SURAH YANG MESTI DIAMALKAN OLEH IBU MENGANDUNG YANG BAIK UNTUK ANAK DALAM KANDUNGANNYA

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 9 сен 2024
  • Satu penyelidikan dijalankan di Eropah pada 2013 menunjukkan bahawa mendedahkan bayi dalam kandungan kepada muzik mempunyai kesan jangka panjang pada otak mereka. Mereka mendapati bahawa bayi yang baru lahir dapat mengingati versi ‘Twinkle, Twinkle Little Star’ yang dimainkan untuk mereka sewaktu di dalam rahim dan memberi respons berbeza apabila versi alternatif dimainkan. Menurut kajian juga, bayi menyimpan memori-memori sewaktu dalam kandungan sehingga 4 bulan selepas kelahiran.
    Kajian barat telah menunjukkan bahawa muzik klasik yang dipasang kepada bayi dalam kandungan, dapat memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi dan system pendengaran mereka. Sebagai Muslim, ibu-ibu boleh menggantikan muzik klasik ini dengan alunan-alunan ayat suci al-Quran.
    Adalah lebih baik, jika ibu itu sendiri yang dapat membaca ayat al-Quran untuk diperdengarkan kepada bayi di dalam rahim. Ini kerana, bayi amat kenal dengan suara ibu mereka.
    Walaupun tiada dalil dalam Islam yang menyuruh ibu hamil mengamalkan mana-mana surah dalam al-Quran, tetapi tidak salah sekiranya ibu hamil membaca surah-surah dalam al-Quran dengan harapan agar Allah swt mengurniakan kesihatan, kebaikan, kemudahan serta rahmat Allah buat ibu dan anak yang dikandungnya.
    Sebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
    “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82)

Комментарии • 639