @starman4186
    @starman4186 Год назад

    Tambah icing..je..perwarna😆

  • @darmabasir7151
    @darmabasir7151 Год назад +1

    Assalamualaikum..klu xda pelembut roti bole gantikan dgn apa?

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Waalaikumusalam. Guna baking powder pun ok.

  • @nawawinawawi264
    @nawawinawawi264 Год назад

    Pnh try kat tepi jln
    Warna je merah..tp rasa mcm donut biasa je wlupun sedap..tp rasa donut ori .x rasa red velvet pun

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Tu die letak pewarna merah je kot 😅🤭

  • @salinasabu8010
    @salinasabu8010 Год назад +1

    😍😍

  • @puterikamal
    @puterikamal Год назад

    Lau guna cara 2nd tu...cara byk kje...bole x lau nk ltk susu atau gula pasir juga...

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Susu dan gula mmg perlu letak jugak. Boleh terus letak dlm adunan tepung.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Yis pun boleh letak terus dlm tepung.

  • @zatyhb9441
    @zatyhb9441 Год назад +1

    salam sis.. kalau guna breadmaker brapa lama boleh jdi doh?

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Wsalam. Depends jenis breadmaker. Sy punya dlm 20 min dh siap uli. Then perap 30 min.

  • @nrasnieta10
    @nrasnieta10 Год назад +1

    Kalau guna tepung high protein ok x sis.. utk buat donat ni

  • @mochalattee_
    @mochalattee_ Год назад +1

    Yis tu boleh tk campur skali dlm buttermilk?

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Tak perlu campur. Letak yis terus dlm adunan tepung.

  • @sofie4382
    @sofie4382 Год назад +1

    Kalau sukatan 1kg tepung . Pelembut roti nak guna berapa banyak ye ?

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Lebih kurang dlm 1/2 sudu besar pun dh ok. Ataupun lebih sikit pun takpe.

  • @sharainishafiaie6129
    @sharainishafiaie6129 Год назад

    Salam sis
    Akak nak pakai TEPUNG HIGH PROTEIN untuk Donut ni,ok tak

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Wsalam. Boleh kak. Lagi elok.

    • @sharainishafiaie6129
      @sharainishafiaie6129 Год назад

      @@BuatOrangLapo salam sis
      Ini,kak ani ye.
      SHARE RESEPI PAU HIJO,jap...nak buat PAU GEBU GEBAS pulok...hehehe..boleh ke dikk...😁

  • @MuhammadAlif-sr9yi
    @MuhammadAlif-sr9yi Год назад +1

    Kalau tak ada pelembut roti kalau tak ada boleh ke?

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Boleh guna baking powder atau telur. Cuma teksture akan berbeza sikit. Tp still ok.

    • @MuhammadAlif-sr9yi
      @MuhammadAlif-sr9yi Год назад

      @@BuatOrangLapo ok terima kasih

  • @nurkhusnakhairani1915
    @nurkhusnakhairani1915 Год назад

    Pelembut roti tukar gn telur boleh x

  • @chempakabiru1235
    @chempakabiru1235 Год назад

    tq scroll npk

  • @azmankasalan3829
    @azmankasalan3829 Год назад +1

    Saya ada breadmaker nak churn sampai berapa lama ? Sebab breadmaker saya boleh masak roti sekali .

  • @nonameno5717
    @nonameno5717 Год назад

    Akak if guna serbuk koko ngan susu biasa saja boleh ke, ke mmg kena guna buttermilk?

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад +1

      Boleh jugak cuma takde rasa masam2 res velvet tu. Tp ok je 😁

    • @nonameno5717
      @nonameno5717 Год назад

      @@BuatOrangLapo nk tnya ,apa function cuka eh,

  • @syazanieawang7676
    @syazanieawang7676 Год назад +1

    Breadmaker brand apa sis?

  • @MsMiss-ke2ok
    @MsMiss-ke2ok Год назад +1

    Assalamualaikum..saya nak tanya..Tepung kalau berbau hapak tapi belum expired,masih boleh guna lagi tak???Ada yang kata dah xboleh guna...
    Ada juga yg bagi tau saya tepung yg dah expired masih boleh guna lagi selagi tak ada bau hapak atau bertukar warna...
    Betul ke???

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Waalaikumusalam. Tak pasti pulak. Better takyah guna utk buat makanan yg perlu kena perap @ bakar mcm donat n kek. Takut tak jadi kembang. Guna utk buat cengkodok @ lempeng ok 😁

    • @MsMiss-ke2ok
      @MsMiss-ke2ok Год назад

      @@BuatOrangLapo kalau biskut mcm mn...saya ada cuba tepung yang blm expired tp bau hapak tu buat biskut...biskut rasa ok,xmasalah..cuma takut nak jamu dekat org,nnt sakit pulak...yg dah expired tu saya dah buang dah...

  • @syy00
    @syy00 Год назад

    kalau tanak red velvet, just skip kan part tu?

  • @chimchimmy659
    @chimchimmy659 Год назад +1

    Bau dia mcm bau roti gardenia yg red velvet kismis. Rsa dia pulak biasa jea. Ada Rasa sikit2 je red velvet.

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Yup betul 🤭 nak rasa lebih kuat boleh buat yg guna Buttermilk n serbuk koko.

  • @fiqakoh6092
    @fiqakoh6092 Год назад

    Kena set apa2 ke dkt bread maker tu

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад +1

      Sy tak sure bread maker lain mcm mana. Sy punya, dh siap2 setting utk uli doh. Kalau bread maker ade setting uli doh, boleh guna yg tu.

    • @fiqakoh6092
      @fiqakoh6092 Год назад

      @@BuatOrangLapo pakai brand apa tu

  • @nurzhulaikabinticheyusof1482
    @nurzhulaikabinticheyusof1482 Год назад

    Pewarna makanan bole ke

    • @BuatOrangLapo
      @BuatOrangLapo  Год назад

      Kalau guna pewarna makanan dia jadi donut biasa je la. Cuma warna je yg lain.

  • @munsyihasnah7968
    @munsyihasnah7968 Год назад

    Kalau guna bread maker,. berapa kali kita perlu tekan time yg ada pada penunjuk dough tu?
    Saya pakai amway bread maker.

  • @curiouschahful
    @curiouschahful Год назад

    Eh eh..guna bahan drpd bakers' houz la.

  • @YourMelaka
    @YourMelaka Год назад

    Nampak sedap