Hadis Palsu Berkaitan Capal Nabi | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 31 окт 2020
  • [Status Kisah Nabi Dilarang menanggalkan Capal Pada Malam Mikraj]
    Ramai sangat bertanya saya tentang kisah yang disebut oleh seorang ustaz berkaitan kisah Nabi Muhammad sallallah alaih wasallam dilarang menanggalkan capalnya ketika malam mikraj. Berikut komentar saya:
    1. Bentuk dan ciri capal memang ada dalam beberapa riwayat. Sebahagiannya sahih dan sebahagiannya daif.
    2. Kajian berkaitan bentuk capal dan cirinya sememangnya dilakukan oleh ulama silam lagi. Walaupun riwayatnya ada yang daif namun ia diterima selagi tidak palsu kerana ia berkaitan dengan sirah.
    3. Jika capal sebenar milik Nabi Muhammad sallallah alaih wasallam sememangnya kita sepakat untuk diambil berkat darinya. Adapun capal yang ada sekarang ini tidak ada bukti ia dari Nabi Sallallah alaih wasallam. Namun, yang dibicarakan ini ialah logo dan replika. Perbuatan mengambil berkat dari logo dan replika capal berlaku khilaf dalam kalangan ulama. Namun pendapat yang tepat ialah ia tidak dibenarkan. Demikian yang dinyatakan oleh al-Laknawi kerana Said al-Dzari'ah.
    4. Manakala status riwayat Nabi Muhammad sallallah alaih wasallam dilarang menanggalkan capalnya ketika malam mikraj adalah PALSU dan DUSTA. Al-Laknawi berkata:
    "ولنذكر ههنا بعض القصص التي أكثر وعاظ زماننا ذكرها في مجالسهم الوعظية وظنوها أمورا ثابتة مع كونها مختلقة موضوعة.
    فمنها؛ ما يذكرون من أن النبي لما أسري به ليلة المعراج إلى السموات العلى ووصل إلى العرش المعلى أراد خلع نعليه أخذا من قوله تعالى لسيدنا موسى حين كلمه: {فاخلع نعليك إنك بالواد المقدس طوى}. فنودي من العلي الأعلى: يا محمد! لا تخلع نعليك فإن العرش يتشرف بقدومك متنعلا ويفتخر على غيره متبركا، فصعد النبي إلى العرش وفي قدميه النعلان وحصل له بذلك عز وشأن.
    Maksudnya: Mari kita sebutkan sebahagian kisah-kisah yang banyak dibawa oleh penceramah pada zaman kita dalam majlis nasihat mereka dan mereka sangka kisah ini sahih sedangkan ia dusta lagi palsu. Antaranya ialah kisah yang mereka sebutkan bahawa Nabi ketika malam mikraj ke langit yang tinggi dan baginda sampai ke Arasy yang tinggi baginda ingin menanggalkan capal kerana mengingati firman Allah ketika berkata dengan Musa: tanggalkanlah capalmu kerana sesungguhnya kamu berada di lembah suci Tuwa dan baginda diseru oleh yang Maha tinggi: wahai Muhammad, jangan Tanggalkan dua capalmu kerana sesungguhnya Arasy berasa mulia dengan kehadiranmu memakai capal dan berbangga dengan yang lain untuk mengambil berkat. Maka Nabi pun naik ke Arasy dalam keadaan di kakinya ada capal dan baginda memperolehi kemuliaan dan kehebatan. (Al-Athar al-Marfu'ah fi al-Ahadith al-Maudhu'ah)
    4. Kita sama-sama cintakan Nabi Muhammad sallallah alaih wasallam. Namun cinta ini jangan sampai kita menisbahkan sesuatu kepada baginda secara dusta. Ingatlah pesan baginda dalam hadis mutawatir:
    من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
    Maksudnya: sesiapa yang mendustakan aku dengan sengaja maka tunggulah tempatnya di neraka.
    Moga Allah memelihara kita dan mengampunkan kesalahan kita semua.
    Dr Rozaimi Ramle
    ------------------------------------
    MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
    NEGERI PERLIS KALI KE-23/2016
    TARIKH : 3-4 Oktober 2016 / 2-3 Muharam 1438H
    HUKUM BETABARRUK DENGAN PENINGGALAN NABI SAW
    Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW samada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT bukan daripada barang tersebut. Namun, keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang. Atas alasan inilah Saidina Umar bin al-Khattab telah memerintahkan agar dihapuskan pokok yang disangka menjadi tempat Bai'ah al-Ridhwan kerana dibimbangi berlaku syirik.
    Walaupun begitu, para ulama semasa telah membuat kaijian dan mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya dengan bukti yang sahih.
    Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diadakan dalam agama yang dilarang. Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan.
    Manakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan, bintang, bulan sabit, Kaabah, pokok kurma , pedang dan seumpamanya adalah dibolehkan.
    Diperakukan dalam Mesyuarat
    Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis
    Bil. 5/2016 pada 8 November 2016 bersamaan 8 Safar 1438H

Комментарии •