DAKWAAN SIRUL AZHAR DALAM ALJAZEERA… ANTARA FIKSYEN DAN FAKTA (Bahagian 1)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 сен 2024
  • Dalam wawancara eksklusif bersama Aljazeera English 101 East baru-baru ini, salah seorang tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu iaitu Sirul Azhar Omar mendakwa menerima wang RM1 juta yang telah dibayar melalui peguamnya agar dia 'menutup mulut'
    Dia juga mendakwa dijadikan kambing hitam serta diperangkap dalam permainan politik.
    Sirul Azhar yang berdepan hukuman mati di Malaysia atas pembunuhan tersebut mendakwa dia dibayar untuk tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan pada 2006 itu.
    Bekas anggota Unit Tindakhas (UTK) berkenaan baru dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia selepas sembilan tahun berada dalam tahanan pihak imigresen negara tersebut.
    Ikuti temubual khas bersama peguambela Sirul Azhar, Datuk Hasnal Rezua Merican dan peguambela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah mengenai dakwaan tersebut di channel RUclips Tanah Berdaulat TV pada malam ini, Selasa (12/12) pukul 9 malam.

Комментарии • 520