4 Tips Upgrade Hard Disk SSD ( laptop lopek jadi laju nak mampos ! )

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 13 дек 2024

Комментарии • 425

  • @muhdnazmi6907
    @muhdnazmi6907 4 года назад +112

    Betul upgrade ssd boleh tambah kelajuan loading laptop.. cuma nk pesan sikit.. storage hard disk 1tb yg diclone tk akan muat dkt sdd 240gb so saya cadangkan hanya clone window kepada ssd.. dan file yang ada dkt hard disk tu biar je untuk jadikn external 😊.

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +30

      Yep betul. Nak terangkan dalm vid nih panjang pulak. You guys kena baca komen nih kalau nak tahu psl cloning !

    • @Zbuskerz
      @Zbuskerz 4 года назад +3

      Kalau pakai 480 ok x..boleh clone semua x

    • @muhdnazmi6907
      @muhdnazmi6907 4 года назад +2

      Cikgu Ulwan hehe thank you cikgu.. saya cuma tambah sikit ilmu untuk yg lain baca 😁

    • @muhdnazmi6907
      @muhdnazmi6907 4 года назад +7

      Z Hassan boleh je nk clone even 480gb ssd cuma klu boleh hanya clone file window sahaja ke ssd supaya nnti tk berat sangat ssd tu. and hdd yg lama tu boleh buat sebagai external hard disk yg mcm cikgu ulwan ckp.. and then storage ssd tu boleh guna untuk software2 yg perlukan boot up loading yg lama. soo nnti masa buat kerja pun dapat dilajukan

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +3

      @@Zbuskerz Kalau harddisk lama ada filesize jumlah dia 300gb, senang lah nak cloning kepada 480gb punya SSD.

  • @ibnmahruni1628
    @ibnmahruni1628 4 года назад +7

    Kalau taknak guna enclosure, boleh install caddy. Tapi kena korbankan dvd drive (kalau laptop korang guna lagi lah drive tu). Hdd tadi masuk dalam caddy, caddy masuk dalam slot dvd driver.
    Mantol. Orang pelupa macam aku memang perlu caddy. Sebab selalu tertinggal e-hdd.

  • @azizulrosdi
    @azizulrosdi 3 года назад +3

    ayat yg sya suka dengar la cikgu.... SSD yang paling slow tu lagi laju dari harddisc... baru saya faham...

  • @Alairo
    @Alairo 4 года назад +6

    Yg ni memang bagus tips ni...sebelum ni tk tahu mcm mana nk upgrade

  • @foudremy1514
    @foudremy1514 4 года назад +2

    Pembetulan. Hard drive punya terms dan sewaktu dengannya tu hanya digunakan untuk drive yg ade spinning disk. SSD kita tak panggil as hard drive. General terms utk storage just drive je

  • @aimulmiezan9613
    @aimulmiezan9613 4 года назад +11

    cikgu ulwan, maybe boleh gunakan caddy untuk letak SSD dekat ruang CD. sebab zaman sekarang penggunaan CD semakin kurang (except for student nak submit FYP). so for those yang nak upgrade SSD dan masih nak kekalkan hard disk sedia ada, boleh gunakan caddy + SSD di ruang CD. SSD boleh jadikan sebagai sistem and any installation applications, hard disk boleh jadikan sebagai storage gambar, lagu, movie or dokumen.

    • @emzee5132
      @emzee5132 3 года назад +1

      maksudnye kalau file game kt hdd still laju la game walaupun bukan kat ssd ?

    • @aqilafzal3091
      @aqilafzal3091 Год назад

      @@emzee5132 up

  • @mrsabeh
    @mrsabeh 4 года назад +4

    ni antara sebab kenapa saya subscribe channel cikgu ni...
    Dah lah..banyak kongsikan ilmu, hari2 pula tu..terima kasih cikgu.
    janji tak degil...takut kena rotan..biasalah kan murid baru ni.. 😂😆

  • @buatduitdisini1063
    @buatduitdisini1063 4 года назад +1

    Nice info ni,aku yg masih blur bab2 SSD apa semua ni pn blh jd tau

  • @izzuAkmal
    @izzuAkmal 4 года назад +2

    Mmg puas hati lepas dah upgrade ke SSD. Laptop yg dlu slow, jd laju.

  • @kurosakiichigo1700
    @kurosakiichigo1700 Год назад +1

    better ke 480 terus..baru rm200..tp bergantung pd brand juga atau market price mmg range tu...laptop dlm vid ni same mcm aku pnya..aspire v15nitro........

  • @qinahakikatcinta6659
    @qinahakikatcinta6659 4 года назад +16

    Assalamualaikum cikgu, saya minta maaf terlebih dahulu...
    Pertama istilah yg cikgu sebut memgelirukn...
    Upgradelah hard disk jenis ssd
    Hdd adalah hard disk drive
    Ssd adalah solid state drive...
    Sebenarnya....
    Istilah yg tepat, STORAGE
    storage ada pelbagai jenis
    Hard disc drive
    Solid state drive (SSD)
    M.2 sata (SSD)
    M.2 nvme pcie (SSD)
    Klu kategori gadget smartphone
    Internal Storage
    Ada eMMC
    Ada UFS
    Ada nVme
    Mudah faham, apabila sebut kenderaan
    Maka cth kenderaan basikal, motorsikal, kereta, van, lori, kereta api, kapal terbang
    Upgradelah basikal jenis kereta
    Sepatutnya pemggunaan istilah yg betul
    Upgradelah kenderaan jenis kereta...
    Sekian, terima kasih

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +12

      Terima kasih. Ya betul istilah bro lebih tepat.
      Channel saya banyak gunakan istilah yang 'oversimplified'. Some terma yang saya pakai khusus untuk memahamkan orang yang beginner yang mana kalau kita sebut sahaja istilah jargon, orang akan susah nak faham.
      Kalau saya sebut STORAGE, ramai yang akan ingat SD Card. Jarang beginner boleh faham Hard Disk dan Storage adalah benda yang sama.
      Dan saya tak nak cerita pasal M.2 ke SATA M.2 ke NVMe PCIe ke sebab saya tahu lagi cerita detail pasal benda nih, lagi lah beginner akan ternganga, lagi lah mereka macam tak ada semangat untuk belajar pasal SSD nih.

    • @faiznorhisham
      @faiznorhisham 4 года назад +3

      rilex bro dye sebut point2 yg pnting je n gna term yg mudah faham sbb kt tjuk dye dh tulis nk upgrade harddisk jnis ssd..tp basically utk org yg nk upgrade ssd dh faham dah vid ni lgipun dye x cover topic psl harddisk bgai..cma dye nk tlg org yg nk upgrade harddisk..sorry msuk cmpur cuma rse cam komen yg offensive sgt ke cg ulwan..ak faham je video ni tentang ap..

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +4

      @@faiznorhisham Bukan offensive. Just nak clearkan balik objektif channel Cikgu Ulwan khusus kepada golongan beginner sahaja. So istilah akan jadi 'oversimplified' khusus utk beginner faham semata-mata.
      Oleh itu, golongan yang dah pro / otai / yang dah biasa bermain dengan PC, dia akan nampak 'kecacatan' penyampaian aku, tapi pada beginner, mudah faham dan terus boleh bertindak.

    • @faiznorhisham
      @faiznorhisham 4 года назад +2

      @@CikguUlwan eh x..saya tgur org atas tu hahaha salah fham dh ni..saya just backup bos je

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +2

      @@faiznorhisham tak apa. Siapa yang baca komen nih mungkin terkeliru dengan niat dan objektif sebenar Cikgu Ulwan, boleh refer komen sini. Conversation sepatutnya kita extend, bukan kita delete.

  • @syawalnasa
    @syawalnasa 4 года назад +2

    Mantap Cikgu! 100% setuju laptop slow disebabkan harddisk

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +1

      Yep something yang tak pernah aku fikir selaku penggemar PC sejak kecik 😅

  • @nuradawiyah22
    @nuradawiyah22 4 года назад +5

    assalamualaikum cikgu ulwan boleh tak tolong ajar cara nak buat broll menggunakan smartphone biasa dan lagu yang sesuai untuk b roll cinematic ?? saya baru nak belajar buat ....

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      InshaAllah next2 content ya kakk

  • @asyrafgaming1731
    @asyrafgaming1731 4 года назад +11

    “Saya Cikgu Ulwan siapa degil saya rotan” intro

  • @yassinzu
    @yassinzu 4 года назад +1

    Masa pkp tu dah upgrade ke m.2 ssd 240 gb... memang laju la tak pyh tunggu 5-10 minit masa bukak laptop. Tapi lepas dah guna dlm 2 bulan...baru rasa storage tak cukup sbb letak byk software (game, editing, fl studio) walaupun dah pakai external hd. Kesimpulan dia, mcm cikgu ulwan kata dekat no 1 , kalau kaki game/ video editor lebih baik ambik yg 500 gb ke atas sbb nanti lagi mudah utk masa yg akan datang....

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +1

      Aku sendiri pakai 256gb SSD. Memang kena limitkan pada OS dan Software sahaja. Lain2 masuk harddisk biasa.

    • @dzilfarhan2024
      @dzilfarhan2024 2 года назад

      @@CikguUlwan nk tanya kos untuk tukar Ssd 500gb dlm harga rm320 berbaloi kah,brand lupa tanya

  • @makkauhijau5921
    @makkauhijau5921 4 года назад +2

    Sya update window je cikgu!!PC startup laju je masih pkai hdd

  • @Hitokiri99
    @Hitokiri99 Год назад

    Btol tu laptop sy beli 2014 model asus a555ld i5-4210u dah upgrade ke ssd sandisk 3d ssd 500gb tahun 2018 dlu n asal hdd dia 1tb..lpastu built in ram 4gb sy tambah hyperx impact 8gb ddr3l so total ram skg 12gb..n mnggu lepas sy add 1 lagi western digital green 1tb ssd untuk storage gambar video dan mcm2..yg sandisk 500gb tu khas untuk windows n program files je..yg best smua upgrade tu install sndiri sbb senang je layout laptop nye lebih kurang mcm plug n play je..

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  Год назад

      Mmg betul2 fully utilize laptop nih haha bagus2

    • @Hitokiri99
      @Hitokiri99 Год назад

      @@CikguUlwan haha skg tngah nak restore balik unit ni mcm asal..sbb skrin,speaker dah add to cart dkat shopee tnggal cek out 11/11 nnt nak DIY repair sikit😂.

  • @ahmadqayyimnafis8881
    @ahmadqayyimnafis8881 4 года назад

    1 benda nk pesan, cloning settle mmng cepat tapi bukan clean install. ada certain partition yg windows buat dlm hdd tu kena delete and combine balik baru cun. tu satu, yg lain pulak clean install will always win. Windows lebih fresh, masalah2 dalaman windows sampai windows group policy ke, windows script ke, windows event benda2 pening dlm tu kalau clean install bereh terus. bnyk lg issue klau nk ckp. kesimpulannta, kalau nk lambat sikit tp quality terbaik, windows cun takde masalah, mcm baru, semestinya buatlah clean install. kalau nak cepat siap, windows nak jenis asal boleh guna, bolehlah guna cloning. tp cri kt mana2 advanced it punya recommendation mmng suh clean install berbanding cloning.

    • @sannn5333
      @sannn5333 4 года назад

      Boleh terangkan lebih detail cmna nk clean install? Sy act nk upgrade storage ssd dekat kedai comp but harga tak masuk akal , jadi nk taknk beli n pasang sendiri , kalau sy beli ssd n sy tukar tempat harddisk lama dengan sdd lpstu sy guna caddy untuk letak hard disk, sy kena install windows balik ke?

    • @ahmadqayyimnafis8881
      @ahmadqayyimnafis8881 4 года назад +2

      @@sannn5333 ya betul install balik windows. kalau nk senang step dia camni:
      1. pasang ssd, install windows dlm tu (hdd jgn masukkan lagi, sebab windows sblum ni punya system reserved dan lain2 dh buat dlm disk tu).
      2. lepas siap windows + updates dlm ssd. baru masukkan hdd dlm caddy.
      3. pindahkan semua data dalam hdd tu keluar (letak dlm external ke atau mana2, yg muat pindah dlm ssd terus. nk cari data dlm windows tu yg penting 1 folder je: C:\Users\'folder nama account')
      4. bukak disk manager atau boleh search disk diskmgmt.msc.
      5. cari hdd yg dah siap backup semua file dalam semua partition yg ada.
      6. tekan satu2 semua dlm disk yg sama, right click delete partition. nnti dia akan jadi unallocated.
      7. right click tekan new partition.
      8. done

    • @sannn5333
      @sannn5333 4 года назад +1

      Ahmad Qayyimnafis terima kasih bro,kalau bro ad mana ii recommend vid dekat yt yg sebijik mcm bro ckp ,mintak share link...sy act baru ii lagi nk faham tentang computer dengan laptop ni,kalau ad visual mungkin sy tak tersilap...tvm bro

  • @naqibblox7456
    @naqibblox7456 2 года назад +2

    Nak baiki laptop...laptop ni masalah dia bila plug on,pastu tekan butang on dia tak jadi pape...so nak taulah kedai laptop mana yang trusted dekat ngan area senawang...btw nak tukar daripada hdd kepada ssd...masalahnya dia kata media failure test...dia kata check cable...cable mana lak aku guna laptop kot...takkan kabel anak menteri lak...

  • @syamsifikri8894
    @syamsifikri8894 4 года назад +10

    kalau laptop slow jugak korang boleh tgok dekat system. apa yang running tinggi
    (guna keyboard)
    Win + R key
    type "taskmgr"
    (guna mouse)
    right click dekat line hitam bawah sekali dan click "task manager")
    click "performance"
    dan lihat apa yang running tinggi
    CPU => PROCESSOR
    MEMORRY => RAM
    DISK => STORAGE (HDD/SDD)
    kalau RAM tinggi upgrade RAM
    kepada Chrome user kalau RAM korang hanya 2GB confirm slow bila bukak tab yg banyak
    mungkin 1 2 3 je kot yg lepas lepastu slow atau stuck haha
    dan kena ingat processor pon main peranan yg besar haaa penat membebel BYE!

    • @aimansayosayo5807
      @aimansayosayo5807 4 года назад

      saya baru tuka dari2gb ram ke 10gb ram,tapi still pakai 60% kat performance-ram,macam mane ye

    • @syamsifikri8894
      @syamsifikri8894 4 года назад

      @@aimansayosayo5807 32bit windows atau 64bit windows? (right click dekat logo computer lepas tu pilih properties)

    • @aimansayosayo5807
      @aimansayosayo5807 4 года назад

      @@syamsifikri8894 32bit

    • @syamsifikri8894
      @syamsifikri8894 4 года назад

      @@aimansayosayo5807 windows 32bit tak support sampai 10gb ram. kena tukar ke 64bit

  • @ahmedfaqieh7145
    @ahmedfaqieh7145 3 года назад +1

    Nasib baik tengok ni.. kawan duk hasut beli laptop baru.. saya pakai Asus x454l 2gb ram HDD.. tlg suggest bang nk upgrade macam mana

  • @mustafaaidid855
    @mustafaaidid855 3 года назад +1

    Apa lagi nak cakap... TORRBAEKKK! Semoga bermanfaat.! TQ cikgu.

  • @iqbalmansor2262
    @iqbalmansor2262 4 года назад +30

    tersembur saya part "ingat assignment universiti ke apa"😂

  • @vivac786
    @vivac786 2 года назад +1

    Terbaik la brader ni..kongsi ilmu yg bermanfaat..trima kasih

  • @muhamaddanishikmalbinsamsu3974
    @muhamaddanishikmalbinsamsu3974 4 года назад +1

    Assalamualaikum Cikgu betoi ka orang kata hard disk ni lagi senang nak rosak dari ssd? contoh dia jatuh sekali ja dah boleh rosak dah.

  • @yusufroofi
    @yusufroofi 4 года назад +9

    Tq cikgu! Saya baru in plan nk tukar ssd😂perfect timing

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +2

      Nice2 semoga membantu !

    • @acap9725
      @acap9725 2 года назад

      @@CikguUlwan lokasi kedai kat Sek 3 Bangi tu dimana ya ? Ada alamat ? Dah lama teringin nk upgtade latop tapi takut kena game dgn kedai. Tak tau mana yg bagus dan jujur

  • @aidib9708
    @aidib9708 4 года назад +2

    Assalamualaikum cikgu ulwan saya nak tnya boleh tak cikgu buat pertandingan antara project xcloud dan stadia Dan lain2

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      Wslm inshaAllah next2 content ya

  • @abangmanischannel
    @abangmanischannel 4 года назад +1

    terima kasih cikgu paham...lepas ni kita tukaq ssd

  • @hirakufat
    @hirakufat 4 года назад +1

    dah pakai laptop ssd dengan tech NVMe...walaupun laju, tak lag tapi kadang2 Windows OS tetap crash juga hahaha.

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      Crash2 tak ada kaitan dgn SSD bro ahaaaaa ok dah tuh tak lag kan.

    • @wildysheverando9550
      @wildysheverando9550 4 года назад

      ram atau procesor atau vga mungkin

    • @arigathanks1376
      @arigathanks1376 4 года назад

      kekurangan ssd ni dia ada storage health,so kalau health tu dah rendah mungkin file dalam nvme tu boleh corrupt,mungkin bro punya windows file tu dah ada yang hilang tu yang kadang ok kadang tak ok

  • @Kidimeta
    @Kidimeta 6 месяцев назад

    Thankyou. Disebabkan video ni. Saya tidak jadi beli laptop baru. Jimat banyak

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  6 месяцев назад

      Noice! Glad to helppp

  • @proffymusic2685
    @proffymusic2685 4 года назад +5

    Cikgu , nak tanya sikit.. kalau program tak dpt buka pstu keluar mesej not enough memory... apa kena buat ya? Kalau upgrade SSD adakah masalah ni akan selesai? Atau memadai dgn tambah RAM?

  • @danishrkft
    @danishrkft 4 года назад +3

    Thanks Cikgu Ulwan for this video. Sy baru tau ada wujudnya hdd enclosure tu adoiii😂😂😂

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      Ahaaa aku pun tahu drpd member so aku sampaikan dekat audiens aku.

  • @dianneak6564
    @dianneak6564 3 года назад +1

    Sape tau kedai yg ok area damansara/sgbuloh/kepong?

  • @azimmarzuqi634
    @azimmarzuqi634 3 года назад

    Bang cite pasal caddy ssd pulak

  • @thelibraryofhuruhara4406
    @thelibraryofhuruhara4406 4 года назад +1

    Terima kasih cikgu ulwan.. tips sangat2 berguna..

  • @wildysheverando9550
    @wildysheverando9550 4 года назад

    menurut aku kalo clone kurang
    jika hdd 1tera di pake di sebuah laptop up ke ssd 240GB clone ga masuk
    lbh enak sih install ulang
    maaf jika bahasa sikit beda 😅
    iam from indonesia

  • @mohdfairus2718
    @mohdfairus2718 3 года назад +1

    salam cilkgu..acer aspire 5570 boleh buat jgk ke mcm mn yg cikgu cerita tu? terima kasih cikgu

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  3 года назад

      wslm lebih baik hantar kedai, nanti dia akan cek kan dan akan detect jenis ssd apa boleh masukkan.

  • @kabsgamers4469
    @kabsgamers4469 3 года назад +2

    Bang klo skrg sy ada 1 tb hdd mau tmbh ssd 240gb untuk sistem sj ok ka?

  • @natashayg2997
    @natashayg2997 4 года назад +2

    nak upgrade dekat area wangsa maju mna yg trusted ek? i need help

  • @suhaimic.a10
    @suhaimic.a10 3 года назад

    Saya baru tukar ssd 240gb kt kedai. Rm250. Setel masalah laptop slow.

  • @gtcheesy543
    @gtcheesy543 3 года назад

    1:19 cg ulwan ckp 1tb RM200lebih tpi....sya dpt dri kedai 4tb FREE...

  • @HAYRINmy1986
    @HAYRINmy1986 Год назад +1

    Kalau guna gaming SSD 1TB ke atas laju tak bab suntingan video termasuk 4K dan guna Adobe After Effects? Boleh sunting video sambil melayari Internet dalam masa yang sama apabila guna gaming SSD 1TB ke atas?

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  Год назад

      Depending on the workload gak. AE berat pada CPU tapi dgn ada SSD at least loading asset dia cepat sikit.

    • @HAYRINmy1986
      @HAYRINmy1986 Год назад

      @@CikguUlwan Tapi kalau laptop spesifikasi rendah lepas upgrade SSD ke 1TB ke atas apakah masih slow?

  • @muhammadizzatadam4129
    @muhammadizzatadam4129 3 года назад

    Laptop lama slow, lenovo thinkpad sl410. Perlu upgrade sahaja atau beli laptop baru? Please help.

  • @mohdmahadi92
    @mohdmahadi92 3 года назад +2

    Ada siapa tahu kat mana kedai nk tukar ssd?saya duduk balakong..ada tak area berdekatan?serdang/bangi/kajang/cheras/sungai besi

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  3 года назад

      Fix And Go Bangi recommended !

  • @nasreena2155
    @nasreena2155 3 года назад

    Baru nak tukar laptop. Thank you cikgu✨

  • @aliazfar_
    @aliazfar_ 3 года назад +1

    Nak jimat untuk casing HDD yang nak dijadikan external tu, beli je di shopee. Dah sampai kalau tak reti pasang, suruh je kedai pasangkan. Settle

  • @MuhDanial
    @MuhDanial 3 года назад +1

    Salam cg. Saya nak tanya. Laptop saya sekarang menggunakan memory 1 PCIe NVME SSG 512GB + 1 free slot HDD. Tapi, memory pada SSD saya hampir penuh, boleh ke saya gunakan slot kosong pada HDD tu untuk masukkan SSD yang baru? Kalau boleh, apakah jenis SSD yang sesuai.

  • @rasyidirahim1343
    @rasyidirahim1343 3 года назад +1

    Terbaik cikgu ulwan.

  • @MrRs505
    @MrRs505 3 года назад

    Smua Memory netbook ni duduk dlm hard disk ke atau Ada di ram board..cari Tak jumpa separuh fail dlam hard disk..jdi di Mana ya memori yg lagi separuh..jwab klau abang tau

  • @2c-amirahmashuri359
    @2c-amirahmashuri359 3 года назад

    kalau macbook air macam mana pulak,

  • @syirah6176
    @syirah6176 3 года назад

    Suka la dengar cikgu terang hehe thanks cikgu

  • @AhmadAyob
    @AhmadAyob 4 года назад +1

    terima kasih cikgu

  • @ndarrell1
    @ndarrell1 4 года назад

    part clone tu saya tak berapa faham boleh tunjuk cara kerja tak? dan boleh ke saya copy (c) drive ke (d) drive

  • @fq2276
    @fq2276 4 года назад +1

    Cikgu ulwan boleh tak kalau saya nak beli ssd 120gb brand sp punya, takde masalah kan kalau 120gb

  • @man-xw3eo
    @man-xw3eo 4 года назад +1

    Saya guna thinkpad x220, ssd jenis apa yg sesuai kalau sy nak upgrade??

  • @mxevoz0159
    @mxevoz0159 2 года назад +1

    Bg laptop saya jernama acer ram 1gb 300hdd saya nk upgrade tkleh boleh tk saya buat dia jadi ringan kena upgrade apa bg boleh tujuk ajar tk bg

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  2 года назад

      hantar kedai, mintak tukar kepada storage jenis ssd.

  • @fiqahmay
    @fiqahmay Год назад +1

    Cikgu..
    Kalau cloning, dia effect software dalam laptop ke?
    Atau time tukar hdd to ssd, effect software (software tak boleh run)?

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  Год назад +1

      Sepatutnya tak lah, tapi saya tak pernah buat cloning. Member pernah buat ok

  • @ZulkarnainAli
    @ZulkarnainAli 3 года назад

    Isi yang dicari2 oleh kami cikgu waktu pdpr ni. Tahniah

  • @muhammadirwanarif790
    @muhammadirwanarif790 2 года назад +1

    boleh tak saya nk pindah sata ssd yg masih berfungsi dri laptop yg rosak ke laptop lain. sbb ada banyak kerja dalam tu. risau nk pindahkan sbb tktahu boleh ke tak sbb ssd tu dh diguna.

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  2 года назад

      BOleh sangat. Kalau tak yakin, hantar je kedai. Data kita nih ultra sensitive. Takut2 buat sendiri, lagi corrupt data kita.

  • @ashifpoweryoutube960
    @ashifpoweryoutube960 4 года назад +3

    Terbaik ah cikgu

  • @haffizyousaini6281
    @haffizyousaini6281 3 года назад +1

    cikgu. kalau acer 4738z boleh ke nak upgrade keyboard tu kasi ada lampu ???

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  3 года назад

      tak boleh rasanya.. kalau mmg beli2 takde laptop so takleh.

    • @haffizyousaini6281
      @haffizyousaini6281 3 года назад

      @@CikguUlwan okay tq cikgu

  • @farhanahnawavi6603
    @farhanahnawavi6603 4 года назад

    kirenye if i ada laptop tapi slow boleh guna options ni which is tukar Hard disk to SSD untuk bg laju?
    btw untuk area Shah alam or subang kedai Laptop mana recomended to tukar SSD?

  • @hafizmz5712
    @hafizmz5712 4 года назад +1

    Bang..HARD DISK yang bentuk petak tu saya ada cabut dari laptop lenovo sy..boleh kew saya beli cable untuk connect hard disk yg dicabut dari laptop lenovo tu untuk connect pada laptop lain..

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      Dlm vid nih aku ada cerita pasal HDD Enclosure. Basically apa2 harddisk dalam laptop boleh dikeluarkan dan convert jadi external harddisk.

    • @hafizmz5712
      @hafizmz5712 4 года назад +1

      @@CikguUlwan dh dgr full dh cikgu..terima kasih..👍👍

  • @syadidshahir802
    @syadidshahir802 4 года назад +1

    Cikgu, kalau saya upgrade SSD, tapi saya nak guna windows 10 boleh ke?... Tapi saya nak semua file saya mcm biasa, cuma windows je dari 8 ke 10?

  • @dinieakmal2200
    @dinieakmal2200 4 года назад +1

    Ada tak sape2 tahu trusted kedai pc dkt johor bahru?

  • @usuommarlee984
    @usuommarlee984 2 года назад +1

    Salam cikgu , boleh tak kita buat cloning dgn memuat turun macrium reflex 7 ? Kalau nk buat update window baru dr microsoft dgn usb mcm mana nk buat backup atau klon? Satu lagi soalan saya, antara applikasi Macrium reflex dgn upgrade window baru, mana yg lebih bagus lagi menyenangkan proses utk klon kn segala data ke hhd atau ssd?

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  2 года назад +1

      apa2 proses cloning saya tak pernah belajar lagi.. maaf.

  • @TheHishamace
    @TheHishamace 4 года назад +1

    Salam cikgu ulwan..saya nak tanya..boleh tak kita repair balik internal hard disk yang slot connection dia dah patah.. yang bentuk mcm L tu.... saya dah tukar board dia yang lain skit..pastu dia terus x detect..cmane yea..tq

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +1

      Tak sure bro. Kena tanya kedai terus.

    • @TheHishamace
      @TheHishamace 4 года назад

      @@CikguUlwan baik..terima kasih

  • @faizzaidi1949
    @faizzaidi1949 4 года назад +3

    Buat bnyk lagi content tentng part pc ni👍

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +1

      InshaAllah akan buat berkala 👍

  • @azziziesaffiee2862
    @azziziesaffiee2862 5 месяцев назад +1

    Salam, nk tnye klau hardisk ori dri laptop boleh format x, maksudnya boleh jdi mcm laptop baru x,?

  • @zamiryusuf4036
    @zamiryusuf4036 3 года назад

    Terima Kasih Cikgu! ❤️

  • @nickdeng3867
    @nickdeng3867 4 года назад +1

    sebab itu lah laptop2 baru tahun 2020 kat kedai korang selalu jumpa laptop baru tapi processor guna intel celeron 🤣🤣🤣 harga rm1.8k bagi aku sangat tak berbaloi...
    last aku pg kedai used laptop dari jepun.
    harga rm800 intel i5 1035G1 and M2 SSD.. sangat berbaloi..

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +1

      Yep betul.

    • @nickdeng3867
      @nickdeng3867 4 года назад

      @adat bruh yelah guna intel celeron + ssd hard drive harga rm1700.. bukan SSD M2

  • @faryd.dchannel7333
    @faryd.dchannel7333 4 года назад +2

    Sangat membantu..nanti boleh la buat video tentang jenis2 ssd pulak.. Hihi

  • @iyzoubucky5988
    @iyzoubucky5988 4 года назад

    Baru buat minggu lepas... Huhuhu... Tpi dah x dpt lah nk jdi kn laptop tu jdi gaming

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      ha?? Apa kaitan tukar SSD kepada jadi gaming?? Tak ada kaitan brorr

  • @hakeem3877
    @hakeem3877 4 года назад

    assalamualaikum cikgu ulwan...saya nak bertanya??ape beza lpddr dengan ddr???dan mana satu yang lebih bgus???saya berbesar hati jika cikgu ulwan dapat reply comment saya nie...trima ksih

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      Bahasa mudah, lebih kurang je LPDDR dan DDR.
      Bahasa susah sikit, LPDDR bermaksud 'Low Powered', wattage rendah, performance mungkin rendah sikit by 5%. Tapi kita pengguna biasa takkan rasa pun slow dia tuh.

    • @hakeem3877
      @hakeem3877 4 года назад +1

      @@CikguUlwan okay...trima kasih cikgu...bangga saya cikgu reply comment saya

  • @mamat_on
    @mamat_on 4 года назад +2

    semoga terus sukses CIKGU ULWAN💪

  • @abdrashid8758
    @abdrashid8758 3 года назад +1

    Slm..blh rekemen jnis ssd utk lptop sy dell inspiron15

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  3 года назад

      shopee.com.my/SanDisk-SATA-Plus-Desktop-PC-Laptop-Notebook-NB-Internal-2.5-SATA-Solid-State-Drive-SSD-(120GB-240GB-480GB-1TB)-i.92746975.1647402968?position=18

  • @hakeem3877
    @hakeem3877 4 года назад

    assalamualaikum cikgu ulwan..saya nk bertanya...adakah cukup 45% ntsc untuk buat photoshop???saya berbesar hati jika cikgu dpt reply comment saya.....trima ksih

  • @adli5387
    @adli5387 Год назад +1

    contoh saya pakai ssd win 10 tapi saya nk upgrade ssd yang besar skit nk kena install win 10 lagi sekali x

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  Год назад

      Kena buat 'cloning' di kedai baru tak kena install balik.

  • @ragiloff
    @ragiloff 4 года назад +1

    Cikgu ulwan nak tya...saya baru beli laptop tapi bateri cepat habis...kenapa ye? tak sampai sejam dh 50% drop

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      Laptop gaming ke laptop biasa?

    • @ragiloff
      @ragiloff 4 года назад

      @@CikguUlwan laptop biasa je cikgu...

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      @@ragiloff Kena tengok guna sebab apa. Kalau tengok movie, of course bateri cepat habis. Kalau standby tak buat apa, boleh tahan lama.

    • @ragiloff
      @ragiloff 4 года назад

      @@CikguUlwan ok cikgu..terima kasih banyak² ☺️

  • @florance0082
    @florance0082 3 года назад

    Macam mana nak tahu ssd mana yg bagus untuk laptop kita?

  • @muhammadazrie1128
    @muhammadazrie1128 3 года назад +1

    Cikgu ulwan nk tnye,
    Boleh ke upgrade SSD laptop yang masih dalm tempoh warranty??

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  3 года назад

      salam laptop voided warranty.. tapi majority tidak.

  • @faizalabas3226
    @faizalabas3226 3 года назад +2

    Assalam cikgu nak tanye, anggaran kos upgrade ke ssd 240gb berapa ya? Di kedai yang cikgu buat tu.

  • @wm_izzulhakim
    @wm_izzulhakim 4 года назад +2

    Assalamualaikum cg, laptop sy gunakan 1tb hdd.. Blh ke sy tambah ssd ke dlm laptop sy? Just utk windows dan running app..
    Boleh tak recommend utk ssd yang sesuai?

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад

      Wslm. Boleh je. Follow sebijik step dalam vid tutorial nih. Jenis SSD mana yang elok, panjang ceritanya. Better cari kedai dan mintak dia rekemen model mana yang elok.

  • @zulkarnainzakaria4982
    @zulkarnainzakaria4982 4 года назад

    Salam cgu..leh x install after effect dlm lenovo i3 dah tkr ssd 240G

  • @kuhisyamuddin8431
    @kuhisyamuddin8431 4 года назад +1

    Bru je beli cikgu ulwan ssd RM220 420GB

  • @yogamf4477
    @yogamf4477 Год назад +1

    bang saya nak upgarde, macam yang this pc tu,kan ada (local disk) tapi saya punya os,saya nak kosong kan jadi lagi banyak file yang boleh masuk,semoga di balas.

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  Год назад

      Buang software dan file2 tak guna dulu, kalau still tak cukup, tambah storage.

  • @zalinahdahali5032
    @zalinahdahali5032 4 года назад +1

    Cikgu, izinkan saya ke tandas

  • @ammmmiqdam8060
    @ammmmiqdam8060 2 года назад +1

    Cikgu ulwan, kedai laptop dekat selangor paling trusted dekat area mana ea?

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  2 года назад

      Tak sure.. nak servis boleh g Fix And Go Bangi.

  • @uncfriday
    @uncfriday 3 года назад +1

    Well good info bro...

  • @muhammadnaqiyyuddin2823
    @muhammadnaqiyyuddin2823 Год назад +1

    nak tanya lepas upgrade SSD kena upgrade Ram ke? sbb sekarang laptop saya ram 2gb ada SSD tapi still slow la..

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  Год назад

      dah upgrade SSD, slow gak, baru RAM.

  • @syafienassar6092
    @syafienassar6092 3 года назад +5

    Salam cikgu. Kalau laptop guna 1 SSD (windows) + 1 HDD (data) . Bila open file dari HDD tu dia ikut laju jugak ke? Thanks response

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  3 года назад +4

      akan ikut laju sebab loading pd sistem tuh byk gile membantu utk dia load pada HDD pulak. of course lagi elok dua2 SSD tapi combo mcm nih pun dah elok sangat dah dr dua2 pakai HDD.

    • @syafienassar6092
      @syafienassar6092 3 года назад

      @@CikguUlwan ohh ok faham. Thanks cikgu

  • @mrhoodies8362
    @mrhoodies8362 3 года назад +1

    Laptop saya asus a409m abv009t 4ram onboard + 500hdd. Saya patut upgrade ram dengan ssd atau beli laptop baru je? Dalam 1K budget boleh ke?
    Sayang nak beli laptop baru sebab banyak kotmitmen lain, harga laptop pon 4K gitu kan.

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  3 года назад +1

      upgrade storage kpd SSD dulu.. Bila dah upgrade and still rasa slow baru upgrade ram maximum 16gb sahaja jgn lebih2.

  • @CDJunainah
    @CDJunainah 2 года назад +1

    kalau CPU crashed tu..mcm mna..kna tukar ke ssd jugak ke

  • @kimieice
    @kimieice 2 года назад +1

    Baru je tukar kepada SSD 120GB pagi tadi! Agak agak laptop Asus A456U intel core i5 7th gen memory 4GB HDD 1TB (dijadikan external) boleh pergi tak kalau pasang Adobe photoshop, illustrator dan Filmora 9?

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  2 года назад +1

      At least loading laju, tapi dia akan berat dekat graphics card pulak lagi2 heavy editing. Kalau setakat potong2 masuk lagu, ok lagi.

  • @naiman7032
    @naiman7032 3 года назад +1

    Asalam cikgu ulwan sy nk tanya, bile sya upgrade SSD adakah SSD itu akan menggantikan Acer : C atau New device : D? Tolong jawap.

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  3 года назад

      Kalau swap dari slot sama, kalau sebelum nih C maka yang baru C jugak. Kalau D, yang barunya D jugak.

    • @naiman7032
      @naiman7032 3 года назад

      @@CikguUlwan terima kasih banyak2

  • @aizatridzwan2902
    @aizatridzwan2902 3 года назад

    kalau cam lag photoshop camna tukar ssd jugak ke ??? ke sbb processor??? please someone

  • @akdin4820
    @akdin4820 4 года назад +2

    Kenapa bila psg ssd. Partition kt laptop hilang. Bende ni biasa ke?

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  4 года назад +1

      Partition hilang? Mungkin sebab harddisk lama tuh dah dikeluarkan? Sebab ada 1 slot je so bila dah ganti dgn SSD, 1 partition hilang sebab HDD lama dah dikeluarkan drpd laptop.

    • @akdin4820
      @akdin4820 4 года назад +1

      @@CikguUlwan ooo faham. Saya dah jumpa partition yg hilang ada dlm hardisk.

    • @akdin4820
      @akdin4820 4 года назад

      @@CikguUlwan tq

  • @alfishahrin8659
    @alfishahrin8659 3 года назад

    baru faham.. kalau upgrade ram dulu dikira rugi la? baik upgrade hdd kpd ssd dlu kan

  • @aqilahbadron3970
    @aqilahbadron3970 3 года назад +1

    Cikgu ulwan sya nak tanya, bleh ke klau sya just beli ssd pastu pasang kat kedai ? atau tukar terus ssd di kedai..mana lgi bagus cikgu ?

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  3 года назад

      Lagi jimat beli ssd sendiri dan mintak kedai pasangkan. Tapi ingat, SSD byk jenis. Kalau tak pandai beli, risau beli2 tak ngam bila dah pasang.

  • @kizu9923
    @kizu9923 2 года назад +1

    mintk suggestion patut saya upgrade ram atau ssd? sebab saya ni jenis multi tasking

    • @CikguUlwan
      @CikguUlwan  2 года назад

      start dgn STORAGE dulu. kemudian kalau still slow, baru RAM.