[FFAM2024] ISYARAT CINTA - LEMON STUDIOS - USM

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • SINOPSIS:
    Chen merupakan pelajar baru di sebuah institusi pengajian tinggi. Chen masih baru lagi dalam institusi tersebut dan tidak mempunyai ramai teman karib. Charles merupakan seorang yang mempunyai keistimewaan dengan pendengaran tetapi mempunyai bakat yang tinggi dalam lukisan tetapi sering selalu dibuli oleh Rafiq, Talib dan Rohan. Ketika perkenalan mereka Chen baru tahu yang Charles mempunyai masalah dengan pendengarannya dan disebabkan ingin mengenal Charles dengan lebih mendalam Chen mula untuk belajar Bahasa isyarat dengan sendirinya.
    Sejak pertemuan mereka itu, Chen sering Bersama Charles sehinggakan mereka mempunyai perasaan terhadap satu sama lain. Rafiq, Talib Dan Rohan rasa malu kerana dikalahkan oleh seorang Wanita dan merancang untuk sakitkan Charles. Mereka bertiga telah memukul Charles sehingga
    Charles tidak dapat bangun. Chen yang mula risau mesej dan menelefon Charles tetapi tidak diangkat mahupun dibalas.
    Ketika Chen menemukan Charles, keadaannya sangat teruk dan tidak bermaya akibat dipukul teruk. Dengan nafas-nafas terakhir Charles dia memberitahu kepada Chen yang dia sayangkan Chen sebab Chen lah satu-satunya orang yang tidak membulinya dan satu-satunya kawan yang Charles ada. Bermula dari situlah Chen menjaadi sukarelawan di Pusat Orang Kelainan Upaya bagi membantu.
    mereka yang istimewa.

Комментарии •