Kisah Pembunuhan Orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Negeri Sembilan (Parit Tinggi) [Final part]

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Ikuti perjalanan saya menelusuri kisah sejarah hitam pembunuhan orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Parit Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berlaku pada 15 dan 16 Mac 1942.
    Jenayah pembunuhan ini dilakukan oleh unit Tentera Jepun dari Kompeni ke-7, 11th Regiment - 5th Guards Division yang berpengkalan di Kuala Pilah English School (KPES) atau Sek Men Keb Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.
    Pada episod terakhir di Parit Tinggi ini, saya akan menyambung cerita mengenai kisah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di sini pada 16 Mac 1942. Jenayah pembunuhan ke atas orang-orang Cina di kawasan Parit Tinggi ini dilakukan oleh anggota Tentera Jepun dibawah pengarahan Kaptain Mitsugi Iwata, O.C. kepada Kompeni ke-7 yang ditempatkan di KPES. Sejumlah 675 orang telah terkorban dibunuh oleh Tentera Jepun yang sampai di kawasan ini pada 16 Mac 1942 dan hanya 30 orang sahaja yang selamat samada sembuh dari luka parah atau berjaya melarikan diri.
    Peristiwa ini dicatatkan sebagai sebahagian daripada operasi Shukusei (saringan) atau Sook Ching bagi membersihkan Malaya daripada anasir penyokong Parti Kuomintang ataupun penyokong Parti Komunis yang mampu mengancam aspek pentadbiran Tentera Jepun di Malaya. Pembunuhan di kawasan ini sekaligus merubah demografi penduduk di kawasan ini dalam sekelip mata.
    Kini kawasan ini telah ditinggalkan dan tidak berpenghuni namun telah wujud Kampung Parit Tinggi di kawasan berdekatan yang rata-rata terdiri daripada penduduk Melayu yang beragama Islam.
    Lokasi video part 7 ini diambil di Kg. Parit Tinggi dan Jirat Cina Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
    #ParitTinggiMassacre
    Music credit:
    1. Ryno's theme by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    2. Wounded by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    3. At Rest by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    4. Measured paces by Kevin MacCleod (incompetech.com); dan
    5. Circles of Life by Whitesand (No Copyright Music).
    Rujukan:
    atrocityinns.ne... dan
    www.researchga...
    www.research.m...

Комментарии • 29