Penggunaan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan Islam | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 22 май 2023
  • a. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar membantah. Musyrikin Quraish memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.
    b. Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
    c. Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat dan doa mereka, maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.
    d. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.
    e. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.
    f. Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim tadi.
    11. Ini adalah beberapa cadangan saya mengenai hal ini untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia agar kita tidak berbalah disebabkan isu ini. Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain. Apa yang patut ditentang bukan penggunaan nama ALLAH tetapi PENYALAHGUNAAN nama ALLAH.
    Sokong Saluran RUclips Kami dengan langganan di bawah ini:
    / @realridzstudio
    Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
    (Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")
    Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: realridzblog.media@gmail.com
    Terima kasih!
    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.
    Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
    CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
    di atas nama Mohamad Ridzuan
    e-melkan bukti pembayaran: realridzblog.media@gmail.com / WA +60124372108.

Комментарии • 3

  • @wahapmatali7430
    @wahapmatali7430 10 месяцев назад

    Terbaik pengulasa doktor Danial Zainal Abidin untuk umat Islam

  • @moktar-hz7pr
    @moktar-hz7pr Год назад +8

    Terbaik...

  • @syukrialidrus4091
    @syukrialidrus4091 Год назад +16

    In syaa Alloh pmx ade inisiatif untuk mengemas kinikan segala kelemahan isu berbangkit bersabit dgn perundangan yg ada agar kedepan isu begini tiada keliru lagi..moga Alloh memberi kekuatan kpd pmx serta kabinet dlm memperkasakan perpaduan d malaysia lebeh kukuh...serta pencerahan dr.danial menusuk d qolbu umat Makaysia x kira islam atau tidak islam..Amin qobul ya robb