KSN Dahului Penerima Darjah Kebesaran Melaka

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • 25 Ogos - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 299 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Negeri, pagi tadi.
    Beliau dikurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.
    Seramai 10 individu pula dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira.
    Antara penerimanya ialah isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Wira Roslan Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Bang Hong.
    Selain itu, seramai lima penerima dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) membawa gelaran Datuk antaranya Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
    Ikuti kami di Telegram:
    t.me/melakatv
    #Pingat
    #tyt
    #tytmelaka
    #pingattyt
    #MelakaHariIni
    #MHI
    #MelakaTV

Комментарии •