Drama Popular - Bisik-Bisik Gelora | TADS 2023 (12 Mac 2023)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 17 окт 2024
  • Drama Popular - Bisik-Bisik Gelora | Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (12 Mac 2023)
    Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 kembali lagi bagi meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan untuk edisi tahun kedua. Mengangkat drama-drama TV3 yang dikenali menerusi slot Drama Sangat yang popular dalam kalangan peminat drama, antara drama yang disenarai pendek termasuk Budak Tebing 2, Ayahanda, Bisik Bisik Gelora, Risik Pada Hati, Khilaf Asmara, Aku Tanpa Cintamu dan Sekali Lagi Cinta Kembali.
    Sebanyak 15 kategori dipertandingkan iaitu Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik dan Drama Novel Adaptasi Terbaik serta dua kategori baharu bersempena kerjasama bersama Tonton iaitu Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.
    Sharifah Shahirah dan Sherry Alhadad akan mengalas tugas sebagai pengacara. Sementara barisan selebriti yang bakal tampil sebagai penyampai anugerah ialah Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.
    Artis dipilih membuat persembahan adalah Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini.
    #AnugerahDramaSangat

Комментарии • 11

  • @muhdamirunaiman
    @muhdamirunaiman Год назад +2

    As salam bisik-bisik gelora juga drama yang hebat sebab hero dan heroinnya main peranan yang hebat😂❤ tahniah menang 😊

  • @sweetedufamous3602
    @sweetedufamous3602 Год назад +9

    Ending tak cliche. Hope ada BBG season 2.

    • @sitiaisyahhaslizam2050
      @sitiaisyahhaslizam2050 7 месяцев назад

      Betul..yang pastinya Redza kalau bawak watak lelaki panas baran..mmg all out. Lepas betul²

  • @rahmadhidayad2097
    @rahmadhidayad2097 Год назад

    Cara liat drama bisik bisik gelora gimana yang full😢?

  • @wahidahjzk6918
    @wahidahjzk6918 Год назад +2

    Wow bisik2 gelora mmng best aku org Indonesia suka nonton

  • @asnira4991
    @asnira4991 Год назад +3

    Drama ni mmg trading tp ending tergantung

    • @nurnaquiah36
      @nurnaquiah36 Год назад +2

      mmg la trgntung sbb ada smbungan bisik2 gelora 2 rya nnt

  • @annorizxxo9149
    @annorizxxo9149 Год назад +5

    Redza🎉😻

  • @danielfitri2297
    @danielfitri2297 Год назад +6

    BBG deserved this. paling banyak buat penonton nangis 😭💗

  • @ilhamagastifa2613
    @ilhamagastifa2613 Год назад

    MUF Gagal dapat penghargaannya... tapi tetap bangga...

  • @Manusiaberuntung
    @Manusiaberuntung Год назад +1

    7 hari mencintaiku should be win