| Borak Jentera | TZM 150 : Model Lejen Yang Underrated!!!

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 5 дек 2024

Комментарии • 375

  • @musangchanel505
    @musangchanel505 5 лет назад +9

    Puas dh layan tzm ni. Masuk battlax japan.. syok..lap sesaje...piring..sagat.. geng ibc yg pernah kejar aku,igt lg kot kt aku..kikiki..'ekzos loceng' moto dh lego,ekzos je simpan buat kenangan. Kenangan 1996. 1st model. Rim purple. Tq sbb up balik model ni.

  • @dz6902
    @dz6902 5 лет назад +54

    Yamaha TZM 150 merupakan sebuah motorsikal yang pernah menjadi kegilaan ramai pada satu masa dulu. Malahan sehingga kini pun masih ada lagi peminat setia model ini. Apa tidaknya, rekabentuknya cukup cantik dan amat memuaskan hati. Legend tu motor ni.
    Yamaha TZM 150 mula diperkenalkan di Malaysia oleh Hong Leong Yamaha pada tahun 1994. Perlancarannya dibuat di tengah-tengah Selat Melaka. Wah, hebat bukan? Ya, Yamaha TZM dilancarkan di atas kapal mewah, di tengah-tengah Selat Melaka pada 6 September 1994, tepat jam 10:00 malam. Ianya disertai dengan percikan bunga api beserta dengan tepukan gemuruh para tetamu yang dijemput.
    Keluarnya model Yamaha TZM yang berkapasiti 147cc, 2 lejang ini sudah tentu memberi cabaran yang sengit kepada model-model seangkatan dengannya seperti Honda NSR 150 dan juga Kawasaki KIPS 150. Namun begitu, penantian peminat Yamaha selama 2 tahun ternyata tidak sia-sia kerana rekabentuk TZM ini amat menarik sekali. Ianya bercirikan supersport, full fairing dan sekali imbas, ianya seakan-akan kelihatan seperti model Yamaha TZR 250.
    Lampu hadapannya dilengkapi dengan mentol H4, untuk memastikan suluhannya cukup terang bila menunggang pada waktu malam.
    Untuk memastikan selekoh-selekoh dapat diratah dengan rakus, motor ini dilengkapi dengan sepasang tayar jenis tanpa tiub (tubeless), dan merupakan motor pertama kelas 150 yang dilengkapi dengan ciri ini di seluruh Asia. Tayar hadapan didatangi dengan saiz 90/80-17 46S manakala tayar belakang pula adalah 110/80-17 57S.
    Yamaha TZM 150 ini dilengkapi dengan sistem brek cakera tunggal 298mm untuk hadapan manakala belakang pula dilengkapi dengan cakera tunggal 210mm. Sistem brek ini dilengkapi dengan kaliper dua piston untuk depan dan kaliper satu piston untuk belakang.
    Enjinnya yang bersesaran 147cc itu, mampu menghamburkan tenaga maksimum 36ps pada 10 500 rpm. Satu angka yang cukup besar. Pengeluaran tenaga seperti ini dibantu oleh sistem YPVS (Yamaha Power Valve System) yang dilengkapi pada enjin TZM ini. Dengan kotak gear 6 kelajuan, Yamaha TZM ini dikatakan boleh memecut sehingga lebih 200kmj dengan berat motor adalah 119kg.
    Tangki petrolnya dapat memuatkan petrol sehingga 13Liter manakala untuk 2T pula 1.2Liter. Selepas dilancarkan pada tahun 1994, motor ini boleh didapati di pasaran seluruh Malaysia dengan harga RM 9868.88 atas jalan.
    Cuma sedikit terkilan kerana model ini tiada kesinambungannya. Yamaha TZM merupakan sebuah motorsikal yang terbaik dalam kelasnya. Andainya pihak Yamaha mengeluarkan model baru untuk menggantikan TZM, sudah pasti masih ramai peminat yang akan menantikan kemunculannya.
    Spesifikasi Yamaha TZM 150 :-
    Jenis enjin : Sejukan cecair, silinder tunggal, 2 lejang
    Isipadu : 147cc
    Bore x Stroke : 59.0 x 54.0 mm
    Nisbah mampatan : 6.0:1
    Penghidup : Tendang
    Kuasa maksimum : 36ps @ 10500 rpm
    Daya kilas maks. : 2.5kgm @ 9500 rpm
    Kelajuan maks. : 200km/j
    Transmisi : 6 kelajuan
    Tayar depan : 90/80-17 (46S)
    Tayar belakang : 110/80-17 (57S)
    Suspensi depan : Fork teleskopik
    Suspensi belakang : Monoshock swing arm
    Brek depan : Cakera tunggal 298 mm, kaliper dua omboh
    Brek belakang : Cakera tunggal 210 mm, kaliper satu omboh
    Dimensi (PxLxT) : 1965 mm x 685 mm x 1100 mm
    Tapak roda : 1330 mm
    Kelegaan jalan : 150 mm
    Tinggi pelana : 765 mm
    Kapasiti tangki : 13 liter, 2T 1.5 liter
    Berat kerb : 119 kg

    • @dz6902
      @dz6902 5 лет назад +9

      Tahukah anda
      Tahun 90an, Ramai anak muda pilih beli RXZ daripada TZM nie krn harganya agak mahal.. Downpayment utk RXZ Rm3500 berbeza dgn Downpayment TZM RM5500...
      Hanya org betul2 mampu je sanggup beli TZM,masa tu klu pakai TZM nie da mcm pakai SBK,org duk pandang je..
      Tapi sayang,ada yg kata TZM nie "motor indon" tapi diorg sedar x.. Tahun 2000 baru TZM (CBU) dpt masuk pasaran Indonesia...
      Sedikit info utk The last model YPVS dlm Malaysia
      1) yamaha tzm 150
      2) 147 cc
      3) start kluar tahun 1994
      4) last kluar tahun 2000
      5) harga baru RM10500 to Rm12000
      6) Musuh utama TZM 150.. NSR150 SP
      #Szracingsgbesi

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +5

      Terima kasih kerana mengkongsikan sebahagian dari artikel pelancaran dan review TZM Roda-roda 94' dan spesifikasi TZM. TZM mungkin tak sebanyak varian siri Kawasaki KRR, tapi harus diingat TZM adalah separuh dari famili siri 4H iaitu famili TZR125. Pada hemat RRB, TZM dah cukup special dan relevan sepanjang hayatnya dipasaran. Tak perlu seperti Honda yang keluarkan NSR RR dan SP ataupun Kawa dgn KRR, ZSR, double R etc. just my 2 cents.. anyway tergelak tengok curb weight TZM, berat 4kg jer dari ysuku..kekekeke

    • @dz6902
      @dz6902 5 лет назад

      Sy still guna tzm dari tahun 97...

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +3

      @@dz6902 tahniah bossku..kalau berkesempatan geng RRB boleh cover pulak motor boss nanti. Dah tak banyak TZM atas jalan sekarang. Kebanyakan yang ada pun kondisi reban.

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +5

      @@dz6902 setuju boss, hanya yang have2 jer boleh beli waktu tu. Sekarang senang jer beli moto buat loan. Bab label tu memang betul, faktornya Indonesia masa 90an dilanda kegawan ekonomi yang lagi teruk dari Malaysia. Sebab tu Yamaha tak berani nak pasarkan kat sana waktu 90an dulu. Even awal 2000 dah released pun masih tak banyak penjualannya. jadi peminat2 motor yang datang kerja ke Malaysia dan gunakan kesempatan ni beli motor TZM waktu awal 2000 dulu. Tak memasal orang kita label moto Indon. padahal diorang lagi bijak menghargai teknologi yang ada pada TZM. Sampai sekarang masih lagi menjadi moto rare dan lejen kat Indonesia, tapi tak di Malaysia. Musuh utama TZM bukan NSR150SP jer, tapi ZSR Cyclone pun antara pencabar paling utama. #Szracingsgbesi antara pomen TZM terbaik di Malaysia

  • @zecklegend
    @zecklegend 5 лет назад +16

    terbaik bro... memang betul2 rare banding rxz yg masih berlambak kt malaysia... design pun hensem...

  • @botak9904
    @botak9904 3 года назад +2

    Alhamdulillah 😊 shingga kini masih ada simpan lgi TZM 2 bjik dan HONDA NSR 150 sbijik..moto kngn mse bujang..-Slm kenal buat shbt seJentera..🙋

  • @chikannie3917
    @chikannie3917 5 лет назад +9

    aq bru dpt moto ni 5/7/19 tdi...alhamdullilah...mnat dri kciq lgi akhirnya dpt jgak mrasa stlah brtngkus lmus krja....

    • @farisjafri8362
      @farisjafri8362 3 года назад +1

      Berbaloi?

    • @chikannie3917
      @chikannie3917 3 года назад

      @@farisjafri8362 sgt brbaloi..dpt hrga murah lani orng nk blik dgn hrga tnggi...huhuhu tpi xjual la

  • @ejadsyahrizat3961
    @ejadsyahrizat3961 5 лет назад +8

    dh mrease pkai..3thn dr 2002..04..model thn 1996...so tau sgtlah ragamny...PV bkak..fly...sdap..skrg suka2 tgk je..dh brkluarga..kmitmen dll..ade rzeki nk mrse Hayabusa ke..ZX14 ke..huhu

  • @ezzullerr6583
    @ezzullerr6583 5 лет назад +1

    1996 aku berhijrah ke Slgor...kerja d Bandar Baru Bangi.. Boleh d katakan semua kwn2 yg baru berkerja bila tanya moto idaman apa.. Pasti jawapan TZM....dan paling top.. Paling d minati... Motor paling panas sasaran pencuri... Dlm kawasan kilang pun hilang.. Kwn aku plate WEE baru basuh motor.. masuk sekejap dlm rumah keluar nk lap motor tgk2 dh ilang.... Kenangan laa bila tgk nombor plate brader nie. WEN terus terimbau nostalgia 1996...
    Syabas utk owner motor... Teruskan minat..

  • @rasyidmaslan2644
    @rasyidmaslan2644 5 лет назад +25

    Zaman KL menjerit dgn linda martopo menaikan balik si TZM ni...

  • @eazzate24
    @eazzate24 5 лет назад +13

    Terima kasih Channel Rider Rider Bersatu kerana mengetengahkan salah satu model jentera yang dianggap "kurang popular" (setelah dihentikan produksi dalam tahun 2000-2001) dibandingkan dengan 125Z dan RXZ.

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +1

      Terima kasih atas komen tuan. Setuju tuan, agak kurang popular di Malaysia tetapi diluar negara (terutama negara jiran) merupakan antara model retro Yamaha dambaan peminat2 jentera 2 roda disana. Sampaikan channel mereka lebih banyak cover TZM berbanding local channel kita. Insyaallah kami akan cover banyak lagi model2 yang jarang diketengahkan tak kira brand.

  • @shah5677
    @shah5677 5 лет назад +33

    Mana la tzm aku dulu...WFL 3723...semoga pemilik terkini sihat bersama tzm tu

    • @arhboy7715
      @arhboy7715 5 лет назад +19

      Da barai da kat tmpt pelupusan dbkl
      .satu masa tzm nsr bnyk sadai..org da xnak repair.smpai harga 1k pon ssh org nak beli..yg pkai zaman tzm tgh top dlu bnyk yg sibuk kerja da x main moto..maklumla mse time tzm tu nk beli moto mcmni bkn mudah..cikai2 ex5 sng utk pkai kerja..zmn tzm mmg gila2 bdk2 melayu main moto..rmai otai yg pencen main tzm da jd org berjaya atau skurang2 keje tetap...mmg best kl tahun 96 2000...lps2 tu klua plk cite klmenjerit tu..mgimbas cmne bdk2 time tu main moto..dlu golongan yg main moto klu nk beli moto kne keje siang mlm usaha..rempit2 dlu tp ada wawasan

    • @kolikari3813
      @kolikari3813 4 года назад +2

      arh boy budak2 malaysia mmg gile moto kn? Patutla boleh sampai MOTO2..harap2 dpt motogp winner kat home

  • @nitroxside78
    @nitroxside78 5 лет назад +42

    Motor idaman pertengahan 90an bersepah budak kilang guna masa tu sebab saiz dia ala2 superbike kalah superkips krz 150 serpico awal 90an harga pun sama rm10k..honda pun terpaksa keluarkan model nsr150rr mengantikan model nsr150r yg keding walaupun motor ni boleh tapau TZM. ternyata kacak lebih laris dari laju itulah yamaha.

  • @gmailgmail1695
    @gmailgmail1695 5 лет назад +11

    Terbaik bro..Saya punya beli 1997 ( bujang ) la anak dh 3 still masih simpan, custom bearing utk mengantikan seal & Bush sebelah kiri, confirm tak leaking dah..

    • @thefix02
      @thefix02 5 лет назад

      Salam

    • @thefix02
      @thefix02 5 лет назад

      Mane nak dapat custom bearing tu

    • @ejadsyahrizat3961
      @ejadsyahrizat3961 5 лет назад

      Caya lah bruhh...steaadeyy...

    • @guitarmania7096
      @guitarmania7096 5 лет назад

      Mne nk cri costum bearing tu boss??pv moto sy senang sgt bocor😅

  • @jongketchannel
    @jongketchannel 5 лет назад +9

    moto aku masa umor 23..lani dh 44..sapalah pakai sekarang..mmg laju..

  • @kazuto9719
    @kazuto9719 5 лет назад +20

    tzm selalu rosak pv bocor smua.. tpi sekarang alhamdulillah dah bnyak improvement sbgai cntoh pulley dh custom alloy dah x cair.. bush tukar dngn bearing.. oilceal merah silicon tahan panas x da bocor dh

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +5

      Mengikut pengalaman, macam pulley cair tu dah konpem2 bush pv dah kaput, setting carb lari(a/f lean), position pv salah ataupun ada benda problem kat enjin tu(slot pv haus, servo gila etc). Enjin yg sihat tak perlukan pv custom (tetap akan problem, tapi tak kerap). Boleh jer nak pakai, takde masalah. Jgn bush dah out tapi lama dok tak ganti lagi mmg habis slot pv tu kena makan dek pv. Kalau pakai pv plastik yg asal tu kira selamat dari benda mcm ni. Tu tujuannya..dari ganti satu blok. Kalau mesin balik dah tak sedap..

    • @kazuto9719
      @kazuto9719 5 лет назад +3

      @@RiderRiderBersatu yup, benar itu.. pulley plastic ad function dy sndiri .. klu cair kmungkinan ad masalah overheat dibahagian enjin sbgai cntoh waterpump jem / carb set lean .. sy skarang nie pkai yg custom ,alhamdulillah x da masalah lg pv dn x prnah buka lebih setahun 😊

    • @saffadillahchenoor4913
      @saffadillahchenoor4913 5 лет назад

      Ns hbbsib s bi. Hsbihisboe ebjb

    • @TheJagot
      @TheJagot 5 лет назад +1

      Ikut pengalaman pakai moto m ni dr thn 2002 second..kalau pulley cair selalunya berpunca dr masalah 2t pump rosak xdapat supply 2t masa high rem. Dah jumpa kes ni dalam 15 biji moto. Sebab selalu repair sendiri dan moto kawan2.

    • @kazuto9719
      @kazuto9719 5 лет назад

      @@TheJagot wah otai masih berbisa

  • @aff4hyakc744
    @aff4hyakc744 5 лет назад +4

    Memang nice video ni.. Opening dgn Ending ada guitar solo, da mcm tgok Kamen Rider plak...

  • @KazutoGarage
    @KazutoGarage 5 лет назад +7

    nice TZM, will be nice if we can review this bike also

  • @abangjemtv5961
    @abangjemtv5961 5 лет назад +4

    moto idaman aku masa skolah dlu.. mase tu pertengahan thn 90an moto ni kuar kt market mmg jd fenomena giler kt msia.. 1st time tgk dpn mata mase kwn abg aku dtg umah bwk tzm baru beli.. dekat 10min mata aku tk bergerak dr menatap kehebatan bentuk Tzm 150 ni.. mmg power la die pnye aura pd aku waktu tu.. cita2 nak bli bile dh keje.. tp bile aku abis skola tzm ni dh tak top.. jd aku amik rxz je la sbb mase tu rxz tgh meletop.. tp kalo.ade rezeki lebih mmg aku nk.sambar gak sebiji wat koleksi..

  • @adiebaha728
    @adiebaha728 5 лет назад +17

    Nak jadi Bohjan kasta tinggi... Syarat pertama... Pakai TZM!!
    BEM 2156 yamaha belgarda aku rindu plak😂

    • @malaysiatanahairku6763
      @malaysiatanahairku6763 5 лет назад +1

      Adie Baha mcm aku knl pa plat BEM ni.!pagi ahad lepak bus stop malam da angkut kan?

    • @lubalangdaik7475
      @lubalangdaik7475 3 года назад

      Sedap bunyi ayat bohjan kasta tggi...😆...
      WEH 3652....Black xxxxx s alam
      Raris....KL

  • @mangiggs9696
    @mangiggs9696 5 лет назад +2

    Salam...
    Teringat masa lama...
    Teruskan lagenda TZM..

  • @maipenraix1611
    @maipenraix1611 5 лет назад +1

    aku ada dulu tzm 150 1997 aduhhh rindu nya

  • @malaysiatanahairku6763
    @malaysiatanahairku6763 5 лет назад +9

    10 tahun pakai,WEB 7749.2 tahun pakai mmg langsung x masalh walaupun hari2 rembat,tapi start je bukak n tukar brg tiap minggu kne kuar modal.tapi puas ati pakai.harga masa tu 12k hutang.kne tahan polis pun diorg tanya ko kerja apa?

  • @jefriputeh6780
    @jefriputeh6780 3 года назад +2

    Farhan ni rasanya pernah jumpa..
    Keje kt Bigwing Honda Pj rasanya..
    Ade moto Cbr 250 kan

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  3 года назад

      ye skrg pakai cbr untuk buat daily. tzm masih simpan

  • @oldschool2175
    @oldschool2175 5 лет назад +65

    Tzm ni memang best guna, top speed std dh mengancam firsttime kau bawak jangan nk speed kat jalan kete banyak pv on ibarat kau guna vtec tzm ni kalau guna standby duit lebih sikit sebab pulley selalu cair kalau ade duit beli je pv custom servo boleh kong kalau pv kondem paling laju ko speed 80,100 je tapi bila pv sihat dia lah king 👑 bapak aku guna tzm ni dh lama dh sampai aku plk menyambung keturunan

    • @eeunjeung
      @eeunjeung 5 лет назад +1

      sure ke pv prob boleh lari 80/100 je😊😊😊😊

    • @oldschool2175
      @oldschool2175 5 лет назад

      @@eeunjeung sure lerr boskurr xkn tipu plk ke tzm bos pv kondem 200kmh naik.....

    • @eeunjeung
      @eeunjeung 5 лет назад +3

      @@oldschool2175 aku steady je dapat 140/160 even pv prob

    • @oldschool2175
      @oldschool2175 5 лет назад

      @@eeunjeung pv saje ke ngan servo

    • @eeunjeung
      @eeunjeung 5 лет назад +3

      @@oldschool2175 pv aku total lost.x jalan langsung.aku off terus.

  • @tkempty3971
    @tkempty3971 5 лет назад +1

    Rindu pulak dgn tzm😍

  • @lonalumbaya1761
    @lonalumbaya1761 Год назад

    Betul bang... Tzm memang mantap..

  • @kyyrzkk8000
    @kyyrzkk8000 5 лет назад +1

    den merasa tengok zaman abang2 main tzm tahun 2000 dulu,lepas berapa tahun je terus sepi

  • @mrhenshinrider
    @mrhenshinrider 3 года назад

    Ahh dlu² kecik terasa nak drive motor ni bila dh besar...smpi skrg masih tak merasa lagi dapat drive...org kata tak dapat memiliki dapat merasa drive pn jdlh...

  • @syafiqsharani302
    @syafiqsharani302 5 лет назад +3

    Anyway video best.. garap simple, review yg tenang, cakap tak serabut.. aku suka style cmni jer.. owner sporting gak, 👌👌

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +1

      terima kasih atas pandangan geng 👍🏻👍🏻👍🏻 channel ni masih bereksperimentasi pada setiap ep. apepun dengan komen ni semangat sikit nak buat bidio baru..kah3 🤘🏻🤘🏻🤘🏻🤘🏻

  • @rizqifawwaz1300
    @rizqifawwaz1300 5 лет назад +1

    Aku usya panas sikit vdeo ko pasal moto ko kemas xmcm moto yg aku jumpa.. Barai.coverset warna rojak.. Aku nak ambil sebiji la aku review vdeo ko.. Tapi buka mudah.my tzm harga telaviv dah.. So aku kena cari plan2.. Pasal dlu aku pakai model kawa ja.. Teringin pulak highway star sbiji.. 😬😬😬

  • @ahmadecoh8209
    @ahmadecoh8209 5 лет назад +1

    Terbaik bro.masa motor ni kuar saya umo baru 12 taun.syok tengok ada brader kg beli sbb bile on kunci ada bunyi enjin checking..

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +1

      betul bro👍🏻 bunyi tu datang dari servomotor yang tengah buat self check untuk tau posisi angle pv sebelum start. motor sekarang ada jugak, tapi bunyi fuel pump..kih2

    • @ahmadecoh8209
      @ahmadecoh8209 5 лет назад

      Kita masa tu budok lg x tau mende2 tu.hehehe

  • @mohdfirdaussariman8261
    @mohdfirdaussariman8261 Месяц назад

    Pakai apa motor pun nak perform lawa cantik serta ada aksesori yg mahal yg penting modal auto jadi meriah

  • @rosmadihasnan89
    @rosmadihasnan89 5 лет назад +2

    Dah pakai tahun 1999..warna sma dlm video ni..kena curi pastu dpt blik..NAP2170..

  • @mrromo3464
    @mrromo3464 5 лет назад +32

    Stakat rxz msh blm thap rare lg sb brsepah s.part kt mrket..bdk2 skg bru nk celik dgn 2 stroke pstu jakun dgn Rxz.Panther,Tzm,Nsr,Rxs,Mbx,Lc 125,Honda Raider,Jipang dll bru thap legend sb s.part mmg dh thap pupus skg.Aq yg dh ada cucu ni pn bru siap restore Panther gnap sthun bru siap sb nk s.part yg smua ori..

  • @m.k.a.s1165
    @m.k.a.s1165 5 лет назад +1

    Aku main moto ni dari tahun 2016 TZM putih PCE346 . Kaki tangan aku patah gara² moto ni tapi still jdi kesayangan . Bab moto ni la aku dapat round 1 sabah . Cuma pantang skit nmpak highway moto ni 😂😂😂 nk lenjan ja . X tunduk pun boleh dpat 170-185 . Kalau tunduk tu dah rasa mcm naik jet pejuang 😂😂😂😂

  • @hugvdfg1631
    @hugvdfg1631 5 лет назад +1

    aku pnh pkai tzm 1995 dulu operate exzos time tarik mmg meleret bnyinya

  • @xerifftzm2628
    @xerifftzm2628 5 лет назад +1

    Tzm tetap di hati

  • @UrMom-xd1hf
    @UrMom-xd1hf 3 года назад

    Ya Allah, teringinnya pakai tzm 😭 harap ada rezeki la

  • @limaosatu1783
    @limaosatu1783 5 лет назад +2

    Power👍

  • @coolcash6577
    @coolcash6577 5 лет назад +1

    Wah mantap😃

  • @HilmyHashim22
    @HilmyHashim22 5 лет назад +16

    Ramai Kate tzm ni maintaince payah,mahal..tapi kalau dh minat semua pejam sbelah mata je..nk sedap kene brani skit melabur

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +3

      setuju..owner pun ok jer buat daily

    • @muhammadameernidzammatkami8231
      @muhammadameernidzammatkami8231 5 лет назад +2

      Hilmy Hashim tpi tgk maintanance x mahal mne pn.part pn x brp mahal

    • @demoapis6379
      @demoapis6379 4 года назад

      pernah setahun daily minyak hitam campur air..rupanya lps main banjir lupa nk tukar mnyk hitam...moto no poblem...steady

    • @kolikari3813
      @kolikari3813 4 года назад

      Payah sebab moto lama klau rembat selalu mmg kena upkeep..moto mmg xde masalh ape2

    • @ammarmuslim9918
      @ammarmuslim9918 4 года назад

      Ypvs On Top speed tambah laju..

  • @anuarahmad6766
    @anuarahmad6766 5 лет назад +2

    BEY 7735 My lagend tzm where are you...

  • @Jiilaker
    @Jiilaker 5 лет назад +1

    Muzik padu. Rock lejen

  • @buddies8757
    @buddies8757 5 лет назад +4

    aku pnguna tzm dari tahun 2001 sampai 2008.. satu malaya dh aku pusing naik tzm.. cume stu je aku tak ske pasal tzm ni.. masalah standard breaking die.. breaking die tak balance.. tak balance time breaking dalam keadaan corner.. system breaking nk kene modified.. overalls tzm is the best.. aku still ada lg tzm.. tapi dh barai la kat blkang rmah hahaha

    • @fazadind9549
      @fazadind9549 5 лет назад

      Yup bro brake masalah sikit,kalau hari hujan,kalo silap brake membuang,tapi bila layan selekoh mmg terbaik,saya ada test jln bukit putus,sebelum ada jalan baru,mmg terbaik

  • @arincstingray611
    @arincstingray611 5 лет назад +34

    Saiya pilley Honda NSR 150 SP , lebih segak bergaya !

    • @hazwanumar85
      @hazwanumar85 5 лет назад +1

      Single arms 💪💪💪

    • @dellxzx957
      @dellxzx957 5 лет назад +1

      Pro arm pehhh mgancam

    • @zak-ff2vd
      @zak-ff2vd 4 года назад

      Boleh buat Single seat, tu yg syiok kalau nsr sp

    • @dooryorkvillage
      @dooryorkvillage 3 года назад

      NSR 150 musuh ketat aku..

  • @ridzblack8687
    @ridzblack8687 5 лет назад +3

    Aku like video ni kerana aku seorang peminat tzm150...
    Tapi aku tak kesampayan menggunakannya.😢

  • @zamzainal9376
    @zamzainal9376 5 лет назад +3

    Aku guna thn 1997..WEQ7930..mana la motor tu skrg..huhu

  • @arififwatazmi6996
    @arififwatazmi6996 5 лет назад +13

    TZM = Teman Zaman Muda 😂👍

  • @cibaian1219
    @cibaian1219 3 года назад

    Teringat Zaman Muda....

  • @zamryninja
    @zamryninja 4 года назад

    Aku pakai tzm pd umor 21thn...pd thn 1997 skrg 44thn...kalau pakai kena ramai kawan..awek kena ramai sebab saham tinggi broo bila pakai tzm .baru selonok..poket kena tebal..maintenance tinggi.pd masa tuu laa...

  • @hafizahomar9384
    @hafizahomar9384 5 лет назад +1

    Pi mn la tzm aku.PDV 1409 Maroon kaller.. redvalve siam aku pakai.moga berkhidmatlah hg

  • @pokyas1506
    @pokyas1506 5 лет назад +2

    steady bang..

  • @symsul7366
    @symsul7366 5 лет назад +1

    TZM=Teringat zaman muda😈

  • @jeffswensen7644
    @jeffswensen7644 5 лет назад +1

    Aku pun minat TZM..

  • @danialaiman6493
    @danialaiman6493 5 лет назад +1

    Up video pasal tzm lagii 💪 ramai menunggu .....

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад

      Insyallah, kalau ade lagi memang kita serbu kasi shoot. Kalau bro ade sebijik boleh kita cover 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

  • @R3dNordXLY
    @R3dNordXLY 5 лет назад +11

    Sebut je TZM terus keluar lagu rock kapak 80/90an. Ok ngam

    • @yodowh4274
      @yodowh4274 3 года назад

      1996 xde rock dah ada balada.hihi.😆

  • @aminpanjang3444
    @aminpanjang3444 4 года назад

    Boss buad pasal Suzuki panther please

  • @fazadind9549
    @fazadind9549 5 лет назад +2

    Huhuhu HIGHWAY STAR dulu ni....

  • @マレーシア-l4y
    @マレーシア-l4y 5 лет назад +3

    Terbaik..nice aa😍

  • @airjohn4144
    @airjohn4144 5 лет назад +2

    Smiling 🙂 Bike

  • @othmanlatiff8984
    @othmanlatiff8984 5 лет назад +4

    Thun 95 pnh pkai.best gak tzm ni.bila umur mningkat tua bli kreta.apa pun tzm memg lejen

  • @เป๊ปซี่แม่นสอนลา

    สวยๆ

  • @faizalrizar4376
    @faizalrizar4376 3 года назад

    Lawa moto bro

  • @hbgc1173
    @hbgc1173 5 лет назад

    Berapa modal bang nk pasang usd fork dgn swing arm complte dgn sportrim tu?

  • @m_zbrv3967
    @m_zbrv3967 5 лет назад +4

    Muka abg ni serious old school

  • @ninja-lq7vc
    @ninja-lq7vc 5 лет назад +2

    Jiran rmh aku ade pkai tzm tp dh tak jln2 bole kate brng dye 90%masih original, even dye punye coverset pon dh lusuh, aku igt kalo kewangan dh stabil aku nk beli dr jiran aku sndri inshaallah..

    • @dellxzx957
      @dellxzx957 5 лет назад

      Klau berminat try lah pujuk jiran tu hahaha...

  • @haniff.J
    @haniff.J 5 лет назад +2

    1996.. 😱😱😱.. Aku ms darjah 6.. Pape trbaik bro

  • @apeng6983
    @apeng6983 5 лет назад +2

    Aku ada kenangan dgn moto ni. Sedih juga sbb bini aku jual. Dia ganti kawasaki ninja 250.

  • @muhammadhaiqal6005
    @muhammadhaiqal6005 5 лет назад +1

    taste kita sama tzr 250.. tzm pon minat

  • @jackylee2553
    @jackylee2553 3 года назад +1

    1996? satu umur saya dah 😂 25 tahun dah motor tu

  • @harychi3817
    @harychi3817 5 лет назад +6

    Pv kasi jem,kasi open 24 jam...tp oil seal x tahan..nak rem.kasi rpm naik,power bro.. stkat 250 zaman skarang makan asap bep..atau pun pv racing,cdi racing,laju nak mmpus..klu brani..cdi racing tahun 2000,harga dh 1k lbh..skarang wujud lg k tak.seorg mmber cina pki cdi racing tahun 2001 blh overtake sy meter dh mati 220,dia overtake baru masuk gear 6...lu pkr lah..2019 moto dh blakang rumah,buruk...geng2 semua dh kawen..dah pupus..hmm..

  • @bukettatvbukettatv7116
    @bukettatvbukettatv7116 5 лет назад

    Powerr

  • @MachoCinta
    @MachoCinta 5 лет назад

    Abang top speed suka pick up saya nak pile tzm atau kawasaki rr ??

  • @wandyfuture769
    @wandyfuture769 5 лет назад +1

    Dh jual tk tahan pv dgn servo manja sngt .. setiap 6 bulan ada ja maslah .. kini alhamdulilah beli kawasaki rr dua tahun pakai tiada mslah lagi pv or maslah besar

    • @zzzzzzzzz9362
      @zzzzzzzzz9362 5 лет назад

      Servo payah jahanam bnda tu tahan lama,, cuma pv ja bocor,

  • @syedsufie8312
    @syedsufie8312 5 лет назад

    Saya ada tzm plat MAK tp nk buat tu kena ambk masa sebab keje bossku. Nanti nak buat tzm warna lain dari yg lain.

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад

      dah siap kasi tag rrb kat Instagram boskurr 👍🏻👍🏻👍🏻

    • @syedsufie8312
      @syedsufie8312 5 лет назад

      Rider Rider Bersatu baik boss. kena buat slow2

    • @syedsufie8312
      @syedsufie8312 5 лет назад

      moto boss cm moto abg ary org negeri sembilan

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад

      @@syedsufie8312 moto ni salah sorg dari RRB jugak. brader ary punya moto tu sama masuk barang Mito juga ke bossku? terbaikk

    • @syedsufie8312
      @syedsufie8312 5 лет назад

      Rider Rider Bersatu kalau barangx moto sya kurng pasti. tp dia punya moto lebih kurng cm boss gk. terbaik. kalau ada group blh la join

  • @asrimymotorsport
    @asrimymotorsport 3 года назад

    klu tunjuk moto yy dh buat tu cfm 🤟

  • @OppoAs-be5ol
    @OppoAs-be5ol 5 лет назад

    Nk tnye la dgn ysuku modi mne lgi lju

  • @ammarazhar96
    @ammarazhar96 5 лет назад +1

    Nanti review CBR150R pulak. Barang rare tu

  • @NurNafiqa
    @NurNafiqa 5 лет назад +1

    PV prob..mne nak beli.or sape² tau setting

  • @shahroy9630
    @shahroy9630 5 лет назад +6

    Bagy akulah baik guna Moto lain selain tzmlah..sebb ape..tzm ni penjagaannya susah..lagy2 kat bahagian powerr valve yang Selalu bocor..hosil selalu prob..Itu bagy akulah..lagy pon ni ikut minat masing..mcm aku skngg pengguna honda nsr 150 sp.alhamdulillah walaupun kerap bawak laju main valve..1 tahun sekali baru aku restore..kelebihan kat honda nsr RR atau nsr SP..enjin tahan..tak bnyak ragam..Dan yang menyampahnya tang penjagaan batery..tapi tak jadi masaalah..pakai 2 3 bulan baru tukar sekali jee..ape2 pon tzm ni lejen highway..terbaik tzm...aku bukan Nak condem tzm...cuma Nak bagy tau je ape yang aku tau pasal tzm ni😉

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +10

      TZM ni sesuai untuk mat motor sejati jer. jenis yang selalu hands on kat motor dan tak kisah tangan berlumur minyak. Tak susah pun nak ganti PV tzm. actually bush PV tu kena servis selalu jer dan setting enjin semua ngam konpem PV tak patah. sebab mj dan pj tzm tak besar, high rpm lebih rely kat power jet. kalau ade prob kat carb mmg effect temp kat EGT. anyway owner ni pun baru 2 kali jer tukar pv selama 10 tahun ni. selebih tu bushing pv jer tukar. owner pun selamber buat moto tunggangan harian. nak sampai tahap sekarang ni pun penuh liku2 dan ranjau berduri. hanya yang memahami jer sanggup bela. komen ni pun berdasarkan pengalaman kami yang pernah bela motor ni. TZM tak manja, cuma jadual servis berkala tu lebih sikit dari motor 2T 150cc lain. Manja lagi tenggiling Itali..huhihuhi..terima kasih atas pandangan bro 👍👍👍

    • @mohdjafprimisrap9855
      @mohdjafprimisrap9855 4 года назад +1

      @@RiderRiderBersatu ...terima kasih up blk paling tzm...yg x pernah pakai tzm mmg akan kondem kan moto ni...nak kata x laju pun x bole juga sbb mmg laju pun...nak kata manja mmg x btl la...ada org ckp tzm ni yang pv nya manja...mslh kecil je tu...mslh enjin xde ok je walopun guna harian...mslh bateri pun xde...x tau la kat mn yg dikatakan tzm ni moto manja....

    • @luniaylzdaf
      @luniaylzdaf Год назад

      ​@@RiderRiderBersatusy mmg 0 bab moto mmg tau bwk je, agkt tzm bru2 ni yg full restore, buat ulang alik g kja 40km ++ hari2 except weekend, alhamdulillah tkde msalah apa mmg bwk pun tkde lenjan apa, klu ada apa msalah mmg sy tnya kt group tzm je n hntr kt otai2 tzm shah alam. Sbb sy org sni
      Dri 2002 sy mnat tzm alhamdulillah 2023 umur sy 27 bru dpt merasa, doakn tzm sy shat slalu ye, insyaallah 😊

  • @jiohairi9252
    @jiohairi9252 4 года назад

    BEH 464. ... 1994 motor ke2..
    900km 1 liter 2t
    Tangki petrol...masuk 9 tahun kasi bersih betul.. nahhh dapat jerat air dalam 1.3 liter patut laaa semput semput..
    Power selalu masalah... Rupanya kena jaga bateri...
    Yg bawak first time🤫🤫 hati hati bila ada bonggol dijalan🤣🤣🤣
    Sapa pemilik BEH 464..hubungi abg..

  • @budoxe
    @budoxe 5 лет назад

    Mantap bossku

  • @swapso-soswapso-so6978
    @swapso-soswapso-so6978 5 лет назад +4

    Hmmm tzm nie lh buat aku kemalangan ngeri.. Hmmmm ingt lgi.. Xpernh lupa.. Kluar dri simpang petronas.. Lori langgar.. Aki koma 3 hri. Almdulillah xada apa2 sgt. Tapi aku rse dri kemalangn tu. Otak aku xbetol. Dn skrg aku takot wife aku hahahaaaaaa.. Kbye..

    • @fazadind9549
      @fazadind9549 5 лет назад +2

      Hahahahampeh tul la....

    • @wanmaziah9835
      @wanmaziah9835 5 лет назад +2

      @@fazadind9549 ehhhh takot wife ehh kata laki hahaha 🤣😂😆🤣 aduhh ko ni lawak

    • @PENYAKAUNASIONAL
      @PENYAKAUNASIONAL 4 года назад

      Takut wife ni mmg kes powervalve bocor ni

  • @yujinaniyanz8150
    @yujinaniyanz8150 5 лет назад +9

    Aduhh jgn la buat vid dulu nnti cepat naik harge dye..bru na mencari²

    • @haikalfilza7735
      @haikalfilza7735 5 лет назад +2

      Imran Iyanz tulah pasal. Teman baru survey

  • @nazwanhafiq3296
    @nazwanhafiq3296 5 лет назад +1

    KAN 5219 tahun 2011..Sapew owner baru tu jge la elok2..

  • @herryss2893
    @herryss2893 5 лет назад

    Terbaik

  • @muradmahmood9175
    @muradmahmood9175 5 лет назад

    Pakai fork cagiva tu pnp je ke bos?

  • @jul_slowride1422
    @jul_slowride1422 5 лет назад

    Yamaha tzm ni..best lh klo pndai jga...

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +1

      setuju, memang best kalau pandai jaga. tapi owner nak dapat ilmu penjagaan tu mmg penuh rintangan dan cabaran. hahaha..sama macam moto retro lain jugak, yang kental jer sanggup jaga. tapi tzm ni kira ok lagi..kalau tenggiling 2T Itali lagi dasattt..huhu

  • @pandikartimur5514
    @pandikartimur5514 5 лет назад +3

    Smart r tzm bdk ni... X mcm tzm yg sllu nmpk

  • @budupelam1499
    @budupelam1499 5 лет назад +1

    Kl menjerit niii

  • @mansabturi6014
    @mansabturi6014 3 года назад

    Mahal motor ne..tapi klu dah minat punya pasal..sye beli masa tahun 98..skg dh kondem...rase sayang juga lh...

  • @mhmdmrlqml7766
    @mhmdmrlqml7766 5 лет назад +2

    Ingatkan shaheizy sam

  • @bruh_3333
    @bruh_3333 5 лет назад

    Dengar kate seat height same dengan panigale betul ke.....sbb nmpk mcm panigale lgi tinggi

  • @muhammadameernidzammatkami8231
    @muhammadameernidzammatkami8231 5 лет назад

    Adakah sesuai buat daily use?

  • @syakirfauzi5952
    @syakirfauzi5952 5 лет назад

    Abg study ikm lumut atau unikl lumut..saya org lumut/manjung

  • @nuekgg2305
    @nuekgg2305 5 лет назад +1

    sebab tu keluaran rxz dan 125z dia tak letak pv.sebab pv setiap beberapa ribu km kena top servis. manja!

  • @tjy_69official28
    @tjy_69official28 4 года назад

    bro rmai ckp tank dy tggi blh senak perut btl ka bro?

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  4 года назад +1

      mitos je tu. 3MA, 3XV pun tinggi, takde pulak orang komplen

    • @tjy_69official28
      @tjy_69official28 4 года назад

      @@RiderRiderBersatu ohh cmtu.. baik bro tq

  • @ahlamsaifin2276
    @ahlamsaifin2276 5 лет назад +12

    Setiap motor ada kelebihan kekurangan dia.. Tzm lebih dia bila tngh sehat highway dia king. Lemah dia pada power valve.. PV problem, ex5 pun boleh potong hahahaha

    • @RiderRiderBersatu
      @RiderRiderBersatu  5 лет назад +1

      Setuju bro. bukan nak bias ke apa, walaupun NSR SP ataupun ZSR Cyclone hatta double R modified boleh gigit TZM stended, tapi stim YPVS ni tetap lain macam tarik dia 🤘 belum cerita bab cornering dan braking lagi..

    • @eeunjeung
      @eeunjeung 5 лет назад +2

      pv prob sekalipun henjut 150/160 steady bro...x de hal

    • @mattaliepadventure3057
      @mattaliepadventure3057 5 лет назад +1

      Pkai pv japan..tebal..tahan

    • @ramlyrame8993
      @ramlyrame8993 5 лет назад +1

      Budak mentah ex5 ha... mesti geng meter cartoons

    • @buddies8757
      @buddies8757 5 лет назад +1

      bleh je bro klu nk laju klu pv problem. of kan auto valve.. open valve sampai habis manual lpas tu klu nk laju remp la gila2.. tpi nmpk mcm budak motor yg tk betul sikit la hahaha

  • @retrospeed3797
    @retrospeed3797 5 лет назад

    Motor ni nampak dkt kedai motor honda jln klang lama

  • @bevanwen4634
    @bevanwen4634 5 лет назад

    boskurr kalau tzm pakai cover set rrr dapat tak boskurr?

  • @airuzfazli8938
    @airuzfazli8938 5 лет назад +2

    Kompem laris di pasaran..