Parti Politik Islam Guna Video Sultan Perak Untuk Raih Undi | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 30 сен 2024
  • Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis berhubung satu video tular sebahagian kecil titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dilihat mengaitkan dan mengheret kedudukan baginda bagi tujuan politik kepartian.
    Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata laporan polis dibuat pada Sabtu lalu demi melindungi nama baik Sultan Nazrin daripada diheret dan dicemari oleh mana-mana pihak bagi meraih laba politik.
    Katanya, petikan titah Sultan Nazrin pada 2013 itu ditularkan dengan tujuan mahu mempengaruhi pengundi menyokong sebuah parti politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
    Menurutnya, video berkenaan memetik sebahagian kecil titah Sultan Nazrin pada 19 Februari 2013 ketika memangku Raja Perak Darul Ridzuan di Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertemakan 'Perpaduan Ummah; Harapan, Realiti dan Cabaran'.
    "Titah baginda mempunyai 7,500 patah perkataan dan mengambil masa selama 90 minit. Bahagian yang memuji parti PAS hanyalah petikan pendek begitu juga dengan pujian terhadap UMNO dan untuk itu tidak timbul bahawa baginda hanya memandang tinggi mengenai PAS.
    "Malahan kandungan titah itu sarat menghuraikan sejarah kedua-dua parti Melayu itu dan demi kebaikan bangsa dan negara, pentingnya untuk ummah mencari jalan menjalinkan persefahaman dan kerjasama meskipun memilih pendekatan politik berbeza.
    "Baginda memberi ulasan seimbang antara dua parti politik Melayu terbabit dan turut menzahirkan peringatan kepada kedua-dua pihak agar keghairahan mendapatkan sokongan politik dan kuasa jangan sampai memecah belahkan bangsa dan memusnahkan negara," katanya melalui kenyataan Pejabat Dewan Negara Perak di sini, hari ini.
    Menurutnya, Sultan Nazrin tidak sama sekali memihak dan jauh sekali daripada memberikan sokongan secara terbuka kepada mana-mana kumpulan politik.
    "Perbuatan menularkan video yang berkaitan sangat tidak beretika dan perbuatan seperti ini disifatkan tidak sopan kepada seorang Raja Pemerintah dan sudah mencemarkan nama baik takhta. Oleh itu penularan video yang berkaitan wajib dihentikan," katanya.
    --------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Sokong Saluran RUclips Kami dengan langganan di bawah ini:
    / @realridzstudio
    Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
    (Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")
    Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: realridzblog.media@gmail.com
    Terima kasih!
    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.
    Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
    CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
    di atas nama Mohamad Ridzuan
    e-melkan bukti pembayaran: realridzblog.media@gmail.com / WA +60124372108.

Комментарии • 7

  • @zamzamzam3323
    @zamzamzam3323 Год назад +1

    Betul tu Dr...pas menang Sebb fitnah..bkn sbb dia buat kerja PON..xpe, kemenangan PAS pn hanya sementara Insyaallah yakin lh

  • @AtanZaid
    @AtanZaid 7 дней назад

    Tk dr atas perkongsian.

  • @mohdshahrizalyusuf2156
    @mohdshahrizalyusuf2156 Год назад +1

    Parti walaun MMG mcm tu DDD....

  • @razallihassan8374
    @razallihassan8374 Год назад +6

    SANGAT SANGAT TERBAIK DR

  • @AbamAdy
    @AbamAdy Год назад +1

    alhamdulillah syukur di atas pencerahan ini....tqvm dr

  • @yansultan8655
    @yansultan8655 Год назад +4