SESI Q&A GIMPUHUT MAGAHAU ZON MATUNGGONG 2019

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 22 авг 2024
  • PENGUMUMAN TOP 7 GIMPUHUT MAGAHAU ZON MATUNGGONG 2019
    1. FAYRASHANDY HALIN HANIS
    2. LISA JOSEPH
    3. LILYANNIE CHRISTIE
    4. TERISELLAH KAIN
    5. JEVLINAH LINGKIN
    6. DORIS JELLY
    7. ELVERRA YOTONG
    GIMPUHUT:
    mengikut cerita orang dulu-dulu..kecantikan gadis Rungus mampu menarik ramai orang sehinggakan rumah panjang runtuh oleh ramai jejaka yang berkumpul ingin melihat kecantikannya. Dalam istilah lain, ia adalah pertandingan ratu cantik dengan mengayakan pakaian tradisional Rungus.pertandingan berkenaan bukan hanya melihat kecantikan semata-mata tetapi akan diuji menerusi kepakaran menenun pakaian Rungus serta kemahiran tradisional yang lain.
    MAGAHAU:
    Magahau adalah satu perayaan besar-besaran suku kaum Rungus di Sabah. Konsep Magahau telahpun dibentangkan, diperbahaskan dan telah dibuat satu resolusi di dalam Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009, anjuran Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Matunggong. Konvensyen tersebut dihadiri oleh pengamal Undang-undang Adat Rungus dari seluruh Daerah Kudat, Daerah Kecil Matunggong, Daerah Kota Marudu dan Daerah Pitas iaitu daerah-daerah yang mempunyai penduduk Rungus yang ramai.
    MAGAHAU DAN KAAMATAN
    KAAMATAN merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
    Magahau ialah perayaan suku kaum Rungus yang terbesar dan dirayakan setiap tahun atau selang beberapa tahun. Pada masa dahulu, lazimnya Magahau dirayakan oleh beberapa kampung atau sekurang-kurangnya satu kampung atau beberapa keluarga. Ini menunjukkan Magahau adalah perayaan yang dianggap besar oleh suku kaum Rungus.
    Mengikut resolusi Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009, konsep Magahau adalah berbeza dengan Kamatan. Motif perayaan Magahau adalah lebih umum dan tidak terikat dengan kegembiraan selepas menuai seperti mana konsep pesta menuai (Kamatan). Magahau bolehlah ditakrifkan sebagai perayaan besar-besaran suku kaum Rungus yang bertujuan untuk menzahirkan kegembiraan kerana mendapat rezeki yang berlebihan pada sesuatu ketika dan berkongsi kegembiran tersebut bersama saudara mara, kampung-kampung yang berdekatan serta orang ramai.
    RUNGUS:
    Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun Rungus,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid.
    Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR.
    Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun.Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan bahasa Dusun di sabah dan bahasa tagalog yang ada filipina. Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak . Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli dan orang asal di Kepulauan Borneo.

Комментарии • 24

  • @halneimasidal
    @halneimasidal 3 года назад +3

    Tapi TINONGkUPAN ino ondig okon ko tapi Rinugading 😁

  • @Semion-xi2dx
    @Semion-xi2dx Год назад

    Ahalap yak ingalan nu pakain nu adat taka. rondu rumpun tokou.

  • @norbertservarioschannel
    @norbertservarioschannel 3 года назад +2

    Alawa2 ngawi peserta dino...cuma pndai mnjwb soalan sja satu bonus untuk peserta...pa pun kekalkn tinungkusan untuk jenerasi nanti👏👏👏

  • @Nelsonelik
    @Nelsonelik Год назад

    👍👍

  • @erickrungus
    @erickrungus 7 месяцев назад

    baru sy tau apa mksud "GIMPUHUT" nasib ada kena tulis caption👍

  • @Erone9711
    @Erone9711 5 лет назад +1

    Gimpuhut Doris 🎊🎊

  • @henseyl.872
    @henseyl.872 3 года назад +1

    Wow....lawa2 ba semua peserta , ya sya dapati ada beberapa nama2 accessories yg sama panggilan dgn bangsa dusun juga pula, terbaik video sis...thanks for sharing 👍👍😍😍

  • @Semion-xi2dx
    @Semion-xi2dx Год назад

    Begitu dgn bahasa murut, ada kesamaan nama. accessiries

  • @rainolden2240
    @rainolden2240 3 года назад +1

    Anak buah sy tu yg no4..
    Hadir ya.
    Subcreb done👍

  • @marbotlokal7104
    @marbotlokal7104 5 лет назад

    Hadir nyimak bos keren....

  • @naomiomi7788
    @naomiomi7788 3 года назад +1

    My

  • @fabianjaimis3718
    @fabianjaimis3718 2 года назад

    Lawa sumdak dino mantad no Kudat..

  • @ongleechannel7175
    @ongleechannel7175 3 года назад

    Mantap guys onglee you tuber 💯👍👍💯💯💯🌹🌹❤️❤️🌹✔️

  • @jainmajuntin
    @jainmajuntin 3 года назад

    Terbaik pinsan

  • @jusleelee6445
    @jusleelee6445 3 года назад

    Ba sda skrp bo.jgn lupa lawat2 chnl toko

  • @mrbrianrick2810
    @mrbrianrick2810 5 лет назад +1

    Bila mau upload video dia y umum kemenangan

    • @AdySinty
      @AdySinty  5 лет назад

      mlm ni tuan..sdg bfkir mau upload jga atau x..gelap tu video

  • @tarianterdisnol
    @tarianterdisnol 3 года назад

    Sulai oku no monakarap kio

  • @natasyanordin2239
    @natasyanordin2239 3 года назад +1

    TIVANON💨😂BAITUO
    CHENs€€Φ¤MUACH💨😉😊😘📵📴📳

    • @natasyanordin2239
      @natasyanordin2239 3 года назад +1

      Cayang Aki Mulalam💨[PA]💨
      {MUASCKLPDβ}💥💨🔥♻🅱💦⚓💪💨

  • @inggonoapat2482
    @inggonoapat2482 3 года назад

    by