GETEK AYAM ~Masak Lemak Kencur/Ceko

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 25 авг 2024
  • Menu “Getek” ni popular dengan komuniti Jawa di Malaysia.. Setiap daerah mungkin berbeza dengan daerah lain. Ada yang akan guna ikan lele/keli, ada yang guna ikan pari, ada yang akan guna ayam kampung dan sebagainya. Kaedah memasak sebenarnya bebas dan terpulang dengan orang yang memasak. Ada yang masak menu ni dengan cara melebur bumbu dengan santan, ada yang akan tumis tumbu dulu. Sesetangah orang akan suka campur sekali dengan Jantung pisang, Terung, Kacang panjang, tempe dan sebagai.. Sebenarnya, apa cara dan kaedah terpulang.. Bahan dasarnya adalah Kencor atau Ceko...
    Disebabkan aku dibesarkan dalam kalangan komuniti Jawa di Selangor maka, cara aku memasak dipengaruhi oleh masakan emak aku dan embah aku yang asalnya dari Indonesia ..
    Bahan-Bahan
    -Ayam (Nak sedar guna ayam kampung)
    -Cili Padi Kampung
    -Bawang Putih
    -Bawang Merah*
    -Kencur/Cekor*
    -Belacan*
    -Santan
    -Kacang buncis
    (Nak lagi sedap blh guna Jantung pisang, Terung, Pucuk Daun Kencor/Cekor
    *Bahan hendaklah ditumbuk atau dikisar

Комментарии •