Это видео недоступно.
Сожалеем об этом.

Tukang bina rumah vs kontraktor rumah! Panduan memilih (2022)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 18 авг 2019
  • Bila masa kita perlukan servis tukang rumah & bila masa kita perlukan kontraktor rumah? Sebelum pergi lebih jauh, lebih baik kita mengenali dulu istilah tukang dan kontraktor.
    Make sure to subscribe - (Tekan link di bawah)
    / @ibusyurga9739
    Siapa tukang?
    Tukang adalah orang yang mahir dalam kerja pertukangan, maka dalam istilah kita ini adalah mereka yang mahir dalam menukang rumah.
    Sebenarnya terdapat banyak kategori tukang rumah dan tiada tukang yang mahir dalam semua kerja.
    Bagi pekerja asing kebanyakkan mereka terikat dengan permit kerja dengan syarikat kontraktor tempatan.
    Tetapi, terdapat agak ramai antara mereka adalah PATI (pendatang asing tanpa izin). Jadi hati-hati ya sebab tak berbaloi menanggung risikonya.
    Sekarang ni kita lihat dulu bidang kerja kontraktor.
    Siapa kontraktor?
    Kontraktor akan memastikan projek pelanggannya berjalan lancar
    Kontraktor adalah mereka yang berdaftar dengan pihak CIDB atau mana-mana badan berwajib yang berkaitan dan keperluan lesen mereka adalah dibawah selia oleh badan-badan berwajib tersebut.
    Sama juga seperti tukang bina rumah, kita akan perlukan kontraktor-kontraktor ini bagi menyiapkan sesuatu kerja. Terutama sekali bagi kerja pembinaan rumah atau projek perumahan. Jadi, tukang dan kontraktor melakukan kerja yang hampir sama.
    Mengapa perlu ada kontraktor dan tukang? Jika lihat pada kerja, tugas kedua duanya adalah lebih kurang sama.
    Tetapi kontraktor secara kebiasaan akan melakukan skop kerja yang luas dan tukang kebiasaannya adalah sebahagian pekerja bagi kontraktor atau melakukan skop kerja yang kecil.
    Adakah saya memerlukan kontraktor untuk kerja binaan yang ingin saya buat? Saya hanya ingin bina bangsal sahaja"
    1. Kita sebenarnya boleh menentukan sama ada benar benar memerlukan tukang atau pun syarikat kontraktor bagi kerja binaan yang ingin kita buat.
    2. Bagi kerja bersaiz kecil dengan risiko yang rendah, melantik kontraktor tidak memberi nilai tambah kepada kita.
    -Kerja binaan tersebut adalah ringkas.
    -Tidak memakan masa.
    3. Jika kita dah fikir masak masak dan akhirnya buat keputusan menggunakan khidmat tukang. Kita boleh sama ada
    -Menggajikan mereka.
    -Atau memberi mereka harga secara pukal (lump sum) untuk kerja binaan tersebut.
    Saya ingin membina rumah dia atas tanah sendiri, adakah saya memerlukan kontraktor atau tukang?
    1. Pilihan terletak 100% di tangan kita, sekiranya kita mempunyai bajet dibawah RM150,000 lebih baik untuk memilih opsyen menggunakan tukang. Tetapi jika kita mempunyai bajet besar, misalnya RM 1 juta. Menggunakan khidmat tukang adalah tidak masuk akal.
    2. Jika kita memilih tukang pastikan tukang kita biasa menjadi kepala atau ketua.
    3. Ini kerana kepala kerja boleh membahagikan tugas diantara mereka. Tukang biasa tidak mahir dalam pembahagian kerja.
    Dia hanya tahu melaksanakan kerjanya sahaja.
    Saya nak buat rumah dari pembiayaan bank, tukang atau kontraktor yang perlu saya pilih?
    Jika rumah kita adalah dengan pembiayaan bank, rumah tersebut memerlukan CF/CCC (certificate of fitness atau certificate of completion and compliance). Keperluan CCC tidak boleh dipenuhi oleh tukang.
    Sekiranya kita berbajet besar, adalah satu kerugian jika tidak mendapatkan CCC.
    Kelebihan dan kekurangan menggunakan khidmat kontraktor serta tukang.
    Kelebihan tukang
    1. Kos lebih jimat.
    2. Boleh memilih tukang kita sendiri.
    3. Boleh tambah kerja tanpa perlu sebarang sebutharga.
    4. Anda berkuasa ditapak.
    Kekurangan tukang
    1. Tiada jaminan waranti.
    2. Tiada sebarang kontrak.
    2. Hasil kualiti di tentukan oleh tukang.
    3. Tiada jaminan tukang akan siapkan kerja mengikut masa ditetapkan, keperluan barang adalah tanggungjawab kita.
    4. Tukang boleh mengugut kita untuk tidak siapkan kerja tanpa sebab munasabah atau meminta bayaran awal sebelum kerja disiapkan.
    5. Jika kita memerlukan khidmat profesional (arkitek, jurutera, ID, pendawaian sistem keselamatan, dll), tukang tidak boleh penuhi tuntutan tersebut atau kerja bersama mereka.
    6. Tapak binaan adalah tanggungjawab kita, sebarang masalah ditapak adalah urusan kita.
    Sekarang kita dah jelas dengan baik & buruk khidmat tukang.
    Bagaimana pula dengan kontraktor.
    Kelebihan Kontraktor
    1. Segalanya bertulis, kita mempunyai kontrak kerja yang dilindungi undang-undang.
    2. Lebih profesional dengan ada staf-staf yang boleh membantu kita dalam membuat pemilihan serta khidmat nasihat
    3. Boleh bekerjasama dengan pihak profesional lain.
    4. Perjalanan kerja lebih teratur dengan pemantauan dan penyeliaan tapak
    5. Pembayaran adalah mengikut jadual yang telah dipersetujui .
    6. Ada jaminan waranti dengan khidmat selepas jualan.
    7. Masalah ditapak bukan tanggungjawab kita, kita tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti di tapak.
    Kekurangan Kontraktor
    1. Anda tidak berkuasa ditapak.
    2. Anda tidak boleh menukar kerja sewenang-wenangnya, segalanya telah termaktub di dalam kontrak
    3. Kos yang lebih tinggi.

Комментарии • 17

  • @MazniAzmi
    @MazniAzmi 5 лет назад +7

    Skala kecil guna tukang rumah. Skala besar guna kontraktor rumah.

    • @ibusyurga9739
      @ibusyurga9739  4 года назад

      Memang macam tulah sebaiknya. Rugi kan kalau buat rumah belanja lebih RM200,000 tapi masih pakai khidmat tukang rumah. Takut rumah tak siap saja. Lepas tu tukang bina rumah lari entah ke mana.
      Kalau pakai servis kontraktor rumah, ada kontrak yang melindungi kepentingan tuan rumah dan kontraktor.

  • @nasnuriconstruction.sdnbhd
    @nasnuriconstruction.sdnbhd 5 лет назад +7

    Terima kasih kerana memberikan kredit dalam video ini kembali ke Nas Nuri Construction.

    • @ibusyurga9739
      @ibusyurga9739  4 года назад

      Terima kasih kembali kerana singgah ke channel kami.

  • @zecksaad
    @zecksaad 4 года назад +4

    Pndpt aku, aku guna tukang...jimat...then aku just pinjam nama kontraktor untuk mohon ccc.... Ikut procedure, klulusan pbt..tapi bayar la kontraktor tu..sbb kau pinjam nama dia...

  • @matesang9689
    @matesang9689 4 года назад +1

    Info yg sangat berguna dan bermanfaat, seeloknya gunalah kontraktor yg berdaftar,tak payah sakit kepala dan risau apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku

  • @saifuddinmerecikchanel7026
    @saifuddinmerecikchanel7026 3 года назад +1

    Terima kasih perkonsian

  • @matyus2939
    @matyus2939 Год назад +2

    Salam tuan..kalau nak buat loan rumah lppsa atas tanah pusaka status pertanian di kampung lepas tak sbb nak guna kontraktor..kalau nak buat loan lppsa kena hantar plan rumah kan ke majlis perbandaran dan katanya kalau status pertanian mcm tak kena je sbb bukan status bangunan..ke macammana ikut pengalaman tuan

  • @mamahakim4604
    @mamahakim4604 5 лет назад +3

    Tak dinafikan, tukang rumah banyak yamg tak senonoh. 😂 Mak ayah saya kena banyak kali. Orang tempatan dan warga asing. Sedara mara pun pernah.

    • @ibusyurga9739
      @ibusyurga9739  4 года назад

      Diharap dengan adanya video ni, dapat elakkan bilangan mangsa tukang & kontraktor yang kurang bertanggungjawab

  • @lyainsyirah3727
    @lyainsyirah3727 4 года назад +1

    Tukang rumah kalau kat kampung2 biasa kalau nak buat sikit2 mmg guna tukang rumah laaa..

  • @auntiesitia5926
    @auntiesitia5926 5 лет назад +1

    Banyak info bagus

    • @ibusyurga9739
      @ibusyurga9739  4 года назад

      Terima kasih. Singgahlah selalu auntie

  • @ulfa2082
    @ulfa2082 5 лет назад +4

    sy dlm perancangan nk bt rumah buget 100k..tk tau nk pilih tukg rumah or kontraktor..bleh tk sape2 kt sni share pengalaman guna tukang rumah..?cite le skit proses2nye tu..

    • @ibusyurga9739
      @ibusyurga9739  4 года назад +2

      Insyaallah panduan ini sangat bermanfaat untuk puan norfarizawati
      www.dawaibesi.com/2018/01/kontraktor-rumah-tukang-banglo.html

  • @boypesofficial8831
    @boypesofficial8831 3 года назад +1

    Nak tanya macam mana kira upah orang bina bangunan atau rumah...