KELAS TALAQQI AL-QURAN DAN TAJWID

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 16 ноя 2024

Комментарии • 2

  • @xack9013
    @xack9013 Год назад

    Terbaikk Darul Hadis Aloq Setaq🎉🎉🎉

  • @HindariSyirik
    @HindariSyirik Год назад

    Assalamualaikum wbt. Saya dengan rendah diri memohon agar Tuan/Puan mempertimbangkan mimpi Muhammad Qasim bin Abdul Kareem, seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ayat 6 bahawa apabila ada berita yang datang kepada anda, sahkan terlebih dahulu sebelum anda menilai.
    Dalam ayat 43 Surah Yusuf dalam al-Quran, Allah SWT sendiri menyebut tentang mimpi seorang Raja Mesir yang bukan beragama Islam dan bagaimana Allah SWT menyelamatkan kerajaannya dan rakyatnya daripada malapetaka dan kelaparan setelah memberi peringatan dalam mimpinya. Tolong jangan tergesa-gesa menolak mimpi Muhammad Qasim dan menilai dengan teliti dalam perkara ini. Kerana menurut Al-Quran dan Hadis adalah boleh bermimpi seperti ini. Jadi jangan terburu-buru membuat pendapat yang bertentangan dengan syariat.
    Ada dalil mengenai mimpi muslim biasa di akhir zaman.
    Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
    لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلاَّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ
    Maksudnya: “Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu).”
    Riwayat Muslim (1102)
    Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (19/461) ketika mensyarahkan hadith ini menyertakan bersama sebuah hadith Abu Ya’la daripada Anas bin Malik R.A:
    إِنَّ الرِّسَالَة وَالنُّبُوَّة قَدْ اِنْقَطَعَتْ وَلَا نَبِيّ وَلَا رَسُول بَعْدِي وَلَكِنْ بَقِيَتْ الْمُبَشِّرَات قَالُوا : وَمَا الْمُبَشِّرَات؟ قَالَ : رُؤْيَا الْمُسْلِمِينَ جُزْء مِنْ أَجْزَاء النُّبُوَّة
    Maksudnya: “Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti. Tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepas-ku, akan tetapi akan kekal al-Mubassyiraat. Para sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?” Jawab Baginda SAW: Mimpi orang muslim satu bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.”
    Ibn al-Tiin berkata: “Maksud hadith ini ialah bahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi SAW). Dan tidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya akan apa yang akan berlaku melainkan mimpi.” (Rujuk Fath al-Bari, 19/461)
    Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
    إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ
    Maksudnya: “Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian…”
    Riwayat al-Bukhari (7017)
    Adakah mustahil Allah SWT berikan al Mubasyirat iaitu mimpi benar dan baik seorang muslim sebagai petunjuk kepada umat akhir zaman dan mengapa Allah SWT berbuat demikian? Adakah benar kita sebenarnya adalah generasi terakhir dari umat Nabi Muhammad SAW? Wallahualam.