Cara Mudah Buat Burasak.Resepi Burasak Makanan Khas Bugis.

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 окт 2024
  • Masak Burasak Di Hari Raya.Makanan Wajib Orang Bugis.#caramasakburasak #resepiburasak #menuhariraya
    Hai korang,saya nak share makanan yang wajib ada di setiap kali hari raya dalam keluarga saya..
    Menu nya ada la burasak.Makanan ni makanan kebesaran orang bugis ya..walaupun mak saya jawa,makanan ni wajib ada di setiap kali hari raya..
    Okey jom kita tengok bahan-bahannya
    Beras
    Santan
    Garam
    Daun pisang muda
    Daun pisang tua
    Tali rafia
    Cara-cara.
    Masak nasi dengan santan bersama garam.masak macam biasa,cuma lebihkan air sedikit la..Ala masak mcm nasi lebik tu..kalau tak,tak jadi.
    Sementara tunggu nasi masak,potong daun pisang muda mengikut saiz yang korang nk buat berapa besar burasak korang ya.
    Potong berapa banyak korang nk buat.
    Bila nasi dah masak,masukkan 1 senduk setengah dalam daun pisang yang sudah di potong..tekan-tekan dan lipat..ulang step yang sama sampai habis.
    Ambil 5 keping,bungkus dengan daun pisang yang tua.Tapi layurkan dulu untuk menggelakkan daun pecah ketika di balut.
    Selepas itu ikat keliling mampatkan.
    Selepas itu,rebus selama 3-4 jam..
    Dah siap untuk di hidang bersama asam pedas ikan parang!
    #burasak
    #resepiburasakbugis
    #caramasakburasak
    #menuhariraya
    #burasakbugis

Комментарии • 119