Ayam Masak Thai...rugi tak cuba - Aroma Tumis

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 окт 2024
  • #ayammasathai#memangsedap
    AYAM MASAK THAI
    Masakan ini sangat mudah dan simple untuk kita membuatnya.
    Resepi ini sesuai di sajikan untuk seisi keluarga kerana
    Ianya sangat disukai oleh anak anak, ini kerana kombinasi
    bahan-bahan yang digunakan simple dan sangat sedap.
    Daging Perap Sos Thai | Ala-ala Rimau Menangis
    • Daging Perap Sos Thai ...
    Bahan-bahan Ayam
    • Ayam ½ ekor ( potong kecil)
    • Sedikit kunyit serbuk
    • Garam secukupnya
    Gaulkan kesemua bahan,goreng sampai masak dan ketepikan.
    Bahan-bahan tumis
    • 2 biji bawang merah (bawang kecil)
    • 2 ulas bawang putih.
    • 2 batang serai
    • 3 tangkai daun limau purut (buang urat tengah)
    Bahan-bahan kisar
    • 2 biji bawang besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 5 biji cili merah (besar)
    • 2 biji cili hijau
    • 5 biji cili api (optional kalau suka lebih pedas)
    Bahan-bahan lain
    • Sos tiram
    • Sos cili
    • Kicap
    • 1 biji bawang Holland (potong bulat)
    Cara-cara penyediaannya
    • Panaskan minyak anggaran dalam 3 - 4 sudu makan.
    • Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
    • Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, sos cili, sos tiram dan kicap secukupnya. Kacau sebati,masak sampai mendidih.
    • Bila bahan-bahan tumis dah mendidih bolehlah masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Masukkan juga bawang Holland, Kacau sebati dan biarkan seketika.
    • Bila masak dah agak sedikit kering maknanya dah siaplah ayam masak thai kita tu.
    • Bolahlah dihidangkan.
    Selamat mencuba... JANGAN LUPA SUBCRIBE AND SHARE
    FB : bit.ly/FBAromaT...
    RUclips : bit.ly/AromaTumis
    Blog : bit.ly/BlogArom...

Комментарии • 149