Cabaran Dakwah dalam Masyarakat Minoriti Muslim oleh Prof. Dr. Abdul Ghafar Don

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • Assalamualaikum!
    Japan Da'wah Centre menjemput anda ke program bual bicara “Cabaran Dakwah dalam Masyarakat Minoriti Muslim”.
    Dakwah adalah usaha untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat, dengan tujuan mengajak manusia mengenal dan mengamalkan prinsip-prinsip Islam. Perkongsian ini akan membincangkan strategi dan pendekatan terbaik untuk menyebarkan Islam dalam konteks masyarakat yang minoriti iaitu masyarakat Muslim. Perbincangan ini akan memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran khusus seperti persepsi masyarakat bukan Islam, dan cara untuk membina hubungan yang harmoni dengan komuniti setempat. Ia juga akan mengupas kepentingan pendidikan agama dalam mengekalkan identiti Islam serta peranan institusi masjid dan surau dalam mengimarahkan semangat dakwah dalam kalangan masyarakat minoriti.
    Ada pun begitu, perjalanan dakwah bukanlah semudah menyapu jem di roti sarapan harian anda. Lebih-lebih lagi di kawasan yang masyarakatnya minoriti Muslim. Ikuti kami, dalam sesi perkongsian oleh figura berpengalaman dalam bidang dakwah, Prof. Dr. Abdul Ghafar Don berkenaan liku-liku dan onak duri usaha dakwah kepada masyarakat yang muslimnya amat minoriti. Sesi ini diharapkan dapat memberi panduan yang berguna kepada pendakwah dan umat Islam yang berada di kawasan-kawasan minoriti di seluruh dunia. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi yang penuh manfaat ini dan bersama-sama kita memperkukuhkan usaha dakwah di mana sahaja kita berada.
    Ikuti bual bicara bersama :-
    🌍 Bersama speaker: Prof Dr. Abdul Ghafar Don
    👉🏻 Pengerusi Pusat, Pusat Kajian Dakwah dam Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    🎤 Moderator: Usamah Johar
    👉🏻Ekskutif Japan Da’wah Centre
    📅 Tarikh: Isnin, 19 Ogos 2024
    ⏰ Masa: 8:00 malam (Malaysia🇲🇾), 9:00 malam (Jepun🇯🇵)
    Platform: Facebook/RUclips Live
    Live FB Page:
    / japandawahcentre
    Live RUclips Channel:
    / @didbmt
    Semua dijemput hadir! 😄
    ✨✨✨
    Doakan agar kami yang berdakwah di sini dilindungi Allah sentiasa, diberikan ilmu, diberikan hidayah, diberikan kekuatan, petunjuk, kepetahan untuk berkata kata, sentiasa merendah diri, dimurahkan rezeki, disatukan hati dan dibimbing Allah ke jalan yang lurus.
    #MasjidAlDawah #DakwahIslamiah #minoriti #DakwahJepun #IslamDiJepun #JDC #Dakwah #Shahadah #Islam #Muslim #AlQuran #Hadis #IslaminJapan #Nusantara
    Japan Home to a growing Muslim’s
    Harmonikan kebudayaan Jepun dengan Islam
    Pelaburan (Zakat dan Infaq)
    / pogtkyaav2jssvtl
    Media sosial (Bahasa):↓↓
    linktr.ee/japa...
    Media Da’wah (Japanese):↓↓
    linktr.ee/japa...
    Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit oleh Zulkarnain Hasan Basri & Sahabat

Комментарии •